Assalamualaikum & salam sayang semua.
Kes haru….mommy dah siapkan n3 ni dalam PC tapi tiba2 nak tambah gambar melalui iphone. Bila mommy edit melalui iphone, sekali everthing abis…..dia revert kepada draf awal. Allahuakbar, padahal dah tahu perkara ni akan berlaku tapi terlupa. Huaawaaaaaa. Kena la retype (lupa dah apa mommy tulis tadi).
ok…..lebih kurang gini kot ayatnya…..
Sakan ye u al cuti CNY. Sunyi rasanya blog2 semua. Bagi kami yg dah sakan bercuti tempohari maka harusle skrg ni daddy kena sakan bekerja plak. Jangan kata cuti 3 hari CNY, cuti sabtu & ahad pun kena kerja juga. Saborrrrr jelah ye daddy.
3A+R kat rumah ni pun sakan le jugak melepak keboringan. Agenda utama bila dah sakan melepak ni tak lain tak bukan le 'sakan melantak'. Nasib baik le mood bereksperimen mommy belum betul2 panas tambahan pula dgn kecederaan lengan mommy yg kena minyak panas time goreng popiah ketam aritu (teruk juga tau tapi xleh la show off sbb aurat den tu), so xde la makan besar sempena CNY ni. Setakat buat jajan untuk 3A tu kira gagah le lagi.
Ok, sebagai mukaddimah eksperimen mommy tahun 2014 ni mommy nak kenalkan dengan 'Kek Vico'. Mesti ada yg kenal kan? Actually kek vico ni kalau di Brunei tersangattttt le famousnya. U can easily see them kat kedai2 org jual time pagi2.
Yang membuatkan mommy buat le jugak walau senang dpt sbbnya 3A ni suka sesangat. Anis & Ahdia selalu beli (almost everyday) kat kantin sekolah dorg. Masalahnya makcik kantin tu jual alahai setotet je dgn harga 50sen/$1 sepotong (adalah sebesar kotak mancis kot). Si Ahdia ni plak suka beli & makan time balik dlm kereta (kononnya nak share dgn abg & kakak). Itu yg bila makan benda yg setotet berebut2 makan jadinya. Bila abg kirim beli utk dia juga memanjang xde (abis kata Ahdia). Mommy rimas tgk dorg dok berebut2 tu maka mommy google le resepi. Seperti biasa bila dah resepi famous ni byk le versinya kan. So, mommy pilih the best that suit us juga yg hampir sama dgn rupa makcik kantin buat. Tq to Phat Baker for the instructions. Mommy translate to BM ye.
Bahan2:
1 buku mentega
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
2 biji telur (size A)
3 cawan nestum (juga sedikit untuk tabur)
3 cawan vico
2 sudu besar horlick
1 bungkus biskut marie perisa coklat
1 buku mentega
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
2 biji telur (size A)
3 cawan nestum (juga sedikit untuk tabur)
3 cawan vico
2 sudu besar horlick
1 bungkus biskut marie perisa coklat
*blh gantikan vico dgn brand lain spt milo/ovaltine etc tetapi jgn tukarkan nestum dgn oats.
Caranya:
1. Mula2 sediakan dulang empat segi & alaskan dgn cling wrap.
2. Sediakan 3 mangkuk besar; Mangkuk 1 kocok gula+susu+telur (guna whisker), mangkuk 2 gaul sebati nestum+vico+horlick & mangkuk 3 hancurkan biskut marie (mommy guna food processor).
3. Dengan menggunakan kuali/periuk non stick, panaskan mentega sehingga cair.
4. Apabila mentega telah cair, masukkan bahan mangkuk 1 (susu+gula+telur). Kacau sehingga likat & berkilat menandakan telur telah masak.
5. Kemudian, tuang bahan mangkuk 2 (horlick+nestum+vico). Kacau sebati semua bahan sehingga likat.
6. Seterusnya masukkan biskut marie dlm mangkuk 3 & digaul sebati dengan adunan tadi. Matikkan api setelah adunan tidak lagi melekat di kuali/periuk.
7. Tuang adunan ke dalam dulang & ratakan.
8. Taburkan nestum di atas adunan & tutup sekali lagi atasnya dgn cling wrap.
9. Menggunakan sarung oven (sbb adunan tu masih panas tau) tekan dgn padat adunan. Biarkan adunan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan atleast 1 jam di dalam peti sejuk.
10. Cara menghidang; Tarik keluar cling wrap & potong adunan menjadi bentuk kiub.
*just nak highlight kek vico ni lebih kurang sama konsep dgn kek batik tapi lebih 'rich' dgn rasa.
*just nak highlight kek vico ni lebih kurang sama konsep dgn kek batik tapi lebih 'rich' dgn rasa.
5 comments:
slaam Ros, akak belum pernah buat guna vico ni dah lama kan kek ni tapi tulah sbb banyak kek yg baru dtg terlupa lah pulak, thanks ya boleh ikut resepi Ros lagi hee hee
Assalamualaikum Ros,
Rumah kwn kat sebelah buat kek coklat lava. Mai sini.. kek Vico pulak. Aduhaiii.. terseksanya mata..
Salam kak...
Kecur saya nengok kek akak ni. Hihihihi. Nak try la...
Ni okje sakan jugak membacanya ni hehe....tp buat tk confirm lagi.....sebab rumah ni jarang beli horlick Ros...mahei!!!
If tak pakai horlick boleh tak?
Post a Comment