بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 15 September 2015

CAMERON HIGHLAND - Day 2

Assalamualaikum & salam sayang.

Mommy sambung cerita Cuti2 ala Eropah d' Malaysia ye. Hahaha!!!


2nd day ni nak cerita dulu pasal The Lake House.
The Lake House ni one of the most famous boutique hotel in Cameron Highland. Located in front of Sultan Abu Bakar dam between Ringlet & Tanah Rata. 


Build in 1970, this exclusive resort accommodated 19 rooms & suites housed in two colonial era bungalows of Tudor architecture. The hotel's old world setting is classy - the interiors are dressed with rafters, fine carpets, antique items and Victorian furniture.


The hotel is a tranquil family getaway surrounded by serene rainforest. The Restaurant also serves continental fine dining and afternoon tea.


The room that we enjoyed during our stayed is Junior Suite. Besar & suka sangat dengan design Tudornya. Dari bilik ke bathroom semua Tudor style. 

Walau ada sesetengah yg rasa cam creepy building2 lama camni tapi seriously it's really cosy, calm & relaxing. Even Anis & Ahdia pun suka dgn environment luar & dalam. Tak puas rasanya sebab kami just stay overnite. In the future selepas siap construction depan tasik tu sure lagi best viewnya.


Walau banyak tempat kat CH kami nak kena ronda tapi mmg kami bermalas2 rasanya nak check out. Kira ngam2 checkout time la baru kami keluar dari sini.

Oh one more thing, yang bestnya…..kereta semua guest dorg siap basuh pagi2 tu, termasuk le keta estima buruk kami. Bila daddy bgt, mommy like wow 'xde pilih kasih ekk'..hahaha….1st time rasanya stay hotel siap ada service basuh keta free. 

Last but not least, staff juga sgtla friendly & tak pilih kasih (walau mat salleh yg ramai stay kan). The front desk staff masa kami nak balik siap htr smp ke depan.

Ok…..habis citer The lake House ye.
Check out dari TLH, kami sepatutnya pusing2 CH smp pkl 5pm & plan to gerak balik ke Klang Valley. 


So, misi kami bukan nak beli bunga2 & sayur2 (kami kan pelancong xdak rumah nak masak2 eh). Misi kami utk hari terakhir (sepatutnnya sblm decided extend lagi) ialah mencari ladang teh yg digunakan untuk pengambaran 'Ombak Rindu'….hahaha!!!daddy la ni nak shot katanya lawa. Kami tak tahu di mana tepat & nama ladang teh tu, so misi kami hari tu adalah menerjah setiap ladang teh yg ada kat CH. Adehhh!!!!
Jom cari ladang teh.

pokok tu mmg condong maka mommy posing condong gak la..
cantikkan pokok ni...
1st kami pegi ke Ladang Teh Boh, Habu.. Berdekatan dgn The Lake House. Merupakan Ladang teh boh utama di CH. Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9am-430pm. Perjalanan dengan kereta terus ke kilang pemprosesan sejauh 7km (dr jalan besar). 

Sampai di parking kilang pemprosesan teh, kami menapak dengan kaki mendaki hingga ke puncak lereng kawasan tanaman teh. View mmg cantik tapi frust sbb daddy cakap bukan ladang teh ni yg 'ombak rindu' shot. Maka misi diteruskan….
Melalui semula ladang teh Bharat cam day 1 tu cuma tak singgah sbb dah plan otw turun baru nak singgah beli teh.

Pusing punya pusing, kira puter2 alam gak la nak mencari ladang teh 'ombak rindu'….last2 jumpa jugak. Yang kelakornya ladang teh ombak rindu ni rupannya berdepan dengan Corpthone Hotel (yg kami stay day 1)…hahaha!!!

Nama ladang teh tu….Ladang Teh Sungei Palas….
Masa ni kami dah lapor semula (blm lunch sedangkan jam dah pkl 3pm+). 

Sib baik ada cafe….btw cafe ni le trademark filem ombak rindu yg daddy nak sgt ambil gambar…

Apalagi….org lain ala2 minum petang je kan dgn scone, tapi kami mmg penuh meja order sebab bkn minum petang lagi ni tapi lunch brunch. Best betul layan makan atas cafe ni sbb kedudukan cafe tu mcm terjuntai dari lereng bukit tu….dah nampak puncak lereng je kalau duduk dalam cafe tu….eeiii mmg nak repeat la next time. Inshaallah.

Dah kenyang perut, kami ronda2 sekitar. Ada kedai jual ter (cam biasala) & ada kilang lama tempat proses teh….

view ni juga famous kalau org ambil gambar kat sini
Dah puas shooting kat sini maka kami bergerak turun. Niatnya mmg dah kena blk KL harini tapi memandangkan haripun dah lewat petang & daddy pun cam penat nak drive (sebenarnya semua org belum puas rasanya) maka kami decided nak extend stay another 1 nite….Tido mana plak ekk? smoke house ka? Heheh!!!tunggu ye bersambung……….






















Saturday, 5 September 2015

CAMERON HIGHLAND - Day 1

Assalamualaikum & salam sayang…

Percutian gaya Eropah D' Malaysia kami belum selesai. Keluar dari kota Belanda (Melaka), kami hantar abg Affan balik hostel & kami   meneruskan agenda ke Tanah Tinggi Cameron. Perjalanan dari Klang Valley ke CH ambil masa lebih kurang 3jam. Kami sampai ke destinasi iaitu Copthone Hotel dah petang (bertolak pun dah lambat).

1st impression sebenarnya masa smp CH adalah ; huhu!!!kotornya & panas & berdebu..alaaaaa cam kat Kundasang dulu gak la lebih kurang. Mommy dah lama tak dtg CH (rasanya last pergi zaman anak dara kot). Pepepun masih berbaki suasana romantis & mendamaikan di CH cuma kena hadam jugak pemandangan kebun sayur yg tak di managed dgn baik je (pejam sebelah mata).


