بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 21 May 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - BYRON BAY/DARLINGTON BEACH HOLIDAY PARK/COFFS HARBOUR & NEW CASTLE

Assalamualaikum & salam sayang.
Setelah sekian lama peram, dah jadi cam jeruk bawang dah citer cuti2 Aussie kami ni. Harini mommy sambung la ye walau ingat2 lupa. 

Hari ke-8, kami bergerak dari GC ke Sydney. Perjalanan dari GC ke Sydney mengambil masa 9 jam lebih. 
Itinerary kami hari tu adalah perjalanan dari GC ke pitstop sebelum sampai ke Sydney iaitu ke Darlington Beach Holiday Park. So perjalanan dari GC ke Darlington Beach Holiday Park tu mengambil masa 3 jam lebih.

Sebelum sampai ke Darlington Beach Holiday Park tu kami ada singgah di Byron Bay. 

Kat sini terkenal dengan rumah apinya, Cape Byron Light selain pantai untuk org2 surfing. Pada musim tertentu, Byron Bay juga terkena sebagai tempat utk 'whale watching'.

Masa kami sampai ke Byron Bay masa tu dah tengahari, so terus je menuju ke puncak bukit dimana terletaknya Cape Byron LightHouse (siap drive campervan hingga ke puncak). Rupa2nya, kalau nak drive smp ke puncak tu kena bayar parkingnya (kalau tak silap AUD 3), heheh. 
Tempatnya mmg cantik especially bila dapat melihat lautan terbentang luas saujana mata memandang dengan warna kebiruan (mcm dekat Apostle, GOR jugak).
Park di tepi jalan, daddy, Arfa & Anis menuju ke Clarke Beach untuk posing2 lagi. Sementara tu, mommy & Ahdia keluarkan lunch. 

Selesai late lunch (dlm campervan je), kami teruskan perjalanan ke Darlington Beach Holiday Park. Masa kami smp @campsite, waktu tu dah malam gelap gelita. Rupanya belah NSW ni masa siangnya pendek cam biasa gak tak sama cam Melbourne. 
Daddy & Arfa cam biasa settlekan campervan manakala kami gegurls siapkan diner. Pastu xde keja lain dah lps diner terus kojol keletihan. Zzzzzzzzzzz………………

The next morning, pepagi lagi daddy 'me round kawasan sekitar camp. Kami plak dok lepak dlm camper van je (malas sebenarnya nak melilau2 sgt sbb walau Aussie ni xde dikriminasi kaum/agama tetapi disebabkan isu IS, Islamifobia tetap ada. Gabra plak rasanya bila dorg dok usha2 kita semacam (mommy kan pakai tudung), pepepun bila kita senyum & say hi dorg tetap respon +ve.

Masa kami dok bersiap2 nak breakfast tiba2 dtg ramai tetamu nak menumpang breakfast. Mula2 itik gembo2, pastu burung kedek2…….yang paling syok ada plak kanggaru melompat2.

Mula2 3A ni takut (yelah mommy pun risau kot dia tendang) tapi lepas daddy hulur makanan blh je kanggaru tu siap makan dari tangan. Apalagi 3A punya excited…..mat2 salleh tu xheran pun dgn kanggaru ni siap pandang2 je kami feed kanggaru tu (alaaaa, cam kambing kita kat sini la kot. Kalau mat salleh mesti excited gak kan nak pegang2 tapi kita cam buang tebiat leeer nak manja2 dgn kambing). 


Selesai breakfast & manja2 dgn kanggaru (mmg puashati dpt beramah mesra dgn kanggaru Australia, free plak tu). Kami siap2 nak teruskan perjalanan ke Sydney plak.


Masa dah nak keluar dari Holiday Park tu, kami nampak satu family tengah naik unta…..see, peraq jugak sebenarnya mat salleh ni kalau binatang dorg xpernah jmp. Bagi kami plak, alaaaaa setakat unta…..apadahal!!!!! Hahahaha!!!berlagak dgn mat salleh.


Rasanya masa kat campsite ni paling best kot, tak puas rasanya (sbb jumpa kanggaru :P)


Alangkah bestnya kalau ada camp cam gini kat Malaysia (tunggu mommy jadi menteri pelancongan leee).



Ok, sambung day 9. Perjalanan dari Darlington Beach Holiday Park ke Sydney mengambil masa 6 jam 30 minit. Phewwwww!!!! mmg looooooooong journey.

Otw tu kami melalui 'Banana Town' , Coffs Harbour. Merupakan bandar persinggahan untuk mereka yang melakukan perjalanan dari Brisbane ke Sydney (consider tengah2 la, 390km dr Brisbane & 540km ke Sydney). 



Di sini mmg boleh dikatakan kiri kanan ladang pisang. Rasanya mommy 1st time tgk ladang pisang yg sebegini besar (kat Malaysia pun xde cam luas gini). Attraction yang paling famous of course 'Big Banana'. Ramai yang bagi review pasal sedapnya makan aiskrim/ banana boat kat sini, tapi kami skip sbb baru je memulakan perjalanan. Perjalanan ke Sydney masih lagi panjang. Pecutttttt terus!!!!

