بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 10 May 2014

Ayam Kaprau



Assalamualaikum & salam sayang.
Straight to the point, nak share resepi ringkas tapi sedap. 


Memandangkan skrg mommy dah ada kebun (kuang3x….gempak la sgt mommy oooi). Terasa nak cuba la memasak menggunakan hasil dr kebun sendiri kan. Kalau kemarin post pasal daun kaduk, arini berkait dengan daun selasih@basil plak. Heheh!!!kalau selalu guna dried basil ni utk western menu je tapi harini kita cuba asean taste plak. 


Tak banyak info pasal resepi ni tapi dimulakan oleh Kak Jee (tapi versi daging) & rasanya origin resepi ni dari Thai (ditambah dgn guna perencah tomyam sure thai cuisine kan?). Jom tengok resepi



Sumber Resepi : Ummi Akid
Resepi Asal : Dunia Dari Dapur Kak Jee

Bahan-bahannya :- 
250 gm ayam 
2 sudu besar paste tomyam 
12 tangkai cili padi - lagi pedas lagi sedap (mommy skip sbb ramai kekanak yg nak makan)
2 labu bawang besar - dibelah 8 dan cerai²kan 
1 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar sos cili 
Daun selasih - optional 

Caranya :- 
1. Perap ayam yang telah dipotong kecil bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. 
2. Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8. 
3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar 
4. Setelah garing masukkan ayam yang telah diperap dan goreng hingga kecut. 
5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik dan dicuci bersih 
7. Kemudian masukkan lagi 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu. 
8. Seimbangkan rasa dan boleh lah dihidangkan.

Friday, 9 May 2014

Masak Lemak Udang Daun Kaduk

Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah since semalam, bumi Brunei dah dibasahi hujan & hingga ke petang ni mendung berarak awan hitam menunjukkan tanda2 hujan lebat bakal turun sekali lagi, InshaALLAH. 
Rasa sejuk sikit berbanding hari2 sebelum.
Minggu lepas ada org kampung ni (mommy tak kenal pun), tiba2 datang rumah kami & offer nak beli udang & ikan tak (mmg kg kami ni tempat ramai org2 persendirian ada bot sendiri & ke laut menangkap hasil laut sendiri). Kalau petang2 pun kadang2 ada juga org berjual direct dari tepi pantai (mommy pun baru tahu). So, dgn harga $10 dapat le satu plastik (for sure lebih sekilo & murah la kan compare beli @market). 
Mula2 tu mommy goreng tepung ranggup je (sbb mmg favourite rakyat dlm rumah ni, berkilo2 goreng meratah pun abis especially si Anis). 2nd batch udang tu mommy buat masak lemak cuma kelainan mommy just tambah daun kaduk mcm mommy buat Masak Lemak Ketam Daun Kaduk dulu. Al-maklum, daun kaduk tengah banyak (heheh!!!!pow @rumah k.noor aritu). 
Hasilnya alhamdulilah, Ahdia yg payah nak makan nasi (memilih lauk budak keding tu) pun makan, Anis jangan cakap le sekali hadap 10 ekor udang dia sorang. Arfa & daddy biasa2 aje (terpaksa la makan gak kan, heheh).


Resepi boleh refer Ketam Lemak Daun Kaduk juga cuma tukar ketam kepada udang. Mood malas…..

Thursday, 8 May 2014

Musim Kemarau @ Panas Melampau di Brunei

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini nak share kejadian alam kat Brunei especially area kami ni di Tutong.


For your info, cuaca di Brunei sekarang ni tersangatlaaaaaa panasnya. MasyaALLAH!!!!!kalau u al perasan carta cuaca @Wind of Change tu lately ni mmg tak pernahnya turun dari suhu 30'C (di siang harinya). Kalau noon between 12 to 4:30pm tu cuaca climax panasnya. Kalau duduk dalam rumah yg fully aircond ni pun boleh terasa bahangnya bayangkan kalau terpacak kat tgh2 open space (kesian daddy kalau time dia kena turun site, mesti berasap kepala).


Disebabkan cuaca yg tersangat panas sekarang ni, percaya @tidak setiap hari sure ada kebakaran hutan/belukar. Di Kampung Danau itself setiap hari ada je kebakaran hutan/belukar yang berlaku (dah jadi pemandangan biasa semenjak dua menjak ni). Kekadang tu, bara api@asap mmg tak terpadam berhari2. Bomba biasanya akan datang padamkan api kalau dah hampir sangat dgn rumah penduduk (kalau ada org buat aduan dorg datangla). 


