بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 6 December 2012

NASI KATOK

Assalamualaikum & good day.
N3 special today talking about another Brunei famous food, NASI KATOK. At 1st me saw the word everywhere here in Brunei (label di gerai2 tepi jalan), make me so shocked & wondering did Bruneian makan 'KATAK' because the sound similar to me (org east cost mcm mommy ni pronounce katak = katok). Hahaha!!!jgn marah bah, aku inda faham actually cemana nasi katok ani. Hehe!!!skrg ani aku suka banar bah, NYAMAN BERABIS!!!!!

Gambar ehsan google, Nasi Katok yang famous @BSB.
According to ustazah story, nasi katok actually datang dari perkataan 'KATOK' means ketuk (dlm bahasa Malaysia kita). Masa awal2 org menjual nasi katok ni, operasinya dari rumah sahaja & dibuat pada malam hari. So, everytime org nak beli maka org akan 'katok' pintu rumah org tu & bungkusan nasi yang siap dibungkus dihulur keluar saja dari tingkap/jendela.

Gambar ehsan google, kiosknya kecik je @the corner but tiap kali lalu mesti ada org beratur.
 Sampai le ke harini walaupun tak perlu pergi ketuk pintu rumah org lagi tetapi Bruneian as well as tourist could enjoy this Nasi Katok almost everywhere in Brunei especially night time. Yang paling GEMPAK, it just cost u BND1.00 aje....... 


Nasi Katok juga telah di comercial dengan kiosk2, restoren2 & gerai2 menjual Nasi Katok dengan olahan masing2. Tetapi yang basic sebenarnya Nasi Katok ni terdiri dari 3 bahan2 utama sahaja iaitu nasi putih (biasanya guna beras wangi), ayam goreng crispy & sambal (yang sambal ni le specialty nya sebab ada sambal pusu/ikan bilis, sambal biasa/tak pedas, sambal pedas extra & sambal tahai/sejenis ikan). Basically, boleh dikatakan similar to Nasi Lemak tetapi yang berbeza nasinya tiada santan/lemak, just plain rice.

Kalau u all datang ke Brunei tetapi tidak mencuba Nasi katok ni di samping Ambuyat rasanya tak lengkap percutian u all di sini. Hehe!!!So, yang plan nak datang Brunei tu cari tau gerai Nasi Katok. Ralat juga bagi mommy sebab masa rombongan Che Esah kami datang dulu mmg miss banyak benda especially Ambuyat & Nasi Katok ni (yelah dulu dorg dtg awal sgt kami baru je beberapa bulan sampai jadi blm terer lagi selok belok @Brunei). Takpela, ada rezeki dorg nanti dapat le datang lagi. 

Okey, untuk yang terliur je tengok Nasi Katok ni, xde susahnya......Meh, mommy share resepi nak buat nasi Katok, u all makan le puas2.

Bahan2:
Nasi putih (tanak nasi dengan beras wangi)
Ayam goreng (ayam digoreng dengan tepung gorengan, mommy selalu guna brand 'Bestari')
Sambal 

Cara membuat sambal (either ikan bilis@plain@tahai):
1. Tumis bawang merah & putih yang telah dikisar sehingga layu.
2. Masukkan cili giling/boh bersama sedikit belacan & goreng sehingga garing. 
3. Tambahkan sos cili, sos tomato & jus asam jawa. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan pusu/ikan bilis @ tahai & perisakan dengan garam, gula. Jika sambal terlalu pekat, masukkan sedikit air & kacau rata.
5. Sedia dihidang bersama Nasi Katok.

Monday, 3 December 2012

Apam Keledek Ungu

Assalamualaikum & good day.
Mulai dgn N3 ni & kehadapan mommy buat auto publish kerana kami tgh bercuti panjang (3/12/2012 - 10/1/2013). Ada beberapa lagi resepi yang mommy dah cuba mommy jotdown sementara ketiadaan kami. Kepada kawan2 yang sudi jenguk 'Wind of Change' nanti tinggalkan jejak ye so bila mommy dah balik xde le sesat mommy nak jenguk u al, hehe. 


