بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 25 October 2014

PISANG GORENG RANGGUP & LEMAK MANIS

Assalamualaikum & salam 1 Muharam.
Harini nak jotdown resepi common tapi tetap menarik utk di share.  Pisang goreng @ gorengan pisang? mana2 la ye.
Yang penting dah lama mommy simpan draf ni tapi ptg semalam baru berkesempatan try. Tak sia2 mommy try sebab resultnya mmg seperti yg mommy nak.


Nak citer sikit perihal pisang goreng sedap yg mommy makan. Dulu, masa awal2 mommy mulakan kerjaya..kami menyewa rumah bujang @seksyen 19 Shah Alam. Dekat area rumah kami tu ada org jual goreng pisang betul2 kat bus stop stesen komuter (tak tau la skg ada lagi @tak). Waktu petang bila dia start berniaga mulala berderet org beratur nak beli pisang goreng dia. Serius mmg sedap & tak puas makan. Yang pasti mmg banyak jenis pisang la yg dia guna, so banyak pilihan org beli. Yang membuatkan pisang goreng tu sedap juga adalah tepungnya yg lemak2 manis (ada bijan). 


Tepung gorengan camtu la mommy nak sebenarnya & alhamdulilah resepi dr fb ni mmg rasanya sama cam mommy beli dulu tu. Heheh!!!!sebelum ni tak pernah pun letak gula & santan dalam barter utk gorengan, patut xde lemak2 manis ekk. 
Harusla pasni ulang style ni je nak buat gorengan pisang/cempedak/keledek etc. 





Gorengan pisang & cempedak ranggup

FB/RESEPI EKSPERIMEN (Oleh Putra Bugis Temasek)


Bahan-bahannya:
Pisang ( pisang dibelah dua)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu baking powder
½ cawan tepung jagung
1 cawan air sejuk (dari peti ais)
sedikit garam
1 sudu makan gula
1 biji telur
1 cawan kelapa parut buang kulitnya (mommy skip)
1 cawan bijan disangai supaya wangi
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh air kapur
3 sudu makan air perwarna kuning

Cara-cara menyediakannya :-
1. Satukan semua tepung, garam, gula, air kapur , telur, santan & perwarna kuning di dalam bekas yang agak besar dan digaul rata.
2. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan.
3. Tuang ke dalam blender lalu diblended menjadi batter (mommy kacau guna whisk je).Tuang dalam mangkuk besar dan biarkan 10-15 minit.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan bijan .
5. Masukkan pisang yg telah dibelah dua ke dalam batter dan celup lalu digoreng(jangan terlalu lama terendam).
(Panaskan minyak untuk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng).
6. Gorenglah pisang hingga masak keemasan.

Tips:-
(kalau buat gorengan cempedak)
Jika nak senang belah buah cempedak - sapu minyak masak pada semua bahagian bilah pisau dan balut tangan dengan plastik . Insyallah senang saja nak belah buah cempedak ni dan getah buah cempedak ni tak melekat pada pisau atau tangan anda , selamat mencuba .

Friday, 24 October 2014

KERABU UDANG

Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah usai solat asar & doa akhir tahun. Semoga ALLAH ampunkan dosa2 kita sepanjang 1435 & menerima kebaikan kita sepanjang tahun. Amin..Jap lagi kita baca doa awal tahun plak ye.


Harini mommy tak g kelas menjahit & buat house cleaning je. Kami di Brunei cuti cuma 3 hari (Jumaat, Sabtu & Ahad)……yg sedihnya 3A cuti camtu tapi daddy plak cuti Sabtu, Ahad & Isnin (ikut working hours mat salleh). Hampeh tul. Itu yg xleh nak plan g mana2. Jeles je tgk u al @Malaysia boleh balik kampung, JJCM, cuti2 Malaysia malah ada yg sempat cuti2 obersea lg. Kami selalu dok sembang, yg best duduk Malaysia compare to Brunei selain makanan yg best2 adalah cuti yg banyak. Tapi apakan daya suratan takdir rezeki kami masih di sini.