Bila perjalanan dah masuk jarak 2/3, rasa dah boring sgt. Mommy pun buka buku travel guide dari syarikat Apollo ni. Cari mana2 attraction yg boleh berhenti (atleast untuk regangkan otot2 punggung & lunch). Sekali come across ada satu national park yg recommended oleh APollo. Tgk dalam gambar pun cam cantik menarik tempatnya. 


Kami pun set Mr pom2 untuk bawak kami ke sana. Mula2 excited je, jalan pun smooth dgn tar biasa, sekali tgk Mr pom2 bgt kat depan jalan granit. Degil nak proceed juga, masuk punya masuk…bergegar2 bungalow bergerak kami (masa ni la rasanya 2 biji gelas pecah). Last2 sampai ke tempat tujuan, HAMPA sbb biasa2 je. Nak stop utk lunch pun takut, creepy sgt weh.


Masa tu cuak gak la, cepat2 suruh daddy patah balik. Yang bestnye tak ikut jalan tadi tapi Mr pom2 suruh ikut jalan lain (kira lagi dekat le keluar ke jalan berturap compare dgn jalan kami lalu tadi).
Bila cecah je jalan berturap, phewwww!!! lega.


Kami proceed ke Sydney. Otw tu singgah satu pitstop (kira cam RnR kita la kot). Huyoooo!!!!3A (termasuk mommy dorg) jakun sbb nampak 'The Rock'. Kedai dalam batu weh, hahaha (gimik je tu, building tu dia buat ala2 batu je pun). Eh!!!tapi masa tengah daddy tuang minyak, mommy terpandang mat salleh macho ni. Fulamak!!!! drive truck besar gedabak (berapa tan tu xtau la). Mesti korang imaging mat salleh gagah perkasa ala2 jambang penuh muka kan?
Jawapannya: Tet!!! salah. 
Terkejut gak mommy sebenarnya & respect abis la. Mat Salleh tu rasanya confirm umur dah lebih 70an, haaaaa terkejut. Siap kurus keding lagi, haaaaa terkujat. Yang bestnya pakai seluar bermuda & kasut sport (blh imaging dak?)……Hehehe!!!!!Hebat betul tok ki Aussie ni.
Hilang lenguh2 bila pandang tok ki tadi. Ala2 motivasi utk teruskan perjalanan la.


Berbaki dalam lebih kurang 160km ke Bandaraya Sydney kami singgah kejap kat New Castle. Bandar arang batu & pelabuhan. Kat sini ada juga terdapat light house tapi masa kami pegi tak dapat nak naik ke atas sbb jalan tutup untuk construction. Kami park ditepi pantai & enjoyed our late lunch dalam campervan je. Selesai solat jamak, teruskan ke Sydney………
Sambung…...




Wednesday, 20 May 2015

Aku tanya apa khabar ?

Assalamualaikum & salam sayang.
Uhuk2x…..mak aii banyaknya debu nan suci. Hahaha moga2 tiupan angin wind of change dpt bersihkan debu2 suci ni. Mommy nak bertapa kat sini plak pasni…
Walau takde org kisah pun ko nak timbul @ tenggelam mommy weh tapi xpela nak ambik semangat ni.
Sebulan solid April 2015 mommy takde n3. Reasonnya started dgn kami balik Cuti2 Malaysia, pastu bila dah smp Brunei line internet plak slow & mmg tenggelam terus (dorg buat style pre paid jugak)…….end upnya mommy terus bertapa depan mesin jahit, merempit. Hari2 naik gian nak merempit dgn 'Si Abang Pinky'. Nasib baik tak berasap Si Abang Pinky yg tak sado tu. Huhu !!!!adalah hikmahnya tu ekk. Lepas satu demi satu tayang hasil rempitan dgn Si Abang, ramai plak kawan2 yg order. Atlast fikir punya fikir mommy nekad nak fokus dgn handmade ni sebagai hobi yang mendatangkan pitih/fulus/usin/wang/ringgit. Takde la nak untung kaya raya tapi sambil2 memenuhi minat yg mendalam sekarang ni atleast berbaloi la jugak. Kalau setakat nak guna pakai sendiri berapa biji la sangat kan. 
Pepepun, mommy mmg dah lemau sgt2 dah nak start semula Wind of Change ni tapi fikir punya fikir jugak, adusssss sayang plak nak stop halfway. Cuma mommy pun tak tahu lagi mcmana entries mommy lepas2 ni. Kalau nak citer pasal 4a+R sangat pun dah jadi takut sbb byk sgt org2 gile/sewel/mental yg berkeliaran di luar sana. Bila kes Nur Fitri baru2 ni pun dah rasa cam pandang semua jantan especially yg nude pun jadi berprasangka….Ya ALLAH!!!!!Nauzubillah…..jauhkanlah mereka2 yg gile ni dari mendekati keluarga kita semua, AMIN.
Okla.rasanya mommy nak fokus siap2kan n3 jalan2 kami dulu. Citer AUssie blm abis, Krabi lagi, Pastu Cuti2 Malaysia jugak. Org nak baca @ tidak xkisah yg penting kepuasan diri mommy sendiri & keluarga kami. 
Chow…… Mommy belanja gambar2 dari Ala Rosas ye.Nak tgk lain2 gambar skodeng la ig mommy. ig:Ala Rosas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...