بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 30 July 2011

KUIH LAPIS(KUIH PELANGI)


As salam sume...harini kami masih lagi breakfast dgn laksam (makin di hangatkan kuahnya,makin pekat&sedap)....Lunch plak hidangan sempoi tapi mmg menambah nasi sume termasuk le mok (by right mok tu xleh makan byk nasi)....Bila check glucose ; tu dia 12.2 reading nya....Kami bakar ikan tawar & tumbuk sambal dgn mempelam muda...Uish,telan air liur.Sedap sungguh la.Pastu celur baby corn (jagung kecik tu) & kacang bendi.Cicoh budu&selang seli dgn sambal mempelam.Kuahnya plak harini buat gulai lemak ikan tongkol/ikan aya....Huiih!!mmg matching sgt2.
Sebelah petang mommy dok pikir kuih apa lg yg best blh belajar dgn mok.Last2 dpt idea nak buat kuih lapis....






Klau dulu mmg admired betul org yg pandai buat kuih lapis ni sbb rasa mcm rumit je berlapis2. Bila tanya mok dia tahu dok buat kuih lapis ni, mok jawab tahu cara tapi xpernah buat. HAAAA!!!terkejut mommy, mok dok pernah buat....Dia cakap bukan xtahu buat tapi malas sbb rumit. Alahai, mcm ni???Disebabkan niat dah ada mommy google le jugak cari resepi kuih lapis ni. Last2 jmp yg plg simple&senang dlm 'My Resepi' oleh tulip77. Senang je resepinya. Mommy dah alter sket je sbb guna loyang 20"X20"X7".....

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula (boleh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 1/2 st garam
  • 2 cawan santan pekat (kepala santan)
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 2 cawan air (utk mencairkan barter,terpulang kpd santan yg d gunakan)

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian/lebih. Letakkan satu bahagian pewarna merah,satu pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.Satu lagi adunan dibiarkan warna putih.
  4. Masukkan 2 cawan adunan berwarna putih (asal) & kukus selama 5 minit.
  5. Selepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna kuning & merah sehingga adunan habis.Boleh juga selang selikan antara warna dengan lapisan putih (asal).
  6. Lapis yg terakhir warna merah dikukus selama 20minit. Bila dah masak tunggu hingga kuih ni betul2 sejuk.
  7. Dgn hati2 potong kuih dengan pisau yg nipis & tajam.Setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)


Cantik tak layer warna-warni ni.Hehe!!!baru beli color & selamat tersimpan dr d kerjakan oleh saintis comot 'Arfa Zafran'.......
Anda berani? Cubalah!!! (pinjam wording abg Azrul dlm rancangan sekolahku astro TVIQ). hehe

LAKSAM

Entry ni actually nak citer pasal smlm...A day b4 tu kan mommy buat eksperimen akak berlauk tapi xmjadi, so ingatnya smlm (jumaat 29/7/11) nak buat semula la. Tapi tule, as usual Friday morning mmg mcm lipas kudung. Start pkul 530 dah bangun, serve breakfast Arfa&Anis (dorg mgaji hari jumaat), pastu kejutkan kids+mandikan.....8am htr Anis&Arfa ke masjid utk mgaji, trus direct htr daddy ke BLNG....patah balik singgah kedai beli sayur&groceries (smp rumah biasanya dah (9++)...smp umah settle laundry&sediakan lauk utk masak...10am amik 2A dr mgaji, blk umah start masak lunch....xsmp sejam about 11am dah kena gerak amik daddy blk lunch&friday pray plak....Aduis!!smp umah dah almost 12pm...serve lunch plak..Normally after daddy take over keta lps jumaat baru blh bernafas lega.


So, bila pikir2 dgn mok malas le nak try akak berlauk harini, lagipun telur xckp (next time plak). Kami proceed je dgn next resepi with is LAKSAM. Favorite semua ni termasuk le abg affan yg xsuka makan ikan tu.Uish!!!mmg mengetop le laksam mok buat.Buat laksam ni yg paling penting kuahnya perlu pekat&cukup masam & masin ....Utk mommy plak, mmg dah biasa buat kuah laksa/laksam putih ni tapi xpernah try lagi buat laksam sendiri. Harini buat baru confident.....ngeh3x nak angkat bakul lagi, senang je rupenya nak buat laksam (klau dah tau cara kan). Utk Anis,Ahdia & juga Arfa nanti besar blh try buat sendiri dah klau suka sgt kuahnya.





