بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 29 June 2013

Tempe KFC

Assalamualaikum & good day.
Baru balik dr sekolah Anis & Ahdia ambil report cards. This time result Anis sedikit drop & Ahdia berjaya memotong tempat kakak. Seronok Ahdia sebab this round dia lead.
 Anis dpt 4th out of 21 pupils while Ahdia dpt 3rd place out of 27 pupils. Sekolah Arfa xde open day & lg worst tidak diberi tahu kedudukan dlm kelas (by end of the year baru dorg bg report dari awal tahun til akhir tahun).......

Ok, mommy nak share satu lagi Resepi sempoi tapi sedap. Fyi, 4A+R mmg suka makan Tempe. Walau xde setitis pun darah jawa dlm badan kami tapi kami suka & Tempe juga antara bahan yg selalu mommy masak. Kalau ikut sejarah, mommy start suka makan Tempe bila dah menetap di Selangor & berkawan dgn ramai kawan2 jawa. Daddy plak mungkin sebab mommy dok selalu masak, last2 suka juga. 3A plak start suka makan Tempe selepas mommy olah cara masak Tempe ni mengikut taste dorg. 
Haa!!!!xtau le kot Ada yg biasa juga buat tapi mommy dpt idea ni dari olahan Tempe goreng berempah (yg ni mmg kebiasaan org jawa....bila bt goreng Tempe berempah tu semua suka tapi mommy le plak yg malas nak bancuh tepung rempah bagai so sebagai cara mudah mommy guna je tepung gorengan KFC.....Heheh!!!!itu yg kami panggil Tempe KFC.Setanding la dgn ayam KFC.


Thursday, 27 June 2013

Jeruk Mangga Homemade Paling Senang

Assalamualaikum & good day.
Issskkkkk!!!!ngilu gigi.............Nak habaq mai ni, sapa2 suka makan jeruk tu blh la jenguk blog Wind of Change harini (harini je ka?)
Tgk tu muka binatang (ekk!!!!!!emoticon) masam hijau muka dia lepas rasa jeruk kami buat ni. Heheh!!!! Yg masam Mangga tu, kuah dia sedang2 elok ja.
Mangga pemberian ustazah, mommy buat sambal ikan bilis sikit,colek dgn kicap belacan sikit, makan gitu sikit (yg ni kuini) & balancenya yg agak Muda & masam mommy jeruk.
This simple idea mommy dpt last year masa jiran bg jeruk ni (k.Maria la ni)....Kakak dia bt sendiri guna asam masin. So, bila tiba musim Mangga this year mommy Cuba sendiri. Senang je.....Nah resepi;

Bahan2:
Mangga Muda (dihiris)
Asam masin bulat yg warna merah
Air masak
Gula (jika suka manis)
Sedikit cuka (jika Mangga xmasam sangat)

Caranya:
1. Masukkan Mangga Muda yg telah dihiris ke dalam bekas.
2. Tabur asam masin (suka hati la berapa banyak).
3. Tuang air masak sehingga menenggelamkan mangga & asam.Kacau rata. 
4. Tutup bekas dengan kedap & simpan dlm peti sejuk selama beberapa hari (anggaran 4-5 hari) sebelum boleh di makan.




Tuesday, 25 June 2013

Creamy Tuna Pasta

Assalamualaikum @ good day.
Ya Allah malasnya nak update blog skrg ni. Mood malas melanda since last week. Dengan cuaca sedikit berjerebu, mood pun dah jadi kelam jugak. Semoga simpton2 malas ni lenyap dengan segera begitu juga dgn cuaca berjerebu ni. 


Mommy panaskan dulu mood dengan sharing simple recipe ni. Buat utk breakfast last Sunday & Alhamdulilah walaupun guna ikan sardin tapi 3A suka. Mommy pun lagi suka version ni compare to sos spaghetti yg biasa tu.
Masih lagi xde mood nak citer berjela2, so kita terus saja copy resepi. 


