بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 17 March 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - Gold Coast

Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy sambung citer Cuti2 Aussie kami.

Hari ke 6 kami spend the whole day @Movie World. At 1st mmg excited je sebab dari jauh dah nampak pintu gerbang & roller coaster  green lantern yg berbelit2. Tinggi jangan cakap leer. 

So, lepas beli tiket kami pun masuk.Sambil2 tu dok dengar daddy bebel2 mahai giler tiket. Hahaha!!!!kopak wallet jap. Btw, mana tak mahainye sebab tiket tu cover utk 3 theme parks sekaligus. Hampehhhh tul sebab plan awal mommy nak pegi Movie World & Dream World, sedangkan tiket tu cover untuk Movie World, Wet 'n' Wild & Sea World. Huhu!!!!mula tu cam cakap dgn daddy nak gak g dream world. Tapi kami cuma ada 2 hari je kat GC & tambahan tiket dah mahai giler. Bodoh la Rugila kalau burn je bayar mahai2 tapi tak g (itupun kami terpaksa pilih 2 out of 3 theme parks tu). So, by logic mmg kami pilih Movie World & Sea World la kan. Yang Wet 'n' Wild tu ala2 taman tema air la, xralat pun tak g sbb cam lebih kurang LEGOLAND la kot.



Cuma tak puas ati gak sebab boring rupanya Movie World ni, dia punya 4D effect hahaha!!!!! SUCK (ni mommy dengar mat salleh yg naik sama kami luahkan lepas abis round & berperang dgn superhero)………..heheh!!!sorry la ekk kalau ada yg tak setuju dgn statement mommy ni…….Rasanya mungkin sbb kami dah merasa US Singapore yg lagi gempak kot. Afterall mmg Movie World ni dah jadi cam old skool plak (ada superhero yg 3A tak kenai pun). 





Pepepun dah alang2 sampai, apatah lagi bebudak……3A mmg enjoyed til the peak gak la. Roller coaster yg berbelit2 & tigggi tu mommy tak kasi Arfa & Anis naik walau dorg ada teringin jugak (uishhh…..cam bahaya la, tinggi sangat). 

The rest mmg semua cover termasuk All Star Parade. Tentatively schedule @Movie World ni cam kat bawah;

Hollywood Stunt driver (11am & 1:50pm)
Western Town Show (12:15pm)
Batman (1pm)
Marilyn Monroe )1:20pm)
Scooby Doo (2:40pm)
All Star Parade (3:30pm)

Makan plak, ada mommy come across member blogger mentioned halal food @Rick's Cafe Buffet but after interviewed staff dia mmg xdenya makna halal except for vegetarian pizza. Kami dah masuk masa tu tapi decided blah semula sbb 3A xnak. After survey daddy belikan fries, buns & orange juice utk lunch kami kat dalam tu.



Satu lagi yang hampeh pasal Movie World ni (mmg Aussie camtu kan) pukul 5pm je semua kena blah dah. Berduyun2 la balik (giler awal abis). Rasa cam tak berbaloi je dgn rege & aktiviti pada hari tu. Pepepun as always say " been there, done that, loved it". 


Hari ke-7 plak kami spend @Sea World.
Seawal 10am kami dah beratur masuk. Walau dari jauh nampak Q panjang tetapi once gate opened, laluan masuk very smooth & kami tak perlu nak menunggu lama. 

1st kami masuk je dari entrance terus ambil pamplet & study masa setiap pertunjukan. Tempat yg paling hampir dgn entrance adalah Penguin Encounter, so layan le dulu si kenit yg terkedek2 berjalan atas snow. Tapi makhluk kenit ni bukan sebarangan tau sbb jalan je terkedek2 tapi tang diving & swim.phewwww!!!! laju giler cam torpedo. Seronok je 3A layan pengu2 tu semua. 



Keluar dari Penguin Encounter kebetulan ngam dgn timing seal show. Show kelakar yg dikenali dgn 'Fish Detective' ni mengisahkan sepasukan detektif yg juga dianggotai seal yg sangat bijak. Mereka berjaya menangkap Alota Baloney yg tamak menangkap ikan2 di laut. 


Abis show tu 3A dah nampak banyak rides. So layan le nunggu dorg naik rides. Antara rides yg ada kat sini;
storm coaster 
jet rescue
viking revenge flume 
beach break bay
castaway bay
etc

Dah penat main, muka 3A dah monyok sebab lapar. Choice yg ada untuk makan kami pilih Domino Vegetarian pizza. Air plak jenis yg free refill. 