Petang ni mommy nak share resepi meleleh air liur "Kerabu Udang"…….Cukup bahan, proceed. Cepat & makan nasi bertambah tadi. 
Resepi sama cam mommy selalu buat KERABU SEAFOOD, cuma taruk udang je.


Bahan-bahan
1 biji tomato potong dadu (lebih sedap yg muda)
1 btg serai hiris nipis
1/2 biji bawang besar hiris nipis
1 helai daun limau purut hiris nipis
2 btg cili padi hiris nipis (ikut kepedasan)
7 ekor udang medium size (bersihkan belakang & direbus)
1/2 biji limau nipis (besar) diambil jus
Sedikit suhun yang telah direndam air panas (tak letak)
sos ikan

Cara-cara
1. Rebus udang (jangan terlalu lama, nanti udang jadi liat). 
2. Campurkan semua bahan di atas dan tambah sedikit air rebusan udang. Tidak perlu garam kerana sos ikan sudah masin.

Wednesday, 22 October 2014

Cendawan Ranggup -tepung homemade

Assalamualaikum & salam sayang.
Happy Dewali deeei org2 Malaysia, heheh kami @Brunei xdak Diwali (walau ada org Hindu tapi semuanya pendatang/org luar. Rakyat asal Brunei xde India). 


Harini cam biasa je rutin kami. Takde cerita menarik nak share cuma nak jotdown resepi 'tak sengaja' ni je. Hahaha!!!!lawak betul semalam, tapi ada hikmahnya. Mommy selalu goreng ayam, tempe, udang, sotong mahupun mushroom ala KFC just guna instant tepung serbaguna brand 'Bestari'. Memang proven tepung ni menepati pilihan semua. Senang plak tu sbb eggless, just salut tepung pastu goreng. 

Cumanya citer semalam mommy dengan tak sengajanya telah membuat sendiri tepung gorengan tu yg sebijik cam tepung serbaguna 'Bestari'…….ngeh3x!!!!boleh riak cam gitu? bukan2 nak riak tapi suka ati sangat sebab rasanya +- sama la. 
Al-kisahnya, masa dah siap2 tos cendawan utk disalut tepung Bestari sekali tgk bekasnya kosong (masa tu mommy ada ingat mommy dah beli stok baru). Cari punya cari tempat biasa simpan stok xde, huhu!!! masa tu mmg dah xde idea lain nak masak cendawan tu selain dari goreng ala KFC je. Itu yg bantai le campur segala macam bahan2 & hentam je goreng. Sekali bila siap goreng, heheh cantik garing je cendawan tu…….bila ngap plak, yeay!!!!sama.
Tunggu feedback yg lain makan (xde bunyi kira sama la tu). 
Yang kelakarnya, lepas dah siap dinner & mommy kemas2 dapur sekali bukak laci tgk tepung Bestari baru beli (blm buka) dok dalam plastik dgn tepung2 lain. Ukalohhhhh la!!!!! saje je.
Pepepun kena simpan resepi ni utk rujukan kalau2 tepung Bestari dah pupus.

Bahan2:
Cendawan tiram (dalam 200-300g)
1/2 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
1 sudu besar serbuk perasa pasti sedap/cukup rasa*
1 sudu teh serbuk lada sulah*
1 sudu teh garam*
Minyak untuk menggoreng
Sedikit butter

Caranya: 
1. Basuh cendawan & toskan airnya.
2. Campurkan semua bahan2 bertanda * & gaul rata guna whisk.
3. Panaskan minyak serta butter & goreng cendawan yg telah disalut tepung (caranya dengan tekan2 cendawan dalam tepung & tabur rata sebelum di goncang sedikit untuk ratakan salutan tepung).
4. Setelah garing, angkat & toskan minyak. Siap

