بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 30 March 2012

1st term School Holiday 2012 -part 1

Burrpp!!!dah kenyang mommy makan nasi dgn masak lemak terung budu & sotong goreng. Alhamdulilah, kenyang.....Daripada tido di petang hari (x elok kan tido ptg2) lebih baik mommy jot down pasal cuti baru2 ni.
As per plan, alhamdulilah semua smooth mengikut schedule cuma reading story book in mandarin oleh Arfa je kena skip sbb Ms Peng baru nak cari buku yg sesuai utk Arfa. Later she will carry on during tuition class. Anis & Ahdia alhamdulilah followed the schedule.
Seperti dijanjikan (pantang janji dgn dorg ni, mesti dituntut habis2an) activity wajib masa cuti tu of course 'splash time'.......kalau ikut dorg ni hari2, pagi petang pun nak g swimming. Huhu!!!rules are rules.....after settle their homework's baru kami pergi sport complex @Tutong. 1st day pergi hari Jumaat( 16/3/2012) sbb Khamis mlm tu semua dah buat homework's siap2 (kecuali K.Anis sbb dia kena buat project so mommy KIV dulu).
Gambar2 mommy snap on the1st day splash time. Masa ni muka putih2 lagi......tg hari last ye.


Ni sport complex Tutong. Kecik je tempatnya maklumle rakyat tak ramai, lagipun Tutong ni kira district.

Lagi view dpn aquatic centre
.
Sejukkan diri dulu b4 terjun pool.

Seronot sgt le tu especially Ahdia.

 Sengih punye le lebar.



1st day ni xde org @toddler pool kecuali 3 ketul huruf A ni.


Mula2 Arfa tinggalkan kolam kecik, masuk kolam yg dalam...Pastu xlama tinggal Ahdia sorang2 kat kolam kecik tu. Anis mmg berani sikit swimming ni walau x join intensif class masa @Pusat Akuatik Shah Alam dulu. 

Arfa dikepung oleh 3 ekor dolphins. Mommy shot dr jauh.

Okey, abis hari pertama.....kedian hari Selasa (20/3/2012) pergi lagi. Isnin x pergi sbb g dental check.
3rd time hari Jumaat (23/3/2012) plak pergi. Last day pergi hari Sabtu (24/3/2012) dgn daddy sekali.
Kat bawah ni mommy post lagi gambar2 last day sebab nak bg nampak perubahan ketara 3A jadi 3 org budak hitam. Dengan mommy & daddy skali jadi budak hitam....So, haritu ada 5 org budak hitam. Hahaha!!!Arfa balik sekolah 1st day tu terus bgt kwn2 ckp dia hitam. Masa mandi petang tu bukan main sental lg dia dgn body shampoo kat muka. Pastu tanya "mommy, Affan dah nampak putih skit tak?".....Haha!!!risau tu jatuh saham kalau hitam.

Berkilat dah lengan, tapi ada dorg kisah .
Anis sampai menggelupas bibir. Silap mommy gak lupa nak pakaikan sun protection/sun block lotion.

Budak hitam no 3 merajuk sbb org tinggalkan dia sorang2 kat pool toddler. Mommy le layan dia. Oppss!!lupa nak bgt hari last dgn mommy skali terjun pool. Hehe!!!lps gian lama xmsk pool, lgpun org xramai. Nak bgt rahsia, mommy swam kat toddler pool je ye, yg adult punye aku takut lemas. Huhu!!


Mommy jadi mermaid. Si Ahdia ni asyik bertenggek je atas blkg mermaid tu. Huhu!!

Terjun lagi!!!!ni last jump dah ni b4 bilas nak blk.

Tunggu til next school break plak le nak dtg pun ye. Kasi bersalin kulit baru dulu, baru blh hitamkan semula.