Bahan2:
80g pasta -direbus
3 biji bawang Putih (kisar)
1/2 biji bawang besar (kisar)
1 helai daun bay (hiris)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tuna (dlm tin)
1 cawan sos pasta
1/2 cawan krim putar
Garam
Sedikit lada sulah
Herba kering/daun parsley utk hiasan

Cara Menyediakan:
1.Tumis bawang Putih, bawang besar & daun bay hingga wangi.
2.Setelah itu masukkan tuna, krim, lada sulah & garam secukupnya.
3.Masukkan sos pasta & masak hingga pekat.
4.Setelah masak, curahkan di atas pasta & tabur bahan hiasan.

Tuesday, 18 June 2013

Ban Kari

Assalamualaikum & good day.
Bila 3A dah rajin meringankan kerja mommy (walau mommy kena bayar gaji) kena la bagi makan sedap2 kan....Dorg request bt roti sosej lagi tapi mommy cakap kita try yg blm pernah bt la. Lepas tgk gambar dr buku resepi, semua setuju. 


Akhirnya terjadila 'Ban Kari' yg sedap. Mmg puas hati bt sebab mmg sedap. Cuma intinya mommy bt style inti karipap 'mak tok'.....Ada daging+kentang berempah kurma. 

Kalau ikutkan rasa Ban ni, ada lebih kurang rasa roti goreng cuma ditambah dgn keranggupan breadcrumb membuatkannya lagi sedap (cuma kami out of eggs stock jadi breadcrumb xberapa nak melekat)..


Adunan ni dapat 12 biji ban so mommy split 6 goreng mcm resepi asal & another 6 tu mommy bakar dlm oven. Both sedap but personally mommy go for baked bun because it's healthier.

Sumber: Buku 'Jom Berjimat Menyediakan Roti (Myresepi.com)

Bahan2 doh:
170g air
300g tepung protein tinggi 
30g mentega
30g gula 
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis kering

 Bahan2 inti:
100g daging kisar
1 sudu besar serbuk Kari
1/2 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar (dadu)
2 Ulas bawang Putih (tumbuk halus)
1/2 cm halia (tumbuk halus)
1tangkai daun Kari
Garam & gula

Bahan2 lain:
1 biji telur
Serbuk roti secukupnya 
Minyak utk menggoreng

Caranya:
1.Panaskan mintak & tumis bhn2 tumbuk & bawang besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar & masak sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan daun Kari & serbuk Kari. Kacau sekejap. Masukkan pula daging ayam. Goreng sehingga masak. Masukkan garam & gula. Ketepikan.
2. Masukkan semua bahan2 doh mengikut turutan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu dough & tunggu sehingga siap.
3.Bahagikan doh kepada 12 bahagian, kemudian bt bentuk bulat. Isi setiap doh dgn inti. Biarkan doh naik dia kali ganda drp size asal.
4. Panaskan minyak. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit dengan garfu. Celupkan roti ke dalam telur, kemudian salut dgn serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak banyak sehingga perang. 


Monday, 17 June 2013

Jadual Bertugas Berbayar

Assalamualaikum & good day.
Aktiviti kami pada hari ke-2 & ke-3 cuti only melepak tgk TV & kemas rumah. Cuma ptg tu p taman rekreasi dekat dgn rumah ni kjp.
Hehe since ada Jadual Bertugas Berbayar tu rajin betul 3A. Pantang suruh, terus berlumba nak bt pastu mintak 'stars'.....Daddy cakap 'mata duitan' betul dorg ni (well said daddy....everybody need money). Dorg ni pun mmg menabung utk fulfil impian beli barang idaman dorg.
Mommy pun xkisah bt cara ni & tak rasa ajaran sesat sbb nak dorg faham bkn senang nak dpt duit. Daddy bkn main susah work nak dpt duit so 3A kena la belajar jugak bersusah cari duit. Bukan semua keinginan nak blh dpt dgn cara; cakap & terus dpt. Alhamdulilah, relax banyak mommy cuti ni. Ngeh3x.....
Yang paling rajin Arfa la. Pastu paling tak tahan siap bertukang modified bilik dia. Vacuum rumah dia bt (mmg patut pun sbb dia bt sepah dgn buluh wau), basuh pinggan mangkuk after dinner dia bt, lipat kain pun dia bt. Hehe!!!sampaikan Anis & Ahdia nangis2 mitak bg kerja/stars. Competition yg sengit setakat ni. Pepepun, seronok jugak mcm ni sbb xde la boring dorg kat rumah doing nothing. Nanti dah abis cuti mommy update stars terkumpul & sapa pemenangnya.