Masih lagi dengan resepi keledek ungu. Wah!!!mommy dah mula suka le dgn keledek ungu ni sebab banyak resepi boleh dicuba dengannya & yang paling best colournya cantik. Mmg natural colour, xperlu tambah pewarna ungu lagi. 



Okey this time balance buat Talam Keledek Ungu tu mommy buat kuih apam. Wewewe!!!!tak sangka budak2 suka sangat (daddy sempat ngap seketul je, huhu kesian). Masa petang g amik daddy, mommy letak apam ni atas kaunter @dapur bila balik tengok hehe seketul. Macam tule, 3A ni kalau benda yang dorg suka makan sampai tak ingat @daddy. Selalunya mommy pesan sebelum keluar@mommy simpan siap2 untuk daddy tapi dalam kes apam ni ingat dorg tak suka sebab masa awal2 masak tu slow je rentak.




So, untuk resepi apam keledek ungu ni mommy tengok dari blog SecubitGaramNor67 . Moh kita tengok bahan2 & caranya. Mommy cnp dari K.Nor. Tq K.nor


Bahan-bahan:
* 1/2 cwn gula pasir 
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn keledek
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* 250 ml susu cair ~ resipi asal guna santan 

Cara-cara:
1. Keledek rebus di blend bersama dengan santan (biarkan sebentar).
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b/powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati (K.Nor guna handwisk jer)
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut (dalam kes mommy ni malas nak cari kelapa parut & tak berbaloi pun kalau ada kelapa parut, 3A tak suka gak kelapa tu. Membazir je, so that's why tayang apam keledek ungu je tanpa salju, hehe...)

Cara K.Nor:
*Lepas adunan diperap 1 jam, masukkan ke dalam bekas kecil yg dah disapu minyak.
*Isikan 3/4 penuh bekas aje.
*Biarkan lg lebih kurang 10 minit (adunan akan naik sedikit lagi)
baru lah dikukus hingga masak

Sunday, 2 December 2012

Final Exam 2012 results

Assalamualaikum & good day.


Officially 30/11/2012 was the last day of school session for 2012. As a closing part of cause everybody will look at the final results. For 3A the results was not as good as what daddy & mommy expected. All of them 'menurun' markahnya. 

 Really frustrated especially with Arfa (walaupun mommy tahu susah untuknya get the best 3 placing since his mandarin subject is the toughest subject for him but i expected him for 5th placing). Overall, all the subjects Arfa got either 80+ & 90+ percent only Chinese Subject he got 59.7%. That's the reason why he get 7th placing out of 29 pupils in his class. 

Ahdia plak from 5th placing last mid term downgrade to 8th placing. Haiyaaa!!!adik. Kawan yang selalu main & jadi bos adik boleh dapat no 3 (anak cikgu sekolah dia, dalam gambar dok sebelah dia). Yang kelakarnya bila kakak dapat result okey dia mula gelabah & sedih sebab tau tak dapat hadiah. Mula le, menagih simpati mommy belikan hadiah untuk dia guna duit mommy (huhu!!!auta betui kenit ni).

Anis je yang consider cemerlang walaupun downgrade jugak. Last mid term Anis dapat 1st placing dalam kelas but this time, for final she managed to get 3rd placing aje (beza 2nd placing dgn Anis cuma 0.01 marks).



Actually mommy takde la rasa teruk sangat results 3A ni, syukur Alhamdulilah sebab budak2 ni bukannya exam saja kita nilai tapi banyak segi cuma 'Guru Besar' a.k.a daddy le yang tak puas hati sebab dia masa kecik2 dulu scorer (mommy masa kecik dulu biasa2 je, huhu. Eh!!!biasa2 pun alhamdulilah dapat gak masuk Engineering course & merasa juga jadi cik & puan Engineer sebelum tukar tittle jadi cikgu, then tukar lagi title jadi buk supir. Kira orait le tu kan? Walau di mata dunia mommy downgrading gak tu tapi hopefully di sisi ALLAH mommy sedang upgrading diri, In Sha ALLAH). Daddy selalu mentioned kat 3A, tok wan dulu garang sangat. Kalau daddy tak dapat nombor 1- 3, confirmed kena belasah/rotan. 