MASAK LEMAK TERUNG DGN BUDU

Fuhhh!!!2 hari lena tido atas katil ijo yg cosy tu....bangun2 tido lapor le plak. Hehe!!harini mommy nak post resepi nostalgia kampung. Memang favorite dr dulu kini & harapnya selamanya (baru xlupa daratan org ckp kan).....Cuma yg sedih jarang2 sekali buat bila time betul2 mengidam itupun kalau buat xleh buat byk sgt sbb ramai species utara dari species teganu. Kalau mommy buat pun mmg hadap seorang je, kdg2 Anis & Ahdia makan juga kuahnya. Biasanya kalau mommy masak menu ni mesti ada backup utk daddy kari/kuah tumis air sebab dia mmg xsuka masak santan2 putih ni.
But for me, u just give me nasi putih + ikan bakar/goreng + budu/sambal belacan...that's it. Match je dgn masak lemak ni. Emmphh!!!boleh terasa lg kesedapannya makan semalam...jap lg lunch nak makan lagi. Jgn jeles ye.....
Untuk Anis (mommy tau kakak suka ikut taste mommy sikit) resepinya kat bawah, simple.

Bahan2: Sukatan utk semangkuk penuh.

  • Terung panjang (3biji) -belah dua & potong serong
  • Bawang merah (5 biji) -kisar
  • Lada hitam (1 sudu teh) -kisar
  • Ikan bilis/ikan rebus/ikan bakar -kisar (jgn halus sgt)
  • Santan pekat -1/2 cawan 
  • Air (terpulang citarasa nak pekat @cair) -mommy guna 2 cawan
  • Budu (ini le rahsia sedapnya) -2-3 sudu besar
  • 1/2 sudu teh garam
  • Cili merah -hiasan je ni
Caranya:
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk & renehkan atas api sederhana besar sehingga mendidih.
  2. Tambahkan sedikit garam jika kuah masih tawar.
  3. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
  4. Siap dalam masa 10 minit. Senang kan.

Wednesday, 28 March 2012

Bilik tidur Kami?


Bilik tidur kami????
Hehe, idok le lagi tapi kalau blk Msia nanti rasanya mcm nak buat bilik tidur mcm ni la. What say u all? Simple je pun bilik ni tapi cosy & yg paling best tulisan khat tu really striking. The attraction sebenarnya mmg tulisan khat tu pun. Besar & mungkin wall paper ?
Eh.....xyah le pikir dulu, dah confirm blk Msia baru bukak balik N3 ni utk tgk contoh ye. Sekarang ni tidur dulu @ master bedroom pinjam ni. GOOD NITE!!!!


Eh jgn lupa baca doa tidur ye....

ROTI JALA & KARI AYAM lagi....


Harini nak tayang gambar je hasil penangan kuah kari pekat balance nasi minyak (nasinya licin, gulai/karinya lebih pasal mmg bt byk). Menu dinner kami last monday (setelah mendapat kelulusan big boss/daddy). Hehe!!!daddy kan suka makan nasi, jadi kena dpt approval dulu jalan ke tak nak makan roti jala utk dinner. Bila once dia approved, baru mommy blh beraksi lagu dangdut @dapur (hahaha!!!merapu lagi- eh betul la nak menjala ni kena goyang ala2 Mat Daud Kilau sat).Hasilnya dapat 30pcs(2 kali bancuh bater)......Untuk resepi bg anak2 mommy yg nak buat nanti & sapa2 yg terliur tgk gambar tu blh la rujuk sini untuk resepi roti jala & kuah kari ayam.

The Making

Haa!!!tengok tengah bergoyang dangdut. Kasi serong skit acuan tu baru smooth nak menjala. Btw mommy buat 2 version, satu spiral(bulatan) & lagi satu parallel (garis2, xde dlm gambar)

Hasil guna teknik spiral. Tak le cantik, tapi boleh la amatur kan?