RESEPI LAKSAM

1.Buat Laksam

Bahan2 (dapat dalam 10-12 gulung)
  • Tepung beras (500g)
  • Air (500-600ml)
  • Dulang nipis 2 biji

#mok xde campur2 tepung lain dah.Hanya guna tepung beras.Pure rasanya & xmuak.

Cara2nya
  1. Panaskan air & dulang dalam pengukus.Kalau guna dulang besi biasa tu lenserkan sedikit minyak.Sekali je lengser minyak,pastu utk ulang2 kukus tu xyah letak lagi.Tapi kalau u al guna non-stick dulang tu xyah letak pun minyak.
  2. Bancuh tepung beras bersama2 air & kacau.Barter tu mmg cair&perlu di kacau setiap kali nak letak dalam pengukus.
  3. Setelah air mendidih & dulang sudah panas,tuangkan barter ke dalam dulang.Jangan terlalu tebal (anggaran 1/2 inch ok kot).
  4. Tutup pengukus dengan hati2 supaya air pd penutup tidak menitik ke atas dulang.
  5. Kukus selama 5 minit/sehingga barter bertukar menjadi jernih.
  6. Apabila telah masak,angkat dulang & gulung laksam dengan hati2.Susun laksam yg dah siap di atas dulang besar.
  7. Semasa menggulung laksam yg dah masak tadi,letakkan dulang kedua & kukus sebentar sehingga panas sebelum menuang barter.Ulang sehingga barter habis.(Peringatan:sebelum menuang barter ke dalam dulang pengukus pastikan anda kacau barter dengan sebati).



2. Buat kuah lemak

Bahan2
  • Ikan selayang/kembung (500g)
  • Santan pekat (amik dr sebiji kelapa)
  • 5-6ulas bawang merah
  • 1 inch halia
  • 4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa.

Cara2nya
  1. Rebus ikan bersama garam& asam gelugur sehingga masak.Sejukkan sebelum diambil isi.
  2. Tumbuk isi ikan (kalau blend boleh tapi xsedap rasa kuahnya).
  3. Setelah selesai tumbuk isi ikan, tumbuk pula tulang2 ikan sehingga lumat(pastikan buang mata ikan bagi mengelakkan kuah menjadi hitam).Masukkan sedikit air & perah tulang2 ikan tadi (tapis amik air ikan je ye).Tulang ikan tu menjadi penambah rasa kuah.
  4. Tumbuk/kisar bawang merah+halia.
  5. Dalam periuk,masukkan ikan+santan+bahan kisar+asam gelugur.Renehkan kuah sehingga mendidih.
  6. Tambah garam.Reneh kuah sehingga pekat.Angkat & ketepikan.

#Laksam/laksa kuah lemak ni biasanya dimakan dgn ulam-ulaman & sambal.

Ulam
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Daun serai kayu
  • Taugeh/kubis
  • Etc....
Sambal
Tumbuk cili & garam sehingga lumat (kalau nak tambah belacan pun orait)....


Monday, 25 July 2011

BIJI DELIMA



As salam....satu lagi resepi updated dgn mok yg mmg dah hampir pupus @M'sia...Biji Delima. Haaa!!bukan biji buah delima real tau tapi ala2 jelly makan sebagai air minuman. Kalau bulan pose mmg best minum biji delima ni...Cume nak bgt awal2 ni, kami punya biji delima ni ada besar2 biji guli sizenya.Hehehe,dayang2 mommy rajin sgt nak menolong. Dayang Anis jadi assistant chef mok, Dayang Ahdia plak jadi assistant chef mommy...End up nya,biji delima dah bertukar jadi biji guli. Xpela, yg penting happy buat sama2. Pastu yg plg penting tekniknya. Xsangka senang gile buatnya (berlagak le plak dah ada ilmu).
Bahan2 nak buatnya pun cuma tepung kanji/ubi kayu, air & pewarna merah.....Just masukkan sedikit aje air dlm tepung & uli. Kemudian tuang dalam tray yg dah d lapik kertas utk serap air.Biarkan kering sket,pastu sapu pewarna merah di lapisan atas (guna brush senang sapu).Biarkan kering sehingga betul2 xde air (jemur panas pun lagi ok cuma jgn terlampau kering takut pecah)....Bila dah kering, potong kecik2 seperti bentuk biji delima (u al akan nampak lapisan atas berwarna merah & bawahnya berwarna putih)....Rebus dalam air yg mendidih.Semasa memasukkan biji2 delima tadi, kacau terus air supaya biji2 delima x melekat....Rebus sehingga tepung bertukar dr putih kepada transparent...Cume tinggal sikit je putih kat bahagian dalam (menyerupai biji delima yg real)....Dah masak tu, u al kaut biji2 & trus rendam dalam air sejuk...Tukar air sejuk tadi sehingga u al dapat air yg jernih....Last tapis biji2 delima & boleh la dimasukkan ke dalam air gula@bandung@susu aje...Tambah ais bagi sejuk...Uihh nyaman kata org Brunei!!!Try la ye...

