بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 16 June 2012

Flying Home


Assalamualaikum.

Time to take some rest.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Insyaallah will be back soon. Those who dropping by just update me with ur comments & will visit u back as soon as we come back .

Friday, 15 June 2012

Sambutan Hari Keluarga Telisai 2012

Assalamualaikum.
Selepas Arfa bgt kawannya tengok muka Arfa dalam TV, pastu ustazah pulak tanya kami ada tengok tak rancangan khas yang memaparkan sedutan penuh acara Hari Keluarga tempohari. Mommy sengih je sebab mmg kami takde follow pun rancangan @RTB. In order to fulfill Arfa's request nak tengok muka dia masa temuramah tu mommy pun try tgk dlm Youtube ada ke tidak sedutan tu sebab kalau segmen berita perdana dulu mmg xde dalam youtube. Hehe!!!mujur le ada dengan jelasnya muka Arfa tengah bagi ucapan Hari Keluarga tu (sebelum ni dia frust sebab mommy & daddy je bercakap). Btw dalam segmen 'Rampai Pagi' ni plak sedutan mommy bagi pendapat dipotong (alhamdulilah, mujurnya aku. Malu le bila dengar sendiri bercakap). Kalau next time nak recall kenangan ni senang bukak blog mommy je kan. Bagus jugak dapat cari video ni sebab banyak acara2 menarik especially yang memperlihatkan kebudayaan lama Brunei kami tak sempat nak catch up live aritu. 


Fyi part 4A+R terjonggol tu mmg dah last2 segmen dalam video ni. Pepepun N3 kali ni just a kesinambungan dari cerita mommy DULU. Nothing special but really meaningful to 4A+R ourselves.

Thursday, 14 June 2012

Kuih Ketayap Polka Dots











 Assalamualaikum.
Huhu!!!arini mommy tayang hasil seni mommy yang begitu mendukacitakan panel hakim. Dek kerana nak menghabiskan stok inti kelapa yang dah bertahun simpan (nak buat kuih koci x jadi2 lagi). So, ptg semalam mommy bancuh barter kuih ketayap (warna hijou cam biasa). Tiba2 angin rajin membelai rindu. Hehe!!!apa lagi, dot dot dot dot. Huduh jangan cakap le, tapi memandangkan dah terjadi posing gak le @blog mommy ni. Sifu2 masak yang tersinggah jgn kutuk & gelak ye. Mak budak baru nak belajar seni mcm ni le jadinya. Pastu kulit ketayap yang dok buat sebelum2 ni cantik je hijau, alih2 this time mcm tergaring pulak dah. Bantaiiiiii, janji sodap.


























Resepi blh refer sini. Bancuhan barter tu kalau nak buat polka dots asingkan dalam mangkuk & letak warna yang dikehendaki. Pastu dot2 kan dulu color tu atas non stick pan, baru di tuang color hijau. Lupa nak cakap, resepi barter ni mmg x guna santan ye (bagus untuk diet, ahaks!!)

Wednesday, 13 June 2012

BUBUR NASI saje.......

Assalamualaikum.
Harini hidangan kami bubur nasi saje.......
Pilihan muktamad k.Anis. Mommy bagi pilihan nak makan apa kita harini; nasi +ayam goreng @ bubur nasi? Laju je dia pekik BUBUR NASI!!!!!!Huhh! mmg suka sangat dia tu bubur nasi (hari2 makan bubur nasi pun jalan kot si Anis ni). Versi bubur nasi kami mommy buat ala2 McD (yolah tu ala McD, hehe x abis2 ala2 McD). Ala2 je bukan 100% sebab mommy pasti sgt yang McD tu mmg guna ajinomoto yang teramat le banyaknya (sebab terasa sgt perisa tu & budak2 suka sangat, mcm ketagih). So, kami punya lagi selamat le sbb mommy just campak2 beras + ayam + air + halia + bawang putih + stok ayam + garam = SIAP.

Mommy punya special sebab top up ikan bills goreng + lobak masin jeruk + daun bawang + bawang goreng + cili potong w kicap. Pherghh!!!sekali sekala layan syok gak.


Tgk k.Anis tu, penuh mulut masuk camca. Sat je abis, Ahdia baru terkedek2 nak suap.
Ahdia mula2 tu jual mahai xnak makan, sekali bila try semulut terus pulun. SEDAP!!!

Posing jugak ye sambil makan.