Monday, 26 March 2012

NASI MINYAK TERENGGANU

Alhamdulilah, berakhir sudah 10hari cuti sekolah & menandakan jugak tugas mommy as a 'supir' kembali semula beraksi. Post mortem pasal 10 hari school break ni nanti mommy jot down dlm next entry cuma harini nak publish dulu resepi nasi minyak 'Ganu Kite' (walau gulai dok jadi gulai Ganu sbb xdok rempoh cap Bunga Ros).......Sebelum ni dok buat nasi minyak hujan panas (blm publish lagi resepi ni sbb x sempat snap gambar masa bt time raya dulu), budak2 ni macam kureng minat skit nak makan sbb dorg cakap ada sayur (padahal bawang &rempah 4 serangkai je pun).....Tapi alhamdulilah this time bila buat Nasi Minyak 'Ganu Kite' ni dorg suka sgt makan. Ahdia je x makan sbb gulai/kari tu mcm terpedas skit. Nasi minyak ni mommy buat yesterday for lunch sbb mmg kami tak keluar g mana2. Kira celebrate abis cuti sekolah la, bukan apa budak2 ni tak sabar2 nak g sekolah (boring gamaknya xde kawan selain dorg 3 org je).


Sumber: FB Selera Terengganu
(Resepi di sediakan oleh: http://www.aisyahumaira.com/ )

 Bahan-bahan Utama
Beras (mommy guna 4 cawan)
1 biji bawang besar di potong mayang
3 biji bawang merah (kisar)
3cm halia di ketuk
1/2 tin susu cair
Marjerin (bagi klasik skit) (mommy guna 2 sudu besar)
Minyak masak
Sirap & sunquick (mommy guna 1 sudu besar sirap & 2 sudu besar sunquick)
Air mengikut sukatan beras
2 helai daun pandan

Rempah kasar
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis


Cara-cara membuat
1. Panaskan kuali, masukkan marjerin bersama minyak masak.
Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau atau buah pelaga menjadi kekuningan.
2. Masukkan bawang yang di kisar then bawang besar yang dihiris mayang dan halia yang telah diketuk.Tumis sampai bawang tadi sedikit garing.Masukkan daun pandan.
3. Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masukkan 1 cawan air (if korang guna cawan sebagai sukatan beras).
4. Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jadi color merah skit.Biarkan ia mendidih sekejap.
5. Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras tadi sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras,tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air.Biarkan ia mendidih sekejap- Masukkan beras yang siap dicuci ke dalam periuk.
6. Masukkan sedikit garam.
7. Selepas nasi kering @ nak masak, masukkan sedikit sunquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
8. Ok, dah siap. Boleh dihidang bersama gulai ayam/daging.

Untuk gulai ayam pula ni resepi mommy sendirian berhad. Ahaks!!

Bahan2
Seekor ayam (potong sederhana la ye)
3 biji ubi kentang (potong 4/6)
1 biji bawang besar (hiris)
5 biji bawang merah (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
10 biji cili kering (kisar)
Rempah 4 serangkai - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih
Rempah masak ( terbaekk kalau guna cap Rose- asli dr Ganu kite) (sedihnya mommy xde stok. Guna Babas je, itu yg merah je color, kalau ori cap Rose macam kelabu2 kurma skit)
Santan (mommy guna 1 tin santan pekat)
Garam
Gula/nise(gula melaka)
Air
Minyak


Canaria
1. Mula2 tumis rempah 4 serangkai hingga garing, kemudian masukkan bahan2 kisar. Goreng hingga garing.
2. Apabila dah pecah minyak, masukkan 1 sudu gula @ 1 kerek nise. Kemudian, baru masukkan 4 sudu besar rempah masak (cairkan dengan 1 cawan air).
3. Masak lagi sehingga rempah sedikit kering & garing.
4. Masukkan ayam & kentang, juga bawang besar. Gaul rata & biarkan selama 5 minit.
5. Apabila isi ayam & kentang sudah hampir masak baru masukkan santan pekat. Biarkan mendidih.
6. Apabila santan telah mendidih, masukkan 1-2 cawan air (ikut citarasa nak cair @ pekat).
7. Akhir sekali, masukkan garam. Siap

Aksesori kalau makan nasi minyak ni cuma sambal belacan & acar mentah.