Sunday, 24 July 2011

PULUT SEKAYA (TOK AJI SERBAN)

As salam....memandangkan mok stranded @Brunei ni, mommy mmg amik peluang le berguru dgn mok....Sebelum ni x teringin pun nak belajar buat kuih2 tradisional tapi since dok Brunei ni a.k.a jadi surirumah keinginan tu dtg dgn sendiri.Hehe,kelakar le dah umur 35tahun baru dpt hidayah nak buat kuih muih.Pepepun 'better late than never'....


So,utk resepi pertama mommy berguru dgn mok harini ialah 'PULUT SEKAYA'......Kalau org2 pantai barat (luar kelate&ganu le) lebih terkenal dgn kuih talam yg macam2 perasa,kami @pantai timur mmg tersohor dgn pulut sekaya.Kalau dulu2,mok mmg hebat le berjualan dgn pulut sekaya ni especially time2 bulan pose.Rugi rasanya klu xbelajar dgn mok buat kuih ni.Bila dah try buat arini,alhamdulilah menjadi & mendapat pujian sifu.Senang je rupe2nya buat PULUT SEKAYA ni...Mok kata senang je,susah lagi buat cucur bilis (hehe,cucur bilis mommy terer bangat).


Utk yg nak try gak,ni resepinya.

Bahan2
Pulut ( 4 cawan)
Telur (8 biji)
Santan pekat (amik kepala santan tu dr sebiji kelapa)
Gula nise (gula melaka)
Garam
Daun pandan (4 helai)
Air

Cara2nya
1. Rendam beras pulut semalaman.
2. Sehari sebelum buat, masak gula nise dgn sedikit air.Biarkan betul2 sejuk (biar semalaman lagi bagus).Lagi satu,semasa memasak gula nise ni guna sikit sahaja air (kalau 5 keping nise tu cuma guna setengah cawan je air, kemudian selalu kacau semasa memasak bagi mengelakkan nise membuak keluar).
3. Keesokan harinya, kukus pulut sehingga masak.
4. Setelah keluar wap, arung/gaul pulut dgn kepala santan (pastikan pulut sebati dgn santan & nampak berminyak). Jangan lupa tambahkan sedikit garam ke dalam santan.
5. Setelah sebati,tekan dgn mampat pulut ke dalam dulang/loyang.Tekan guna plastik/daun pisang.
6. Pada masa yg sama, satukan 8 biji telur+1 cawan santan pekat+1 cawan gula nise ke dalam mangkuk besar. Ramas 4 helai daun pandan bersama2 bahan2 tadi. Ramas sehingga adunan menjadi berbuih&sekata.
7. Ketika meramas adunan,kukus semula pulut di dalam loyang tadi.
8. Setelah keluar wap dr pengukus,tapis & masukkan adunan ke atas lapisan pulut.
9. Kukus semula selama 15-20minit @ sehingga masak (guna lidi utk check kepalanya sudah masak @belum).
20. Apabila masak,keluarkan loyang dr pengukus & sejukkan pada suhu bilik. Apabila hendak makan,potong menyerong.