Tuesday, 21 October 2014

Kari Hijau Ayam - PHUKET THAILAND

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy lupa nak highlight yg minggu lepas (13, 16, 18, 20 oktober) & minggu ni sedang berjalan minggu exam buat Arfa. Kalau kat Malaysia ada UPSR, di Brunei plak budak2 tahun 6 ada PSR (Penilaian Sekolah Rendah). Subjects & penilaiannya lebih kurang sama dengan Malaysia iaitu cover subject BI, MIB, BM, Math & Science. Up to date Arfa dah lepas 4 paper & 23/10 ni tinggal last paper science. Macamana keadaan Arfa sekarang ni? Emmmm..xde stress langsung (mommy plak yg stress lebih2 especially masa paper BI & Math aritu). Dia siap main game, main bola dgn kawan2 & repair basikal tak abis2. Bila tanya camana exam, jawabnya biasa je.ok (adussss selamba sungguh).
Pepepun, kita tunggu & lihat sajalah mcmana resultnya. 
Ok berbalik citer masak2 mommy, cam suam2 kuku je memasak leni (dok ralit menjahit je kejenya mommy lately ni. haishh!!!).
Kalau tak memikirkan kewajipan & pahala yg bakal dikumpul, mau je beli kat kedai hari2. Huhu!!! blank dah la nak masak apa, bila masak menu baru yg lecehnya ada kebarangkalian org suka & ada juga org tak suka. 
Cam menu yang mommy buat ni, Kari Hijau……..daddy plak tak minat. Memang mommy dah alert dia xsuka masak lemak kuning/cili api ni (which mommy suka plak) tapi mommy fikir kari hijau ni cam lain skit tastenya. HAMPA!!!! bila dia xminat gak. Buat sekoq ayam, atlast mommy & kakak je layan. Sib baik ada gandingan ikan goreng & sambal belacan mangga, jadi penyelamat keadaan. 
Pepepun mommy jotdown gak resepi ni sebab serius sedap rasanya utk kita yg mmg layan masak lemak kuning ni. Ganding plak dengan sambal belacan. Pherghh!!! orang lain tak suka xdak hal. Perut mommy lapar je bila teringat Kari Hijau ni.
Resepi dari fb.

Bahan untuk di kisar / di tumbuk (utk buat pes kari hijau)
2-3 btg serai dihiris halus
4-5 ulas bawang putih
1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi)
5-6 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1/2 - 1 inci kunyit hidup
1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih


Bahan-Bahan Lain
1/2 ekor ayam (dipotong)
Daun limau purut
Santan kelapa
Air suam
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
1 sudu kecil gula perang / gula biasa
1/4 cawan santan kelapa
Terung (potong sederhana - jgn terlalu nipis)

Caranya:
1) Panaskan minyak dan masukan santan perahan pertama, kemudian tumis bahan bahan yang di tumbuk tadi .
2) Masukkan ayam , santan dan limau purut serta sedikit air , renehkan sehingga mendidih.
3) Masukkan gula, garam dan sos ikan untuk perasa.
4) Masukkan terung dan biarkan seketika. Sedia di hidang .


Selamat Mencuba

Sunday, 19 October 2014

STEW KAMBING


Assalamualaikum & salam sayang semua.

Semoga semua dalam keadaan sihat & bahagia bersama keluarga.
Harini mommy nak jotdown resepi stew kambing, sapa2 nak try boleh la. Sedap makan cicah dengan roti @ makan dengan nasi putih/ berperisa. Kami dah 2 hari berturut2 lauk ni je. Heheh!!!!
Paling senang sebab guna slow cooker periuk noxxa je buat.
Sebelum ni mommy dah buat tapi xsempat nak masuk blog so dah ingat2 lupa yg mommy main campak2 dlu tapi yg basic kena ada english herbs & bay leaf. The rest tu suka ati la nak tambah apa2. Cuma kali ni mommy cuba resepi K.Azie plak. Jom tgk resepinya.