Tengahari tadi masa mommy otw nak amik 3A dari sekolah tgk kawasan baru plak yg terbakar (semalam 2 tempat lain yg berdekatan). Balik sekolah tu dah nampak ada truk bomba tgh pantau. Harap2 takde melarat ke rumah berdekatan. 


Ya ALLAH!!!!!kadang2 tu bila rasa bahang sangat sampaikan muka pun rasa tegang terbakar, dalam hati selalu berkata2 "dah hampir sgt ke kiamat ni Ya ALLAH"……..Betapa hebatnya ciptaanMU Ya ALLAH!!!!! Takuttttttttt.
Semoga aku, keluargaku, saudara maraku & semua kenalanku tergolong dalam golongan yg Engkau redhai. Selamatkan kami dari fitnah akhir zaman & fitnah dajjal. Amin……..




Tuesday, 6 May 2014

ROTI JALA & KUAH DURIAN

Assalamualaikum & salam sayang.
Cerita menebar jala di panas terik. Berhempas pulas menjala & hasilnya sangat laaaaa penuh suka duka. Hahaha!!!!suka nooo berdrama mommy ni. 


Takdela, sbb sedih tgk jala yg dah koyak rabak & hampir reput. Nasib baik ada peneman yg membahagiakan 'Si Kuah Doyan'.
 Mommy biasanya kalau menjala mesti buat versi kuning & matching dgn kuah kari (Arfa mmg peminat tegar ni), tetapi kali ni ada kelainan sikit sebab teringin nak makan kuah durian. 


So, bila misi membeli durian Siam 4 ketul dgn rege BND 16 selesai, mommy terus mulakan aktiviti menjala. Pilihan colors bagi menampakkan kelainan sbb nak ganding dgn kuah doyan maka kami 3 'dara' pinggiran ni memilih pink & biru.
Masa mula2 buat hari Rabu lepas (bwk sikit utk usrah), cam cantik sikit jalanya tapi kemarin buat lagi cam lagi buruk plak jalanya. Haha!!!!


Yang tak bestnya corak antara 2 colors tu pun xsama kes guna 2 bekas yg berlainan style. Botol 3 muncung tu mommy beli @Daiso masa balik Malaysia aritu. Sengaja pilih 2 yg berlainan sbb nak tau mana yg lagi best. Pepepun walau buruk & koyak rabak yg penting kuahnya awesome maka tutup mata jelah jala tu. Balik lain kali nak beli lagi sebotol each so next time buat mesti lawa skit kan (heheh!!!!kot2 terajin nak jamu org makan jala ni xkan nak bg yg koyak rabak lagi).


Okla….buruk ke lawa ke yg penting sodap…. Ni resepi:

ROTI JALA

Bahan-bahan ( 20-25 biji )
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna pilihan
1 biji telur
3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara
1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati (guna whisk pun ok). Tapis barter bagi menggelakkan berketul2.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik, terus aje di angkat dan digulung.

KUAH DURIAN

Bahan-bahan
4-5 biji durian (nak banyak pun blh je)
500ml santan pekat
1/2 cawan gula (bergantung tahap kemanisan masing2)
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air (jika perlu)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk dan reneh sehingga mendidih.
2. Jika kuah terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
3. Sentiasa kacau kuah bagi menggelakkan santan berketul2.
4. Bila kuah telah pekat & isi durian telah terlerai, matikan api.
5. Sedia dihidang bersama roti jala (lagi enak jika dibiarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidang).

Monday, 5 May 2014

Kuiz & Nyanyian Raya @RTB

Assalamualaikum & salam sayang.
Blm sempat nak update pasal eksperimen masak2 lagi. Tak sempat la nak snap gambar lately ni, rasa masa singkat & kelam kabut je jadi tukang masak, pastu bergegas plak transform jadi driver…….kadang2 semerbak dlm keta bau busuk tukang masak berpeluh2 dgn hangit bawang, sib baik bos tak bersuara (kalau dia bersuara mau mogok masak, hehe).


Harini mommy kena bagi laluan pada entry tertunggak 3A dulu. Serius lupa nak jotdown (xde istimewa apa pun cuma kena simpan kenangan untuk 3A, lagipun daddy dorg pun xtau citer ni).


Citer 3A+R dijemput oleh k.Maria untuk hadir ke RTB cawangan Tutong bagi memeriahkan acara kuiz & nyanyian kanak2 sempena raya tahun lepas. Citer ni take place 5/7/2013 hari Jumaat (at the same day mommy ada bersiaran dgn entry pasal paung goreng ni, time tu boring tg durg lambat start mommy sempat publish satu entry).