Saturday, 23 July 2011

big family gathering

As salam semua.....alhamdulilah.Minggu lepas rumah kami dah mcm time raya.Seronok tak terkata 4A+R menerima kunjungan tetamu VVIP.Semua adik beradik mommy turun Brunei kecuali ayah teh&family dr Mekah yg xdpt join.....Schedule jgn cakap la,padat gile.Untuk memenuhi permintaan semua,mommy bertungkus lumus bt jadual.Dari jadual perjalanan,menu makan&aktiviti riadah.Huhuhu,dah rasa mcm keje tourist guide plak (lps ni sape2 nak pakej lawatan ke borneo blh le call mommy ye,hehe).1st group turun @Miri & 2nd group turun @Brunei...1st day lps amik C.Dae&family serta C.su &family @airport Berakas,kami terus gerak ke pantai Serasa sbb nak naik motor ATV (permintaan abg Is&mama)....Tgh syok2 dok layan motor ATV tu ada perkara buruk terjadi...Itule,pepatah melayu ada cakap "malang xberbau"; Abg Is yg beria2 nak naik motor ATV tu terlanggar bontot keta org (Ya Allah,terkejut juga)...nasib baik dia xde apa2,cuma melayang le duit papa byr org tu baiki keta (xpela, Allah maha adil,u al dah dtg tiket free kot itu yg Allah test sket)..Pepepun,life goes on,same goes to mommy's schedule.



2nd activity mlm tu kami trus gerak ke Jerudong Park....Sambil main,naik rides,kami picnic le dinner @situ.Syokkk!!sampai ada yg hampir2 nak bertegang leher (hehe)
2nd day,subuh2 hari lagi dah siap2 utk gerak ke KK (ini permintaan duta arab jubail....C.Dae &family)....pheww!!8jam drive secara convoy.Dgn macam2 cite.Ada sesat,ada sat2 berenti kencing,berak,muntah....hahaha,yg kelakornye naik feri jarak dekat (sungai nya sempit sgt ibarat baling batu pun blh smp ke seberang).Yg trajisnya pulak, dah le menu breakfast asalnya nak goreng bihun tapi last minit tukar goreng nasi yg lebih picnic semalam....alih2 time berenti nak breakfast @Temburong....BASI!!!!nasib baik bawak satu periuk nasi putih..Di pendekkan citer dr pkul 7am bertolak dr rumah kami smp KK pukul 3pm.....malam tu aktiviti nya cume makan malam tajaan duta besar arab jubail (giles punya ketuk kedai tu....dah le xsedap).......
3rd day kami xjadi ke Kundasang memandangkan masa yg begitu terhad sbb by noon dah kena gerak blk ke Brunei....so,pagi tu cuma g Museum Sabah&Heritage Village (boleh le layan bergambor&shopping)....pas abis round satu village,kami trus gerak ke Pasar Philippine utk shopping sakan (sakan le deme2 ni shopping ;gelang,brooch,ikan terubuk masin,ikan bilis,udang kering etc)......berbonong2 kotak....Tepat pkul 1pm kami gerak blk ke Brunei (yg frust C.Dae & family le xdpt g kundasang...xpela tg askar2 tu besar sket blh la panjat gunung trus).....OTW balik tersasar juge sket kami dek kerana gelap&ketiadaan signboard @limbang area tu.Hampeh btul le Sarawak yg maju ni(konon2 le).....masa dtg pun tersasar @Limbang,balik pun kat Limbang gak tersasar.......huhu,d pendekkan citer kami reach last border (kuala Lurah) pkul 8+pm....b4 reached rumah kami singgah dinner @Tanda Kasih Restaurant @Tutong....Pheww!! PENAT sgt;
4th day masa ke Miri plak....pkul 10am kami gerak ke Miri & 1st destination "Miri Handicraft Centre"....acara menyoping pun bermula....Shopping sakan lg deme2 ni.Pas siap shopping kami singgah "Taman Awam Miri" utk lunch & santai2 kat atas jambatan gantung.....b4 blk singgah plak @Tamu Muhibbah beli ikan terubuk lagi.Ada yg mencari kek lapis Sarawak (nasib le ada gak).....Malam nya acara BBQ & potong kek ala2 birthday 'MOK".....pastu acara lompat2,guling2 budak2.Hingar bingar satu rumah yg sebelum ni sunyi sepi.
5th day.....hari ni C.Dae&C.Su dah nak berangkat balik....Memandangkan flight dorg ptg so masih ada masa round sekitar Tutong&Bandar Seri Begawan......So,kami pergi la melawat Kg Air & Masjid Ali Omar Sarifuddin (lunch+bergambar)...Lps dorg berangkat group yg tinggal berpecah 2...Ayah cik bwk budak2 ke Jerudong Park (perabih tiket) & mommy bwk group Besut ke The Mall& Pasar Gadong...
6th day....last group berangkat pulang @Miri airport..Kami gerak ke Miri after lunch..Singgah ke handicraft shop lagi & shopping sakan utk kali terakhir.Hehe,kami tumpang gak sekaki beli.....Selesai sudah tugas mommy sebagai tourist guide ni.Pasni tukar profession jadi supir&tukang masak semula la ye.Memandangkan "MOK" belum balik lg ni mommy mmg nak pulun berguru resepi2 tradisional dgn dia....hehe arini pun dah standby bahan2 nak buat pulut sekaya...Tunggu ye esok mommy upload resepi & gambar2nya.