1. Acar mentah

Bahan2
1 btg timun batang (hiris panjang2)
1 btg carrot (hiris panjang2)
2 biji cili merah (hiris panjang2)
3 biji bawang merah (hiris nipis2) -mommy tak letak
3 sudu cuka
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar gula

Caranya
Campurkan semua bahan & gaul sebati.
Biarkan dalam peti sejuk seketika supaya rasanya diserap sekata.

2. Sambal Belacan

Bahan2
2 biji cili merah
5 biji cili padi (kalau suka pedas le)
Belacan (terpulang le byk mana ikut citarasa)
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2 biji perahan limau nipis

Caranya
Tumbuk semua bahan kecuali limau nipis.
Apabila dah lumat, perah limau nipis.
Siap.

Saturday, 24 March 2012

PICNIC & FISHING @PANTAI TUNKU, BRUNEI DARUSSALAM

Cerita ceriti kami yg keboringan @Brunei ni.Yelah, dah negaranya kecik je sehari round pun blh complete. Daddy plak have to standby 24hrs xleh keluar dari negara bertuah ni. Huhu!!!jadinya kami pun secara rasminya dah jadi mcm org Brunei beraktiviti. Selain window shopping, makan2...kejenya picnic, BBQ & fishing.Itulah rasanya rutin aktiviti rakyat Brunei. Walaupun menjadi rutin tapi bagus sebenarnya interms of build up family relationship.For us fishing ni dah jadi mcm acara tahunan sbb last year 1st term school break pun ada acara fishing gak.


Hehe!!! yg khemah tu territory mommy nak golek2. Menu picnic kami sempoi2 je.
1. Sandwich telur
2. Jemput2 ikan bilis
3. Keropok ikan tamban
4. Nasi putih
5. Ayam goreng kicap
6. Telur dadar
7. Sambal belacan
8. Ulam timun batang
9. Buah rambutan
10.Buah langsat
11.Air oren sunquick


Fisherman & crews.....Preparation before the battle!!haha, yoyolah.


The battle started with full of courage!!hehe...kita tg hasilnya.


Sabar menunggu Father & Son....


Si bapak tersengih menunggu....


 Si anak termuncung kehampaan xdpt2 lg ikan.....


Selingan oleh Si Kenit Ahdia.....Hai!!!


Jom makan aiskrim dulu....
Kat Brunei ni xde org jual aiskrim guna motor mcm @Malaysia kita tapi mcm ni la rupanya penjaja aiskrim. Harga satu kon BND2...mahai gak klau convert RM4.87 satu kon.


Zoom view of the biggest & most prestige hotel in Brunei...
Empire Hotel.
Kalau u all nampak batu2 simen blok tu dari jauh mcm bunga kan bentuknya. Tujuan dilambakkan batu2 blok tu ialah sebagai pemecah ombak bagi mengelakkan hakisan di persisiran pantai.


Hasil tangkapan pertama fisherman kita....Hehe ikan apa tah setotet je sizenya. Ingatkan blh le panggang ikan tenggiri besar lengan....Hampeh!!Sampai ke sudah le ikan tu je hasil tangkapan harini. Arfa plak dapat tangkap ketam sekor. Hehe!!!bukan nak hasil tangkapan sgt pun dorg ni tapi kepuasan berjemur panas. Keje mommy, golek2 dlm tent sambil ber FB.



Friday, 23 March 2012

BURGER MALAYSIA

Projek hari Jumaat, penghulu segala hari. Tapi sebelum itu blm terlambat utk kita baca doa hari Jumaat.

" Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.
Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..3x "


Dek kerana xde oven & bread maker ku blm kunjung tiba, susah hati betul memikirkan nak masak apa le kat bebudak ni for minum petang. Nak buat kuih muih tradisional kureng lakunya nanti. Masa berkunjung ke blog Asmara tempohari, dapat idea nak buat roti tanpa perlu bake in the oven. As buat sosej goreng guna resepi lain tapi mommy tiba2 dapat idea nak buat Burger Malaysia sbb dia ada sebut doh tu blh gak buat Burger Malaysia. Tapi masa tu dia xde bagi detail resepi untuk buat Burger Malaysia ni, so mommy guna resepi Yani@MyResepi.

