بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 28 February 2014

KARIPAP INTI IKAN

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Adeh!Adeh! Adeh!!!!!!Lenguhnya nak menaip. Kes mendera diri sendiri dgn benda alah NI. Huhu!!!abis bukan setakat tangan tapi kaki, peha, even perut rasa cam nak tercabut longlai. Berjalan pun dah macam robot, klu kami kat kampung cakap jalae (jalan) JETAK2 doh sebab urat kejung. Alahai, apa juga result & side effectnya mommy kena paksa diri jugak la walau seksa & azab sebab dah 4 tahun rasanya membina badan yg tak diperlukan ni. Semoga pasni kalau kata tak cun pun takpaaaaaaa la tapi yg penting ambo nak sihat supaya tak membebankan org yg bela.


Eh, walau ambo nak kurangkan size badan ambo ni tapi kena jugak soruuuuu nanti kan terus kojol tak makan. Oleh sebab ambo kena jugak masak, seboleh2nya ambo cuba la kurangkan sikit mana2 yg boleh kurang. Btw Ambo perasan 2 minggu doh ambo dok ulang masak ikan jahhhh. Hehe!!!ni resepi karipap ikan jugok. Al time feberet ambo la ni (doh asal ganu kite tu gak walau slang dok supe org Kuala Ganu). Lama doh nok buat tapi terlupa sokmo……Bila ingat kali ni terus buat stok (siap boleh pass kat jiran lagi). Cuma yg frustnya sebab 4A tak minat inti ikan (hampehhh le dorg ni). Pepepun semoga jiran2 ambo minat sebab kalau ikut kebiasaan org Brunei pun suka inti ikan juga karipap dorg (mommy pernah makan karipap yg diberi k.Maria)…….Cuma beza dgn versi Ganu Kite ni ialah dorg guna ikan tahai (ikan tamban) & rasanya ala2 sardin sikit. 
Adeh!Adeh!Adeh!!!!!!lenguh plok la tangan ambo. Stop dulu la deh. Tgk la resepi bawah tu klu nak try gak.



Bahan Kulit Karipap :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak (dicairkan)
Sedikit air bercampur sedikit garam

Cara Membuat:
1. Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2. Dengan menggunakan garfu, gaul tepung panas tadi sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan air (agak2 supaya tidak terlalu lembik). 
4. Uli hingga menjadi doh (tutup doh dengan kain lembab@clingwrap).

Bahan Inti Karipap:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus).
2. Masukkan isi ikan dengan santan ke dalam kuali , kacau hingga hampir kering.
3. Masukkan halba, bawang merah, halia, garam & gula secukup rasa.
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering (tak perlu kering mcm serunding).
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.
6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap. Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. 
7. Goreng sehingga kekuningan. Siap.

Thursday, 27 February 2014

Korea - Nami Island

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy kena teruskan usaha habiskan chapter Korea Trip kami as soon as possible sebelum semangat yg dah malap2 ni terus terpadam. Rasa cam nak tepek je gambar2 jadi wordless entry tapi apa guna ko blogging kalau bisu je. Hahaha!!!baik korang stalk je fb mommy. Adehhhh!!!!

Ok2 semangat membara ni, baru hari ke-3. Yeay!!!!!!seronok sebab dapat g Nami Island yg tersohor dgn cerita 'Winter Sonata' tu (ngeh3x….yg ni sure betul sebab mommy ada tgk 2,3 episod kot). 


Pepagi lagi guide kami dah tg dpn pintu guesthouse (yg ni org lain plak.friendly tapi terlampau polite le plak.hehe).

Walau kami awal ontime tapi bila smp train nak ke Gapyeong Station tu blh plak terlepas. So, sedikit terlewat di situ. 
Smp aje, dari Gapyeong Station tu kami amik taxi smp ke jetty nak ke Nami Island (2 cabs actually). Pastu baru beli tiket untuk masuk ke Nami Island melalui feri (actually dekat je nak cross tu, dlm 5 minit dah sampai). U al yg gemar aksi lasak boleh juga cross menggunakan flying fox - Skyline Zipwire Ziprider. Cam best je meluncur atas wire tu tapi tak sesuai le kami 5 beranak ni (si Arfa sibuk nak try flying fox tu).