Wednesday, 13 July 2011

BAKED CHEESE MACARONI

Aduii....hampir seminggu xsmpt buke blog.Dok sibuk dgn persiapan rombongan besar nak ke brunei,d samping selak sana,selak sini 2 FB akaun mommy.Hehe,padahal ada resepi nak jot down.Weekend lepas mommy sempat buat macaroni cheese bakar (favourite affan le muak2 cheese tu).



RESEPI BAKED CHEESE MACARONI (garlic&onion pasta sauce)

Bahan2
  • 1 peket macaroni
  • Garlic&onion pasta sauce
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang dadu)
  • 1 cawan daging cincang (malas nak timbang gram,hehe)
  • minyak zaiton/sayur/jagung
  • minyak masak
  • air
  • cheddar cheese
  • mozzarella cheese
  • lada capsicum
  • mushroom cincang(option)
  • daun bawang&daun sup
  • garam
  • gula

Bahan2 kastard
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 3 sudu susu tepung/1 cawan susu cair
*Bancuhkan kesemua bahan menjadi kastard.

Cara2

  1. Panaskan ketuhar dgn suhu 190'C.
  2. Rebus macaroni sehingga lembut & tos (semasa merebus masukkan satu sudu besar minyak zaiton).
  3. Tumis bawang putih&bawang besar sehingga garing.Masukkan daging & masak sehingga kering air.
  4. Apabila air daging sudah kering,masukkan pasta sauce.Gaul rata.
  5. Tambahkan capsicum,mushroom,daun bawang & daun sup.
  6. Perisakan daging dgn garam & gula.
  7. Dalam mangkuk besar satukan macaroni & inti daging.Gaul sehingga sebati.
  8. Sapukan loyang pembakar dengan minyak zaiton/marjerin.
  9. Tuangkan macaroni ke dalam loyang pembakar.Tabur cheese di lapisan atas.(boleh juga selang selikan macaroni dgn cheese).
  10. Last sekali tuangkan kuah kastard ke atas macaroni dengan sekata.
  11. Bakar di dalam oven dgn suhu 190'C selama 30minit /sehingga masak.

Yang ni versi pasta sauce&cheese....favorite Zafran.

Satu lagi bekas mommy buat versi malaya.Hehe,daging tu mommy buat perasa kari.Caranya tumis bawang mcm biasa,tetapi instead ltk kuah pasta tu tukarkan dgn serbuk kari.

Yang ini versi kari (hitam2 mcm hangus @topping tu ialah bawang goreng)

Saturday, 9 July 2011

Kerabu nangka muda (ori punye)

As salam...seperti dijanjikan semalam mommy selamat menyediakan resepi kerabu nangka yg mmg pure.Hehe, mgk lain nogori,lain resepi.Mommy punya kerabu nangka ni version pantai timur punya.Klu mok try mesti pass dpt A+(perasan lagi).Layan jela......

RESEPI KERABU NANGKA MUDA

Bahan2
  • Nangka muda (1 mangkuk)
  • Santan (1 cawan)
  • Kelapa parut (1 cawan digoreng kering)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Lada hitam (1 sudu kecil)
  • Ikan kembung bakar (amik isi &tumbuk)
  • Limau kasturi (5biji)
  • Bawang merah kecil (3 biji)
  • Cili padi (option)
Cara2
  1. Rebus nangka muda sehingga empuk & toskan.
  2. Tumbuk ikan bakar+lada hitam+bawang merah sehingga lumat.
  3. Tumbuk kelapa goreng setengah lumat.
  4. Dalam mangkuk besar,masukkan nangka muda+bahan tumbuk+gula+garam.Gaul rata.
  5. Setelah bahan digaul rata,tambahkan santan.Gaul sekali lagi.
  6. Akhir sekali,masukkan perahan limau kasturi&cili padi yg telah dipotong kecil.Gaul&rasa.
  7. Sedia untuk dihidang.

