بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 31 October 2013

Kerabu Terung Bakar

Assalamualaikum & good day.
Semalam, kawan consider rapat juga la dulu masa @Malaysia htr whatssap kat mommy. Bertanya khabar & mengharapkan mommy balik ke Malaysia next year for good (sbb mmg sepatutnya next year mommy dah start mengajar semula). Tetapi memandangkan InshaALLAH daddy akan sambung lagi contract kerja di Brunei ni maka kami pun tak pasti bila rezeki kami di sini akan tamat & pulang semula ke tanahair. Memang perasaan rindu suasana & kawan2 di Malaysia masih menebal tapi jauh di sudut hati perasaan sayang juga kat Brunei untuk ditinggalkan. Banyak perkara & perubahan diri yg mommy dapat improve especially hubungan kekeluarga sesama 4A+R juga yang paling penting mommy rasa lebih mendekati ALLAH dalam byk perkara. 


Petang semalam mommy banyak le menggelamun teringatkan kawan2 lama yg dah kebanyakannya menyepikan diri. Dalam dok teringat dorg tu tiba2 teringat le kat sorang kawan ni & satu resepi dia yg mommy tak sempat nak cuba. Pernah tanya resepi secara teori je & lepas tu tak pernah nak cuba buat. 


So, semalam mommy pun try le buat sepertimana yg dia ajar dulu (actually dah lupa yg dia ajar tapi sebab resepi ni basicnya sama aje cuma tukar bahan utama saja). Alhamdulilah!!!!!!mmg tak rugi sangat mommy buat semalam sebab DEFINITELY segala jenis kerabu (pantai timur style) will always be my favourite in list. For those yg nak cuba juga boleh la try. Memang sedap x dinafikan lagi dah.


Bahan2:
4 - 5 batang terung
2 ekor ikan (dibakar tawar & ambil isinya)
2 biji cili merah/cili padi (hiris nipis)
1 cawan kelapa parut (sagai garing & tumbuk sikit)
1 biji bawang merah (besar) 
1 sudu kecil lada hitam 
1 cawan santan cair
Jus limau secukupnya
Garam/sos ikan
Gula



Caranya:
1. Kelar terung memanjang. Panggang atau bakar terung sehingga lembut, lebih kurang 10 minit. 
2. Apabila sejuk, kupas kulitnya dan potong 5cm panjang/hiris nipis. Ketepikan.
3. Tumbuk lada hitam, bawang merah & isi ikan sehingga lumat. 
4. Dalam mangkuk besar masukkan terung & di gaul dengan bahan2 tumbuk. Masukkan sekali kelapa parut.
5. Curahkan santan & gaul sebati.
6. Perisakan dengan garam & gula. Akhir sekali tambah jus limau secukup rasa & hirisan cili potong.
7. Enak dimakan dengan nasi panas @ ratah pun sedap.


Wednesday, 30 October 2013

Ulam batang kangkung yg menarik

Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak citer kat anak, cucu, cicit sekalian cara nak mengelakkan pembaziran. Jgn banyak membazir nanti lagi ramai syaitan dr manusia yg jadi kawan kita. HARU!!!


 Pernah tak u al beli sayur kangkung (banyak plak tu), alih2 terlupa @ tak sempat masak dah buruk/kuning daunya. Ok, ni nak bagi cara nak elak buang begitu saja (walau sayur kangkung ni consider murah tapi ralat juga kalau buang begitu saja). 


Actually benda ni dah lama mommy praktik (ideal ni kami dpt since kami bercuti rumah tok ayah zaman mommy kecik2 dulu). Zaman dulu2 tok ayah bukan org senang jadi masa anak cucu dtg ramai2 dia hidang ulam ni le (pokok sendiri). 


Ulam yg mommy maksudkan ni cuma BATANG KANGKUNG. Ye, kalau daunnya dah kuning/buruk tapi biasanya batangnya masih elok. 