Masa dalam feri tu, mula2 daddy, Arfa & Anis je dok bahagian luar. Mommy & adik yorok kat dlm (sejuk le kat luar boat tu). Tiba2 daddy meluru masuk bgt ada snowfall, terkocoh2 le kami keluar gak. Alahai seronoknya le dpt tgk walau haluih2 (kata org Kedah) snow yg turun. Snap dlm gambar pun xnampak. Tapi xpelaaaaaa, merasa juga salju @Korea.

Bila dah hampir sampai tu, dari jauh dah nampak patung pompuan dok tercegat menanti ketibaan kami, hehe.


Mendarat aje, mak aihh walau xde snow tapi sejuk yg amat time tu. Terus aje kami round Nami Island tu (walau xcomplete satu circle sebab time constrain, byk tempat lg nak catch up hari ke-3 ni). 

Yang kelakarnya 3A ni, org sibuk dok melilau tengok arca2 & spot2 bercinta dlm drama tu tapi dorg dok sibuk cari snow. Kutip snow, bulat2 pastu dok baling geng2 dia. Hahaha!!!


Mula2 tu geng 3 ketul ni je dok main baling membaling, pastu sekali tengok ada jugak budak2 besar pun main baling2 snow. Baling le nakkkkkk. Dah balik tanah malaya tak merasa korang nak jumpa ais kepal dah. 


Round dalam setengah circle gitu, kami rest, lunch & solat sebelum sambung perjalanan.


Masa lunch kami makan bekal yg mommy dah prepare dr guesthouse (nasi + ayam kicap & telur dadar), pastu kami plan nak beli tapau (just nak try) dlm sekotak 'Nasi Goncang' (nak tahu apa benda nasi goncang, u al google la ye). Basically nasi yg ada kimchi & digoncang dlm tin. 

Sekali guide kami dtg bgt xleh tapau, nasi tu kena makan kat kedai dia juga. Oic…… Takpela, kami pun makan aje lunch kami, tapi disebabkan si Arfa ni merenggek nak try juga nasi tu maka kami pun g lagi ke kedai tu. 

Beli sekotak 'Nasi Goncang' share rasa 5 beranak. Last2 Arfa & Anis pulun dok makan. Arfa tak abis2 cakap sedapnya!!!!siap suruh mommy buat nanti kat rumah. Hahaha!!!! (btw mommy blm try buat lagi ni walau rasa mcm senang je nak buat, nanti kalau dah buat harus tepek resepi @Wind of Change).

Lepas makan, kami solat @ musolla (dekat dgn kedai nasi goncang). Oh, Anis & Ahdia ni sepanjang kami trip ke Korea mommy skipkan solat jamak dorg kat luar (kesian sbb cuaca sejuk nak amik wuduk. Tapi bila malam blk guesthouse kena la solat isyak+maghrib). 


So, masa daddy, mommy, Arfa & bro guide kami solat, 2A dok sibuk main kat so called 'library'. Actually tempat tu mcm tempat makan, ada surau & ruang untuk budak2 bermain & membaca. Seronok sangat tengok buku2 yg disusun tinggi. 3A dok sibuk suruh kami stay lama sebab dorg nak main & belek2 buku, tapi kesian masa xdak. Kena gerak jugak.


Kami sambung perjalanan lagi & pada masa yg sama dah berpatah balik sebab nak kejar spots lain lagi pasni. Tapi mmg ralat sikit la sebab rasa tak puas je masa @Nami ni. Banyak spots yg kami tak pergi (daddy pun cakap, xjumpa plak statue hero & heroin winter sonata tu. huhu!!!).