Kalau u al semua tahu kan yg nangka ni angin(blh sakit urat bg org yg xbiasa).Sebab itu dalam resepi ASLI kg ni dorg letak lada hitam (blh balancekan balik,lada hitam blh pecahkan angin dalam badan).Pastu ikan bakar tu bagi perasa asli, boleh tambah sedikit ikan bilis tumbuk (stok ikan bilis ni sama fungsi dgn ajinomoto,menyedapkan masakan),yg penting lebih berkhasiat.Santan tu pulak bagi rasa lemak2 kepada resepi ni.Asam limau pulak boleh menghilangkan kelat getah nangka (yg mungkin masih ada)........Sebenarnya semua ramuan tu telah balancekan mana yg kurang&lebih nangka muda itu sendiri.
Kami makan semalam matching dengan ikan cencaru belah belakang sumbat sambal belacan....HUish!mmg sedondon.

Friday, 8 July 2011

Kacang Hijau

As salam sume...apa kabar?mommy alhamdulilah makin gebus.Normally friday mommy rajin sket nak buat menu petang sbb xyah rushing2 g amik daddy(thari daddy blk lunch @rumah then friday pray trus drive sendiri ke BLNG).....so,arini plannya nak buat kuih yg guna kelapa parut (tabur luar).Teringin nak makan kuih muih tradisi; LOMPANG( nyanyi cina sket....lompang!!!!longlai!!!pukul kompang,trus terkulai).....merapu ptg2 ni..
Nak cal tanya mok,jauh plak (ceh!alasan).......so,google jela.Skali tengok resepi kena guna tepung ubi le plak.Pastu ada satu resepi tu siap kena guna air kelapa muda.Haiya!!!mcm2 le.Betul ke gitu resepinya(eh! byk cekadak betul mommy ni.dah le mak budak baru nak belajar,cerewet plak).Xpuas ati punya pasal,byk le blog aku terjah compare2 resepi.last2 jmp la yg rasa2 mommy mcm resepi mok.Tapi tu la,byk plak bahan2 yg xde dlm stok.Cancel le.
Godek2 kitchen cabinet, last2 terjumpa kacang hijau satu tupperware tinggi (yg balang kerepek brand tupperware tu).Kacang hijau ni sebenarnya mommy beli sbb si Zafran dok myibuk nak buat eksperimen tanam pokok taugeh.Klau ikutkan xminat sgt kacang hijau ni.So,lastly buat le bubur kacang hijau je.Okey le jugak drp xde eksperimen langsung hari jumaat yg mulia ni.Niat di hati tu nak le jamu Ms Pang (cikgu tuisyen mandarin Zafran) mcm selalu dia ngajar hari jumaat tapi kesian plak.Dah le bau wangi daun pandan semerbak rumah fully aircond ni,alih2 xsempat siap nak jamu dia hari ni.Say sorry jela mommy @dia.
Masa dok rebus kacang hijau tu,sambil2 mommy kacau kelapa parut untuk buat inti manis.Pastu terpikir plak idea nak buat inti kacang hijau memandangkan byk sangat klau d buat bubur semuanya.Brilliant le idea mommy ni....Confirm blh simpan next time buat kuih muih tradisi.Mari sama2 check resepi guna kacang hijau ni ye.

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU

Bahan2
  • 500g kacang hijau
  • 1 keping gula melaka(nise)
  • 5 sudu besar gula pasir(bergantung le tahap kemanisan u al)
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 liter santan (bergantung juge tahap kelemakan u al)
  • air

Cara2
  1. Rebus kacang hijau sehingga empuk(kalau airnya kering,tambah lagi sehingga kacang kembang).
  2. Bila kacang dah kembang,masukkan santan,daun pandan,gula melaka&garam.
  3. Didihkan sehingga masak(selalu kacau bg mengelakkan santan berketul).
  4. Sedap dihidang panas@sejukkan dulu dalam peti sejuk sebelum dihidang.
p/s:klau ada durian,boleh tambahkan selepas masukkan santan.
Boleh juga letakkan sedikit sagu untuk memekatkan kuah.


