Btw sambil2 boring nunggu flight ni mommy selit la dlu citer2 3A dgn kekawan b4 kami blk Msia Aritu. Sempat lg 2 hari sebelum kami blk 5/12 br2 ni Anis&Ahdia mengajak Areesya tido @rumah. Nak hilangkan rindula kononnya sebulan tak jmp ni. Btw aree dah biasa slept over kat rumah kami, so dah biasa. Cumanya kawan Arfa plak yg berjangkit nak tido sama. So pepagi tu mommy curi2 snap gambar dr 'girl dorm' & 'boy dorm'. Hehehe dah ala2 kem cuti sekolah rupanya.
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sunday, 7 December 2014
Slept over 3A & frenz
Assalamualaikum & Salam sayang. Mommy bersiaran dari KLIA2 before cuti2 end year kami. Jakun jap org Brunei celup ni masuk KLIA2 sbb besor bebenor rupenya, manyaknya tempat shopping tapi usin ja xdak nak shopping (hahaha!!!usin tu org Brunei panggil utk duit).
Friday, 5 December 2014
PSR Arfa
Assalamualaikum & salam sayang.
Rasanya sekarang ni dah reda sikit kot org kecoh2 pasal UPSR @Malaysia kan? Alhamdulilah happy & bersyukur tengok a few bekas anak murid yg berjaya cemerlang, ada juga yg frust. Dengar2nya among cikgu2 (my frenz la tu) subjek sains jatuh teruk. Tak tahu la ye kenapa. Pepepun perjalanan jauh lagi untuk anak2 yg amik UPSR ni. Satu yang mommy rasa cam tak syok (walau aiii ni X-cikgu) sistem pendidikan Malaysia sekarang ni dah jadi cam bidang politik. Banyak sangat tekanan & porak perandanya. Klu bab politik, rakyat la suffer kan? so education ni budak2 la yg suffer.
Berbalik citer kami @Brunei, ada juga exam utk year 6 iaitu PSR (Penilaian Sekolah Rendah), nama dah lebih kurang sebab pi mai 2x tang tu gak. Untuk Arfa this is BIG exam dia yg pertama (tapi rasanya pasni kurang skit kot stress mak pak dia sbb nak htr dia sekolah yg kurang exam dah). Result dia ? emmmph mak pak dia sungguh2 kucewa tapi tuan empunya badan relax senyum2 kambing jugak sebab dia bangga tak study tapi dapat result cam gitu. 4A 1B !!!!!!
Ok, sebelum u al judge mak pak dia ni actually ada a few reasons la nape mommy rasa cam nak hempuk kepala dia (cakap je ni tapi dlm diam redha & bersyukur jugak resultnya tu).
# Pak dia x happy sbb tak dapat menyaingi kehebatan & kegemilangan zaman pak dia dulo2 yg kononnya hero sekolah pujaan ramai (naik lunyai telinga dengar citer pak dia ni dari dulo sampai la ni. hahaha!!!!sshhhhh dia dengar. kita layan kan aje la citer atok tu).
#mak dia tak happy sebab pak dia salahkan mak dia anak tak perform.
#mak dia tak happy sebab dia study last minit (study ke namanya ekk klu esok exam, malam ni baru pegang & tido dengan buku).
#mak dia tak happy sebab bila mak dia nak ajar, dia cakap dah tahu tapi hakikatnya dia tak tahu, arrghhhhhh.
#mak dia mmg tak happy sangattttt sebab yang B sebijik tu paper org Brunei which they call MIB. Paper ni dia tak pernah dapat mark kurang dari 80 (A) & bila tanya lepas paper ni pun dia masih boleh cakap "senang jeee mommy", tapi tup2 yg tu dapat B.
#mak dia rasa cam nak hempuk kepala dia sebab atlast dia mengaku dia rasa resultnya teruk dpt B utk MIB tu sbb kes projek (fyi result PSR ni dinilai since year 4 merangkumi semua markah termasuk homework, project, kedatangan & periksa bulanan). Bila tengok record final exam rupa2nya mmg presentation utk project MIB yg giler ciput. 7% out of 20%.
Pepepun, semoga Arfa belajar sesuatu dari pengalaman pertama ni (belajar ke dia sebab cam takde perasaan je).
Oh, btw yang kelakornya glamer tau dia ni dapat 4A 1B sebab dapat masuk paper CINO (dah sekolah cina). Yang kami dapat tau kawan daddy (cina) yang bgt. Kami nak p cari paper cina tu tak tau kat mana ada, hahaha punya la lack of info kat sini.