Usai check in & solat serta mandi manda, kami keluar semula untuk dinner……wewewe!!!sejuk juga malam rupanya. Tadi siang masa smp cam panas je.

Review ttg 1st hotel yg kami inap di CH; 
Copthone Hotel merupakan 4 stars hotel & hotel terbesar yg menarik di CH. Terletak di tempat paling tinggi, berdekatan Kea Farm, Brinchang. Sinonim dgn CH, Copthone Hotel juga menggunakan konsep hiasan Tudor (tapi tak secara total la kotada moden kontemporari juga). Banyak pilihan bilik & apartment yg disediakan. Kami haritu ambil apartment 2 bilik. Mmg spacious sesangat. Sesiapa berminat blh review kat SINI. Pengalaman & penilaian kami alhamdulilah puashati & bersih. Cuma pekakas dapur kalau u al dtg reramai dgn family kena bwk la. We give 6/10. 

Malam 1st tu kami layan steamboat kat Glory 78. Halal restoren & rasanya terkenal juga kat sana. Syok layan steamboat yg panas berasap time sejuk2 camtu. Daddy yg so-so dgn steamboat pun ckp the best sup steamboat dia rasa (which mommy kurang agree…sbb best lagi kat shabu2…heheh!!!pepepun we gegirls dari dulu suka steamboat).

The next morning bermulala jelajah eropah kami (buekk!!).

1st sudah semestinya kami petik strawberries. Ahdia dah tak sabar2 nak experience petik sendiri. Dia mmg peminat tegar strawberry sampaikan masa g umrah dulu, ayah teh beli sekotak strawberries makan cicah nutella, dia terus ajak kami pindah dok Mekah jugak. Heheh!!!!



Oh btw lupa nak highlight; disebabkan dah kemaruk sgt dgn strawberry fresh dr CH, otw blk dinner semalam tu kami singgah beli strawberry. Org dah nak tutup kedai so dpt murah2 le. Breakfast kami pagi tu adalah strawberry cicah nutella & roti slice. Huyooo!!! very the European (buekk!!!)


Terlalu banyak pilihan strawberry farm kat CH ni, mula2 tu cam blurr gak mana satu nak pilih… Last2 mommy ckp jom kita g tempat 1st mommy petik strawberry jugak dulu masa kecik2 di CH. Kenangan petik strawberry kat Healthy Strawberry Farm masa umur lebih kurang 2 org ni jugak. Masih ingat tempat tu sbb dia betul2 sebelah Strawberry Park Resort. Mommy ingat kami park bas sekolah tepi hotel tu.


Masa @healthy strawberry farm ni kami pilih self-picking utk 2 kontena (cam dlm gambar dorg petik tu). Pastu sebelum keluar layan 2 gegirls ni makan aiskrim + strawberry jem. 

Dah tu, round lagi sekitar Tanah Rata & terjumpa perkampungan melayu yg bersih & mendamaikan je suasananya….Kampung Taman Sedia namanya. Ada juga org tanam sayur tapi still terjaga kebersihannya. We loike!!!

Mcmana kami masuk kampung ni adalah disebabkan iklan sepanjang jalan @CH ni pasal ' Abang Sambal Strawberry Ikan Masin'…..Bagus betul tarikannya, sehingga kami mmg end up lunch & borong sambal ikan masin strawberry 'Abang' ni.

Actually tempatnya kecil saja (kira family business buat kat rumah). Depan dia buka kedai makan & kedai cenderamata. Manakala bahagian belakangnya kebun strawberry & tempat masak sambal strawberry. 



Ikutkan Ahdia & Anis nak lagi kutip strawberry kat sini sbb terpengaruh dgn kata2 mommy yg wah!!! best sini, bersih. Tapi memandangkan stok strawberry dah banyak so permintaan ditolak. Nak kata sedap melampau tu xde la kot tapi sedapla jugak layan nasi ayam goreng berempah dgn kari & sambal ikan masin. Huhu!!!lapor plak perut.

Dah kenyang perut, mau kena exercise la plok kan…
Seterusnya misi mencari Rose Centre (ni ingat2 zaman sekolah dulu gak ni), waze tolong cari jalan… Pusing2 rupanya Rose Centre ni dekat dgn Corpthone Hotel rupanya (kira patah balik plak dah)……kat sini apalagi kerjanya, selain exercise lutut (turun naik tangga ke puncak) mestila exercise mata. Subhanaallah!!!!! mmg cantik2 sungguh bunga2 kat sini. Kalau kami dok Malaysia rasanya nak gak beli sepohon dua tapi apakan daya….jauh bebenor le nak hangkut ke Brunei.

junior photographer 


Kami dapat makan buah mulberry & buah cinta free. pakcik bangla kasi :P

antara bunga rare yg ada kat Rose Centre
lady's shoe ke namanya?
sekali pandang cam kami sedang menikmati pemandangan kan? rupenya duduk menghilangkan semput :P

nun di puncak Corpthone Hotel, kelilingnya kerakusan manusia menodai bukit2 hijau. Huhu!!!

Selesai exercise kami bergerak turun ke Ringlet. Sebenarnya dah tak sabar juga nak check in kat The Lake House.
Otw ke Ringlet tu kami singgah di Bharat Tea Plantation & shooting filem kat ladang teh. Terbentang luas pemandangan hijau ladang teh dengan jenama 'Cameron Valley' ni.



Kami turun ke bawah ladang teh tu & golek2 (eh xde la). Cantik sungguh viewnya, Subhanaallah. 


Selesai posing kami seterusya meneruskan perjalanan turun ke Lake House. Bersambung……..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...