بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 12 April 2013

SAMBAL TOTOK JAWA

Assalamualaikum & good day.

Sapa2 yang hantu sambal belacan tu jom layan sambal ni. Enak banget bab kata org Jawa. Untuk org2 Jawa di luar sana mesti dah terer bt sambal totok ni kan tapi org2 yg terkecuali tu mesti tak berapa sure. Mommy jotdown kat sini sebab rugi rasanya tak share especially kat anak2 khazanah org Jawa yg enak banget ni.


Penyediaan yang sedikit rumit compare dgn sambal belacan asli but no regret to try. Resepi ni mommy c&p dari blog Epal Hijau. Rasanya dia mmg org Jawa kot. Cuma ada sedikit perubahan dari segi kuantiti bahan2 je mommy adjust.




Sumber: EPAL HIJAU 
(Resepi asal: Resepi.mesra.net/)



Bahan-bahannya:

Segenggam ikan bilis 

10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2 (takut meletup2) 
3 biji cili merah-di potong2 sebelum digoreng(takut meletup2) 
1 biji bawang merah (hiris) 
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci belacan 
Minyak utk menggoreng 
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka 

Caranya: 
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat &toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat. 
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yg terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.



Thursday, 11 April 2013

Donut Keledek Oren

Assalamualaikum & good day.
In order to avoid wastage of leftover 'stello' that i make for Belebat Ubi Stello last week, mommy teringat resepi K.AYU about this 'Donut Keledek Oren'. Terus bukak semula blog K.Ayu tgk resepinya & bereksperimen petang semalam dalam keadaan yg adhoc (cam biasa). 




Before i proceed, do allow me to apologize to K.Ayu & sifu coz 'memandai2 sedikit'. Hehe bukan major amendment pun cuma dr sukatan tepung biasa+yis tu, mommy tukar guna self rising flour (sebab nak kejar masa). Kalau guna resepi asal byk buang masa menunggu 'mek YIS' tu kembang (mommy xleh nak tunggu lama2 sbb nak gerak amik Arfa blk sek ugama & rush amik daddy plak).   Itu yg gamble try tukar guna SRF......sib baik jadi, lembut jugak cuma xde la selembut kapas mcm yg K.Ayu mentioned dia bt tu. 



Ohw b4 terlupa, aritu mommy ada tgk slot dlm TLC pasal 'weird restaurant'. So masa tu dia highlight pasal satu kedai donut @US nama 'Vodoo Donut'. Rupanya cara dorg buat donut tu besor, kembung & montok2 tu dgn cara suntikan BOTOX. Memang ada injection mcm tiup belon tu. Donut yang ala2 donut mommy buat ni boleh kembung double the size. Huishhh!!!!dasyat penipuan 'commercial food' ni.

Pepepun, jomla kita buat donut selamat & sedap dimakan. Tq ye K.Ayu & Sifu2 atas perkongsian resepi.











Sumber: K. Ayu
Resipi asal : K.Wan & K.Nor
Resipi olahan : Mommy le

Bahan2:
320 gm tepung gandum*
2 sudu kecil yis segera*
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter
minyak
gula castor secukupnya untuk salutan

(bahan2 bertanda* mommy tukar dengan SRF sebanyak 320gm)

Cara-cara:
1. Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
2. Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
3. Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh.
4. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
5. Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
6. Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
7. Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
8. Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
9. Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
10. Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
11. Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
12. Angkat dan toskan.
13. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.
(cara mommy, lepas gaul sebati semua bahan menjadi doh, terus bulatkan & terap. Pastu goreng......mommy tak tunggu kembang sbb guna SRF)


p/s
*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut 
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
* gunakan muncung botol air mineral atau minuman bergas yg kecil. 

Wednesday, 10 April 2013

Tasek Merimbun Heritage Park, Tutong Brunei Darussalam


Ini cerita jalan2 weekend kami sekitar Brunei lagi. It's all about nature & green. After all kami really enjoyed the scenery. Jomla layan sama2 keindahan alam ciptaan ALLAH ni. Yang tengah tension dgn masalah kerja, keluarga, kawan2 etc tu mari sedut udara segar kat sini ;) Free je.

Nama tempat ni: Taman Warisan Tasik Merimbun
Location: Mukim Rambai, Tutong NBD Salam
Distance: About 70km from Bandar Seri Begawan & 24km from Tutong Town.



Taman Warisan Tasek Merimbun merupakan tasek yang terbesar di Negara Brunei Darussalam. 


Taman ini mengandungi dua buah tasik yang bergabung melalui sebatang anak sungai. Air tasik ini berwarna hitam kerana airnya mengalir melalui hutan paya. Sungai ini dikenali dengan nama Sungai Piasau. 



Keluasan permukaan 2 buah tasik ini adalah kira-kira 100 dan 120 hektar dan keseluruhan Taman Warisan Tasek Merimbun ialah 11,434.6246 hektar.



Tasek Merimbun diisytiharkan sebagai salah satu Taman Kebangsaan Warisan ASEAN pada 29hb November 1984.