Sekolah Arfa dari 18 student yg dapat 5A 2org je (gegirls both Malaysian), then 4A1B pun 2org (1 girl + dia). Just comparing dengan sekolah ANis&Ahdia sama gak only 2 student dpt 5A. Mommy cam xde nak kecoh2 sangat sebab kat sini cam org xde nak bangga2 kan sangat anak ko dapat berapa A…… yang dapat 5C pun dapat hadiah kot dari mak pak dorg. Arfa ni masih merengek2 nak hadiah tapi kami sedang tapis permintaan dia. So far semua permintaan dia daddy reject sbb klau dah dok hostel nanti mmg apa yg dia nak tu xleh bawak. Kesian dia. Hahahah!!!
Thursday, 4 December 2014
Ikan Merah Stim Pemanggang AJaib
Assalamualaikum & salam sayang.
Panjang tajuk harini tapi hakikatnya kejadian resepi ni sangatla PENDEK.
Panjang tajuk harini tapi hakikatnya kejadian resepi ni sangatla PENDEK.
Resepi yang simple, menyihatkan, lazat & sangat senang. Yang penting end result sangat gempak & menarik.
Kalau la ada tetamu yang adhoc datang & terpaksa menjamu selera this is the best solution rasanya.
Yang mommy nak highlight ni sebab, biasa kita stim guna periuk kukus kan? Memang senang juga & lazat juga tapi leceh & lambat sebab nak tunggu air dalam periuk kukus tu mendidih, lamaaaaaa.
Yang mommy nak highlight ni sebab, biasa kita stim guna periuk kukus kan? Memang senang juga & lazat juga tapi leceh & lambat sebab nak tunggu air dalam periuk kukus tu mendidih, lamaaaaaa.
So, dengan adanya pemanggang ajaib (tak kira apa brand) kerja yang leceh & lambat jadi senang & cepat.
Okey, ni cara mommy buat.
Bahan2:
Seekor ikan merah (bersih & kelar badannya)
Halia (lagi banyak lagi sedap) - hiris nipis
1 labu bawang putih - hiris nipis
Serai - hiris nipis
Cili - hiris nipis
Daun bawang/Daun ketumbar
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula
1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)
1 cawan air panas (kalau nak lebih kuah boleh tambah)
Caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam pemanggang ajaib.
2. Masukkan ikan merah & tabur semua bahan2 dengan sekata ke atas ikan tadi.
3. Masak selama 1- 2 minit sahaja.
4. Siap dihidang ke dalam pinggan.
Wednesday, 3 December 2014
Rampasan Kuasa
Assalamualaikum & salam sayang.
Disebabkan blog ni temanya 'carca marba' (actually di awal penubuhan niatnya hanya nak fokus dengan masakan tetapi frustrated dengan fenomena blogger2 masak/org yg menggelarkan diri mereka chef blog @ whatever u call them la…….they get angry @sound deras2 kalau org ciplak resepi @gambar dari blog dorg tapi kadang2 kalau diselidik mereka2 ni sebenarnya bukan genuine setiap masa pun, kadang2 idea dari blog picisan mcm kita ni diceduk juga & diam2 je konon dia yg bt sendiri, xde pun diberi kredit atleast link untuk blog picisan kita.).
Alamak!!!!terlebih emo plak mommy harini. Heheh!!!xde la, sebab tu mommy suker2 hati jelah nak tepek cerita apa dalam blog ni supaya org yg konon2 hebat memasak tu xlalu nak jenguk sini, klau dia mai jugak dialu2kan tiru meniru apa2 yg di kehendaki- xdak hal, niat sedekah jelah, mommy dapat pahala kan? Lagi pun apa yg ada dlm blog ni pun biasa2 aje untuk org yg biasa2 aje. Inshaallah.
Sebenarnya tujuan harini xleh bercakap banyak tapi dah ala2 berletiaq plak dah ni nak tunjuk ada org dah merampas buah hati mommy 'Si Pinky'. Huhu!!!!!dia dok merengek2 suruh mommy buat seluar HARAM eh HAREM (betul ekk ejaan tu?) tapi mommy dok bgt mommy xpandai lagi jahit seluar, blm abis lagi kelas blouse.