Just singgah bagi peluang dorg kayuh basikal atas rel tu je, pastu cepat2 halau dorg balik (hahaha!!!mmg kena halau sebab 3A tak puas main pun).


Tempat ni banyak yg istimewa terutama landskapnya yg cantik (especially time winter), ada juga education & training centre di samping arca2 & tugu2 untuk pelancong posing. Kalau peminat citer Korea tegar mungkin menangis kot kalau tak dapat pusing satu pulau ni tapi kami mcm xkisah sangat laaaaaa (walau ralat le juga tapi tak meratap le).




Itu jela kot nak story pasal kami @Nami Island ni, yg nak info lebih ttg Nami Island g cari kat blog lain la ye (bukan xsudi tapi xlayak untuk bercerita). Dah ramai sangat blog2 rakyat Malaysia yg dok bercerita details pasal trip dorg, rasanya dorg lebih layak. Mommy tak pro la nak story details lagipun mommy ni setakat nak jotdown suka suki & duka duki 4A+R je.


Pasni kalau tak boring blh la tunggu entries back to back hari ke-3 kami ye. Memang trip kami ni siang malam full schedule. Phewww!!!!



Bye.

Wednesday, 26 February 2014

CIRCUIT TRAINING for beginner

Ini checklist utk mommy. Huhu!!!!berjaya @ tidak itu bukan ukuran. Niat yg penting, KAN? Heheh!!!!cam banyak je step yg mommy xleh nak buat ni.

Btw, kredit to Kevin Zahri sbb model pakai tudung. Hahaha!!!!sempat lagi tu :P

15 tips murah rezeki

Assalamualaikum & Salam sayang semua. Checklist utk mommy & 3A.


Btw, tadi kuliah mufti is about perkara remeh yg sering dilupakan umat Islam. Istighfar kena selalu bermain di bibir sekurang2nya 2 kali sehari; pagi & malam. Begitu juga dengan lafaz syahadah, kerana dikhuatiri bila2 masa sahaja ajal menjemput pergi. Nauzubillah!!!!semoga kita semua kembali kepadaNYA dlm keadaan HUSNUL KHATIMAH. Amin3x.

Tuesday, 25 February 2014

NASI KERABU ULAM & kenapa kita perlu kedekut.

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mood terkejut sebab semalam mommy dapat news pasal my X-student yg kena diabetes. Sebaya Arfa & dulu tinggal dalam kejiranan kami. Mommy kenal dgn ayah & ibunya. Huhu!!!!sedihnya sbb masih di usia muda & this year plak she's going to seat for the UPSR. Budaknya pandai (dulu pun 1st class), sulong 2 beradik je. Oh btw (bukan mommy nak mengata ke apa, sebab semua kejadian adalah atas kehendakNYA) tapi coincidence ibunya mmg berniaga masak2 online (jual kuih, cake, dessert & any tempahan makanan). Hari2 pun tgk ibunya post pasal makanan @FB. Selain yg dijual, of course memenuhi permintaan selera anak2. Ya ALLAH!!!!!takut jadinya mommy. 

Berbalik kpd kehidupan 4A+R (bukan mommy nak show off tetapi nak share kebaikan), family kami ni consider moderate je dalam segala segi. Compare to my other siblings (mommy's side la ni, daddy punya side mmg moderate je life dorg), dorg ni cukup mewah dalam berbelanja makan & minum. Kalau dulu mommy mmg terasa sedih juga la kalau bab2 makan minum & berbelanja sakan ni, daddy mmg byk songeh sikit (bukan tak cukup makan tapi xde nak berlebih2 & bermewah2). Tapi bila dah lama2 mommy hidup dgn daddy baru mommy faham banyak PRO dari CON nya kalau kita terlalu berlebih2 a.k.a membazir ni. 