Bahan bahan:
500 gm daging - potong kiub 
1 tsp olive oil
1 bawang besar - potong kiub
2 karot - potong 
2 kentang - potong kiub
3 batang celery- potong
1 tsp bawang putih - cincang 
1 tsp Kicap
1 cawan beef broth (use 1 tsp beef stock powder) 
1 fresh/1 tsp dried thyme 
1 tsp Oregano
2 bay leaves
2 tbsp tepung gandum/tepung jagung
2 tbsp air (membancuh tepung)
Garam 
Lada hitam

Cara cara
1. Lumur daging kambing dengan tepung gandum & biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Ini cara untuk menghinlangkan hamis daging kambing.
2. Potong daging dan hiris sayuran sayuran.
3. Panaskan kuali, masukkan olive oil. Masukkan daging dan balikkan sehingga keperangan. Taburkan garam dan lada hitam. Angkat dan ketepikan. 
4. Menggunakan olive oil tado tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau kacau rata dan masukkan sayur sayuran yang dipotong; ubi kentang, karot dan celery. 
5. Masukkan daging dan sayur sayuran ke dalam slow cooker. Taburkan oregano, thyme, bay leaves dan lada hitam. 
6. Masukkan sedikit kicap dan beef stock. Renihkan beberapa jam.
7. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air ke dalam periuk. Kacau rata sehingga agak pekat. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Boleh tambah air jika terlalu pekat. 



Thursday, 9 October 2014

Kelas Menjahit Mommy

Assalamualaikum & salam sayang.
Cuti sekolah yang lepas, ini le keje mommy tiap2 pagi. Seawal 8 pagi lepas hantar Arfa tuition & daddy keje terus pecut berdesup ke Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Seria.


Phew!!!!walau penat & stress tapi resultnya sangat melegakan. Happy sesangat sebab walau di usia menghampiri ambang 40an baru nak belajar menjahit tapi not bad la kan. Heheh!!! better late than never


Hasilnya walau ada cikgu Syida (kwn Malaysian kami juga yg berkhidmat sebagai guru @Sekolah Vokasional tu) alter tang leher (bahagian yg paling susah buat baju, mommy rasa le), tapi alhamdulilah menjadi juga dengan jayanya. 1st class, kami belajar buat princess cut dress. Sekarang ni mommy dlm 2nd class untuk buat blouse. Inshaallah akhir bln oktober ni harap2nya dapat la melaram dgn baju blouse buatan sendiri plak (jgn jelesssssss).



Wednesday, 8 October 2014

Kegilaan Potato Fritters

Assalamualaikum & salam sayang.
Anda giler kentang?????
Harus dicuba bagi semua yg gila2. Eh yg giler kentang. Hahaha!!!dunia maya sekarang ni pantang like banyak & follower ramai, terus jadi VIRAL. Bukan citer2 gosip/ citer2 panas je jadi VIRAL tapi geng2 peyuk belanga pun tak kurang VIRAL gak. Kadang2 kita rasa aik makanan ni dah berzaman org buat tapi bila ada individu yg meng'viral'kan jadi satu fenomena baru lak juadah tu. Salah satu contoh ni haaaaaaaa 'Jejeput Kentang' (ore kelate panggil jeput ketae). Hahaha!!!!mommy pun dah terkena virus giler kentang ni gak. Bila buat daddy cakap nape xde ikan bilis ni? Adoyaiiiii, dia ingat kita buat jeput bilih. Bila mommy explain ni lain, guna kentang sekali daddy ckp xkira la nak ikan bilis gak. Sama jelah rasanya dgn jeput. Huhu!!!! i love my 'daddy'.


Jeput ketae gila2 mommy versi ada sayur & xdak sayur.


Versi mommy sure nak goreng garing2 ke arah hangit2 sikit, baru krup krak krup krak.