Ada peristiwa lucu jugak masa buat Burger Malaysia ni. Huhu!!!!burger mat saleh sekali buat trus menjadi dgn jayanya tapi nak buat yg Malaysia punya sampai 3 kali percubaan. 1st time buat, tunggu punya tunggu xnaik2 gak. Try goreng, bantat le dia. 2nd trial guna resepi donut suria sama gak. Doh punya le lembut&licin mommy uli sampai sejam tapi hasilnya sama gak, BANTAT!!!! last2 doh tu jadi play dough 3A buat main masak2. Seronok tak terhingga le dorg mommy bagi sebuku besar doh buat main. Rasa mcm nak give up dah tapi tiba2 baru teringat kenapa dok buat x jadi. Rupa2nya yis dah 'mampos'.......Malu sendiri plak bila fikir2 semula. Yelah amatur mcm mommy ni mana ada basic baking membaking, yg dok buat ni pun try & error sendiri. Mana mommy tau yg lepas bukak seal packaging yis tu kena guna within 48 hrs je. Mommy ingat kalau ikat betul2 packaging tu blh je guna semula. Haru betul la!!!!bila beli yis baru, then trial ke-3 baru menjadi........wallaweh!!!!seronok tak terkata le plak mommy. Baru confident nak uli tepung lagi. So, u al ini le rupa Burger Malaysia trial mommy kali ke-3...............






Sumber: Yani@MyResepi


Bahan-bahan Roti/ Burger ( 8 biji ):
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun


Bahan-bahan sambal:
Ikan bilis (1 cawan)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 biji bawang merah (kisar)
1/2 inci halia (kisar)
1 labu bawang besar (hiris)
3-4 sudu besar cili boh/cili kering yg dikisar
1 sudu air asam jawa
1/2 keping gula melaka (nise) / 1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Untuk doh: Masukkan ke dalam mangkuk semua bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan (uli anggaran 30 minit).
2. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda (anggaran 1 jam).

3. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
4. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
5. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis 
6. Untuk inti sambal: Tumis bawang, halia & cili boh sehingga garing. 
7. Tambah air asam jawa & kacau sebati. 
8. Masukkan ikan bilis yg telah dibilas bersih. Tambahkan garam & gula melaka. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
9. Akhir sekali masukkan bawang besar & masak sehingga kuahnya pekat. 
10. Tunggu sehingga sejuk sebelum dimasukkan dalam roti

Wednesday, 21 March 2012

apam balik x sampai 5minit...



Juadah ringkas sesuai utk sarapan, snack @ minum petang. So happy when mommy found this resepi (fr FB) since no apam balik d jual kat sini kecuali bulan puasa je. Teringat pulak kat abang hensem yg jual apam balik @Puncak Alam. Really miss pasar malam & kemeriahan org berniaga mcm2 @Puncak Alam. So, untuk menghilangkan rindu & teringin kat apam balik ni, mommy try le resepi apam balik senang & cepat ni. Mmg betul senang & rasanya pun sama mcm yg org jual. Bezanya cuma mommy xde periuk tembaga yg org guna utk apam balik tu, cuma guna non stick pan je. Pepepun, mmg senang buat mcm buat pancake/lempeng je.

Bahan2:
Barter
  • 310 ml air
  • 150gm tepung gandum
  • 50 gm tepung high protein
  • 25gm tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar krimer
  • 50 gm gula pasir
  • 1 sudu teh soda
  • 1sudu teh baking powder


Filling/tabur
  • Kacang (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)
  • Gula
  • Jagung manis dalam tin
  • Coklat etc......

