As salam...hehe!just nak tayang otak2 segera yg mommy beli @Hua Ho, Supermarket. Regenya BND 3.80. Kalau convert RM 9.38...Okey la kan, dpt gak merasa 20batang. Btw, tercari2 gak ni resepi buat otak2 yg best. Almaklum le, keliling rumah kami @cni banyak pokok nyiur, blh je rembat. Ikan pun fresh2, mmg cantik sesangat le try resepi otak2 ni. Hehe!!!nanti eksperimen otak2 mommy berjaya, mommy post @blog. TUNGGUUUUU!
Ok guys, since dah jmp resepinya, jom kita study dulu apa yg perlu dibuat sebelum eksperimen. Apakah langkah berjaga2 & kaedah yg digunakan ;)
Sumber info: Dari sini
Pengenalan
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak2 Terengganu" dan "Otak2 Johor".
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.
Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
Bahan-bahan mentah:
- Isi ikan
- Tepung Jagung @kanji
- Garam
- Santan Kelapa
- Cili boh/serbuk cili
- Bawang merah
- Bawang putih
- Jintan
- Ketumbar
- Gula
- Serai
- Lengkuas
- Halia
Menumis sambal
Bahan-bahan untuk membuat sambal hendaklah dikisar halus. Tumis bahan-bahan tersebut dengan menggunakan minyak sehingga garing atau pecah minyak. Rasa otak-otak yang di hasilkan banyak bergantung kepada ramuan sambal yang digunakan. Ada juga pengusaha tidak menumis bahan-bahan sambal tetapi ianya di gaul terus dengan ramuan isi ikan.
Mengaul adunan
Sambal otak-otak yang di telah ditumis haruslah disejukkan terlebih dahulu dan barulah digaul bersama isi ikan, tepung jagung (kanji) santan, gula, garam, dan MSG dengan menggunakan mesin pengadun atau mesin pemotong senyap (silent cutter). Ia boleh dilakukan dengan tangan, walaubagaimanapun untuk mendapatkan adunan yang sebati, proses ini akan mengambil masa yang panjang. Adunan yang baik adalah adunan yang tidak terlalu cair.
Membungkus
Adunan ini dibungkus dalam daun kelapa atau daun nipah dan disematkan dengan lidi. Otak-otak ini kemudian di panggang di atas bara atau alat pembakar untuk dimakan secara terus.
Otak-otak yang telah dipanggang boleh disimpan lebih lama jika dibungkus dengan mangkuk plastik kalis udara dan di simpan sejukbeku pada suhu -18 ° C hingga -30 ° C. Ianya boleh tahan sehingga sebulan.
Adunan otak-otak boleh juga dipanggang, disejukkan dan dibalut dengan kulit popia atau kulit "wan tan" , kemudian di bungkus dalam mangkuk plastik kalis udara dan disejukbekukan. Ianya perlu digoreng sebelum dimakan.