K.Maria mmg nak Arfa join kuiz tu (sbb dpt duit) tapi si Arfa ni tak mau plak sebab dia takut xleh jawab (soalan lebih kepada suasana raya di Brunei la, so dia rasa dia Malaysian sure tak tahu banyak). Sekali bila dengar soalan, senang kacang & semua dia boleh jawab (masa tu dah terlambat leeeeee). 


Pepepun, masa acara nyanyian lagu raya tu dia sporting le jugak sama2 join kawan2 yg lain. 


Itu jelah aturcaranya. Yang lain2 kami dapat le tengok mcmana DJ2 radio tu bertugas termasuk k.Maria. Ada la mommy snap a few photos as kenangan.


Saturday, 3 May 2014

Buku Masakan Tengah Hari Cik Noyah

Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah dpt kembali ke Wind of Change harini.


Mommy nak tlg announce aka promote ni haaa buku masakan oleh sorang blogger 'Brunei Celop' (heheh!!!!!jgn mare nooo knoor cayang….knoor Brunei celop cheq Kedah celop). Jumaat lepas singgah la rumah knoor nak dptkan Buku Masakan Tengahari beliau. Seronok le tumpang glamer member ni (siap dpt signature maktok ni lagi). Yang double seronok bukan aje dpt buku masakan tapi dijamu nasi dagang pastu siap round kebun knoor kutip ulam-ulaman. Hahaha!!!kalau menyinggah rumah knoor sure nak rembat je ulam-ulaman (harap2 mana2 benih & pokok yg amik nak tanam tu hidup subur le dgn tuan baru ni). Tq ye knoor.


Okla, untuk u all yg nak dapatkan buku ni sila dapatkan di expo buku @PWTC sementara masih ada waktu ni till 4/5/2014. Boleh juga dapatkan di kedai2 buku dengan harga Rm7 ja. Banyak resepi best2 ni.


Monday, 28 April 2014

FRESH STRAWBERRY CUPCAKES

Assalamualaikum & salam sayang.


Nyum! Nyum! mata macam nak terpejam2 masa ngap cupcakes ni. 
Sekali bite terus cramp geraham, hahaha exaggerate la mommy ni. Bukan apa nak bagi imaging sikit camna rasa cupcakes ni yg masam2 manis. Dap2nyeeee!!!


Alkisah cerita strawberry cupcakes, xde plan nak membaking & takde hati nak membaking pun lately ni (tak tau le frust sebab apa tapi yg pasti sbb nak avoid makan manis2 & yg menggemukkan ni kot). 


Tapi last week mommy ada beli buah strawberry, 2 bekas (mahal weh walau strawberry Indonesia). Masa hari beli tu simpan terus dlm peti ais & plan nak makan time dinner tapi as usual 'nyanyuk'. Last2 bila dorg nampak dalam peti ais & bgt nak makan baru teringat (masa tu dah 2 hari lepas beli). Sekali bila amik nak basuh tengok semuanya dah buruk. Huhuhu!!!!!sedih pilu di dalam hatiku bila memikirkan beli dah le mahal pastu dgn wajah monyok Ahdia sebab xdpt makan (dia mmg hantu strawberry). Nak bagi 'Cik Tong' makan cam sia2 je kenyangkan dia, last2 mommy ckp kat Ahdia xpela dik kita simpan nanti mommy buat apa2. Sekali Ahdia bagi idea buat cupcakes strawberry mcm dalam citer 'Strawberrry vs Karipap'……………


So, mommy google jelah resepi & come out with this lovely cupcakes. Walau rupa sebelum makeover tu buruk bebenor dgn rekahan2 merata tapi thanks to makeup tebal oleh whipping cream perisa fresh strawberry jugak. Hasilnya bapak budak, mak budak, kawan2 budak & budak2 sekali enjoyed. Pasni try perisa lain plak.


Mommy malas la nak translate resepi, u al mind la memasing punya 'Oh my English' ye. Kalu xreti gak buka kamus ye. 