Kehidupan daddy yg susah semasa kecil banyak mempengaruhi cara daddy membesar & membentuk family kami. Walau sesetengah orang blh judge 'kedekut' (mok pun dulu mmg pernah juga sound kami ni kedekut bila bab2 makan, 3A kalau makan lauk cubit sikit2 compare tu cucu2 dia yg lain……kalau makan ayam tu amekau 2,3 ketul masuk dlm pinggan). Hakikatnya cara kami tu taknak ajar anak2 membazir & boros & terlalu senang dgn kehidupan. Itu pun mommy rasa 3A ni dah alhamdulilah cukup serba serbi, taknak nanti dorg rasa bermegah diri & terlalu selesa dgn kesenangan. 

Bercakap ttg megah diri ni, Ya ALLAH!!!!ada juga la kes di mana family members yg salah anggap dgn kehidupan kami, kononnya mommy ni sombong & cakap tak fikir perasaan org lain. Adussssss!!!kadang2 bila kita dah senang sikit (bukan kaya raya pun), salah cakap bergurau pun org amik serius padahal zaman kita mula2 nak membina kehidupan @time sesak la kan, cakap bergurau mengata apa pun xde hal nak terasa (mommy ni plak style yg lurus bendul, aku dulu & aku sekarang xde beza. Cakap tu main straight forwards je xde nak selindung2). Ini la asam garam lumrah kehidupan………That's why skrg ni mommy ambil pendekatan apa2 hal susah senang pun kita anak beranak je yg simpan. Adik beradik ke, saudara mara ke even emak sendiri pun (yelah kdg2 kita citer kat mak kita, pastu mak kita plak dok compare2 dgn sedara yg lain. Org dengar lain plak citernya) xyah la nak berkongsi2 rasa (pengalaman yg mengajar jadi serik). Selain suami, ALLAH la tempat ultimate kita bergantung, no more seronok2 nak layan perasaan dgn org. 

Laaaaaaaa, n3 apa ni?????????? Mula2 citer budak kena diabetes, pastu kenapa kena kedekut, kedian terasa hati plak. Abislaaaaa pening org baca……sebenarnya nak show off NASI KERABU ULAM lagend mommy ni. Nostalgia sbb mok selalu prepared utk arwah tok ayah kami sebab dia dah xde selera & xde gigi nak makan lauk pauk. End upnya almost everyday mok buat nasi kerabu ulam @ lebih dikenali sebagai NASI KERABU DARAT especially time bulan puasa. 


Nasi ni basically sama cam nasi kerabu original (hahaha!!!nape mommy ckp original sbb byk sgt FAKE nasi kerabu kat pasaran skrg ni. Really surprise me sbb ada versi nasi kerabu guna tumis semata & tak letak budu which i think offend us org Pantai Timur. Geram je tgk makanan asli kami dicarca marbakan. Bab kata budok2 kelate, xdok power la weh mung tokboh budu gak). Nasi kerabu ulam ni lebih sempoi sbb guna nasi putih je, ikan bakar pulak ditumbuk sekaligus dengan bawang merah & halia muda. Matching plak dgn ulam2 yg available time tu. No lauk2 lain dah. Oh!!!!don't forget BUDU sebagai bahan utama. Hahaha!!!This is really healthy!!!!!tapi kalau yg dah biasa makan lauk pauk tu blh je matching gak dgn lauk lain.




Monday, 24 February 2014

LAUK KAMPUNG

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Harini kami di Brunei cuti semperna Hari Kebangsaan Brunei yg ke-30 (actual date semalam 23/2/2014). 


Mommy isi n3 harini ni dengan masih lagi melayan menu sihat (kalau tak menambah nasi le). Sekali sekala back to nature mmg terasa beruntungnya jadi org kampung. Oh nak highlight ni, walau xde dapur arang tapi bakar atas api dapur gas pun jadile compare tu asyik guna pemanggang ajaib je. Biarle dapur kotor bersepah sebab pastu baru keluar peluh sihat lagi sebab kena sental dapur plak. Kik3x.(ayat xleh blah konon rajin sesangat). 