RESEPI INTI KACANG HIJAU

Bahan2
  • 500g kacang hijau
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 keping gula melaka(nise)
  • 5 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • 1 cawan air
Cara2
  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang.
  2. Masukkan kelapa parut,gula melaka,gula pasir&secubit garam.
  3. Masukkan sedikit air & kacau.
  4. Masak inti sehingga kering(dah xdengar bunyi air....syyy)
  5. Sejukkan sebelum guna utk buat inti.

Wokeh,setel tugasan memasak kuih harini.Utk inti kelapa,nanti mommy update next N3.....Malam ni nak masak kerabu nangka kelate(pure punya).Bukan apa mommy cakap pure sbb byk resepi2 @blog nowadays dah reka ubah resepi kerabu nangka kelate ni.Spoil btui le....C u next N3 utk update kerabu nangka jugak.

Thursday, 7 July 2011

Nostalgia zaman kanak2.

2,3 hari ni kepala otak ni dok teringat zaman kecik2 dulu je....baik resepi,kehidupan&perhubungan...Mungkin sbb +- seminggu lagi keluarga besar mommy nak sampai ke brunei.So,perasaan seronok tu memenuhi ruang fikiran mommy ni.Hehe,bercakap pasal resepi kan.....byk sebenarnya resepi yg best2 seingat mommy yg mok buat zaman dulu(masa tu mommy makan je).Semua org sekitar tahu yg mok mmg terrer masak almaklum la gelaran 'mek kantin' dari dulu sampai sekarang masih lekat @ dahi mok tu (hehe, mok kita tu jadi tokey kantin sekolah bertahun2,rasanya lebih dari 10tahun).Mana xtumpahnya kuah kan klu bukan ke nasi (ini utk mok la sbb arwah nenek pun owned restoren sendiri @simpang jengka Pahang)....mommy ni je baru nak rajin2 masak.Rugi rasanya banyak resepi2 tradisional yg sedap2(BUT YET PELIK BG SESETENGAH ORG) klu x dihimpun & di praktik.....sebab tu rasanya mommy buat blog ni sementara di brunei ni mommy byk masa terluang....Teringat plok masa zaman mommy sekolah rendah dulu,mok la tokey kantin SRTM(Sek Rendah Tg Mahmud)...Time rehat je hui,heret bf 2,3 org makan @ tempat cikgu2 makan tu.hehe ala2 glamer la jugok anak tokey kantin...Tapi bila c.su start darjah 1,mok dah xdpt continue tender kantin tu & berhijrah ke Pahang utk take over restoren nenek....Masa tu la c.su jadi mcm anak yatim(hehe,dia rasa mok xadil sbb dia msk sekolah je,mok pergi pahang).So,dia xsempat le merasa privilege jadi anak tokey kantin sekolah.HAHHAHA!!!kecian.....okey antara kuih2@resepi2 yg mmg terimbau dlm fikiran mommy& dah xpernah jumpa sekarang ni mcm kuih tepung bunga, kuih gunting, bahulu berlauk, nekbat, air butir delima, kuih belimbing, jagung rebus gaul nyiur,jering rebus gaul nyiur, etok, pulut manis bakar,jeruk maman, kerabu sareea,butir nangka(butei nako),kuih beko,asam gumpal byk lagi la...xingat doh nama2....U al mesti xpernah tgk&try makanan ni semua (unless u originally fr kelate la).....Tapi tu la,kadang2 @kelate pun susah nak dpt semua ni...Zaman dah moden,org pun dah moden.Suka mengikut yg moden ajaran org2 luar(omputih le).Mmg bagus kita dpt tahu resepi dorg tapi seeloknya jgn dilupa kuih muih kita yg jauh lagi sedap&variety berbanding kuih2 moden ni.Ramai org2 sekarang lebih tercari2&suka utk belajar buat kek,roti&makanan moden, tapi xterasa nak google pun ttg resepi tradisional kita...Eemph!!!tepuk dada tanya selera.ALhamdulilah mommy rasa mommy ni klu bab2 makan masih typical malay..Berbanding resepi moden mommy lebih seronok buat yg tradisional.Lagi mencabar&kreatif sebenarnya makanan tradisional kita ni.Hehe,bebel pjg plok,eksperimen mcm?Lupa nak cakap semalam utk minum petang mommy sempat la buat semula kuih tepung bunga yg dah lama bebenor tinggal(last makan rasanya umur mommy belasan tahun,masa mok niaga @restoren sayang d sayang,simpang jengka ,pahang).Huii,senang gile buat&cepat&sedap.....hinggakan terlupa nak snap gambar.Next time mommy post resepi ni @new N3.....Sampai sini dulu bebel...Jgn lupa makanan tradisi kita ye.Klau xleh selalu,jarang2 pun cubala buat&hidang kpd family kita makanan tradisi kita....biar nanti anak cucu,cicit kita tahu kehebatan resepi tradisional kita.