Sekali dia cakap "biar affan buat sendiri la" haaaaaaa punya la ketegaq habaq hang budak ni. MOmmy dengan selamba jawab la "haaaaa, buat la kalau pandai sangat"…….Huhu!!!!rupanya kata2 mommy memakan diri. Dia siap buat 3 helai lagi seluar HARAM eh HAREM tu. Pasni blh la upah abang tolong jahit seluar tido mommy gak. Ngeh3x…..
Monday, 1 December 2014
PULUT MANGGA
Assalamualaikum & salam sayang.
Harini nak bercerita tentang dessert 'mek siam'. Rasanya dalam badan ni ada gak kot sikit2 sel darah putih siam mari (kik3x…..belah mok la ni).
Pulut Mangga ni kalau ikutkan walau ada sel darah putih siam mari tapi mommy bukanlah peminat setia sangat compare to daddy yg ada banyak sel darah putih mamak mari. Kalau diberi pilihan mommy akan pilih 1st priority pulut durian (tak kisahla versi apa pun janji pulut makan dengan durian).
Pepepun sebab daddy suka maka mommy buat gak la, yang penting make sure guna mangga yang betul2 masak ranum & manis. Baru terangkat.
Walau dessert ni mmg dah sinonim sangat2 dengan kami & lebih kurang teman gaduh dengan pulut durian tapi baru harini mommy nak tayang kejadiannya dalam family kami. Hahaha!!!x dak modal dah nak tepek resepi apa sebab rasa cam nak retired jadi chef jap ni :P
Jom jamu mata & mulut (kalau u al dah buat sendiri la nanti ye).
Bahan2:
(untuk seorang makan)
1/2 biji mangga masak ranum (dipotong kecil)
100g beras pulut (rendam semalaman)
1 cawan santan pekat
Garam
Gula
Sedikit tepung beras
Caranya:
1. Mula2 tanak/kukus pulut sehingga masak.
2. Didihkan santan dengan sedikit gula & garam.
3. Arung/gaul pulut dengan sedikit santan yg dimasak tadi.
4. Lebihan santan tadi didihkan semula & masukkan sedikit tepung beras untuk memekatkan kuah santan. Sejukkan.
5. Semasa menghidang, scoop pulut ke dalam mangkuk & campurkan dengan hirisan mangga masak. Curahkan kuah santan ke atas pulut mangga.
6. Enjoy the feeling!!!!
Sunday, 30 November 2014
Watermelon Cake (Prank Cake)
Assalamualaikum & salam sayang.
The idea came because we know that daddy ni tak favor sangat cake semua ni. Buat cake tiramisu rasa nescafe, boleh la…..buat pavlova, boleh laa, so this time buatkan untuk daddy watermelon cake, burp!!! sedawa kekenyangan dia.
Tinggal less than a week blog ni nak bercuti & bersawang. Tak sabar rasanya nak keluar dari Brunei kejap (release tension yg berkuap je kat sini).
Heheh, mommy penuhkan la dulu sikit2 cerita kami @Brunei.
Last week, we celebrated daddy's birthday. Oh!!!btw not really celebrating but 'potong kek' je. Heheh!!!yg special sebab cake daddy yang kami gegirls buat really THE KEBABOM. Sedap sampaikan rasa nak jilat piring (heheh, korang jgn jelas ye).
The idea came because we know that daddy ni tak favor sangat cake semua ni. Buat cake tiramisu rasa nescafe, boleh la…..buat pavlova, boleh laa, so this time buatkan untuk daddy watermelon cake, burp!!! sedawa kekenyangan dia.
Yang kelakarnya mommy bukan main lagi planned dgn Anis & Ahdia untuk buat prank kat daddy. Konon2nya masa daddy potong tu mesti daddy terkejut tengok watermelon instead of cake. Tapi masa daddy nak potong, Si Ahdia ni tersilap plak bgt awal2 "memangla keras kek ni daddy sebab ada watermelon kat dalam"……haiyaaaaaa. Sendiri nak buat surprise sendiri bocorkan rahsia. Pastu cam biasala bila kami gelakkan dia, dia dah start rasa bersalah & nak nangis.
Pepepun, mmg berbaloi buat watermelon cake ni. Jimat & menyihatkan.
Misi completed !!!
Rasanya ni last kot buat kek birthday tahun ni sebab Ahdia punya birthday kami celebrate kat Malaysia nanti & for sure beli je.
Thursday, 20 November 2014
Chocolate Chips Cookies
Assalamualaikum & salam sayang.