Pepepun, 3A ni bukan tak pernah kena rotan (kalau buat perangai melampau sangat mmg daddy & mommy rotan) tapi untuk keputusan exam ni mommy rasa tak patut nak rotan (walau kalau ikutkan boleh je nak rotan sebab org suruh buat revision tak nak, kononnya dah terer & ingat semua yang cikgu ajar). Emmmp!!!terima saja & kita tengok pencapaian tahun 2013 plak.



Tujuan mommy jotdown N3 ni pun supaya menjadi guideline untuk keputusan tahun hadapan plak.




Last but not least, harapan besar mommy bukan saja 3A dapat cemerlang dalam pendidikan duniawi tapi yg lebih utama cemerlang dalam pendidikan ugama/akhirat. Dapat mendoakan daddy & mommy bukan saja ketika kami masih hidup tapi di alam akhirat kelak. Sapa lagi nak tolong kalau bukan 3A (ingat sampai bila2 tu jangan lupa kat kami ye).



Saturday, 1 December 2012

Taman Awam Miri


Assalamualaikum & good day.


Location: 
Taman Awam Miri / Miri Public Park, Sarawak.

Description: 
Terletak 3km dari pusat bandar, Taman Awam Miri merupakan sebuah pusat rekreasi keluarga yang luas lengkap dengan taman permainan kanak-kanak, taman botani, aktiviti pengembaraan serta trek jogging. Taman ini dilengkapi susunan ukiran dan arca yang diperbuat daripada batu, menghadap laluan yang diperbuat daripada kayu menuju puncak tinjau.

Facilities:
BBQ pit, Picnic Area, Observation Tower, and hanging bridge. Toilet, food courts & gazebo of course there for convenient. The place are open to public daily at no entrance fee at all.

Mommy share gambar2 kami masa pergi ke Taman Awam Miri (TAM) pada cuti pertengahan penggal sekolah yang lalu. Masa kami pergi ni hari yang sama kami ke Grand Old Lady. Agak adhoc & kurang seronok sebab masa sampai ke TAM ni Ahdia dah start panas badan. Kalau tengok dlm photos pun mukanya dah monyok abis. Arfa & Anis je yang ke hulu ke hilir @TAM ni. Sibuk nak join main pool sekali tapi maafle, mommy booo layan & xbagi green light sebab masa dah suntuk & baju extra tak bawak. Apapun takde la ralat sangat sebab kami boleh dtg lagi next time (mmg dah janji dgn 3A pun sebab nak kena pergi lagi ke Petroleum Sains Muzium yang haritu tutup).


Yang kira paling menarik @ sini bagi mommy adalah jambatan gantungnya. Memang menarik sebab ada menara tinjau cum pondok melepas lelah bila melalui jambatan gantung tu.

Pemandangan yang redup dengan kehijauan pokok2 tinggi & renek juga hamparan rumput yang hidup subur. Mommy memang suke view macam ni. 


Di bawah jambatan gantung tu terdapat kawasan kolam permainan untuk orang ramai. Tiada bayaran dikenakan, memang puas le berendam. 

Mommy & Ahdia tak turun ke bawah sebab kesian @Ahdia penat so kami melepaskan lelah sambil posing sakan kat bawah pokok semalu ni. U al tengok besar giler pokok semalu, tapi cantik sangat. Memang feeling je posing sini. 







Next time kami pergi kami update lagi sebab ada a few spots yang blm kami snap photos. Memang luas kawasannya about 24.6 ekar gitu. Bahagian depan taman & kawasan2 botanic kami belum terokai. In Sha ALLAH will update later.

Friday, 30 November 2012

Kek Maskulin tak jadi untuk Daddy's Birthday

Assalamualaikum & good day.