So, caranya…………..
1. Just buang daun yg buruk & basuh bersih batangnya sahaja. 
2. Kemudian kerat batang kangkung tadi lebih kurang 5 - 10cm (terpulang le nak berapa panjang).
3. Belah hujung batang tadi bentuk bunga  (jgn putus, maksudnya sampai di tengah batang saja).
4. Ulang langkah no 3 untuk hujung yg satu lagi.
5. Rendam batang yg telah dibelah ke dalam air.
6. Biarkan sehingga batang tadi melentik menjadi kelopak bunga (refer gambar).
7. Toskan air & hidangkan bersama budu, sambal belacan etc.

(Kalau nak buat deco masakan pun ok)


Amaran: Mmg confirm u al tambah nasi, bagi yg DIET jgn ikut ye.


Tuesday, 29 October 2013

POPIAH ISI KETAM BERKEJU (Creamy crabstick rolls)

N3 kedua harini juga pasal popiah. Bila buat popiah yg k.Maria ajar tu mommy teringat le juga pasal popiah isi ketam yg mommy selalu dok buat, tapi xde keju. Pastu kebetulan ada kawan2 dok whatssapp tercerita pasal dia goreng popiah inti crabstick dengan keju juga. Apalagi, dapat le combination crabstick & keju plak. Afterall lagi teruja buat yg ni sebab penyelamat kalau teringin nak makan yg vege berkeju tu blh le jugak buat yg crabstick ni utk Anis & Ahdia. Lagi le mudah nak buatnya & yet the result mmg SUPERB!!!!


Bahan2:
Kulit popiah (any size will do)
Crabstick/isi ketam
Keju cheddar (diparut halus) @ boleh guna kepingan cheddar
Sedikit campuran tepung & air sebagai gam

Caranya:
1. Siatkan sehelai kulit popiah & masukkan isi ketam.
2. Taburkan keju di atas isi ketam (banyak2 lagi sedap).
3. Gulung dengan kemas. Gamkan hujung dengan tepung.
4. Ambil sehelai lagi kulit popiah & letakkan popiah tadi di tengah2.
5. Ulang langkah no 3 (gulung 2 kali bagi mengelakkan keju meleleh keluar semasa menggoreng).
6. Goreng sehingga garing & toskan minyak.
7. Sedia dihidang bersama sos kegemaran @ enak juga dimakan begitu saja.







Popiah Sayur Berkeju (Creamy Vege rolls)

Assalamualaikum & good day.
Ni nak citer & share pasal popiah. Dah pandai? xpela belajar lagi biar lagi pandai……Ok Anis & Ahdia (kot le yg lain kawan2 mommy ni semua dah expert buat popiah).
Hari Jumaat petang 2 minggu sudah, k.Maria datang rumah kami sambil kelek barang2 nak buat popiah. Heheh!!!katanya Areesya mau buat arah rumah aunty Ros (pandai le tu sbb nak main dgn 3A). Sebelum ni pun k.Maria selalu le jugak hulur popiah ni & happen tu si Arfa suka sangat (walau ada fresh vege dlm tu). Yang membuatkan si Arfa ni suka sgt sebab selain fresh vege, k.Maria top with cheddar cheese (itu yg membuatkannya sedap sgt). Maka hari Jumaat tu kami sama2 buat & makan le (Anis & Ahdia still xnak sbb ada vege). Bila dah 2 kali goreng, Arfa tanya lagi………so itu yg this week mommy ulang buat lagi sendiri. Senang sangat buatnya compare tu normal popiah yg kena masak inti bagai dulu tu. Yang paling penting healthier sikit (konon).