Caranya:

  1. Semua bahan2 di atlas di masukkan dal am blender & blend...
  2. Panaskan non stick pan.
  3. Sendukkan barter di atas non stick pan (mcm nak buat lempeng/kuih ketayap).
  4. Apabila barter sedikit kering tabur kacang hancur, jagung manis & gula.
  5. Apabila dah garing, lipat dua & angkat.

Filling with peanut, sweet corns & sugar.

    Guna non stick pan je pun blh.


Tuesday, 20 March 2012

Mediterranean Grill mix & match

Gempak je tajuk harini. Hehe!!!pandai2 le bagi nama dah set pun carca marba. Mula2 tu plan mmg nak buat kentang putar, mushroom soup & garlic bread  untuk dipadankan dengan ayam goreng ala2 KFC. Tapi bila teringat yg mmg baru je buat lauk ayam goreng ala2 KFC tu macam jemu la plak. So, last2 terfikir nak buat ayam grill la. Perasan btul la mommy ni, nak buat ayam grill tapi oven rosak & mana ada tempat grill pun. Haha!!!lantak le, janji ayam tu jadi hitam hangus (mommy suka hangus2 ni). Maka bermula la acara main campak2 je bahan2 yg ada. At the end, puas le hati walau penat sbb banyaknya le rasa kena masak malam ni. Personally, mommy rasa set ni mmg memenuhi selera semua kami 4A+R...salsa is my favourite, chicken is daddy's taste, hotdag of course for 3A, whipped potato is Anis favourite & last but not least mushroom soup & garlic bread mean for Arfa. Alhamdulilah walau tak sesedap @restaurant but kenyang le jugak.
  
Tak tau le org lain rasa matching ke tak but for me. Walla!!!!

Hangusss!!!btw kenapa sos whipped potato mommy buat ni x jadi brown ye. Musykil gak, padahal follow resepi dlm buku ni.

Match plak dengan mushroom soup & garlic bread. Kenyang tersandar!


1. Resepi for Grill
Bahan2:
  • Ayam/daging/sosej
  • Sos lada hitam
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
Caranya:
  1. Disebabkan mommy xde oven/grill, so mommy rebus dulu ayam sehingga separuh masak.
  2. Kemudian baru perap ayam/daging/sosej dengan sos lada hitam.
  3. Tambahkan serbuk lada hitam & sedikit garam.
  4. Biarkan selama 1 jam.
  5. Bakar/grill ayam/sosej sehingga masak & garing.
  6. Siap dihidangkan bersama side dishes.

2. Resepi Salsa Tomato ceri & Nanas
Bahan2:
  • 1 cawan nanas yg telah dipotong kiub
  • 1 1/2 cawan tomato ceri (potong empat)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 batang cili hijau (dihiris nipis)-mommy x letak
  • 1 batang daun ketumbar (dihiris nipis)
  • 2 sudu makan jus limau -mommy guna lemon
  • 2 sudu makan minyak zaiton 
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam -mommy x letak
  • 1/4 sudu teh gula -mommy x letak
Caranya:
  1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar.
  2. Kacau sehingga rata.
  3. Biarkan selama 5 minit/masukkan ke dalam peti sejuk supaya rasa meresap.

3. Resepi kentang putar
Bahan2:
  • 3 biji ubi kentang (size sederhana besar)
  • Stok ayam 
  • 2 sudu mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • Garam
  • Lada sulah
  • 2 sudu susu cair
Caranya:
  1. Untuk kentang; Ubi kentang direbus dengan sedikit garam sehingga lembut.
  2. Kupas kulit & lenyek kentang sehingga halus.
  3. Masukkan 1 sudu makan stok ayam, sedikit garam & sedikit lada sulah.
  4. Akhir sekali masukkan susu cair & kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  5. Untuk sos; Panaskan mentega dalam periuk.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung & kacau sehingga perang.
  7. Kemudian, masukkan stok ayam & masak lagi hingga pekat.
  8. Hidangkan kentang putar di atas pinggan & tuangkan sos.

