بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 5 September 2015

CAMERON HIGHLAND - Day 1

Assalamualaikum & salam sayang…

Percutian gaya Eropah D' Malaysia kami belum selesai. Keluar dari kota Belanda (Melaka), kami hantar abg Affan balik hostel & kami   meneruskan agenda ke Tanah Tinggi Cameron. Perjalanan dari Klang Valley ke CH ambil masa lebih kurang 3jam. Kami sampai ke destinasi iaitu Copthone Hotel dah petang (bertolak pun dah lambat).

1st impression sebenarnya masa smp CH adalah ; huhu!!!kotornya & panas & berdebu…..alaaaaa cam kat Kundasang dulu gak la lebih kurang. Mommy dah lama tak dtg CH (rasanya last pergi zaman anak dara kot). Pepepun masih berbaki suasana romantis & mendamaikan di CH cuma kena hadam jugak pemandangan kebun sayur yg tak di managed dgn baik je (pejam sebelah mata).


Usai check in & solat serta mandi manda, kami keluar semula untuk dinner……wewewe!!!sejuk juga malam rupanya. Tadi siang masa smp cam panas je.

Review ttg 1st hotel yg kami inap di CH; 
Copthone Hotel merupakan 4 stars hotel & hotel terbesar yg menarik di CH. Terletak di tempat paling tinggi, berdekatan Kea Farm, Brinchang. Sinonim dgn CH, Copthone Hotel juga menggunakan konsep hiasan Tudor (tapi tak secara total la kot…ada moden kontemporari juga). Banyak pilihan bilik & apartment yg disediakan. Kami haritu ambil apartment 2 bilik. Mmg spacious sesangat. Sesiapa berminat blh review kat SINI. Pengalaman & penilaian kami alhamdulilah puashati & bersih. Cuma pekakas dapur kalau u al dtg reramai dgn family kena bwk la. We give 6/10. 

Malam 1st tu kami layan steamboat kat Glory 78. Halal restoren & rasanya terkenal juga kat sana. Syok layan steamboat yg panas berasap time sejuk2 camtu. Daddy yg so-so dgn steamboat pun ckp the best sup steamboat dia rasa (which mommy kurang agree…sbb best lagi kat shabu2…heheh!!!pepepun we gegirls dari dulu suka steamboat).

The next morning bermulala jelajah eropah kami (buekk!!).

1st sudah semestinya kami petik strawberries. Ahdia dah tak sabar2 nak experience petik sendiri. Dia mmg peminat tegar strawberry sampaikan masa g umrah dulu, ayah teh beli sekotak strawberries makan cicah nutella, dia terus ajak kami pindah dok Mekah jugak. Heheh!!!!



Oh btw lupa nak highlight; disebabkan dah kemaruk sgt dgn strawberry fresh dr CH, otw blk dinner semalam tu kami singgah beli strawberry. Org dah nak tutup kedai so dpt murah2 le. Breakfast kami pagi tu adalah strawberry cicah nutella & roti slice. Huyooo!!! very the European (buekk!!!)


Terlalu banyak pilihan strawberry farm kat CH ni, mula2 tu cam blurr gak mana satu nak pilih… Last2 mommy ckp jom kita g tempat 1st mommy petik strawberry jugak dulu masa kecik2 di CH. Kenangan petik strawberry kat Healthy Strawberry Farm masa umur lebih kurang 2 org ni jugak. Masih ingat tempat tu sbb dia betul2 sebelah Strawberry Park Resort. Mommy ingat kami park bas sekolah tepi hotel tu.


Masa @healthy strawberry farm ni kami pilih self-picking utk 2 kontena (cam dlm gambar dorg petik tu). Pastu sebelum keluar layan 2 gegirls ni makan aiskrim + strawberry jem. 

Dah tu, round lagi sekitar Tanah Rata & terjumpa perkampungan melayu yg bersih & mendamaikan je suasananya….Kampung Taman Sedia namanya. Ada juga org tanam sayur tapi still terjaga kebersihannya. We loike!!!

Mcmana kami masuk kampung ni adalah disebabkan iklan sepanjang jalan @CH ni pasal ' Abang Sambal Strawberry Ikan Masin'…..Bagus betul tarikannya, sehingga kami mmg end up lunch & borong sambal ikan masin strawberry 'Abang' ni.