Source: Sallys

Ingredients:

CUPCAKES 
4-5 large strawberries 
1 and 2/3 cup + 1 Tablespoon (218g) all-purpose flour 
1/2 teaspoon baking powder 
1/4 teaspoon baking soda 
1/2 teaspoon salt 
1 cup (200g) granulated sugar 
1/2 cup (115g) unsalted butter, melted 
1 large egg 
1/4 cup (62g) strawberry yogurt (Greek or regular yogurt) 
3/4 cup (180ml) milk
1 teaspoon vanilla extract 


STRAWBERRY WHIPPED CREAM 
1 and 1/2 cups (360ml) heavy whipping cream 
3 Tablespoons (43g) granulated sugar 
1 and 1/2 teaspoons vanilla extract 
1/3 cup (110g) strawberry jam (mommy used fresh crushed strawberry + hershey strawberry syrup)

Directions:
1. Preheat oven to 350'F degrees. Line a 12-count muffin pan with cupcake liners. Set aside.
2. Make the cupcakes: Slice strawberries and place in a food processor or blender. Pulse until strawberries are a chunky puree. You should have about 1/3 cup. 
3. In a medium bowl, mix together flour, baking powder, baking soda, and salt. Set aside. 
4. In a large microwave-safe bowl, melt butter in the microwave.
5. Stir in sugar - mixture will be gritty. Stir in egg, yogurt, milk, and vanilla extract until combined.
6. Slowly mix dry ingredients into the wet ingredients until no lumps remain. Fold in the strawberry puree. Batter will be thick.
7. Divide batter among 12 cupcake liners and bake for 20 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean. Allow to cool completely before frosting.

8. Make the strawberry whipped cream: In a large bowl, whip the cream, sugar, and vanilla extract together on high speed until stiff peaks begin to form, about 4-5 full minutes. 
9.  Add the strawberry jam and continue to beat for another 30 seconds. Add more strawberry jam if you'd like a stronger flavor or if you'd like a pinker color. Please note the whipped cream will be thinner the more jam you add.
10. Frost the cupcakes with the strawberry whipped cream. Cover and store cupcakes in the refrigerator for up to 3 days. Whipped cream may be made 1 day in advance and stored in the refrigerator. Serve cupcakes chilled.

Sunday, 27 April 2014

~TAUHU TELUR & KUAH KACANG~

Assalamualaikum & salam sayang.
Fenomena @FB dlm seminggu dua ni among kaki masak & kaki makan ; Tauhu Telur Goreng & Roti Sarang Lebah.



Terliur betul bila ramai dok pakat post hasil kerja masing2. Adussss!!!!mommy dah le mood memasak ke laut skrg ni maka dok telan air liur jelah berhari2. Rasanya kalau dorg tu dekat2 mau  je order yg dah siap. Tapi apakan daya jauh beribu batu……. Nak tak nak, gagah juga buat (bt yg senang dulu ni). Mommy buat dulu tauhu telur goreng & kuah kacang. 



Bahan2 semua pun senang dapat & tgk steps walau kena kukus bagai tapi alhamdulilah berjaya juga siapkan (hahaha!!!!cam susah bebenor le mommy ni).


Hasilnya, takyah cakap byk la sbb mmg sedap (ala2 TAUHU SUMBAT BERGORENG gayanya).



Buat since Rabu lepas, harini goreng lagi utk breakfast ganding dgn mee goreng daging. Kenyang sampai ke petang (sbb daddy keja arini maka mommy xmasak lunch & kami 4 beranak layan itu je………3A dok layan mee yg lebih, selang sejam hadap mee goreng daging tu).

Jom tengok resepi.



Bahan-bahan Tauhu Telur
4 keping tauhu putih #
2 tiub tauhu lembut #
Segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnya) #
2 biji telur #
2 biji cili merah

Seikat daun bawang
Sedikit serbuk maggi/cukup rasa
Telur secukupnya untuk salutan

Caranya:
1. Kesemua bahan2 bertanda # di blender sampai lumat.
2. Masukkan dlm bekas/mangkuk besar.
3. Cincang halus cili merah (kalu nak pedas tambah la lg) & sedikit daun bawang (nak guna daun sup pon boleh).
4. Gaulkan bahan2 no 3 dgn tauhu yg dah di blender lumat tu. Tambahkan serbuk perisa maggi/garam.
5. Dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke , tupperware ke…..saya guna loyang tp melekat la..baik guna tupperware lg selamat……mommy alas cling wrap atas loyang, alhamdulilah x melekat & senang lg nak keluarkan).
6. Biarkan sejuk br di potong (ikut suka kamu la nak potong gaya apa ya ).
7. Celupkan tauhu yg dah di potong dalam telur yang dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan.