Heheh!!!!!rupa paras mmg dah sama dgn jeput bilih mommy mana daddy tak confuse. Apaapaler

Tuesday, 7 October 2014

Resepi Kek Marble & Juadah paling sempoi d hariraya

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha (Raya ke 3 harini kan).Tahun ni raya haji mmg mood mommy tenggelam betul. Entoh le nape tapi malas sunggoh nak bermood raya. Cuma sebagai menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu rumah mommy gagah jugak buat juadah raya yang rasa mommy paling syahdu nak tunjuk. 


Hahaha!!!!Nasi Lemak je weh. Cuma kali ni mommy buat nasi lemak special sikit sebab ada biji2 lada hitam dalam tu (hahaha!!!!apa kekdah special la ye). Sebenarnya masa belajar menjahit aritu ada kwn bwk nasi lemak, bila tgk ada hitam2 dalam nasi kami pakat tanya la nape buh lada hitam. So dia explain nasi lemakkan berlemak, so kiranya halia + lada hitam tu nak pecahkan lemak la. Oooooooo, masuk akal kan? Itu yg mommy start try (benda yg baik kita ikut).

Pastu yang lain specialnya (chewah nak gak up sendiri padahal syahdu je juadah)………ada nasi impit nasi dagang. Haaa!!!!! korang pernah try? Mommy ni 1st time jumpa & makan. Yelah dah tak dpt makan nasi dagang beras perang, dapat makan nasi impit beras perang pun jadila. Dari segi rasa sama je cam nasi impit biasa, rupa paras je lain. Yang geramnya, cam biasa la 3A ni tengok benda2 yg berwarna pelik2 ni mmg xde nak jamah dorg ni. End upnya mommy je layan yg buruk rupa paras tu, dorg dok hadap yg putih gebu je. 
Oh btw juadah wajib rendang ayam mmg tetap adala cuma buat sikit je. Just nice makan 5,6 kali sorang smp ke malam.
Raya ke-2, brekfast lempeng lemak cicah sambal tumis & lunch cari kat luar. Heheh

Side dish ala2 nak memenuhkan sikit meja mommy buat le kek org malas gak. Kek Marble Coklat. Resepi dari www.Bukuresepi.com

Bahan2:
250g butter/marjerin
150g gula
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko

Caranya:
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & terus pukul sehingga kembang.
3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit & tuang esen vanila dan susu. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu bahagian & gaul rata.
5. Tuang adunan secara berselang seli sehingga selesai.
6. Bakar pada suhu 180'C selama lebih kurang 45minit @ sehingga masak.

*************************************
Yang penting raya haji ni kemeriahan terasa kalau dapat sama2 berkorban & berkumpul sanak saudara memotong daging. Yang lain2 mmg xde feeling je. Pepepun bersyukur ALLAH bagi kita semua peluang berhari raya haji tahun ni, semoga tahun hadapan dapat sama2 berkorban @ yang lagi penting ALLAH dapat menjemput kita menunaikan ibadah haji. Itu ultimate goal rasanya untuk kita semua sebelum ajal menjemput. InshaALLAH