Malas nak cakap banyak sebab tuan badan sendiri tak tahan godaan tgk lauk kampung yg mabeles ni. Kalau dah layan lauk kampung ni, mat salleh pun blh lupa cheese :P


Sunday, 23 February 2014

SERUNDING IKAN BILIS

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Masa dok mencari2 menu sihat aritu mommy terjumpa resepi ni dlm kongsi resepi. Memang sedap juga layan dengan nasi panas kalau xlalu nak makan lauk pauk lain pun. Masa makan tu mommy dok terbayang sambal hitam Pahang…….haaaaa similar cuma takde masam2 belimbing buluh je.



The best rasanya untuk dipack kalau travel (but not to Aussie sbb kat sana kastam mmg alert je dgn ikan bilis ni). Terus ajelah kepada resepi.



BAHAN-BAHAN: 
250gm ikan bilis | dibasuh dan ditumbuk 
10 biji bawang kecil | dibuat goreng 
200gm kacang tanah | digoreng 
125gm cili kisar 
1 sudu makan bawang merah | dikisar 
1/2 sudu makan bawang putih | dikisar 
125ml air asam jawa 
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Apabila pecah minyaknya, tuangkan perahan air asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis dan kacau hingga kering seperti serunding.
4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit bahan perasa. Gaul rata.
5. Apabila masak, angkat dan sejukkan.
6. Gaul bersama kacang dan bawang goreng.

Saturday, 22 February 2014

Korea - Namsan Tower

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy teruskan n3 Korea dengan trip kami ke Namsan Tower.
Pengajaran untuk mommy sbb terlalu bergantung dgn tourist guide. Sebelum2 ni kami ada pengalaman travel dgn travel agent & tourist guide yg proper masa kami pergi ke China & New Zealand zaman dulu2. So, anggapan mommy this trip ke Korea pun will be smooth & steady. Hehe!!!hakikatnya bila kami ke Korea ni walau guna khidmat tourist guide (kononnya) tapi yg style budget ni diaorang mmg squeeze abis (tapi terpaksa amik guide @Korea sbb xconfident pasal language. Dulu g HK blh survive sbb language dorg blh lg redah). Walau dorg bg itinerary tapi kita kena alert juga sbb dalam kes kami ni blh plak our guide ni lupa bwk kita org ke Namsan Village padahal dah dekat dengan Namsan Tower ni (lupa @buat2 lupa allahualam). Tak ke rugi di situ (sib baik kami mitak juga dorg bwk kami pergi). Mungkin dia tahu kita tak study & serah bulat2 kat dorg so blh la dorg buat2 lupa (tapi kami just maintain cool je laaaa sbb mmg cool beku pun time tu). Tambahan pulak kami mmg kesuntukan masa. Dalam 6H5M tu byk nak cover, travel plak dgn public transport.adusssss capekkkkk.
Panjangnya bebel……….


Ok, sambung…….Dari Itaewon, kami amik bas terus ke Mt Namsan. Bas sampai ke kaki gunung je, so terpaksa mendaki hingga ke puncak (blh juga naik cable car tapi as i said earlier budget travel menapak aje la). 


Adussss semput!!!! Sambil mendaki, sambil berhenti kutip salji (hahaha!!!!jakun budak kampung). Pastu sambil mendaki lagi, sambil main tiup2 asap dari mulut (kik3x..kesian budak kampung ni). 


Last2 sampai le juga on top of the Mt Namsan tu di mana terletaknya Namsan Tower. Kalau u all nak tahu apa benda Namsan Tower & apa ada kat situ, sila la baca sendiri DI SINI


Bila dah dapat tiket, kami terus beratur untuk naik ke atas tower menggunakan shocking elevator. Huhu!!!ingat kan betul2 lift tu bergoyang masa naik tu rupa-rupanya screenplay kat roof elevator tu ala2 kita bergegar dalam tu, gimik. 




Satu lagi yg frust sbb sepatutnya ada slot ke Teddy Bear Museum kat sini tapi guide kami bgt Teddy Bear Museum under renovation & xde peluang nak peluk2 bear kat sini (mmg ada sign mentioned pasal renovation tu). 