Lupa nak post gambar Birthday Cake daddy. Hehe!!!belum terlambat untuk mommy exposed. Banyak betul rombakan untuk buat kek birthday daddy ni. Plan awal (dah plan 2,3 bln before) ingat nak buat Red Velvet Cake. Tapi bila dah dekat2 date bday daddy mommy rasa xsesuai le plak. So, kita postponed RVC untuk birthday mommy le next year (kalau ALLAH panjangkan umur mommy lagi). Jadinya last2 minit fikir punya fikir mommy pilih Sponge Orange Cake. Mommy dah terliur sangat & teringin nak buat bila FnF buat dulu tapi malasnya le nak buat topping mousse mcm FnF buat. Mommy alter sikit & combine dengan resepi QH (dia ceduk dr Kak Ita masam manis gak). Makanya asal usul resepi kek ni mmg datang dari Kak Ita Masam Manis le gitu. Pepepun, tqvm semua yg terlibat termasuk Fnf, QH & sifu Kak Ita.



Jom intai resepi kek yang FnF buat dulu. Mommy c&p. FnF ceduk resepi ni dari blog kak Ita masam manis disini

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor

Bahan C
100 gm tepung gandum (ayak)
70 gm mentega cair (dicairkan)

Cara2:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Sediakan loyang bulat 8 inc.
3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
4. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
5. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
6. Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue).
7. Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
8. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
9. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata.
10. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati.
11. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna (suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing).
12. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai. (Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti).
13. Potong kek kepada 2 lapisan. Ketepikan.

Haaha, citer pasal cake deco pun satu hal lagi. Plan asal nak buat ala2 ombre tapi simple & maskulin. Ngeh3x!!!! alih2 jadi mcm kek gegurls jugak. Ahh!!!belasah le, daddy bukan kisah pun. Yang mommy nak buat asal tu mcm dalam BLOG ni tapi sebab ketinggian kek mommy x cukup maka tukar konsep la. Maybe next birthday Arfa plak buat mcm tu.



CREAM CHEESE FROSTING
Sumber: Qasey Honey

Bahan2:
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 

Caranya:
1. Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut.
2. Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
3. Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula.
4. Campurkan colours yang dikehendaki (mommy pilih orange & kuning).

Oh!!!btw 3A +R bagi hadiah coklat je @daddy sebab dia reject hadiah yang mommy nak bagi dia (nasib baik belum beli, rupenya member beli benda yg sama fungsi tapi lebih canggih & mahai). Huhu!!xpela xsudi, save duit belanja makcik.

Thursday, 29 November 2012

Lontong yang buat mommy 'Lantang'

Assalamualaikum & good day.
Semalam baru mommy realized yg 'Wind of Change' kena attacked malware danger. Ada 2,3 org kawan2 yang bgt dorg xleh nak view blog ni. Haru betul & sedih sgt. Patut le mommy perasan mcm sunyi je kat sini (bknnya ramai sangat visitor pun tapi atleast mommy ada close friends/regular visitors yang selalu jenguk). Sekarang ni pun masih blm settle masalah (tak tau lagi the best solution mcm, tg daddy advise mommy dulu mcm sbb ada website tu blh settle tapi berbayar, huhu). Dah le kami ada 4,5 hari lagi sebelum long vacation (mommy ingat banyak nak auto publish N3 sepanjang kami bercuti).


Takpela, sementara mommy cari solution nak settle malware ni mommy kena jotdown juga beberapa resepi untuk rujukan masa depan. This time, resepi simple je & selalu sangat buat cuma mommy rasa perlu juga jotdown mungkin untuk reference Anis & Ahdia di masa depan. 

Btw, masa mommy snapped photos Lontong mommy ni ada sedikit ketidakpuasan di hati seseorang yang membuatkan mommy tiba-tiba jadi LANTANG. Huish!!!penangan LONTONG terus transformed jadi LANTANG. Ya ALLAH!!!mmg tak semena-mena rasa kepala tumbuh tanduk setan, geram sangat2 dengan benda yang tak sepatutnya dilakukan (apa peristiwanya biarle menjadi pedoman & pengajaran untuk kami di masa hadapan). Pepepun, walau bara api amik masa juga nak sejuk tapi last2 mommy dah cooldown, Alhamdulilah dah tua2 ni xleh marah lama2 takut kena darah tinggi plak, hehe. 