Ahdia tiba2 tengah malam Sabtu lepas dok cakap nak makan cookies. Mommy bagila kat dia biskut marie & biskut sugar meringue. Tapi dok cakap jugak nak cookies chipsmore. Aduhai!!!! budak ni malam2 buta mengidam chipsmore plak. So, mommy pun berjanji la kat dia nak buat (masa tu plan pun nak buat stock clearance mana2 bahan bakery yg dah nak expired). Hari Ahad dia tagih janji tapi mommy dok sibuk siapkan tempahan bag cik teh, alih2 dah maghrib. Kesian dia, nak p beli kami terperuk @rumah je weekend baru2 ni. Pujuk punya pujuk, hari Isnin petang baru terhasil chocolate chips a.k.a chipsmore. Mula tu nak buat guna resepi DULU tapi dek kerana nak jimatkan telur (hahaha!!!! mmg jimat abis ni), mommy google cookies yg tak guna telur.
YEAY!!!!! org kedekut/jimat yg berjaya. 1st pencarian menuju ke myResepi terus je proceed (malas & kesuntukan masa nak search lama2). Hasilnya tersangatla berpuashati. Pelanggan mmg dah berbaris tunggu nak ngap (masih suam2 pun dah start celop2 dalam susu). Kebetulan Areesya ada main @rumah kami, siap Anis bgt Aree cakap "nyaman mommy". Arfa yg tak berapa nak minat biskut pun puji sedap. Alhamdulilah!!!!baru la semangat skit nak bukak bakery Kak Ros pasni. Tq kepada empunya resepi asal. Resepi yg mudah & menjimatkan.
Bahan-bahan:
( 150 keping, lebih kurang )
1 1/4 cawan mentega - lembut (280g)
3/4 cawan gula icing - diayak (85g)
1/2 cawan gula perang (100g)
1 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - diayak
1 sk bicarbonate soda - diayak
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak (275g)
120 g choc chips (lebihkan jika suka)
120 g hirisan badam (lebihkan jika suka)
Cara-caranya:
1. Putar mentega dan kedua2 gula hingga berkrim lalu masukkan vanilla tapi jangan kembang.
2. Masukkan pula serbuk koko dan bicarbonate soda dan putar lagi.
3. Masukkan pula tepung dan digaul dengan senduk atau spatula diikuti dengan choc chips dan badam hiris dan gaul lagi hingga sebati.
4. Bubuh doh 1 sudu kecil berjarak atas tray dan bakar pd suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing ikut kepanasan oven masing2.
resepi dr myResepi
Wednesday, 19 November 2014
Malaysian's Family Day @Brunei
Assalamualaikum & salam sayang.
Cerita kami di Brunei 9/11/2014 yg lepas. Since ada kawan yg akan balik for good this year end, maka kami berbincang for farewell party but end up with something greater. Farewell + Malaysian's Family Day. Julung2 kali kami buat (since mommy @Brunei la sbb b4 that dah pernah dorg buat). Memandangkan ramai new comer lately ni & ditambah dengan kesibukan kerja para suami sampaikan tak sempat nak beramah mesra (ramai yg blm kenal each other especially org2 baru), maka para isteri ni come out with this event (senang citer mmg geng2 surirumah la yg punya kerja ni).
The event took place at Kak Ti's & Linda's backyards (their houses are back to back & consider sharing backyards.
The concept ?
santai2+borak2 kosong
+makan sampai kembung
+kenal2 & mesra
+sembang2 ilmu
+kids main sampai letih
+horse/pony ride
+ penyampaian hadiah & tanda ingatan
Alhamdulilah…..everybody happy & makanan potlucks kami cukup malah berlebih2 (para isteri siap boleh menapau utk sesi diner di rumah masing2).
The event ended around 5pm (tapi ada yg dragged sampai ke dawn kes memanjat belakang kuda).
Tuesday, 18 November 2014
Resepi Kacang Foul a.k.a Kacang Pool Haji
Assalamualaikum & salam sayang.
Breakfast kami Ahad lepas - walla!!!!!!
