Adussss, berzaman nak buat new N3. Percaya @tidak 3 keping gambar untuk n3 ni amik masa sehari semalam baru berjaya loaded. Tak tahu laaaaa nak cakap apa, kang lebih2 kena halau negara depa plak. Tapi mmg dlm fb pun dok tgk ramai dorg2 ni dok complaint pasal internet servis kat sini mmg lousy giler. Dah la mahai, pastu mcm siput vavi. Kami dok sini dah nak masuk 5 tahun, 6 kali dah buat report pasal internet servis dorg ni. Datang baiki mmg ok le; bila report 2,3 hari dah mai repair tapi takdan setahun terhenjut2 lagi sebelum terus kojoi kot. Huhu!!!!!STRESS
Itu yg nak sambung citer Aussie mmg tak dpt le nak proceed (mau sawan gamaknya nak tunggu 20kpg gambar settle loaded).
Disebabkan bulan ni baru ada 4 n3 maka mommy gagah gak la tepek2 dulu resepi simple & bodo2. Kot2 ada yg nak kejar masa & malas masak cam mommy blh gak dpt pahala amal jariah share resepi camni kat u al ekk. Sihat lagi ni. Yang paling gumbira dapur tak kecah2 dgn minyak. Save gas lagi wehhhh. Haaa jom2 skodeng camna mommy buat.
Senang bebenor.
Bahan2:
2 batang carrot (sagat)
2 batang timun (sagat bahagian tepi tanpa biji)
1 biji telur masin (rebus & lenyek)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
1 batang cili merah (hiris halus)
Cili padi sesuka hati (hiris halus)
2-3 sudu jus limau nipis (mommy guna apple cider)
1 genggam udang kering (basuh & tumbuk)
Garam
Gula
Kacang tumbuk (optional)
(carrot & timun yg siap disagat rendam kejap dalam air kapur)
(carrot & timun yg siap disagat rendam kejap dalam air kapur)
Caranya:
1. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali telur masin & kacang tumbuk.
2. Perisakan sesedap hati anda.
3. Semasa menghidang, masukkan telur masin & taburkan kacang tumbuk.
4. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih @ ratah saja untuk yang diet.
Selamat menjamu selera dgn menu sihat.