Dah smp kat atas tu, seperti biasala ada observation deck, nampak view seoul city & kalau u al pernah ke KL Tower.haaaa gitu le gayanya. Ada juga souvenir shops, cafe etc. 



Ok, pusing2, teropong sana sini & beli souvenir apa yg patut kami pun gerak nak turun. Mak aiihhh, masa naik pendek je beratur tapi masa turun tudia, panjangggggg. 



Sampai2 bawah, keadaan dah gelap (yelah masa kami smp pun dah ptg & time winter masanya pendek, kejap je dah gelap). 



So terus je pergi kat tempat 'Kau Kunci Pintu Hatiku'………Hahaha!!!! well semua pun tahu kan org2 Korea ni mmg jiwang karat. Berkepit sana sini couple2 bercintan cintun. 



Kat sini mmg tempat uda & dara juga tokde & makde bermadu kasih la kononnya percintaan ke akhir hayat. Semua dok pakat beli kunci & mangga untuk gantung kat sini. Ada la kot ribu raban jumlah kunci2 semua ni yg datangnya worldwide termasuk org2 Malaysia yg tinggalkan bukti cinta mereka which i personally rasa satu pembaziran & takut2 jadi syirik plak. Aishhh!!!!




Btw macam2 bentuk & size kunci mangga tu, menarik mcm2 gaya. 3A ni dok belek2 baca apa dorg dok tulis. Hehe!!


Pastu satu lagi landmark @Namsan Tower ni ialah bangku buruk yg senget ni. Citer apa ekkk 'Winter Sonata' ke? Jgn gelak ye kejahilan aku ni (mommy kan tak follow citer2 Korea ni), bangku tu le yg kononnya merapatkan couple tu utk love2 gitu. Daddy suruh le 3A dok atas bangku ni & snap gambar……..sekali Arfa cakap "mommy & daddy la plak", sekali adik menyampuk "aahaa, mommy & daddy kan cinta2". Hahaha!!!!!geli ketiak dengar ayat adik. Last2 mommy & daddy pun posing la juga atas kusi buruk tu (gambar xyah tunjuk sbb bukan kusi je buruk, tokde & makde pun buruk juga)  :P

Friday, 21 February 2014

DAGING REBUS CICAH AIR ASAM


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommies kat rumah2 tu harini masak apa? Mommy kat Kg Danau ni skrg dah start stress tak tahu nak masak apa (byk kena restrict leni). 


In order to focus on my military force, mommy kena selalu fikir & buat menu2 yg so call healthy (kononnya laaaa). Last Monday ingat nak buat KERABU DAGING tapi mcm malas le plak nak sediakan lauk pauk byk2 yg lain utk 3A (dorg confirm tak makan yg bersalut sayur mayur gitu). Last2 dapat idea buat daging rebus cicah air asam je. Daging rebus tu 3A boleh makan dengan berseleranya & tambahan untuk daddy & mommy ada plak air asam. Complete vege & yg paling penting favourite all time kami ni.
Hasilnya………u don't need any other except for nasi panas. Oh!!!btw nasi ponni for mommy please (pasni kena try yg brown rice plak…….ALLAH!!!!bila sakit semua dah tak sedap kena hadap). Tq

Ni rujukan untuk 3A sebab dorg suka sangat sampaikan Ahdia makan nasi & kuah pun dah cukup.

Bahan2 untuk daging rebus:
500g daging (hiris nipis)
3 batang serai (titik)
5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
2 liter air (terpulang la pada banyak mana kuah u al nak)
Garam

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & reneh sehingga daging lembut (guna pressure cooker pun boleh).
2. Boleh dihidangkan sebagai lauk berkuah @ disaring & dagingnya dicicah dengan air asam.

Bahan2 untuk air asam:
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis)
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan (hancurkan)
1 biji cili merah (ricik halus)
2 biji cili padi (ricik halus)
Garam 
Gula
Sedikit kerisik kelapa (optional)

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
2. Gaul rata dengan meramas2 bawang & tomato supaya keluar airnya.
3. Sedia dihidang dengan daging rebus.