Friday, 3 October 2014

SENGKUANG CALIT…..sendiri

Assalamualaikum & salam sayang semua. 
Before mommy proceed, sama2 kita ingat harini adalah HARI WUKUF @Arafah. Waktu dimana doa dimakbulkan ALLAH iaitu Jumaat, 3 Oktober 2014…..Bermula gelincir matahari (zohor) jam 12:10 tengahari sehingga 6:07 petang (waktu Saudi) BERSAMAAN jam 5:10 ptg sehingga 11:07 malam waktu Malaysia & sewaktunya. Janganlah kita lepaskan peluang & menjadi org2 yg rugi melepaskan peluang yang diberikan oleh ALLAH Yang Maha Pemurah untuk diterima doa2 pada waktu tersebut. Mintala sebanyak yang mungkin kerana ALLAH itu sangat2 sayang kepada makhlukNYA. Jangan lupa minta taubat dahulu kerana kita sebagai manusia tak lepas dari melakukan banyak dosa. Semoga ALLAH terima ampun & permintaan kita. Amin3x Ya Rabbalalamin
Ok sambung n3 masak2. Heheh!!!sempoi je nak habaq mai ni. Balik Malaysia aritu, adik ipar ajak p ronda2 pasar malam uptown pastu depa dok beli la sengkuang calit. Uish!!!masa tu mommy cam pelik sebab ingatkan dah pupus sengkuang calit ni (zaman dolu2 mmg pernah jumpa tapi berkurun dahla xnampak). 
Pastu aritu mommy beli sengkuang ni (org Brunei panggil mengkuang.hahaha!!!!jgn silap dgn tikar mengkuang ye) utk buat popiah & wantan wrap goreng……..Dari sehari ke sehari, tak jadi2 jugak popiah sebab banyak ooo agenda lately ni. Last2 terbayang2 lak sengkuang calit ni, apatah lagi baru dok teringat kuah rojak mak bee yg beli masa balik Malaysia aritu tak buka2 lagi. So, secara rasminya si sengkuang ni la merasmikan kuah rojak mak bee. Apalagi calit lerrrrr sendiri. Sedap gak weh rupanya tapi mmg xleh lawan lerrrr dgn nenas calit mak bee (heheh!!!!lps pekena sengkuang calit ni mommy cari jugak nenas baru puas). 
Kesimpulannya, kalau keadaan darurat 'malas' lapar2 xtau nak telan apa silalah calit, mmg sedap & mengenyangkan…….tapi kot nak kecur2 liur tu mmg kena cari nenas @ pelam muda gak la noo. 
Sekian!!!!laporan org malas.

Wednesday, 1 October 2014

Melipat bekas tepung pelita


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Been busy last week for the whole school holiday, now i'm back with quick update.



Jotting down step by step, how to lipat bekas tepung pelita. Heheh!!!!alah bisa tegar biasa, pepatah melayu yg mommy still harini cam tak berapa faham pecahan perkataan2 tu (cam bahasa into plak). 


Dah lama tak buat & malas nak buat tradisional tepung pelita ni tetapi disebabkan permintaan dari jiran yg nak order kuih tepung pelita utk dia sedekah kpd kawan2nya mommy tak sampai hati nak tolak. Mula tu mommy bagi cadangan buat talam pandan jelah sbb rasa lebih kurang (dia pun agree), tapi last2 mommy ikut juga permintaan dia sebab rasa xbest plak bila org minta tlg buat yg lain, kita pandai2 nak bt yg lain. Heheh!!!!yg sebenarnya mommy lemah bab melipat bekas ni la. Emmph!!!bila bukak link lama cara nak lipat ni boleh plak link tu xkeluar exactly post pasal melipat bekas ni. So, terpaksa la google. Huhu!!!bila try yg k.ita buat & few lagi blogger buat…….X JADI. 
Last2 mommy lipat2 sendiri & hasilnya alhamdulilah lagi senang & paling penting dia seragam size & shape. SUKERRRR!!!


So ni la cara mommy. Mommy tunjuk satu2 supaya next time nak buat senang. Mula2 je kena betul2 lipat cam gambar ni tapi bila dah lama2 tu kira expert dah.

No.1 Lipat dua daun pisang (yang dah dilayur la).


No.2 Lipat lagi sekali (kiranya bila bukak ada 4 bahagian)





No.3 Lipat hujung daun sehingga ke tengah garisan no 2. Ulang untuk hujung yg satu lagi.


No.4 Tekan bucu kanan hujung daun & lipat ke dalam, ulang bucu kiri & stapler. 


No.5 Ulang untuk hujung satu lagi. 


No. 6 Siap!
Resepi tepung pelita versi MOK.

Gambar selingan side order.


Ini plak side order my jiran (actually i je niat sedekah juga since dia hulur duit)……



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...