Assalamualaikum & good day.
As promised mommy nak bawa u all g tgk ' Bujang Senang' @Miri. Kami pergi last Sunday, 19/5/2013. Bertolak dari rumah dah around 10++am. It takes almost 2 hours driving from Kg, Danau, Brunei to this place, Miri Crocodile Farm & Mini Zoo. Terletak di Kuala Baram iaitu 24km dari bandaraya Miri, Sarawak.
Fyi, dah lama we alert about this place tapi tak terasa nak pergi sangat sebab ingatkan ada Si Bujang Senang aja kat sini (eeei, geli & gerun la mommy nak tgk dia). Sampai le mommy come across ada seorang blogger tu pergi melawat ke sini & she did mention about others animals.
Oh!!!barule mommy mentioned kat daddy rupa-rupanya ada la jugak binatang lain mcm mini zoo gitu. Bila dengar my explanation, daddy pun agreed nak bawak kami semua ke sana. As usual, Arfa le yg paling excited kalau tempat2 mcm ni. We supposed to visit last month but due to time constraint, 19/5/2013 baru2 ni baru le sampai. Seronok le sangat 3A nak g melawat zoo.
Sampai2 aje terus nampak tempat horse riding, tapi kami terus aje proceed ke dalam zoo (tak sabar nak jumpa Bujang Senang). Sebelum lupa, utk yg nak pergi berikut bayaran tiket & masa operasi;
Waktu operasi: 9am -6pm (everyday)
Tiket: Adult (Malaysian) RM16
Child (Malaysian) RM8
1st sekali after the entrance ada galeri jualan barang2 dari kulit buaya & ada juga di pamerkan rangka & anggota badan buaya yang telah diawet. Oh!!!mcmana mommy nak tgk yg life ni, tgk yg dah mampuih pun seriau dah bulu roma. Serius, dalam hati mmg berdebar2 & seriau tapi tak cakap je sbb takut 3A pun takut & yg paling tak suka kena kutuk dek daddy. So, mommy ala2 selamba je jalan (jalan last sekali plak tu sbb apa2 info dpt dari 3A dulu, hehe). Bila dorg jalan ke depan, jap2 jerit "mommy, buaya"……."mommy, crocodile"……."mommy, tgk ni"…….."eeei, besar"……..huhuhu!!!!mahu gugur jantung dengar.
Buaya pertama yang kami tengok (selain yg mampuih tule) was Albino Crocodile. Dia sekor2 dok dalam kandang (mcm tembok batu gitu). Ingatkan putih melepak kan dah Albino tapi xde le melepak cuma putih le compare dgn species biasa yg lain (gambar ke-3 dari atas yg ada gambar Arfa dgn tengkorak buaya putih tu. Yang Si Albino tu hujung atas belah kanan).
Sepanjang 22 ekar kawasan taman ini mmg dipenuhi sangkar2 buaya yg pelbagai di samping mini zoo & kandang2 haiwan yang lain. Dianggarkan sebanyak 1000 ekor buaya terdapat di sini (mak aihhhh, banyak rupanya. Eeeiiii, ngeri lagi ni). Kalau u all tgk gambar ke-4 dari atas, tempat tu actually mcm menara tinjau untuk pegunjung melihat secara lebih dekat habitat buaya2 ni. Memang bagi mommy dekat le sesangat sampaikan boleh nampak giginya yg kemerahan oleh darah2 mangsa yg dingap. Masa ni Arfa & Anis mmg selamba je berlari ke sana sini atas menara tu sambil dok cari buaya mana yg bergerak & mengeluarkan bunyi tapi Ahdia takut betul dia dengar buaya2 tu dok berdengus & melibaskan ekor mereka. Selalunya dia tak kisah berjalan atas titi @ jambatan kayu tapi this time dia pegang kuat kaki mommy. TAKUT!!!!!
U al tgk up close tau gambar2 buaya yg mommy upload ni walaupun collage images (byk sgt kalau nak post satu2), betapa besarnya mereka2 ini dibela & dijaga dengan penuh ekslusif.
Okey, selain buaya ada juga haiwan2 eksotik spt Southern Cassowary, Phython, Binturong, Sun Bears, Gibbon, Porcupines, a band of cheerful Monkeys, Anak Buaya and the like. Pengunjung boleh bermesra & memberi makan haiwan2 tersebut dgn pisang @ makanan khas (kena beli RM1/sebungkus). Untuk memberi makan buaya pula kena beli makanannya RM10 (rasanya dorg bg makan ayam @ daging kot sebab kami tak beri makan pun bujang senang ni walau Arfa dok memujuk). Mommy bukan apa, seriau sebab kena bagi dgn kayu mcm btg pancing tu (takut disentap dgn kita2 sekali dia ngap, nauzubillah).
Secara keseluruhan, mommy rasa ok la tempat ni especially utk penduduk sekitar & pelancong dari luar. Tempatnya diselenggara dengan elok & bersih (cuma banyak nyamuk, mungkin sebab byk lopak2 air utk Bujang Senang berendam & juga kolam2 ikan). Bayarannya bagi kami agak mahal tapi untuk pendidikan & pendedahan anak2 kiranya boleh la since tiada tempat lain yg berdekatan boleh memberikan pengalaman secara 'life' sebegini.
Sapa2 yg disekitar Brunei, Sarawak & Sabah should go to this place. Have Fun !!!