Tuesday, 5 July 2011

SAMOSA & CARA MELIPATNYA.

Xsempat nak jot down resepi ni,padahal buatnya hari ahad lepas.Mommy buat ni utk breakfast......This time buat inti daging kentang kari (mcm inti karipap).

Bahan2 (dpt 25 biji)
  • kulit popiah (bahagikan 2)
  • ubi kentang (3biji sederhana kecil dipotong dadu)
  • bawang besar (1biji dipotong dadu)
  • bawang putih (2 ulas dikisar)
  • daging kisar (dalam 1 cawan)
  • serbuk kari (3 sudu besar)
  • garam(1 sudu kecil)
  • gula (1 sudu besar)
  • air
  • minyak utk mengoreng
cara2

Utk inti
  1. Tumis bawang putih,bawang besar sehingga garing.
  2. Masukkan daging & ubi kentang, masak sehingga empuk.
  3. Masukkan bancuhan serbuk kari.Gaul rata.
  4. Tambahkan perasa garam & gula.
  5. Renehkan sehingga airnya kering.
  6. Setelah siap,biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam kulit samosa.
Utk melipat samosa sila refer klik dibawah:



Okey after dah lipat tu,goreng la hingga garing ye.Hehe,mula2 tu huduh je lipatan yg mommy buat tapi as said "practice makes perfect"....Menjadi le jugak ;)

Chewah, susunan kincir angin.hehe (zafran tanya kenapa mommy letak mcm tu?)
Jawapan mommy:saje nak ambik gambor letak dlm blog,baru cantik.


Selepas goreng 10 biji,balance lagi 15 biji buat frozen.....

Friday, 1 July 2011

Roselle Muffin

Petang2 ni mengantuk la plak rasanya walau dok menghadap pc ni......Terasa sunyi pulak rumah ni (zafran sdg tuisyen mandarin dgn Ms Pang dlm bilik study&ahdia plak lena kepenatan).Yang tinggal anis sorang2 menghadap astro ceria.....Mommy boring sgt,so terbang ke Jepun jap ke rumah E-na; Lovely Kitchen.Dok intai2 nak bt eksperimen kek lapis ros,mcm sweet&gebu sgt kek dia.Apalagi trus g dapur selongkar bahan2 asas. Susun persatu bahan2 yg diperlukan alih2 tgk pewarna merah xdak.Huwaaa!!!!xde org lain le ni,baru teringat zafran dah abiskan semua pewarna makanan mommy utk bt science experiments dia.Bukan setakat warna merah,tapi semua pun xdak.Eeei,hampeh btui.Bila mood rajin ada,xde bahan plak......Last2 xpela,dah alang2 selongkar bahan asas.Guna jela mana yg ada buat benda yg senang.Mommy teringat plak dgn jem roselle yg buat sendiri last week......Ting!!!!!!!Buat muffin inti roselle jela.Sedap gak tu.


Resepi Roselle Muffin

Bahan2
  • 180 gram mentega berkualiti tinggi
  • 170 gram gula halus @ kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 350 gram tepung gandum*
  • 20 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 160 ml susu segar (mat guna susu sejat)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Jem roselle secukupnya

Cara2nya
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga gebu, jarak waktu antara satu biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan putar rata.
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan sudukan 1/2 sudu teh jem roselle di tengah2nya. Bakar 25 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan sepenuhnyaa...

Hasilnya.....mommy buat dua perasa;satu roselle & lg satu blueberry.Tapi yg roselle lagi best sbb xmanis sgt.
Next time la try eksperimen dgn kek lapis ros tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...