Bahan-bahan (kuah kacang )
1kg kacang tanah
2 batang serai
1inci halia &lengkuas-ambil airnya
3 senduk gula atau ikut suka
1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
20 tangkai cili kering
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning, angkat & toskan.
2. Goreng cili kering, bawang merah, belacan hingga naik bau jgn lama sgt.
3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja. 
4. Kesemua bahan2 ini (no 1, 2 & 3) di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. Perlahankan api.
7. Masukkan gula dan garam ikut suka dan boleh dihidangan bersama tauhu goreng td.

Saturday, 26 April 2014

PANTAI MUARA, BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum & salam sayang.


Harini santai2 menghirup udara segar di Pantai Muara. Episod ni actually cerita cuti sekolah 3A baru2 ni tapi since blm ada entry utk Pantai Muara so mommy rewind je la.


Again bila google info pasal Pantai Muara ni tak banyak yg dapat diceduk. Terasa 'shy2 cat' lagi mommy sbb enrty kami pasal Pantai Serasa antara top 3 list dlm pencarian abt Pantai Muara which i think i kena highlight pasal entry ni jugak so that org tak confuse antara Pantai Serasa & Pantai Muara walaupun berdekatan juga dalam daerah yg sama; Brunei-Muara district.


Pantai Muara ni terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Seri Begawan, berhampiran dengan port & pengkalan tentera. 
Menyajikan pemandangan yg semulajadi & bersih dari pencemaran. 


Sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah, berenang, berkhemah, berbasikal, berjogging etc.
Kemudahan juga lengkap dengan gerai makan, tandas, surau, picnic area termsk tempat BBQ, taman mainan kanak2 & tapak perkhemahan.
Laluan juga dibina bagi kegunaan pejalan kaki & mereka yang berbasikal.


Masa kami ke sana tempohari sekadar berjalan2 sambil menghirup udara segar. Tapi bila tengok org berkhemah terasa best juga kalau pasang khemah kat sini bila2 ada cuti lagi. Hehe!!!lagipun dah lama khemah kami terbungkus rapat dalam bilik stor.


Gerai makan yg disediakan walaupun tidak semeriah keadaan di Malaysia tetapi yg penting hidangan soto kami pada petang itu cukup 'nyaman'……Heheh!!!!

Just fyi, mereka di sini kalau ke pantai untuk beriadah mereka lebih suka membawa bekalan sendiri untuk picnic bersama ahli keluarga & sanak saudara yg besar jadinya gerai2 makan tidaklah semeriah dengan kunjungan pelanggan sangat.

Pada petang itu juga ada beberapa kumpulan keluarga besar menganjurkan 'hari keluarga' & sukaneka….. Teringat keluarga di tanahair bila melihat kemeriahan & kemesraan mereka. 
Berhenti setakat ini dulu tentang Pantai Muara. 

Thursday, 24 April 2014

Ketupat Sotong Kelate vs Ketupat Sotong Ganu

Assalamualaikum & Salam sayang.
Harini nak buat perbandingan sikit. Kita tengok mana yg menang. Heheh!!!!sotong oh sotong.


Sotong kelate vs Sotong Ganu....sapa2 yg pernah makan dua2 ni cerrr komen sikit u al pilih yg mana? Bukan makan sotong, tapi ketupat sotong. 


Kami jarang2 jumpa ni (sebab mommy kami malas nak buat selalu2). Klau mommy kami buat pun versi kelate tetapi br2 ni mommy kami terlebih rajin, dia buat dua2 skaligus. Amekaw puas makan. 
Tak boleh dinafikan walau dah biasa dgn yg kelate tetapi dah sah2 IC mommy -11- so tekak tu suka juga yg ganu. Yg kelate manis meleting tapi yg ganu lemak berkrim.


Yang versi kelate, mommy suka letak beras pulut bukan saja dlm badan sotong tapi dalam kuahnya supaya lebih pekat & puas sikit makan pulut tu.

Resepi Ketupat Sotong Ganu

Bahan2:
10 ekor sotong (bersihkan)
2 cawan beras pulut (basuh bersih & toskan)
1 liter santan 
Garam
Gula
Daun Pandan
Sedikit hirisan halia muda
1/2 sudu teh halba

Caranya:
1. Rendam beras pulut yg dah dibersihkan ke dalam santan. Biarkan setengah jam. Kemudian toskan beras pulut.
2. Menggunakan sudu teh masukkan 1/3 beras pulut ke dalam badan sotong.
3. Sumbat kepala sotong ke dalam badannya & sematkan dengan lidi.
4. Susun dalam periuk & curahkan santan rendaman beras pulut tadi.
5. Tambahkan hirisan halia, halba, garam & gula.
6. Didihkan kuah & renehkan sehingga pekat. SIAP.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...