بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 28 March 2015

Kerabu Timun & Carot

Assalamualaikum & salam sayang.
Adussss, berzaman nak buat new N3. Percaya @tidak 3 keping gambar untuk n3 ni amik masa sehari semalam baru berjaya loaded. Tak tahu laaaaa nak cakap apa, kang lebih2 kena halau negara depa plak. Tapi mmg dlm fb pun dok tgk ramai dorg2 ni dok complaint pasal internet servis kat sini mmg lousy giler. Dah la mahai, pastu mcm siput vavi. Kami dok sini dah nak masuk 5 tahun, 6 kali dah buat report pasal internet servis dorg ni. Datang baiki mmg ok le; bila report 2,3 hari dah mai repair tapi takdan setahun terhenjut2 lagi sebelum terus kojoi kot. Huhu!!!!!STRESS


Itu yg nak sambung citer Aussie mmg tak dpt le nak proceed (mau sawan gamaknya nak tunggu 20kpg gambar settle loaded).
Disebabkan bulan ni baru ada 4 n3 maka mommy gagah gak la tepek2 dulu resepi simple & bodo2. Kot2 ada yg nak kejar masa & malas masak cam mommy blh gak dpt pahala amal jariah share resepi camni kat u al ekk. Sihat lagi ni. Yang paling gumbira dapur tak kecah2 dgn minyak. Save gas lagi wehhhh. Haaa jom2 skodeng camna mommy buat.
Senang bebenor. 


Bahan2:
2 batang carrot (sagat)
2 batang timun (sagat bahagian tepi tanpa biji)
1 biji telur masin (rebus & lenyek)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
1 batang cili merah (hiris halus)
Cili padi sesuka hati (hiris halus)
2-3 sudu jus limau nipis (mommy guna apple cider)
1 genggam udang kering (basuh & tumbuk)
Garam 
Gula
Kacang tumbuk (optional)
(carrot & timun yg siap disagat rendam kejap dalam air kapur)

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar kecuali telur masin & kacang tumbuk.
2. Perisakan sesedap hati anda.
3. Semasa menghidang, masukkan telur masin & taburkan kacang tumbuk.
4. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih @ ratah saja untuk yang diet.


Selamat menjamu selera dgn menu sihat.


6 comments:

Unknown said...

mmg sihat ni Ros meratah pun sodappp

tun_telani said...

Salam kak ros.. huhu.. teruk rupanya intenet kat sana ye.. ingatkan sbb bandar maju intenet laju sepantas kilat. rupa2nya siput sedut pon kalah..
1st time tgk kerabu mcm nih.. letak telur masin ye.. menarik gak.

Izwa Kamaruddin said...

tak pandai makan mcm nie..huhuuu..

@na said...

hok mudoh2 lagu ni nok jgk tera ros...
healthy pulok tu hehehe

NEKCIK said...

ha..ha..kata nak dapat pahala jariah..mailah sepinggan hantar kat jariah ni haa...
Ros haritu nekcik gi KK..sedara tu ajak gi brunei..katanya dah dekat dah..terus teringat kat Ros..he..he..kena pergi lama sikit lain kali yer..tunggulah nekcik balik baru balik malaya!!

Ana Jingga said...

sedap ni makan dengan nasi dagang.. :) singgah ke sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...