Jom la tgk kot2 ada yg suka gak popiah ni.
Bahan2:
Kulit popiah
Lobak merah (disagat)
Bawang besar holland (dadu kecil)
Daun bawang (potong kecil)
Sayur campur
Lada sulah (optional)
Keju cheddar (diparut halus)
*Semua bahan2 di atas digaul sebati kecuali keju.
Caranya:
1. Siatkan sehelai kulit popiah & sudukan bahan2 inti.
2. Taburkan keju di atas inti (banyak2 lagi sedap).
3. Gulung dengan kemas. Gamkan dengan tepung (bancuh sedikti tepung dgn air).
4. Ambil sehelai lagi kulit popiah & letakkan popiah tadi di tengah2.
5. Ulang langkah no 3 (gulung 2 kali bagi mengelakkan keju meleleh keluar semasa menggoreng).
6. Goreng sehingga garing & toskan minyak.
7. Sedia dihidang bersama sos kegemaran @ enak juga dimakan begitu saja.


Sunday, 27 October 2013

Horse Riding @BEQ Equestrian Jerudong

Assalamualaikum & good day.
Apa citer weekend u all? Kami mmg had a wonderful weekend!!!!
Memandangkan Jumaat & Sabtu mg ni kami mcm org sesat (ke hulu ke hilir berulang dari Brunei ke Miri gara2 nak renew passport Arfa), penat jgn cakap le tapi sebab kelemahan sendiri maka tak boleh le nak salahkan org lain. Yang sebenarnya mommy tertinggal surat beranak Arfa, so bila dah perasan masa tu kami dah @Miri. Terpaksa le patah balik ke Brunei & g semula ke Miri. Yang trajisnya tak sempat siap le plak passport Arfa Jumaat tu maka Sabtu kemarin kena pecut g Miri lagi utk collect passportnya (mommy mmg supirwoman betul). Balik dari Miri plak kena singgah klinik untuk acara cucuk lengan beramai2. Kami cucuk Anti Meninggococcal Vaccine. Heheh yg ni trajis gak sbb ada 2 anak dara tu buat drama dalam klinik. Si Ahdia mula tu bkn main confident & berani je nak cucuk 1st……bila zap kena sedas berjurai air mata & bila kena sedas lagi mula aduhhhh sakit sambil pegang kiri kanan lengan. 2nd turn Arfa relax je (dah besar malu le nak nangis lg) & yang paling mencabar of course Anis (mmg dah tau dah dia ni mmg confirm menggelupur). Pujuk punya pujuk dpt le jugak kami 4 beranak cucuk, daddy kena bt hari lain sbb dia busy memanjang. Hopefully blh settle segalanya.
So, harini baru le betul2 terasa nikmat hari minggu sebab pagi tadi k.Maria bawak 3A g horse riding (seronok bukan main dorg) & mommy reward myself dgn rawatan seluruh badan (punya la lama tak belai badan cam gini since pindah Brunei). Sepanjang dorg ikut family k.Maria pergi beriadah, mommy plak diurut oleh ummi @rumah. Alhamdulilah!!!!!segar betul rasa badan bila kena urut seluruh badan especially part peranakan tapi parts yg urat tersimpul tu jgn cakap le sakitnya.
Btw jom la sama2 tgk dorg g horse riding. Mommy pun teringin plak nak cuba next time since selalu dok tgk sorang member Msian kami @sini siap beli kuda seekor as their pet, phewww!!!syok kan. Tapi berangan jelah kot klau siap nak beli sendiri, mahal tu sama rege dengan kereta. Hehe!!!

Thursday, 24 October 2013

Roti Ulat Bulu


Assalamualaikum & good day.


Lama mommy tak bukak 'Kak Ros Bakery'………….Heheh!!!Kak Ros yg garang (itule panggilan manje 3A kat mommy cam citer upin ipin kata mrk).


Roti Ulat Bulu?????Pernah dengor nama ni? Hahaha!!!nama ciptaan sendiri. Resepi ni actually mommy buat sebab teringat permintaan Ahdia semasa makan Red Bean Bun dlm Malindo Air aritu (biasale dia, kalau makan something yg sedap & dia suka mmg semedang suruh mommy buat). Kalau dulu mommy ingat 3A ni tak suka inti red bean jadinya mmg xrasa nak cuba la takut membazir. Bila tahu dorg makan maka harusla mommy cuba buat Roti Ulat Bulu ni, afterall mommy suka inti red bean.