Usai lunch kami menapak ke Polar Bear Shores. Ada la nampak 2 ekor beruang kutub dok relax2 berjemur time summer. Tempat tu cam yg tempat haiwan2 lain dalam Sea World ni ada 2 tingkat, maksudnya u blh tgk dorg atas darat & dalam air. 

Dah bye2 dgn polar bear kami menjenguk plak makhluk ganazzzz. Jerung2 & the geng. 

Phew!!!!! seriau gak rasa sbb dari luar tu u kena naik jambatan yang dipenuhi jerung2 di bawahnya. Boleh nampak dorg berenang2 dgn sukanya di bawah. Kat situ gak ada kolam starfish, gamat, sting ray etc. Boleh pegang2 semua binatang tu.

Dah seram sejuk tgk jerung2 tu kami tgk show 3D spongebob. Fun la especially utk Ahdia. Pastu ingat boleh naik skyway dia tapi tutup sebab katanya windy day. Btw kat sini gak ada perkhidmatan helicopter untuk u tgk keseluruhan view dari udara tapi idok le kami naik (mahai Ya Rabbi).

Seterusnya kami ke Castaway bay. Menunggu jelah lagi mommy ni 3A main lanun2 & memanjat Sky Fortress. 

Oh di sini la peristiwa hitam kak ANis berulang selepas kejadian di Hong Kong dulu. Heheh!!!!apadia? xyah la mention malu dia plak almaklum dah nak jadi anak dara dah kak Anis. Biarle rahsia kami 4a+R aje. 


Dengan basah2 kuyup dorg semua tu (sbb kena sembur air dek anak mat salleh) kami kena gak gerak sbb ada show dolphin plak.

Afinity- Dolphin Show the best yg kami tgk setakat ini. Stunt oleh dolphins kat sini lagi hebat compare dgn kat Sea World Hong Kong. Memang puashati tgk.

Berbaki lagi 2 jam kami spend dgn naik rides lagi & lagi. Arfa & Anis le dok ulang naik storm coaster. Pastu dorg pujuk Ahdia naik yg Viking Revenge Flume. Biasala si Ahdia ni kalau nak naik sure dia tarik mommy gak. Huhu!!!!dah kecut perut dah masa tu sbb mommy mmg xleh la naik coaster2 ni. Tapi sbb Arfa & Anis dok convince tak takut sgt mommy, xde laju2 pun. Maka mommy terpaksa la akur. 

Walau pendek & rendah je junaman viking flume tu tapi toksah tgk la muka mommy & adik. Kelakar giler muka cuak!!!


Sementara tunggu Arfa & Anis dok ulang naik storm coaster tu mommy temankan Ahdia tgk Dora Adventure. Dapat la jugak posing dgn Dora (seronok la sgt Ahdia).

Abis semua rides dah naik (smpkan xnak tgk jet ski stunt extreme), kami pun beransur pulang (sbb dah pkl 5pm).

Otw balik kami decided nak terus lepak kat Surfer Paradise & dinner kat luar ( semalam cari Nandos tak jumpa end upnya makan kari restoren India Muslim). Hari ni jugak misi mencari Nandos lagi. Alih2 bila dah jumpa hampeh!!!!xde tanda halal gak. Sib baik sebelah Nandos tu ada kedai Hungry Chicken siap ada certificate halal. So kami layan jelah, sib baik sedappppp jugak ala2 Japanese /Korea food pun ada.


Dah kenyang, puter2 bandar cari souvenir sebelum bergerak balik ke camp.

Sekian citer Gold Coast. 

4 comments:

NEKCIK said...

best nyer ye...nekcik suka jugak sea world tu..dulu ada restoran maharani dekat area surfer paradise tu..cumanya mahal giler lah..biasalah kan

idzwa kamaruddin said...

ya allah seronok nyer dpt tgk jerung tu dekat-dekat..seronok nyer layan gambar dalam nie walaupun ade hla kak anis tu ye..takpe pengalaman pahit manis kan ;)

wa said...

Salam..siss, nak tanya beraa kos sewa motorhome kat melbourne...? dan berapa deposit..dan kos2 lain kalau kita sewa motorhome.emel ke pusingkipas@gmail.com tq

Daniel Youd said...

I think car renting is one of the most useful things you can do if you are going on vacation. I like it because you can get some really energy efficient cars and save money with car rentals gold coast

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...