Sunday, 16 June 2013

Lempeng lemak cicah gula

Assalamualaikum & good day.
Yesterday 14/6/2013, started mid sem school break @Brunei ni. As told earlier mmg no plan for outing/holiday since daddy working 7days/week for 30days…
While 3A lepaking @rumah 24hrs/day....huhu!!!mommy has to "merajinkan diri" lagi & lagi @dapur. Itu pun, kalau bt something yg kurang menarik minat dorg sure tanya " mommy tak nak buat makanan lagi ke? " Sabor jelah. Hari Khamis ptg mommy bt bingka roti je (later kena bt lg & baru mskkan N3 sbb result kurang memuaskan tapi rasa sedap....mommy & Arfa je yg suka sgt). Jumaat xbt apa2 kecuali lauk special Daging Grill Black Pepper (xsempat snap gambar jugak)....
So, N3 ni mommy nak share breakfast special kami jelah. Hahaha, punya le jakun 3A ni sebab xpernah makan Lempeng. Bila mommy hidang atas meja, Anis cakap roti canai. Pastu Arfa cakap pandai le, capati le. Hehe!!!sekali Ahdia menyampuk "mommy cakap lempe le"......Hahaha!!!!lawak. Mommy balas semua salah tapi lempeng, Malay pancake...Dorg pakat "ooo"....
Marila anak2 kita belajar bt lempeng harini ye.
Bahan2 asas cuma tepung gandum + santan cair + Kelapa parut + garam....Barter cair dilenser atas non-stick pan... Siap!!!!
Bahan cicah blh layan sardin/sambal bilis/gula. Kami cicah gula je. Tak sedar abiskan 3 keping. Alhamdulilah!!!!

Tuesday, 11 June 2013

Koyak Lagi!!!!!!

MasyaAllah!!!!Ya Allah!!!!Arrghhhh!!!!Aduhai!!!!
Itule words yg kuar dari mulut mommy semalam. U all cuba tgk gambar kat bawah (btw Arfa, bila baca post ni in the future bare in mind betapa lasaknya U). 
Fyi, ini kasut sekolah Arfa yg ke 3 koyak tahun 2013 ni (1/2 year dia dah korbankan 3 pasang kasut). Gambar ni mommy snap semalam masa dia pegi sek Ugama sebelah ptg. Yang rasa lucu plak tu sbb dia nak sorok dr pengetahuan mommy & daddy takut kena marah (tahu pun takut ). Mana tak bising kalau adik2 kasut tahun lps pun blh pakai lagi tapi dia berpasang2 kasut sekolah koyak. Dia tak larat le tu dgr citer sedih daddy zaman dulu2 yg susah tokwan miskin, tak mcm dorg skrg ni yg mewah serba serbi. 
Kalau selalu dia balik sekolah, dia mesti sepah2kan kasut dia tapi semalam mommy jmp kasut koyak rabak tu elok je duk atas rak kasut.......Yang lagi kelakar, smp ke malam dia sorok smp le mommy tanya "Arfa, esuk g sek nak pakai kasut mana?"......Nak tahu jawapannya ? Serentak Arfa & Anis jawab...."mommy tahu ekk? Affan dah jahit". Yang rasa nak terguling lawak tu sbb bila tanya mcm jahit, dia blh bgt jahit dgn jarum & benang mommy jahit baju koyak. HAHAHA!!!!!!
Sudahnya harini balik sekolah pakai kasut hitam sek Ugama (sbb?Jahitan tercabut).......Adoiiiii, lawak la Arfa. Tapi dalam dok bersalah tu dia menjawab juga antara dengar & tidak. Katanya "kasut tu tak tahan la mommy"....Huhu!!mmg le tak tahan kalau kasut supra cap China tu Arfa bantai main bolasepak @sek. Nak juga salah kan Made in China. Yang sebelum ni beli @ Malaysia bata ke Pallas ke hampeh jugak. Last2 mommy ckp pasni Kena beli kasut besi@batu le plak kat Arfa. Macam2 Hal 3A ni......huhu!!!

