بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 10 September 2014

Si Pinky Mommy

Assalamualaikum & salam sayang semua.. 
Harini ada sedikit ruang nak menjengah Wind of Change tapi masih lagi tak dpt nak BW sepenuhnya. Harap kawan2 tak kecik hati. Penyebab kenapa mommy xdak masa sangat lately ni adalah kerana Si Pinky ni laaaaa. Dok mengulit dia je lately ni. Huhu!!!


Al-kisah, hajat nak memiliki species Si Pinky ni dah lama (masa tahun pertama pindah Brunei lg) tapi hold2 sampai le this year baru berjaya memiliki. Walau dapat Si Pinky yg biasa2 ni pun alhamdulilah bersyukur sangat dah mommy sbb dapat test skill merempit atas kerusi ni (menjahit le tu). 


Mula2 tu dok melilau gak la mencari cikgu ajar menjahit tapi semua xdak info (Brunei ni ramai India2 yg bt tailoring di samping sebilangan kecil Philippines & Indo), maka hasrat nak menjahit tu terbantut. Pada masa yg sama semangat nak berperang di dapur masih kental (sebab tu xberjaya memiliki Si Pinky sbb dok perabih kat gadjet2 perang d'dapur). 


Sampai la akhir tahun lepas, putik2 cinta kembali berkembang…….mommy dgn semangatnya beli la buku panduan menjahit sbb nak sgt try jahit baju sendiri (sblm ni mmg xpernah buat pun cuma setakat jahit langsir tu pernah le). Tapi betul la kata pepatah "Kalau mencari ilmu biarla berguru baru tidak sesat"…… 


Try punya try mmg failed sesaja. Kain potong rosak camtu je. 
Dalam dok mencari info menjahit tu mommy banyak la come across org2 yg menjahit bag plak, disebabkan minat (nafsu gak ni) mmg suka dgn handbag2 ni, dan2 tu jugak la berpinar2 mata mommy nak buat bag sendiri. 


Bila try buat bag, alamak senang la buat bag compare to buat baju..So, sebagai catatan 2 tote bag yg Ahdia pegang tu la mula2 sekali bag yg mommy buat sendiri (chewah). At the same time sbb kena paksa dek Ahdia, mommy terpaksa gak la buatkan baju kenit utk teddy Ahdia (yg ni kira hentam cromok trace baju lama teddysib baik jadi). 


Di pendekkan cerita officially mommy sekarang dah blh la buat2 bag pakai sendiri & tempahan kawan2 serta saudara mara terdekat. Bag kat atas tu bag pertama selepas dapat ilmu. 
Pasni jgn muak la ye kalau2 asyik dok baca citer pasai handbag plak :P






11 comments:

Nastyna said...

Cantik la akak jahit. ok tak si pinky ni kak? saya pun konon ada la buh mesin jahit dalam wishlist kan, sini banyak nampak jenama brothers ni. saya nak jahit2 suar kaki suar, tampal apa yang koyak2 jer, takder la nak buat bag bagai hahaa sini kalau potong kaki suar jer dah cas 8€uro, sakit jer hati.

Syahida azizan said...

mesin jahit ni blh jahit byk jenis jahitan ye?? cam jahit tepi ke blh tak? sy guna mesin jahit yg warna hitam tu je hehhe..hasrat nk beli yg baru jgk..kalau blh yg byk jenis jhitan

Lynn Huraiza said...

wah...boleh tempah bag la kalau gini...cantik...

AtieYusof said...

wahh...memang cantik lah kak jahit beg tu..berbaloi beli mesin tu... klu dekat nak juga tempah..hehe

nurbijen said...

Owh, patutlah... dah dapat hobi baru merempit yer...
Memang cantik lah beg2 tu kak ros.. boleh sgt ambil tempahan... boleh juga side income :)

Acik Erna said...

Cantik Ros..pandai jahit beg

Sweet red cherry said...

cantik beg tu..pandai jahit..

Cheq Sue said...

teringin nak jugak mesin cenggini kak ros, tapi buat masa skang ni mesing singer hitam itu ajelah yang mampu... In sha allah ada lebih2 nanti boleh le tangkap satu. sekarang ni tengah kemaruk jahit jubah.... he he he

Tie HT said...

cantik dan kreatif,
kemas je buatannya :)

kakrose said...

cantik dah jahitan beg tu, boleh ambil tempahan..

Unknown said...

Nak tempah boleh dok mommy?hehehe.dan dan jadi mommy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...