Okey, berbalik resepi LONTONG LANTANG kita, hehe.

Bahan2:
5-10 biji bawang merah (kisar)
1 inci kunyit hidup (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
2 batang serai dititik (optional)
200ml santan pekat (anggaran sebiji kelapa/1 tin)
250 air (agak2 ikut kepekatan yang disukai)
Tempe (hiris nipis & goreng)
Tauhu (hiris nipis & goreng)
Suun (celur & tos airnya)
Fucuk (celur & tos airnya)
Sayur-sayuran;
(carrot, jagung muda, kacang panjang, terung, kubis etc)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 kisar ke dalam periuk. Tambahkan santan pekat & air.
2. Masak sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan sayur-sayuran, serai, tempe, tauhu, suun & fucuk.
3. Tambahkan garam & reneh sehingga kuah pekat.

Untuk sambal tumis (terpulang le sambal ikan bilis, sotong @ udang)

Bahan2:
5-10 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
5 tangkai cili kering ( rebus & kisar lumat) *boleh guna cili boh dlm 2 sudu besar
1 sudu besar sos tomato/1 sudu kecil pes asam jawa
1 keping gula melaka/nise 
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis
1 mangkuk ikan bilis/sotong/udang
#Kalau suka boleh tambah 1 inci belacan (kisar & tumis bersama bahan2 kisar yang lain)

Caranya:
1. Tumis bawang sehingga layu & masukkan cili boh. Masak sehingga cili garing.
2. Masukkan sos tomato/pes asam jawa & tambahkan sedikit air. Kacau sebati.
3. Tambahkan gula melaka & garam. Jika terlalu pekat masukkan air.
4. Masukkan ikan bilis/sotong/udang & kacau sebati.
5. Didihkan sehingga masak.

Bila nak nak sediakan lontong, potong nasi impit menjadi kiub. Masukkan ke dalam mangkuk & tuang kuah sehingga menutupi nasi impit. Letakkan sambal tumis. Layannnnn!!!








Wednesday, 28 November 2012

Dinner Treat for Daddy's Birthday

Assalamualaikum & good day.
Just nak view our special dinner khas buat daddy on his birthday. The event took place on 25th November last Sunday. 







In the afternoon we had our routine outing & lunch @Giant Rimba food court. Otw back we dropped by to have our chill ice cream @ Dairy Queen (kununnya mommy belanja birthday boy & the gang la). 

Hehe, reached home at about 5pm straight away transform myself into 'masterchef tak jadi'. Mmg dah lama plan nak prepare western dinner on his birthday tapi xde la grand bebenor. Just had my campak2 recipes + holding my old time western recipe book as my guidance, alhamdulilah jadi jugak.

Main course for daddy, special mommy made 'Sizzling Lamb Grill' & the gang layan 'Rosemary Roasted Chicken' with mushroom sauce. We also had baked cheezy potato & buttery vege. Last but not least a bunch of mix fruits. Lovely!!!!

For recipes; sizzling lamb grill, I just marinated the lamb with salt+black pepper+readymade steak seasoning. Then grill them until well cooked. DONE!


For the Rosemary Chicken Grill: I marinated the chicken with herbs rosemary+thyme+salt+honey. Grill then for 1hr. In between I bathed the chicken with butter. DONE!
Hahaha!!!the sauce i cheated a bit (to minimise the time & because i out of stock).
I fried the onion in melted butter & just pour instant mushroom soup. Then seasoning with black pepper+oyster sauce+'kicap pekat'. DONE!!
For those who love perfection this is the original recipe i copied fr 'Buku Aneka Masakan Barat alas 21 '

Caranya:
1. Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cendawan (yg dicincang) & masak selama 5 minit. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & kacau hingga pekat.
3. Kemudian, tuangkan susu segar, sos tiram, kicap & garam. Kacau sebati.

For the cheezy baked potato, below are how me did it.

