بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 27 August 2014

USS

Assalamualaikum. 
Harini Wordless Wednesday kan? Heheh!!!!layan gambar dulu la ye sbb mommy busy menjahit. Nanti mommy pot pet 2x ye.

3A seronok sakan kat USS masa cuti bln Jun aritu. 








Thursday, 21 August 2014

LEGOLAND

Assalamualaikum & salam 25 Syawal.

Heheh!!!!sepatutnya nak publish semalam n3 ni so that tak yah bercakap banyak (Wordless Wednesday). Xde mood nak bercerita pasal legoland ni sebab tempat pojaan 3A bukan mommy (heheh!!!aci cam tu?).
So, layan jelah gambar keseronokan 3A @Legoland ni. 


Monday, 18 August 2014

Tauhu Paprik

Assalamualaikum & salam syawal.
Walau hati sepi, pedih, hiba & terguris tapi gagah jugak la menatap Wind of Change yang semakin hari semakin sepi juga ni. Harapan semoga pasni sinar kegembiraan terus terpancar. 
Itula asam garam kehidupan masam, manis, tawar & pahit…….silih berganti memberi rasa.


Pepepun menu harini usah dikhuatiri tentang rasa sebabnya walau bercampur gaul dalam bekas yang sama tapi cukup harmoni memberikan rasa yang seimbang tanpa ada lebih @ kurang. Membuatkan orang yang kesedihan juga bisa tersenyum puas menikmatinya.
Chewah madah berhelah harini…….
Biasala cukup2 bulan nak kibar bendera Jepun mmg sensitip lebih skit. Kemahuan pun mmg sukar ditafsir orang lain. Orang yang tak faham mmg lengai le kan.



Jom tengok resepi Tauhu Paprik yang mommy buat masa bulan puasa lepas. Boring asyik goreng kunyit, masak sambal je dgn tauhu ni so mommy olah jadi tauhu Paprik yang tersangat HEBAT kejadiannya. Tak caya try sendiri.


Bahan2:
Tauhu (hiris sederhana nipis)
2 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 biji cili merah (hiris nipis)
1 biji tomato (potong 4)
2 tangkai daun limau purut (carik/hiris)
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Sayur (jagung muda, carrot & bunga kobis)
Minyak
Sedikit air

Caranya:
1. Goreng tauhu sehingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih & hirisan bawang besar sehingga layu. 
3. Masukkan cili boh & goreng sehingga betul2 garing.
4. Masukkan juga sos tomato & sos tiram (jika terlalu pekat, masukkan sedikit air).
5. Masukkan juga daun limau purut, buah tomato, cili merah & sayur-sayuran. Gaul sebati.
6. Setelah sayur-sayuran sedikit layu, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.
7. Akhir sekali, tambahkan perasa garam & gula. Siap dihidangkan.






Wednesday, 13 August 2014

Mommy On Air - Sampaikan Salam Aidilfitri

Assalamualaikum & salam syawal.
Heheh!!!!masih lagi nak bercerita pasal raya kami. Kali ni nak simpan kenangan mommy masa raya ke-5 aritu (Malaysia raya ke-6 la). 

Masa bulan puasa lepas my neighbour cum DJ RTB tu ada bgt mereka ada buat program usahasama dengan RTM Kuala Terengganu. One of their program is 'Sampaikan Salam Aidilfitri' between RTB vs RTM KT (teringat dulu2 masa zaman sekolah pernah gak dengar program RTB vs RTM ni). 

Dipendekkan cerita dia mitak mommy participate since xde org Ganu yg available raya ni (almaklum semua geng Ganu balik Ganu beraya kot, huhu). Mula tu ingat dia nak interview perasaan beraya di perantauan ni rupa2nya siap dorg hubungkan mommy dgn keluarga kat Besut. Kiranya kami bersalam aidilfitri on air le masa tu. Kelakor jugak rasa sbb dah kira lengai je nak borak2 tu sbb dah telefon mok kat Besut earlier tapi time on air tu perasaan boleh juga hiba sedih gak. Hampeh!!!

Dalam studio tu plak mommy & 3A je masuk (daddy tunggu luar sambil record suara mommykik3x). 
Itu jelah u al pengalaman sejam mommy jadi retis (bukan nak perasan retis ye tapi sbb dlm voucher raya tu dorg mentioned bayaran artis soooooooo kira retis sejam le gitu :P)


Thursday, 7 August 2014

Sticky Honey Chicken Wing (Ayam Madu)

Assalamualaikum & salam syawal.
Harini mommy nak perangat makanan kat dapur la. Hehe!!!!biasanya time2 raya ni mmg ada la masakan yg dok ulang perangat especially rendang. Uish!!!!makin perangat makin sedap. Kalau kat kampung, ketupat pulut 3 segi tu kami kalau dah masuk raya ke 2 onwards start le perangat dgn cara menggoreng. Bila dah goreng, ketupat tu lagi sedap + lembut + ranggup. Huhu!!!!tahun ni raya tak jumpa ketupat.
Eh..menu nak share arini bukan menu perangat tapi mmg menu 'HOT' grill. Makan panas2, sure xde balance.


