بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 21 May 2013

Sparkling Dragon Fruits Juice (Non-alcoholic)

Assalamualaikum & good day.
Apa khabar semua, apa cuaca di tempat anda harini? Kat Brunei area kami ni today Alhamdulilah mendung sejuk. Beberapa harini cuaca tak menentu juga, ada hari panas berdesing, ada hari mendung. Pepepun Alhamdulilah syukur atas rahmat ALLAH. 

Harini mommy nak share cara simple buat sparkling juice yg tempting. Idea ni mommy dapat dah lama (kalau tak salah few years back sebelum kami pindah Brunei pun). Masa tu tgk rancangan masak2 host by chef Anis Nabilah yg manja gedik2 (eh, bukan kutuk tau tapi heheh!!!mmg style dia camtu manjeeee). Tak ingat dah dia masak apa tapi konsep haritu jamu girlfriends dia makan2 sempoi. So, dia tunjuk cara prepared sparkling juice yang membuatkan mommy telan air liur & mengidam. Tapi dok peram lama le sangat sampai le last Saturday baru teringat nak buat.

Siapa2 yg nak buat party BBQ / jamu kawan2 santai kat rumah boleh la gempakkan dorg dgn juice ni. Rasanya lebih kurang sama le dgn air bikarbonat berperisa buah tapi yg ni kita guna pure fresh fruits. Btw bila kita guna dragon fruits ni bukan saja rasanya sedap tapi yg paling penting warnanya yang menggoda. Huishhh!!!kalau buat time puasa mmg jenuh le jugak nak melawan godaan. Yang paling penting bagi mommy senang je nak buat (cuma kena buat last2 minit masa nak serve la baru terasa lagi 'kick', kalau prepare awal2 nanti dah tawar & gasnya pun dah kurang). 

Ni la dia caranya..

Bahan2:
Air bikarbonat 'Ice Cream Soda' 
Buah dragon fruits (yg isi merah ye)
Lemon 
Ketulan ais

Caranya:
1. Isikan jug dengan ketulan ais sehingga penuh.
2. Perahkan jus lemon (mommy guna 1 biji lemon utk satu jug).
3. Tuangkan Ice Cream Soda ke dalam jug sehingga hampir penuh.
4. Masukkan isi dragon fruits yang telah didadu halus.
5. Semasa menghidang, barula kacau & tuang ke dalam gelas.


p/s: kalau u al perasan gambar kat atas ada tambahan watermark @Asfa nb……..mommy tak curik gambar org ye tapi utk pengetahuan u al itule watermark daddy a.k.a photographer PRO mommy sekarang. Huhu!!!dia upgrade camera baru yg lagi canggih, so mommy belum le lagi dpt licence guna camera baru dia. Alih2 tgk gambar siap ada watermark daaaaa. Menyemak jekan!!!!geram juga tapi nak buat mcm hidup menumpang ni kena la redha (mood sedih). Nak tg dia bg green light katanya khatamkan dulu manual book sbb yg baru ni xde mood auto. Semua main manual utk org2 pro, alahaiiii. Itu yg kekadang mommy guna iphone je,

7 comments:

ishamizu said...

Wah kak ros, memang terliur dgn warna merah pink tu menggoda tekak sungguh! Hehehehe..nway cun la gambar from ur husband's camera tu! ;)

Unaizah said...

Memang attractive betul warna minuman ni. Sedap tak? Saya tak gemar sgt dragon fruit ni.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

harus la lebih2 kan minum sparkling juice ni disebabkan musim panas ni kan ros??

nurbijen said...

patut la gambar bukan main superb lagi... kamera canggih...
mmg nampak sangat sedap.... bila la boleh cuba ni... kat sini takde buah naga tu....

Nisah Idham said...

menarik airnya kak Ros, typ nisah tak makan dragon fruit . agak2 kalau ganti dgn oren ke, huney dew ke. okey tak?

Umm AA said...

mmg senang kan ros nak membuatnya..janji ade buah sinaga tuh..kat sini mmg jgn mimpilah...:)

rostina76 said...

ishamizu: mmg penggoda drangon fruits ni. buat le apa pun, warnanya mmg menggiurkan. kredits go to daddy ye

unaizah: sedappppp sgt unaizah. klau tak suka dragon fruits blh je guna berries yg lain

Puan Ros: itule, bila teguk time noon. Ya ALLAH nikmatnya

nurbijen: huhu!!!ore tgh gilor camera leni. let him be la doh hobi dio

Nisah: better ganti dgn buah2 yg masam juga mcm strawberry, lemon, kiwi etc

ummuaidan: guna je buah2 lain. kreativiti masing2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...