Bahan2:
3 biji ubi kentang (belah dua)
100gm mentega
100gm keju (mommy guna cheddar)
Sedikit garam
Kertas aluminium 

Caranya:
1. Ubi kentang dibersihkan & direbus dengan sedikit garam.
2. Selepas empuk, toskan air. Kemudian, balut kentang dgn aluminium foil & susun dalam dulang pembakar. 
3. Bakar kentang hingga masak (anggaran 10-15minit).
4. Keluarkan kentang dari ketuhar & taburkan keju di bahagian atas.
5. Bakar lagi kentang sehingga keju cair & kekuningan.

Last but not lease, hehe mix fruits. Potong2 & campur je semua. Ohw lupa pasal vege. Mommy just rebus dalam air yg berisi sedikit garam+olive oil. After 5 minit, toskan vege & masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan 1 sudu besar butter ke atas vege tadi. DONE!

Tuesday, 27 November 2012

Jejari Ubi Kayu Celup Tepung Berempah

Assalamualaikum & good day.
Ini menu minum petang Sabtu lepas. Beli ubi kayu standby kot2 nak buat bingka @ rebus cicah kelapa parut. Disamping tu mommy nak bereksperimen dgn satu lagi resepi. Bukan nak bereksperimen mcm cara membuatnya sbb mommy dah pernah buat cuma nak bereksperimen samada 4A suka makan @sebaliknya. 



Kalau u all baca tajuk mcm panjang bebenorkan. Kalau Knoor Brunei tu buat dia panggil Goreng Ubi Kayu Berempah sebab mmg betul2 banyak rempah yang bersalut. Mommy ubah nama & cara membuatnya sebab kita kena ikut dengan citarasa pelanggan kita kan? Lagi satu mommy ni org 'Ganu Kite' maka dah sinonim dengan 'Celup Tepung' ni. Kami @Ganu mmg terkenal dgn seafood celup tepungnya & untuk pengetahuan u al kalau org Brunei plak segala apa kuih/masakan yang bersalut tepung gorengan tu dorg panggil 'cucur' sbg contoh cucur pisang, cucur ubi, cucur durian, cucur bilis & segala mcm cucur lagi le. Masa mula2 datang dulu confuse gak, tapi skrg dah pandai skit.

Actually mommy blm pernah try style ni untuk ubi kayu tetapi tempe mommy pernah buat. Tempe goreng celup tepung mcm ni pun sedap cuma bila untuk hidangan 4A ni dorg lebih prefer yang tempe goreng garam kunyit mcm biasa je. Selalunya kalau mommy goreng tempe mesti match dgn tauhu. Dua2 tu goreng garam kunyit biasa je, 4A mmg suka. So, senang citer lama sesangat dah tak buat goreng berempah ni. Bila tengok Knoor Brunei buat mommy mcm terpanggil2 plak nak try tapi klu buat gaya Knoor tu jawabnya mommy sorang2 le layan. Itu sebabnnya mommy alter resepi Knoor Brunei & olah dgn resepi yang mommy selalu buat. Harap tiada cacat cela di mata Knoor Brunei & lain2. Pepepun, 3A + R suka akan rasa yang olahan mommy cuma daddy tetap xsuka rasa berempah itu & prefer yang goreng biasa yang mcm mommy selalu buat untuk pisang, keledek, cempedak & juga seafood. Xpela, atleast ada yang suka, yang xsuka kita ikut style dia aja next time. 





Bahan2:
2-3 ketul ubikayu yang sederhana besar (dibersihkan dan dipotong memanjang kecil)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar 
1/2 sudu besar serbuk jintan putih 
1 ulas bawang putih (kisar)
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kunyit 
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur 
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Satukan tepung beras & tepung jagung di dalam mangkuk. Tambahkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, bawang putih & garam.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan sehingga menjadi barter.
3. Masukkan air kapur & kacau sebati. 
4. Gaulkan ubikayu yang dihiris tadi ke dalam barter & biarkan seketika.
5. Goreng jejari ubi tadi sehingga kekuningan. Toskan minyak sebelum dihidang.
6. Enak di hidangkan bersama cicah kicap (kicap + cili potong).

P/s: Resepi ni u al boleh juga apply untuk segala mcm ubi, sukun & seafood.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...