Thursday, 20 February 2014

HIGH CHOLESTEROL !!!!!!

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Nak citer seram sikit ni……..Last few weeks, mommy ada simptom2 high cholesterol which my tumit menyucuk2 bagai memijak jarum masa bangun tidur & worst case bila bangun dari duduk yg lama pun dah start sakit. Mula2 tu mommy ignored je sbb ingat kot lenguh ke apa, then i suspected sbb skrg ni mommy dah overweight (i have to 'NYAH' abt 17kg of my weight. Huhuhu!!!)……..FINE!!!! buat dekkkkk je lagi.
Till last week, sakit tu makin kuat & i worried so much. Pastu mommy story kat daddy my situation…..skali daddy cakap sbb darah tak dapat mengalir smoothly most probably due to my high cholesterol (kami dah lama tak check BP&Glucose). Masa tu dah start mengelabah & baru le terhegeh2 google what actually happen to me. SAH!!!!!! symptom high cholesterol.
So, lepas daddy ketuk kepala pasal oats (xdenya dia ketuk cuma yg daddy bgt tu ibarat satu ketukan menyedarkan mommy dari mimpi ngeri. heheh)……baru le mommy start consume semula plain oats (no sugar hokeh) pagi & malam.


Hari Jumaat (weekend) lepas juga mommy ajak 3A & kawan2 dorg buat rombongan di persisir pantai (kononnya nak jogging tapi xleh le dgn bebudak ramai2 ni, last2 strolling je). Tak banyak peluh keluar pun.


Then, last Sunday mommy dengan semangatnya buat military force (mmg kejutkan 3A pepagi buta lepas subuh) kami pergi hiking @Taman Rekreasi Sg Basong. Phew!!!!
Memang betul2 hiking tau sbb no choice u have to redah hutan in order to reach final checkpoint which is jalan keluar dari hutan. Nasib baik 3A ni dah biasa lasak & jalan jauh (walau mulut si Ahdia tak berhenti "lamanya, jauhnya, cakap dekat je, adik penatlaaaaa, rehatlaaaa……pot pet 2x).

Balik dari hiking, Ya ALLAH!!!penat tetapi serius badan rasa ringan sikit & my tumit dah kurang sikit sakitnya. Cuma masalahnya betis plak rasa cam nak cramp. 


Tiba2 bila dah kaki nak cramp tu, baru mommy teringat pasal product PHITEN yg kami beli masa balik Malaysia aritu (we bought @Sunway Piramid outlet). This product mmg superb!!! (Datuk Lee Chong Wei modelnya & mmg diiktiraf oleh BAM), tapi semuanya atas kuasa ALLAH kan, sakit belakang yg mommy alami dulu hilang dengan product ni, so baru mommy teringat nak guna untuk kaki cramp & berdoa moga2 tumit yg menyucuk juga dapat hilang. SubhanALLAH!!!!mommy cakap dgn daddy "betul la daddy, mommy serasi dgn product ni". My sakit tumit dah totally hilang walau baru bangun tidur. Syukur sangat2 sebab i tell u, tumit menyucuk tu mmg seksa. Sakit sangat…….
Hopefully pasni mommy dapat istiqamah juga dalam penjagaan kesihatan keseluruhan especially in reducing my weight. Huhu!!!!mmg perlukan sangat2 untuk NYAH 17kg ni in order to avoid penyakit2 kronik. Mommy takut!!!!!!!
Itule juga membuatkan mommy dah seriau nak bt eksperimen best2 lagi. Pasni rasanya mommy kena stay fokus kalau terpaksa buat & makan pun kena telly semula dgn military force. Mana blh nak stop drastically kan makan best2 ni but inshaallah kena betul2 jaga atleast kalau teringin kena cubit2 je. Huhu!!!!
Wish me luck friends!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...