Monday, 10 June 2013

Apam Polkadots Menceriakan Monday Blues Mommy

Assalamualaikum & good day.
Hari2 melalui rutin biasa mommy d rumah & d jalanan. Mula terasa kebosanan & kesunyian melanda diri. Phewwww!!! Almost 3 years melepaskan kehidupan bekerjaya & bersosial (dgn girl friends ye). Kadang2 bila terkenang mommy yg dulu terasa kagum plak dgn perubahan diri sendiri sekarang ni.Yelah, kalau dulu sedari kecil hingga remaja & sampai le ke dewasa.....hidup mommy meriah dgn kwn2. Daddy xde pun (dulu dia selalu out station), mood mommy ok je sbb selalu hang out dgn girl friends (alhamdulilah hang out yg berhemah le).....
Sekarang ni, kehidupan mommy totally berubah. I only have the one & only best friend cum my superhero & 3 special friends ever.....Alhamdulilah, walau sunyi especially bila my best friend tu busy & stress dgn kerja at least I should be glad that I still have my special friends ;3A......
Alahai, layan monday blues plak sbb xleh nak hang out lelama kat blog korang. Btw kepada new supporters & friends, sorry ye mommy xsempat lagi buat kunjungan balas. Harap u al xsalah anggap dgn mommy ye. I ni peramah cuma Ada sedikit kenkangan bt masa skrg nak BW. 
Okey Jom ceriakan Monday Blues dgn Apam Polkadots yg colourful. Mommy bt atas permintaan Arfa utk bawa ke sekolah ugamanya.

 Mommy tanya utk apa, dia cakap cikgu saja2 nak buat makan2. Layan jelah, kalau ikutkan malas tapi tak berhenti request kena la penuhi permintaan my special friend tu. 
Btw, for the recipe.....I just follow my previous 'Apam Polkadots Versi Ladybird'.

Sunday, 9 June 2013

Cinnamon Rolls

Assalmualaikum& good day.
Dah makin terer post N3 guna hp (hampeh)......bab kata pepatah "practice makes perfect". Mommy gagah jugak jot down N3 ni sbb takut dok peram lama2 last2 langsung berkarat & menjadi debu ditiup "Wind of Change".Hahaha!!!!
Harini jotdown eksperimen meroti yg mommy buat masa cuti Isyrak & Mikraj baru2 ni. Ceduk Resepi Masih dr buku My.resepi "Jom Berjimat Menyediakan Roti"....
Bestnye layan 'Gelungan Kulit Kayu Manis' buatan sendiri....Kalau dulu suka beli @kiosk di Carrefour Subang, besor2 gedabak. Yang versi mommy buat ni kiut miut sbb senang nak serve 3A.
Bahan2:
300g tepung roti
50g mentega
1 biji telur
50g gula halus
120ml air
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam

Inti:
2-3 sudu kecil serbuk Kulit Kayu manis
60g gula perang
20g marjerin (suhu bilik)

Aising:
50g krim keju
20g mentega 
100g gula aising
Beberapa titik esen vanilla
Secubit garam

Cara2:
1. Masukkan semua bahan utk doh ke dlm BM. Pilih menu dough & tunggu sehingga doh siap.
2. Bahagikan doh kpd 2 bahagian. Ambil 1 bahagian & canaikan lebih kurang 20x25 cm. Letakkan bhn2 inti secara berlapis & ratakan. Gulung roti padat2.
3. Potong dgn mgunakan benang (mommy hentam dgn pisau jugak). Dapatkan dalam 5 bahagian yg sama size.
4.Lapikkan roti dgn cawan muffin. Biarkan naik 2x ganda. Kemudian, bakar dgn suhu 180'C selama 15 minit.
5. Sementara itu, sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan utk aising ke dalam mangkuk. Pukul  sehingga menjadi  bentuk krim. 
6.Apabila roti sudah masak (ketika masih panas), letakkan aising ke atas setiap roti. Siap.