* Untuk resepi mushroom soup & garlic bread, boleh refer SINI.

Garlic bread & Mushroom soup

Biru mata hitam ku!!!!! Mushroom soup yg menjadi favorite Arfa dulu, kini & selamanya. Haha!!!kelakar sungguh. Mommy buat seperiuk besar, boleh dikatakan dia je yg perabih. Org lain makan jugak tapi setakat semangkuk dua je. Dia makan lps semangkuk, semangkuk lagi. Masa mommy buat ni utk dinner, Arfa ada tuition mandarin. After tuition je trus bantai 3 mangkuk. Puah ati mommy masak.

Garlic bread (senang je buatnya tapi mommy beli roti yg dah siap). 
Buat garlic butter je sendiri.


Mushroom soup homemade.


Nak share resepi mushroom soup yg mudah nak buat.

Bahan2:
  • 2biji bawang besar (dadu/cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • isi ayam (dalam 250g yg daging kisar)
  • cendawan dalam tin (cincang)
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • lada sulah
  • garam
  • 2 blender air/stok ayam
  • Marjerin/butter untuk menumis

Caranya:
  1. Panaskan periuk, tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, cendawan & lada sulah.
  3. Larutkan tepung gandum dgn 1/2 blender air (maksudnya u al blend je tepung dgn air), kemudian tuangkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan baki air/stok ayam ke dalam periuk.
  5. Kacau hingga mendidih. Sentiasa mengacau untuk menggelakkan berketul2.
  6. Masukkan bahan perasa secukupnya.
  7. Masukkan soup ke dalam blender & blend sebentar untuk mendapatkan soup yg halus tanpa ketul.
  8. Tuangkan semula soup ke dalam periuk & masak sehingga mendidih.
  9. Tutup api, akhir sekali masukkan susu cair. Kacau rata.
  10. Sedia dihidangkan bersama2 dgn garlic bread.
Cara2 membuat garlic bread lagi senang.

Bahan2:
  • 1 buku butter
  • 1 labu garlic (dalam 8-10 ulas)
  • daun pasley/oregano/ketumbar
caranya:
  1. Lembutkan butter pada suhu bilik.
  2. Tumbuk/blend garlic. 
  3. Gaulkan garlic bersama2 butter sehingga sebati. 
  4. Campurkan juga daun ketumbar/parsley yg telah dicincang ke dalam butter.
  5. Simpan dalam peti sejuk.
  6. Bila nak makan, sapukan pada roti & bakar saja....



Monday, 19 March 2012

KERABU DAGING


Mommy masukkan juga N3 masakan harini untuk menu dinner kami last week. Sedak sungguh. Berjelirho make (kata org kelate). Resepi ni mommy ambil dari FB lauk pauk kelate. Thumb up!!!!

Resepi dalam bahasa kelate....hehe

Bahan2nyer : 

  • daging (ikut suka nk banyok mane)
  • 1/2 btg timun batang 
  • 2 btg serai
  • 1 btg bunga kantan
  • 2 ulas bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 3 bj lada cenggit (nak pedas buh lebih)
  • gula
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • air limau nipis
  • ulam2 lain yg raso nk bubuh


Cara2nyer:

  1. Daging dipotong besar2 dan direbus sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.(airnya simpan lebih kurang 3 sudu laa, takleh banyak nati tak sedap).
  2. Pastu ambil daging dan potong kecil2 n nipis2.
  3. Timun btg, serai, bunga kantan, bwg putih, bwg merah, lado cenggit, n segala ulam2 lain hok raso brehi nok bubuh, dihiris halus.
  4. Buuh dlm mangkuk, ambik air rebusan daging yg tinggal sedikit td, campurkan dengan daging yg dihiris dan segala ulam2 td.
  5. Pahtu buh kicap sotong, gula skit, n perah air limau nipis. rasa la dulu. awas! kicap sutung tu masin dah, jgn buh garam.
  6. Gaulkan semuanya skali sehingga berpalutt (sebati).
  7. Pastuh makan la k..
-selamat mencuba..

petua : kalo daging keras, nk cepat empuk, buh sudu besi dlm periuk rebusan daging. pastikan sudu dibasuh bersih terlebih dahulu...