Actually tempatnya kecil saja (kira family business buat kat rumah). Depan dia buka kedai makan & kedai cenderamata. Manakala bahagian belakangnya kebun strawberry & tempat masak sambal strawberry. 



Ikutkan Ahdia & Anis nak lagi kutip strawberry kat sini sbb terpengaruh dgn kata2 mommy yg wah!!! best sini, bersih. Tapi memandangkan stok strawberry dah banyak so permintaan ditolak. Nak kata sedap melampau tu xde la kot tapi sedapla jugak layan nasi ayam goreng berempah dgn kari & sambal ikan masin. Huhu!!!lapor plak perut.

Dah kenyang perut, mau kena exercise la plok kan…
Seterusnya misi mencari Rose Centre (ni ingat2 zaman sekolah dulu gak ni), waze tolong cari jalan… Pusing2 rupanya Rose Centre ni dekat dgn Corpthone Hotel rupanya (kira patah balik plak dah)……kat sini apalagi kerjanya, selain exercise lutut (turun naik tangga ke puncak) mestila exercise mata. Subhanaallah!!!!! mmg cantik2 sungguh bunga2 kat sini. Kalau kami dok Malaysia rasanya nak gak beli sepohon dua tapi apakan daya….jauh bebenor le nak hangkut ke Brunei.

junior photographer 


Kami dapat makan buah mulberry & buah cinta free. pakcik bangla kasi :P

antara bunga rare yg ada kat Rose Centre
lady's shoe ke namanya?
sekali pandang cam kami sedang menikmati pemandangan kan? rupenya duduk menghilangkan semput :P

nun di puncak Corpthone Hotel, kelilingnya kerakusan manusia menodai bukit2 hijau. Huhu!!!

Selesai exercise kami bergerak turun ke Ringlet. Sebenarnya dah tak sabar juga nak check in kat The Lake House.
Otw ke Ringlet tu kami singgah di Bharat Tea Plantation & shooting filem kat ladang teh. Terbentang luas pemandangan hijau ladang teh dengan jenama 'Cameron Valley' ni.



Kami turun ke bawah ladang teh tu & golek2 (eh xde la). Cantik sungguh viewnya, Subhanaallah. 


Selesai posing kami seterusya meneruskan perjalanan turun ke Lake House. Bersambung……..


Sunday, 23 August 2015

MAC & CHEESE



Assalamualaikum & salam sayang.
Macamana hujung minggu u all? Harini mommy nak share resepi la plak.. Lama bebenor tak share resepi. Sekarang ni masak simple dimple je sbb mood bereksperimen dah hanyut ke Laut Cina Selatan. 


Heheh!!!!resepi harini pun xde la gempak, biasa2 aje. Yang penting 3A sukerrrrrr & berbaloi mommy masak.


Mac & Cheese……makanan yang famous untuk western & byk versi menyediakannya. Cuma basic of course involve macaroni/pasta + lots lots of cheese. Nyum2……


Resepi ni mommy try dari allrecipes.com……Yang kelainan sikit sbb dia top with breadcrumbs, so ada tekstur sikit besides mac & cheese semata. Jom buat, senang & cepat.

Bahan2:
1 peket elbow macaroni
2 cawan shredded cheddar cheese
1/2 cawan parutan parmesan cheese
3 cawan susu (mommy ganti dgn cream)
1/4 cawan butter
2 1/2 sudu besar tepung
2 sudu besar butter
1/2 cup bread crumbs 
1 cubit paprika (mommy guna cayenne)

Caranya:
1. Rebus macaroni sehingga lembut. Toskan
2. Dalam kuali, cairkan butter kemudian masukkan tepung sambil kacau perlahan. Tambahkan susu/cream. Guna api sederhana.
3. Masukkan cheese & kacau sehingga sos pekat. Guna api perlahan.
4. Masukkan macaroni & gaul sebati.
5. Tuang macaroni ke dalam bekas caserole.
6. Cairkan butter & masukkan bread crumbs.
7. Taburkan breadcrumbs & paprika ke atas macaroni & cheese.
8. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minutes. Hidang

#Kami punya version tak bakar dalam oven, skipped no 8. Terus serve mcm tu je & walla. Abis!!!!


Thursday, 20 August 2015

MELAKA-Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum & salam sayang.

Cuti-cuti Malaysia kami dah sampai ke Portugal…..heheh!!! Melaka le tu. 