Btw dah lama mommy impress dgn Roti Ulat Bulu ni, dok terfikir camana laaaaa dorg buat roti bentuk camni. So, bila dah tahu skill ni harusla mommy save dlm 'Wind of Change' untuk rujukan diri sendiri & keluarga. Yang sebenarnya tak susah kalau kita belajar/ada ilmunya. So jom sama2 belajar buat Roti Ulat Bulu inti kacang merah.


Bahan2:
250ml air
600g tepung roti
60g mentega
120g gula halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
11g yis segera
1 biji telur

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam urutan ke dalam Bread Maker (BM).
2. Pilih menu 'dough' (no 10 utk BM kenwood mommy).
3. Tunggu sehingga selesai & keluarkan dr BM.
4. Tumbuk2 angin & bahagikan doh kepada 15 - 20 bahagian kecil (terpulang size yg dikehendaki). Bulatkan.
5. Leperkan doh & masukkan inti. Tutup rapat & bulatkan semula doh.
6. Tekan doh perlahan2 & canai sehingga nipis.
7. Potong secara selari (tapi jgn putus) & seterusnya gulung (refer gambar).
8. Biarkan sehingga doh kembali kembang (dalam 10 - 30 minit).
9. Sapu permukaan doh dengan bancuhan telur (optional).
10. Bakar pada suhu 180'C selama 10 - 15 minit.


Ralat: 
1. Mommy buat ni giler besor sbb tindih doh (mommy buat mcm sandwich sbb tak tahu cara yg betul buatnya. Bila dah siap & masa buat yg bulat bunga2 tu baru terfikir cara di atas yg mommy mentioned). Pepepun "U learn from mistakes".
2. Terhangit!!!! hahaha. Set time & temperature sama cam biasa alih2 arini oven terlebih hot (siap aje ting2 bunyi, tgk2 dah terhangit skit). Pepepun bila makan rupanya yg terhangit lagi sedap ;)




Wednesday, 23 October 2013

Pelaksanaan Hukum Hudud di Brunei Darussalam

Alhamdulilah…….
Kagum sangat dengan ketegasan baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk segera melaksanakan Hukum Syariah (Hudud) di Brunei Darussalam. Semoga Darussalam akan sentiasa dalam lindungan & rahmat ALLAH. Semoga Malaysia juga bakal memilih jalan yg sama, InshaALLAH.




KELEBIHAN MINUM AIR MASAK

Assalamualaikum & good day.
Artikel ni penting & wajib sangat untuk kita amal. My kids especially Anis mmg susah sgt nak amalkan meminum air putih dalam kadar yang banyak dalam satu hari (yelah bebudak kan asyik mitak MILO,MILO,MILO). Kalau tak letak syarat cth kena habiskan satu tumbler air putih ni baru mommy bagi beli air kotak @sekolah, mmg xde la sukarela dorg nak teguk air putih……kadang tu kalau dah lunch minum air berperisa, dinner mommy paksa minum air putih. Hopefully when time goes by & dorg pun grown up, akan timbul kesedaran ini secara semulajadi. Btw kalau yg tua bangka pun xsuka minum air putih mmg nak kena lepuk gak tu. 

Macam mommy (sbb dulu2 asyik lupa je nak amalkan minum before & after sleep seperti saranan)Mommy akan make sure my side table sentiasa ada air putih satu tumbler. So, dalam mamai2 bangun tidur tu no more excuse untuk tidak teguk air putih. One more thing, teguk 3 kali nafas, Sunnah Nabi tu.