Banyak kajian flora & fauna dijalankan di sini & salah satu kajian oleh Jabatan Muzium Brunei telah menemui satu spesis kelawar iaitu "White-Collared Fruit Bat" (megaerops wetmorei) yang disahkan sebagai spesis pertama di dunia yang hidup melebihi 100 tahun. 




Penemuan inilah yg mengangkat Tasek Merimbun sebagai salah satu daripada 11 Taman Warisan ASEAN. Selain dari spesis kelawar tersebut banyak lagi spesis2 lain yang terdapat di sini antaranya kukang (gambar Anis).


Jom tengok pameran......


 Dah habis tengok pameran, kami menapak pulak ke Taman Kulimambang.


Taman Kulimambang (Butterfly Garden) terletak di dalam Taman Warisan Tasek Merimbun jugak. 

Terdapat lebih 100 ekor rama2 (kami tgk cam sikit je) daripada 30 spesis. Berkeluasan 14 meter dengan ketinggian 8 meter (budak2 ni cakap "alaaa, kecik je").




 Abis tengok & posing dgn rama2, kami bergerak ke hujung kawasan berpaya, di mana terdapat beberapa buah rumah penduduk kampung & jeti untuk berperahu @ berjalan kaki ke Pulau Jelundong. 


Cantik sangat pemandangan di sini. Di pulau Jelundong tu terdapat beberapa buah kubur2 lama dimiliki oleh penduduk setempat yang mula2 menetap di sini dipercayai oelh Kaum Dusun. 

 Masa kami berjalan di atas 'boardwalk tu' arus air berkocak dari kanan ke kiri kami & masa tu terasa ibarat boardwalk tu bergerak ke kiri (seperti di tarik ke kiri). Huhu!!!gayat jugak.

Sampai aje ke pulau kecil tu terus ternampak papan tanda amaran terpampang (seperti gambar di atas). Woooo, ada buaya. Anis dah menangis takut (dia ingat kat atas darat tu pun ada buaya). Bila org explained siap tanya lagi" kalau jambatan tu roboh, macamana?".......aiyaaaa. Mommy cakap jgn cakap bukan2, doa dalam hati ALLAH selamatkan kita. Hehe!!!dia takut, Ahdia plak laju je jalan kat depan, pastu siap bagi nasihat lagi kat kakak......OLLOH je blh tlg kita, kgn takut!!!!!!Ahdia cakap.






Ikan Bakar d' Danau

Assalamualaikum & good day.
Semalam seharian internet buat hal. Nak upload gambar pun tak lepas2. Mommy plak excited nak tayang resepi best ni.

Btw gempak tak tajuk, cam segmen JJCM kan? Kik3x.....saje je gedik ala2 JJCM tapi sebenarnya MMKM (Masak Masak Kena Makan). Nama ala2 makan ikan bakar d'muara gitu tapi hakikatnya makan ikan bakar d Kg Danau. Hehe......ayat ni sebenarnya teringat daddy selalu jawab kalau budak2 ajak makan2 kat luar. Restoren Kg Danau tu milik mutlak mommy le kalau u all nak tau. Huhh!!!


Walaupun mommy & daddy both suka lauk bakar2 ni tapi yg style ikan bakar dok jual kat kedai tu belum pernah try buat sendiri lagi. Dulu pernah buat ala2 'Ikan Bakar Portugis' (lupa la dah pernah publish ke blm resepi ni, tapi lebih kurang le dgn resepi yg nak citer harini). 
Guna stok ikan yg borong @Pasar Jerudong aritu (Cik Ani dah siap2 perap, so tinggal bakar je). Mulanya plan nak buat asam rebus tempoyak si pari tapi daddy reject suggestion tu. Pastu tiba2 je 'ting' dapat idea buat ala2 ikan bakar ni. Yang mommy ingat balik Besut haritu pun makan ala2 gini gak tapi daddy xde. So, mommy agak2 le taste tu & olah campak2 sendiri bahan2nya. Mujur end result sedap rasanya. Anis pun suka. Ahdia xnak sebab mcm pedas & Arfa sebab dia geli dgn ikan pari. Seekor siakap & 3 ketul isi pari kami hadap 3 beranak. 

Jom tengok resepi betul tak yang org kedai buat jual (ahhh, apa peduli sama ke tak). Yang penting tekak2 kami semua dapat terima dengan jayanya. Pasni sure jadi menu ulangan. 

Bahan2:
Seekor ikan siakap/pari/merah/kerapu etc (bersihkan & belah belakang)
2cm lengkuas*
1cm halia*
2 batang serai*
1cm kunyit* (guna serbuk pun boleh)
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering* (guna cili boh pun boleh)
1 biji tomato*
1cm belacan*
1 sudu jus asam jawa
2 biji limau nipis
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis
Daun pisang untuk membalut

Caranya:
1. Perapkan ikan dengan lumuran garam & kunyit sekurang2nya 1 jam. 
2. Balut ikan dengan daun pisang & bakar sehingga garing.
3. Untuk sos: Kisar semua bahan2 bertanda *.
4. Tumis bahan2 kisar sehingga garing & pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa (campurkan jus asam jawa + 1 cawan air). Renehkan kuah sehingga pekat.
6. Masukkan perisa garam & gula. Ketepikan.
7. Apabila ikan telah masak, buka bahagian atas daun pisang & curahkan sos. Bakar seketika & siap.
8. Semasa menghidang, bolehkan ditambah perahan limau nipis jika suka.