Actually lawatan ke Melaka kami kali ni adalah sebagai sambungan dari Cuti-Cuti Malaysia tahun lepas. Masa kami otw balik dari LEGOLAND , kami ada singgah Melaka. Plan awalnya mmg nak round bandaraya Melaka pastu terus ke KLIA (flight kami ke Brunei malam)… Tapi masa ziarah tok su (pakcik daddy) kat Kluang, dia nak ikut dtg KL jugak. So, tunggu dia settle kerjanya membuatkan timing kami dah terlari dari jadual asal. So, dipendekkan cerita kami tak sempat round Melaka.

April baru2 ni kiranya setelkan unfinished activity la.


Ok, kami sampai ke Melaka abt 3pm camtu. Perut dah berkeroncong minta di isi. Matlamat ke Melaka kalau tidak pekena Asam Pedas mmg tak sah la kan…..Tapi ada cerita sedih dengan Asam Pedas Melaka kali ni. Mommy keracunan makanan dek asam pedas. Makan kat restoren sekitar bandaraya Melaka tu yg mungkin tukang masaknya tak berapa pro (mungkin org indon juga kot masak).


Lepas late lunch dgn adam pedas (masa ni tak rasa lagi sakit perut), pegi basuh baju dulu kat coin laundry pastu baru kami check in hotel & merehatkan diri kejap (mmg kejap betul la). Pastu terus keluar semula & round sekitar bandaraya Melaka. 


Mula2 tu diner dulu dalam Mahkota Parade then terus cari beca. Ahdia yg paling teruja nak naik beca ni (dari siang lagi dah sibuk nak naik tapi hold dulu smp malam). Of course masa skrg ni yg paling famous untuk gegirls adalah beca FROZEN. Macam2 style & deco yg dorg buat untuk menarik minat pelancong especially budak2. So, merasa la kami semua naik beca. Beca Frozen utk gegirls & beca Ironman utk boboys. 2 beca rm50 (dalam 20 minit kot pusing sekitar Dataran Pahlawan tu).

Lepas naik beca kami menapak plak ke A Famosa & Perkuburan Belanda Bandar Hilir. Huhu!!!! malam2 buta merayap dekat kubur (3A tak tahu tempat tu sebenarnya kubur & kubu peringatan).
Turun dari A Famosa tu, kami menghala ke muara sungai plak untuk naik cruise. 


Tapi azabnya la nak dapatkan pelayaran menyusuri Sungai Melaka ni. Di sebabkan masa tu cuti persekolahan & hari Sabtu plak maka tersangat le ramai org nak naik cruise. Beratur punya la panjang (rasanya ada sejam kot beratur nak beli tiket). Pastu blh tersilap plak nudak kaunter tu bg tiket lebih dari 5 keping. Haru!!!!



Pepepun, syok juga pengalaman river cruise kat Sungai Melaka (tambahan kami naik malam, mmg meriah dengan kerlipan lampu yg berwarna warni). Cuma adalah juga kadang2 tercium bau kurang enak (mmg spoil).


Masa naik cruise tu kita akan melalui Bandar Hilir, melintasi Hotel terkenal Casa Del Rio, 7 jambatan kecil & yang famous Kg Morten. 


Biasanya penumpang boleh memilih untuk naik & turun di muara sungai (berdekatan muzium samudera) @ dari taman rempah ratus.
Mcm kami mmg ambil cruise dari muara sungai & patah balik ke tempat yg sama. Perjalanan rasanya dalam 45minit kot lebih kurang.


Selesai pelayaran, kami berangkat balik ke hotel. Masa org lain sedang nyenyak tidur ni la perut mommy buat hal. Ulang alik ke toilet lebih 5 kali & tak boleh tidur sampai ke cerah.


Bila dorg bangun the next day tu & keluar cari breakfast, mommy telan pil chi kit & tidur. 3A pagi2 buta lagi dah melawat swimming pool, while mommy terus sambung tidur.


Bila jaga, walau badan masih lesu tapi dah tak ulang ke toilet lagi dah. Hari tu kami sambung lawatan ke bandar hilir & shopping souvenirs.

Acara wajib yang lain antaranya:
-jejalan kat Jonker walk
-shopping stuffs @Hard Rock Cafe
-pekena cendul seround
-naik menara berpusing Taming Sari








Selesai lawatan di Melaka, kami bergerak balik ke KL.
Bersambung ke next destinasi, percutian gaya Eropah D'Malaysia plak pasni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...