Assalamualaikum & good day.
Lamanya rasa tak jenguk Wind of Change & BW ke blog kawan2 lain. Mesti banyak citer yg mommy miss.
Harini mommy nak buat sedikit hotel review. Harap info sharing ni dpt membantu sapa2 yg dtg ke Miri. Selama hampir 3 tahun kami menetap di Brunei & selalu ulang alik ke Miri especially during weekend tapi blm pernah kami overnight di Miri kecuali percutian 2 hari kami di Borneo Tropical Rainforest Resort awal bulan Jun lalu ( blm Ada N3 pasal ni since Internet prob sebab semua gambar daddy dah transfer dlm PC....InshaAllah bila Ada peluang later citer pasal cuti kami & resort tu).
Ok, berbalik kepada citer Hotel Nur, 1st mommy mmg dah perasan kehadirannya masa kami round2 bandar Miri dari dulu but after my friend mentioned about their operation terdetik dlm hati orait gak hotel ni since ianya baru & operated by Muslim. Tapi again mmg kami jarang Ada plan overnight kat Miri ni (pasal dekat je nak patah balik ke Brunei).
Macamana boleh tertido plak kat sini tak lain tak bukan sbb plan nak berbuka kat Miri dlm bulan Ramadhan ni. Mcm biasa kami ni klau daddy free mmg xpernah lekat kat rumah during weekend apatah lg dlm bulan Ramadhan. Penat & boring asyik mommy masak, kiranya weekend jelah blh 'gantung periuk'.
So dlm berkira2 nak berbuka kat mana weekend lepas (Brunei Ada cuti 3 hari sempena birthday Sultan Brunei on the 15/7/2013) itu timbul plan nak g Miri & worried rushing patah balik itu yg daddy bg idea tido hotel. Bila daddy mentioned je tido hotel terus mommy suggest Hotel Nur (walau byk hotel lain yg best2 tapi sbb nak experience & judge Hotel Nur ni sendiri mommy hoping daddy terima suggestion mommy).
Alhamdulilah, mmg tak mengecewakan Hotel Nur ni walau nampak biasa2 je dari luar. Disebabkan baru beroperasi, definitely keadaannya sangat bersih & interior dalamannya walaupun simple (with English concept) sangat cantik. Mommy suka dgn wallpaper & curtainnya. Sejuk & mendamaikan minda.
Kami amik bilik Executive Suite dgn kadar RM218/night. Kalau bilik biasa kadarnya RM178/night. Yang paling best (sbb pengurusan oleh org Islam) maka Ada disediakan makanan buffet untuk sahur. Senang keje xyah nak redah p cari makanan waktu dinihari.
Sapa2 yg berminat menginap di Hotel Nur boleh tgk info dorg kat Facebook... Search for 'Hotel Nur'.