Tuesday, 22 October 2013

LANGKAWI

Assalamualaikum & good day.
Masih lagi tunggakan citer2 lama. Cuti Raya Aidilfitri yg lepas, from Gunung Jerai kami meneruskan jelajah Kedah Darul Aman ke Pulau Lagenda terkenal ; LANGKAWI. 
For mommy & daddy that was our 3rd time, Arfa & Anis their 2nd time while Ahdia was her 1st trip to Langkawi. Pepepun, berulang2 kali pergi ke Langkawi sure tak boring sebab boleh SAKAN bershopping lagipun banyak attractions yg dulu kami pergi belum ada especially Langkawi Sky Cab. 
3 hari 2 malam rasa cam sekejap & tergopoh2 je, tapi overall seronok sebab pergi dengan family besar (tokcik, pak su, mak lang & pak cik). Cuma bila mengingatkan kenangan g Langkawi ni membuatkan hati sedikit sedih. Just nak citer sikit je supaya menjadi pengajaran utk kami di masa akan datang. Pepepun musibah & dugaan yg Allah bagi tu kadang2 sebab Allah sayang kat kita & sebagai teguran supaya kita tidak terus leka. Huhu!!! Takpela u all layan dulu gambar2 yang banyak ni (kalau tak jemu le), kat bawah nanti mommy citer apa jadi.
Day 1: From Kuah to Langkawi
Arrive @ 6pm +-
Activities: JJCM
Day 2 
(sesi bergambor beramai2)
(pun dah berubah wajah since our last trip, 2006)

(budak2 sangatlaaaa seronoknya)

- Sky Cab (Langkawi Cable Car)
The best cable car riding compare to previous Hong Kong & New Zealand.

 Day 3
- Kilim Nature Park (eagle feeding & mangrove tour)
Last day tu juga sblm amik last boat to Kuah kami shopping sakan sampai lebam. Kalau ikut nafsu mmg rasa nak je borong pinggan mangkuk bagai tapi memikirkan luggage semua dah ketat dengan baju&stok makanan maka dibatalkan aje niat suci murni mommy tu. Shopping lebih kpd coklat, souvenir, baju2 & yg paling best dpt beli bag luggage yg branded dgn harga yg berbaloi (duty free maaaa). 
Cerita sedihnya bermula masa @Underwater world. Si Ahdia ni sibuk le nak mengambil gambar2 ikan & segala makhluk ciptaan ALLAH yg jarang2 dpt tgk tu dgn iphone lama mommy. Tup2 bila lalu kat gallery jualan otw nak exit tu dia blh p letak elok je hp buruk mommy tu antara byk2 mainan (kes rambang mata tgk toys). Bila perasan, kelam kelibut le mommy & pakcik g cari. Ya ALLAH nasib baik dpt jmp semula (walau hp buruk tapi itu no maxis yg mommy dah guna since zaman anak dara & semua ctc2 & info2 penting ada dlm tu). Ok, cerita sedih dah jadi gembira semula.
Cerita yg lagi sedih bermula di sini...
Sehari sebelum kami fly back to Brunei, kereta kami kena pecah & drp 6 luggage yg sepatutnya kami bawa balik ke Brunei, 3 drpnya lesap (termsk le satu beg yg baru beli @Langkawi). Isi perut 3 luggage tu jgn cakap le. Kebanyakan souvenir beli @Langkawi, coklat melat, buku2 baru 3A, hadiah2 drp 'org Arab', baju2 baru beli kami 5 beranak etc semuanya GONE!!!!!! Yang lagi sedih byk accessories mommy yg hilang sebab satu di antara beg yg hilang tu milik mutlak mommy. Allahuakbar!!!!mmg rasa marah, sedih, terkilan etc..tapi lama2 (selepas kena tazkirah dr daddy, makanya mommy redha brg2 tu semua hilang. Kita tuntut ajela dr si penjahat ni @akhirat). 

```````````````````````````````````````````````
So, pengajaran yg kami dapat paling utama dr kejadian itu ialah "JGN TINGGALKAN BARANG2 BERHARGA DALAM KERETA ANDA". Sekian!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...