Ibarat terbang ke Johor Bharu. U al tahu kan Kacang Pool Haji yg femes @JB tu (ownernya Hj Pool kawin dgn Wan Maimunah pelawak/artis tu). Citer mcmana kami boleh layan Kacang Pool Haji ni, aritu le masa kami balik bercuti & pegi LEGOLAND. Sebelum cuti tu mommy ada buat research skit pasal JB (hahaha!!!!org research pasal tempat2 menarik kan? tapi mommy lebih fokus pasal tempat2 makan). Bila ramai yg review best kacang pool haji ni maka harus le try aritu. Resultnya mmg tidak syak lagi mmg sedap (antara menu breakfast yg terbaekk la kami rasa).
Bila resepi dah dlm genggaman, masalah lain plak timbul. Kik3x mencari kacang foul tu tak jumpa2, smp le minggu lepas g beli groceries tiba2 terpandang tin kacang foul ni. Terus le rembat & terjadila menu breakfast pujaan kami weekend lepas. Buat exactly ikut resepi & makan breakfast cum dinner sekali.
Yang nak cuba, jom study resepi. Senang je.
Bahan2:
1 tin kacang foul/pool (toskan airnya & lenyek)
1 tin kacang panggang (baked beans)
200g daging kisar
10 biji bawang merah -kisar halus
4 biji bawang putih -kisar halus
1 inci halia -kisar halus
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 cawan air (agak2 sendiri sebab kuah mudah pekat)
Garam
Gula
Serbuk perisa (pilihan)
Minyak sapi/butter untuk menumis
Bahan2 hiasan:
Telur mata kerbau
Bawang besar -potong dadu
Lada -potong dadu
Limau Kasturi -belah dua
Caranya:
1. Campurkan serbuk kari daging & serbuk ketumbar bersama bahan2 kisar. Masukkan sedikit air & jadikan pes.
2. Panaskan minyak sapi & tumis bahan no 1 sehingga berbau harum.
3. Masukkan daging kisar & kacau rata. Masak sehingga daging berubah warna.
4. Masukkan air & didihkan kuah.
5. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kacang foul yg telah dilenyek & kacang panggang bersama2 sosnya.
6. Masak sehingga pekat. Akhir sekali tambah garam, gula & perisa.
7. Apabila menghidang, letakkan sebiji telur mata di atas kuah & taburkan bawang juga cili. Cicahkan bersama roti bakar.
(Lebih sedap dimakan semasa panas)
Mommy's homemade loaf. Potong besar2 & bakar, pastu cicah kacang pool. Alhamdulilah, Syukur nikmatNYA.
Monday, 17 November 2014
Acar Timun Mentah (resepi Bruneian)
Assalamualaikum & salam sayang.
Tinggal beberapa minggu lagi b4 4a+R bercuti. Mommy nak beli barang2 dapur pun cam berjimat cermat sikit sbb xnak nanti by the time kami 'berlayar' stok bahan mentah masih banyak. Bukan apa, rumah kami ni kerap 'trip' eletriknya. Selalu kalau balik Malaysia hujung tahun (lama la kan normally sebulan), mesti balik2 semula ke rumah sini & tgk eletrik putus & stok dlm peti sejuk u al blh bayangkan la macamana jadinya. Semerbak satu rumah bau bangkai. Ingat tahun2 dulu mmg bukan setakat buang bahan2 mentah tapi terpaksa buang dgn bekas2nya sekali (tak leh diselamatkan lagi dah bau bangkai melekat).
So, skrg ni mommy dah berjaga2 & mmg dah niat balik this time mmg nak kosongkan fridge. Itu yg sayur pun pulun dok beli timun batang jeeeee. Heheh!!!ni nak cerita pasal timun batang la ni. Haritu tamak tgk org jual timun batang satu plastik penuh (lebih 10 batang yg kecik2 la) dengan harga BND1 je. Sekali selepas 2,3 hari dok buat ulam cicah sambal belacan jemu la plak. Terus WA jiran tanya resepi org Brunei buat acar timun. Acar timun ni kebiasaannya kalau ada majlis kenduri, mesti ada yg buat. Mommy pun dok terbayang2 la sedap gak layan acar timun dorg ni (kelainannya sebab ada letak santan cam kerabu org Pantai Timur).
So, skrg ni mommy dah berjaga2 & mmg dah niat balik this time mmg nak kosongkan fridge. Itu yg sayur pun pulun dok beli timun batang jeeeee. Heheh!!!ni nak cerita pasal timun batang la ni. Haritu tamak tgk org jual timun batang satu plastik penuh (lebih 10 batang yg kecik2 la) dengan harga BND1 je. Sekali selepas 2,3 hari dok buat ulam cicah sambal belacan jemu la plak. Terus WA jiran tanya resepi org Brunei buat acar timun. Acar timun ni kebiasaannya kalau ada majlis kenduri, mesti ada yg buat. Mommy pun dok terbayang2 la sedap gak layan acar timun dorg ni (kelainannya sebab ada letak santan cam kerabu org Pantai Timur).