Actually dah lama mommy simpan draf ni & resepi asal pun dah banyak kali mommy dok ulang buat cuma rasa tak puashati sbb tak sama mcm chicken wing 'PizzaHut'Pastu bila masak dia hangit kat luar tapi dalam kdg2 tu still ada merah2 (dorg ni mmg tolak tepi la kalau masing ada merah2 darah tu).


Sampai ler lepas mommy beli pemanggang ajaib Vantage ituhari, bila bakar membakar..resultnya cukup puashati. Dah le cepat pastu mmg masak luar dalam. PERFECTO..
Walau dah lambat dari org lain beli pemanggang ajaib ni tapi xpela atleast "bersusah susah dahulu, sekarang baru senang".


Ok, berbalik kepada resepi asal……kepada u al yang belum beli pemanggang ajaib boleh follow exactly resepi di bawah oleh Hana. Kepada yg ada pemanggang ajaib (tak kisah le apa brand), u al perap guna resepi asal (lagi lama perap lagi sedap), pastu terus masukkan dalam pemanggang ajaib (tak yah buh minyak pun). Guna api sederhana & biarkan masak. Mommy balik2 sekali je setiap bahagian (bila kita tutup pemanggang tu automatik dia memasak kedua2 belah bahagian).

RESEPI AYAM MADU STICKY


Bahan-bahan 
1/2 ekor ayam - potong kecil (mommy guna kepak ayam)
2 inci halia muda - parut 
5 ulas bawang putih - ketuk 
2 sudu besar kicap pekat manis 
1 sudu besar sos tiram 
2sk maggi seasoning @ sos ikan 
1 sudu besar sos cili dan sos tomato 
3-4 sudu besar madu 
1/2 sk lada hitam 
garam jika perlu 
(kalau tambah minyak bijan pun lagi sedap)

Cara-cara 
1. Gaul semua bahan dalam mangkuk. Perap sebentar 10-20min (lagi lama lagi sedap). 
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit. 
3. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky. 
4. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan. 


Gambar selingan terung bakar dalam pemanggang ajaib gak. Cicah sambal belacan.

Wednesday, 6 August 2014

LUAGAN LALAK

Assalamualaikum & salam syawal.

Ini cerita hari ke-2 syawal kami @Brunei. 

Otw balik dari beraya rumah kawan2 di Kuala Belait, kami singgah di Taman Rekreasi Luagan Lalak (sambil2 bawak tok wan menikmati pemandangan semulajadi Brunei).

Pada masa yang sama of course utk daddy shooting filem 4A+R lagi (1st year kami d Brunei dulu pernah kami ke sini tapi xbanyak gambar).


Kiranya kami jelah yg posing family photo raya @sini (dalam tasik beb). Haha!!!!yang lain kami nampak family Cina yg picnic & mat2 India yg bercuti sempena Hari Raya ni (siap tgk filem Hindi dlm ipad sambil jiwang ingat awek @India. Kik3x.sempat lg gumpat).


Fyi, tempat ni mmg cantik (bagi pencinta alam semulajadi le). Suasananya amat tenang & mendamaikan. Sesuai sangat untuk kaki pancing & keluarga yg suka BBQ picnic.

Terletak di Labi, dalam daerah Belait. Kiranya kalau drive dari jalan besar about 25km. Keluasannya pulak adalah 270 hektar tetapi yang diubahsuai untuk rekreasi cuma dalam 10 hektar. Mommy ada terjumpa info yg mengatakan Taman Rekreasi Luagan Lalak ni dibuka secara rasmi pada Mac 2012. 


Btw, rasanya itu je kot info pasal Taman rekreasi Luagan Lalak.
Kami posing dulu ye.





Sunday, 3 August 2014

SELAMAT HARI RAYA 2014

Assalamualaikum & salam aidilfitri.

Alhamdulilah bernafas lagi tuan rumah Wind of Change ni.
Walau raya di perantauan tahun ni tapi kami tetap happy sebab dapat berkumpul 4a+R……..plus last minute tok wan setuju nak datang raya sama2 dgn kami @Brunei. Heheh!!!!tapi kesian tok wan sbb sampai Brunei hari Ahad, Isnin org Malaysia dah raya tapi kami @Brunei masih puasa. 

Fyi, raya @Brunei tahun ni jatuh pada hari Selasa 29 Julai 2014 (lewat sehari dari Malaysia).

So, mommy share @sini riang ria kami beraya di perantauan. Walau sedih tak dpt jumpa geng Besut & geng Kulim yg lain tapi tetap meriah dgn kunjungan kawan2 yg tak balik. 






Juadah kami d pagi raya selain rendang ayam & daging, mommy buat mee kari & disebabkan ada bantuan dari pemanggang ajaib maka kami berjaya sediakan satay ayam senang & cepat. 


Sorry xsempat snap gambar juadah sebab rumah kena serang dek kawan2 Malaysian yg lain (heheh!!!tak sangka ramai jugak tetamu tahun ni). 





 Alhamdulilah!!!


Last but not least 
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...