Saturday, 8 June 2013

Nasi Berlauk weh for breakfast

Assalamualaikum & good day.
Mg ni bermula la rutin baru mommy. Klau kebiasaanya mommy & daddy breakfast @luar & almost everyday hadap masakan mamak. Adoiiii, muak jgn cakap tapi no choice. Cuma harini since daddy dah start OT during plant shutdown ni maka mommy terpaksa htr daddy awal sesangat. By 6am dah kena smp plant. Kedai mmg biasanya blm bukak so mmg Kena skip breakfast @ luar....Daddy breakfast @plant le jawabnya.
So,inilah masanya mommy nak layan either diet breakfast @ pulun breakfast.....hahaha. Hari pertama (harini la tu), kita layan pulun breakfast dulu. Menunya nasi berlauk + air kosong. Lama betul tak layan 'Nasi Berlauk'.......Kalau @pantai timur mmg confirm hari2 blh jmp Nasi Berlauk ni. Kalau kat kg kami Ada satu gerai ni famous dgn nasi berlauk 'Mok Som' dr zaman mommy kecil (Maknya) smp le skrg ni (anaknya yg take over). Uishhh, balik baru2 ni pun layan jugak.
Berbalik kpd Nasi Berlauk ni, walau nampak mcm masak lemak tapi yg versi Pantai Timur ni kuah kuningnya guna ramuan lengkuas+kunyit (xde serai ye)...kami panggil 'gulai kunyit kuah'........So gandingan gulai kunyit kuah ni + sambal lada = Nasi Berlauk.
Alhamdulilah, sepinggan hadap time breakfast, baru satni hadap lg sepinggan....Ngeh3x, malam ni no more ye mommy. Ingat muka buntal mu!!!!!!!

Friday, 7 June 2013

Gulai Daging bersama Rebung


Assalamualaikum & good day.
Masih bersiaran melalui hp. Masalah Internet kami ni bukan setakat xde line biasa tapi disebabkan kabel/wiring yg rosak.....Masih dlm proses mencari kontraktor utk fix everything..Ayoyo !!!!


Mommy muatkan dulu resepi biasa tapi jadi tak biasa yg mommy try last few days. Masa p beli sayur terpandang Rebung segar dr ladang lg. Balik terus teringat nak ganding dgn daging. End result jadi la gulai daging bersama Rebung. 1st time try & rasanya sedap juga. Selalunya kita letak kentang kuahnya jadi pekat but this time is about rasa, kuah maintain tak pekat sgt. Rasanya lebih kearah masam which mommy suka.


No need to jot down Resepi since ramuan sama mcm bt gulai daging cuma tukarkan kentang dgn Rebung saja.

Tuesday, 4 June 2013

Capati Wrap

         Assalamualaikum&good day.
1st of all sorry sbb senyap hampir seminggu......Lps blk dr bercuti Jumaat lepas (kami overnight @resort di Miri), Internet line kat rumah ni dah kojol. Huhu!!! Langsung xde hayat & xleh diselamatkan lg....Ni dok tgh bengong Xtau nak Bt apa.....Mmg kelam betul hidup tanpa dunia maya ni. Rindu nak dgr citer apa kawan2 buat 4,5 harini. N3 harini pun type guna iPhone je. Gambar2 yg nak dimuat dlm blog kebanyakannya pun mommy dah transfer dlm PC. 

Btw, xpela harini mommy share gambar breakfast kami last Sunday je....tortilla xdak kita bantai capati jadi 'Capati Wrap'.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...