Sembang banyak x guna, jom kita layan acar timun mentah Bruneian ni.
Bahan2:
2 - 3 biji timun batang (kupas kulit & sagat nipis)
1 genggam udang kering
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
5 sudu besar santan
3,4 biji cili padi (jika suka)
3,4 biji cili padi (jika suka)
Gula
Garam
Kacang tumbuk (optional)
Telur rebus (optional)
Caranya:
1. Lumur timun yg telah disagat dengan garam. Biarkan seketika.
2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan santan, udang kering, gula & perahan jus limau. Kacau sehingga gula larut.
3. Basuh timun tadi & toskan airnya (boleh ramas2 sikit supaya air kering).
4. Masukkan timun & hirisan bawang ke dalam mangkuk santan. Gaul sehingga rata.
5. Semasa menghidang, jika suka boleh la tabur kacang tumbuk & telur rebus (yang telah dibelah).
Wednesday, 12 November 2014
Baked Beans & Tuna Pizza
Assalamualaikum & salam sayang.
Dah lama mommy tak bukak bakery 'Kak Ros' hinggakan 3A ni dah mula merengek2 mitak buatkan pizza. Nak beli readymade, kami dah jarang keluar & kalau biasa teringin nak makan pizza pun mmg tuju ke Miri jugak.
Paksa punya paksa, mommy berjaya jugakla bukak bakery semalam (heheh!!!!mcm le susah benor nak menguli ekk padahal tekan je BM). Hasilnya walla!!!!!!new recipe DONE with full of satisfaction.
I made 2 pizzas, one for 3A (of coz pepperoni pizza kan cam selalu) & daddy mommy's special edition ; Baked Bean & Tuna Pizza. Both turn out perfectly & our special edition won the case.
Here i jot down the recipe for my future reference & halalkan utk u al mencuba juga. No regret i tell U.
Utk base pizza & resepi pizza pepperoni boleh refer N3 lama ni.
Yang baked beans & tuna ni plak sama jugak cam N3 lama tu cuma topping je tukar.
Topping Baked Beans & Tuna:
Tuna flakes
Baked beans
Sos spagetti/sos tomato
2 biji tomato (hiris nipis)
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
Capsicum/ cili hijau (buang biji & hiris nipis)
Dried Oregano
Buah zaiton
Black pepper crush
Keju mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya
Keju parmesan secukupnya
Caranya:
1. Campurkan sos spagetti/sos tomato dengan baked beans. Gaul rata.
2. Ratakan campuran no 1 ke atas pizza base.
3. Taburkan tuna flakes di atas pizza base yg telah disapu sos.
4. Kemudian, bolehlah taburkan juga topping lain seperti bawang holland, tomato slice, dried oregano, black pepper crush, capsicum & buah zaiton.
5. Akhir sekali taburkan keju di keseluruhan bahagian pizza base tadi.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 10 minit.
7. Makan time panas2, Ya ALLAH nikmatnya garing2 ranggup.
Utk base pizza & resepi pizza pepperoni boleh refer N3 lama ni.
Yang baked beans & tuna ni plak sama jugak cam N3 lama tu cuma topping je tukar.
Topping Baked Beans & Tuna:
Tuna flakes
Baked beans
Sos spagetti/sos tomato
2 biji tomato (hiris nipis)
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
Capsicum/ cili hijau (buang biji & hiris nipis)
Dried Oregano
Buah zaiton
Black pepper crush
Keju mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya
Keju parmesan secukupnya
Caranya:
1. Campurkan sos spagetti/sos tomato dengan baked beans. Gaul rata.
2. Ratakan campuran no 1 ke atas pizza base.
3. Taburkan tuna flakes di atas pizza base yg telah disapu sos.
4. Kemudian, bolehlah taburkan juga topping lain seperti bawang holland, tomato slice, dried oregano, black pepper crush, capsicum & buah zaiton.
5. Akhir sekali taburkan keju di keseluruhan bahagian pizza base tadi.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 10 minit.
7. Makan time panas2, Ya ALLAH nikmatnya garing2 ranggup.
Subscribe to:
Posts (Atom)