Hari Kebangsaan Brunei yg ke-28

23 Feb 2012 yg lepas, Brunei menyambut Hari Kebangsaan negara mereka yg ke 28. Seperti kebanyakan  negara yang lain, semestinya upacara perbarisan(parade) menjadi acara wajib. 
Hari last sekolah sebelum cuti Hari Kebangsaan tu (22/2/2012 Rabu) Arfa Zafran sibuk dok tanya mommy blh tak kalau kita pergi tgk parade @Bandar Seri Begawan. Huhu, malasnya mommy (dalam hati je). Parade Hari Merdeka Malaysia pun tak pernah pergi inikan plak negara orang. Tapi mommy kesian la nak jawab xyah la, so mommy mitak dia tanya direct dgn daddy. Sekali mlm tu bila dia tanya daddy, jawapan yg begitu menggembirakan Arfa "mommy, daddy cakap boleh. Esuk mommy kejut Affan awal ye". Yelah fan, nanti kita pergi. 
Sekali hari yg ditunggu2 selepas solat subuh dia tidur semula, alih2 bangun dah pukul 8. Mommy dok pujuk la dia, kita xpayah pergi la, tengok je @RTB 1. Sambil mommy terus tukar channel Brunei utk tengok perarakan (dengan harapan tak payah le pergi....huhu!!!malas la nak pergi dengan org2 ramai&panas terik) . Siap mommy sedia sarapan & daddy siap mandi, sekali daddy cakap "Haa!!!kenapa tak mandi lagi Affan, kata nak tgk parade".....Haiyaa!!!big boss mau pergi loo. 
Tapi biasale, bila rakyatnya ramai ni yg sejam jadi 2 jam nak bersiap. Last2 dipendekkan cerita kami bertolak dari rumah dah hampir pukul 11am, sampai2 @BSB parade dah habis& orang pun dah bergerak nak balik. Kesian Arfa, frust dia sampaikan merajuk2, masam muka. Dah alang2 sampai kami snap jugak le gambar2 kenangan 28th Brunei National Day untuk kenangan di masa depan bila dah balik Malaysia. Kalau panjang umur&kami masih di sini, insyaallah tahun depan subuh2 hari kami pergi bagi hilang terkilan si Arfa nak tgk parade ni. Apa2 pun, layan jelah beberapa keping gambar yg kami snap ni &mommy sertakan jugak video rakaman dari youtube untuk tontonan semua.

Di merata2 tempat, mmg terpampang gambar Kebawah Duli Sultan. Teringat kata2 mok "kenapa Sultan Brunei ni bila bergambar sorang2 je, mcm xde bini"......heheh!!!mok2. Sultan Brunei ni mmg menjaga jugak hukum hakam agama ni, kalau boleh dia nak kurangkan la dedah muka bini dia on public. Mommy assume jelah tu jawapannya tapi mmg Sultan Brunei bagus dari segi mentality keislamannya. Cume rakyat2 nya aja yg byk tak ikut. Raja isteri dah pakai tudung cantik, kerabat2 pun bertudung tapi public ramai yg xbertudung jugak (g keje je pakai sbb diwajibkan). 




Hehe!!!sitting kosong beb!!Yelah semua org dah balik kami je baru smp. Tapi slp kita org lepak @sitting ni ada satu lagi family bwk anak2 kecik mcm kami join sama dok situ. Mesti kes terlewat gak tu.

Jom kita p posing sakan. Padang ni kami yg punya.
Posing jelah. Selamba je bawah panas terik kami posing. 


Posing berlatar belakang grand stand. Gambar Sultan lagi....


4A.......



Ada le sikit2 umat yg tinggal after the parade.....Kelihatan pasukan askar, pelajar sekolah&penjaja. Sekian laporan dari kami!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...