Monday, 8 April 2013

Belebat Ubi Stello

Assalamualaikum & good day.
Last Saturday mommy buat pertama kali dok Brunei ni jumpa org jual daun pisang fresh @supermarket. Hehe!!!ibarat pucuk dicita ulam mendatang terus beli sebab ada satu resepi ni dah lama mommy teringin nak buat & makan (oh mungkin ada yg tanya xbyk pokok pisang ke kat Brunei? Banyak!!!!! masalahnya takde le senang2 nak g tebang org punya kan, so bila ada yg jual senang le sikit).
Jom tengok resepi apa mommy nak buat........
'Belebat Ubi Stello'. 

 Heheh!!!kalu org Kelate & Ganu sure tahu ubi stello (org US pun kenal kot Stello sapo :P) tapi org2 luar dr tempat tu sure 'clueless' apa dia stello ni. Fyi, ubi stello ni gak translate dia = Ubi keledek@sweet potato le. 


Resepi ni pun rasanya origin from Kelate&Ganu kot tapi kalau lepat ke bingka ke ramai le claim dr tempat deme masing2. Takpela dr mana pun yg penting dah lama mommy tak jumpa kuih tradisional ni. So, rasa terpanggil jugak untuk diwar2 kan bukan sahaja kpd rakan2 yg suka masak & makan tetapi yang paling utama untuk anak2 menantu ambe nanti.


Bila mommy cuba google resepi ni dlm internet , Alhamdulilah ada org buat & semestinya mek kelate. So ni le hasilnya. Sekali sekala buat kerja mengukus ni harus le banyak dapat hasilnya. Siap bagi2 kat jiran tetangga lagi (sebabnya daddy & the geng ; Ahdia & Arfa tak suka kuih2 yg berlipat daun pisang & kukus ni. Anis je geng mommy). 




Mommy buat 2 kali ganda dari resepi asal (dapat dalam 20biji yg kecik2 size kuih koci). 

Bahan2nya:
3/4 cawan tepung beras (mommy bt 2 cawan)
2 biji ubi keledek kaler purple dan oren (potong dadu)
2 - 3 biji pisang emas di lecek (jika ada -mommy tak letak)
pati santan @ 1/2 - 3/4 cawan (mommy guna 1 cawan)
1 - 2 cawan air masak
1/2 cawan gula (bergantung kesesuaian)
sedikit garam
daun pisang untuk bungkus belebat



Cara nak buat:
1. Rebus ubi keledek hingga empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan (selain dari keledek dan pisang) lalu dimasak dengan menggunakan api yang kecil. Mesti di kacau2 agar tidak berketul dan hangit. Masaklah hingga agak pekat gitu... 
3. Bila dah tutup api baru dimasukkan ubi serta pisang yang dillecek *jika ada* ... Kacau biar rata.
4. Sudukan ke dalam daun pisang yang dipotong sama besar. 
5. Bungkuslah macam kita bungkus pulut berinti (biar bahagian
atas terbuka sedikit).
6. Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebih kurang dalam
10 minit.
7. Siap untuk dihidangkan bt minum petang.


Saturday, 6 April 2013

One Billionth Barrel Monument, Seria Brunei Darussalam

Assalamualaikum & good day.
Sesiapa yang tak g mana2 weekend ni jomla ikut kami pegi ronda2  di salah satu landmark di Brunei Darussalam ni. Semua pun tahu kan Brunei Darussalam ni terkenal & merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terpenting di dunia. Sumber ekonomi utama negara Brunei Darussalam juga memang bergantung sepenuhnya dalam bidang oil&gas. Walaupun ada usaha dari pihak kerajaan untuk menaikkan sumber ekonomi lain negara tetapi hakikatnya memang mereka begitu bergantung dengan hasil bumi tersebut. 


Tempat yang kami posing ni merupakan landmark penting di Seria (bandar/pekan minyak di Brunei Darussalam). Dibina pada tahun 1991 sempena pengeluaran 1 billion barrel crude oil di Seria 1 field well (tempat di mana telaga minyak pertama Brunei di jumpai pada tahun 1929). Monumen ini di bina 38m dari telaga minyak Seria 1 tersebut.






Lambang kerajaan Brunei Darussalam (kat bendera Brunei pun guna lambang
tadah tangan tu).



Di sepanjang laluan ni dibina monumen menceritakan perkembangan industri minyak & gas di Brunei Darussalam.

Di belakang 3A tu u all boleh tengok rupa 'nodding donkey'.....Pam minyak.
I have no idea what is actually this thing. Rupa mcm kepala train (mungkin pengangkutan yg digunakan zaman dulu untuk mengangkut crude oil).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...