Tuesday, 12 June 2012

Crunchy Corn Flakes with Choco Peanuts

Assalamualaikum. 
Mood kemalasan sedang melanda. 

Bila yang tinggal hanya gegurls maka mommy pun jadi mcm org bujang. Diet pun tekan suis ON. Mulut mengunyah tapi benda merapu2, so seharian semalam mommy xtelan nasi. Gegurls 2 org tu plak masa siang layan le jugak benda2 merapu, tapi bila malam start "mommy bila nak makan nasi?".........hahaha!!!!terasa zalim plak. Nasib baik masa daddy call check, 2 gegurls tu tgh makan nasi. 
Bila tinggal bertiga ni baru le terasa KOSONG & sunyi xde hero2 mommy 2 org tu. Huhu!!!Lambatnya masa berlalu. Tambahan plak cuti sekolah dah start since Isnin semalam. Layan 2 gegurls ni je @rumah. Dorg pun dah bersungut rindu @daddy & abang. Itule manusia, bila orang tersayang dekat & hari2 depan mata terasa tiada yang istimewa & bosan tetapi bila berjauhan barule terasa betapa pentingnya mereka kepada kita. Senang citer 2A+R mode kewinduan yang mendalam. Pepepun semoga semuanya selamat & kami dapat berkumpul semula secepat yang mungkin. Amin3x..........
Bagi memenuhi tuntutan perut & sambil2 clear bahan2 yang menghampiri tarikh luput so mommy godek2 je resepi mudah tetapi marvelous ni. Kalau ikutkan dah boleh buat Pra-Raya ni.




Antara bahan2 yang digunakan hanyalah :
  • 1 1/2 cawan coklat chip 
  • 1/2 cawan peanut butter
  • 3 cawan corn flakes 


Caranya, senang banget:
  1. Cairkan coklat chip menggunakan kaedah double boiling.
  2. Masukkan peanut butter ke dalam coklat cair tadi. Kacau sebati.
  3. Tuangkan coklat peanut ke dalam mangkuk besar berisi corn flakes & gaul rata.
  4. Ambil sesudu corn flakes tadi & bulatkan . 
  5. Letakkan bebola corn flakes coklat tadi di dalam paper cups.
  6. Sebagai tambahan, tabur rainbow rice/kekacang.
  7. Biarkan sejuk & betul2 keras baru dihidangkan. 

Saturday, 9 June 2012

APAM OREO 100+


Assalamualaikum
Dek kerana terliur & tertarik dengan nama apam yang QH buat last week maka mommy tanpa teragak2 lagi bereksperimen dengan satu lagi resepi apam. Mommy suka buat apam sebab 4A suka makan especially daddy. Lagi satu senang nak ngap, ambil satu terus masuk mulut. Tambahan pulak, apam ni kurang muak sebab kita stim compare tu cake@muffin (pendapat & selera kami le). Dah lama jugak tak masukkan entry apam sampai le tgk QH buat.
Walau rupenya tak cantik tetapi rasanya sedap.
Sebelum tu, kalau Kak Wan & QH tengok N3 mommy ni. Mommy minta maaf ye sebab sekali lagi tukar nama. Bukan suka2 hati nak tukar nama u all tapi sebab 4A+R mmg tak suka air bikarbonat kecuali 100plus. Serius, mommy mmg dari dulu tak suka & rasanya daddy pun (kalau tak mesti dia dah simpan stok @rumah). So, bila kami produced 3A ni mmg dari azali dah tekankan yang air bikarbonat ni cukup2 tak bagus. Ditambah pulak dengan effect mok kena kencing manis yang mmg diakui oleh mok sendiri yang dia banyak minum air coke masa zaman2 dia jadi tokey restoran dulu. Alhamdulilah, 3A mmg tak minat nak mitak2 beli air bikarbonat kecuali kalau terpaksa makan @pizza hut (itu pun mmg separuh gelas je dorg minum). Kalau makan @McD/KFC mmg  tukar air ambil juice. Macam mana boleh accept air 100plus pulak sebab ceritanya zaman2 Arfa kecik lagi dia kerap kena cirit birit & ada org suggest bagi minum air 100plus (sikit la masa tu dia kecik lagi)bagi menggantikan garam mineral dalam badan yang hilang. Sampai le ke zaman sekarang ni, mommy cuma akan beli air 100plus kalau teringin nak minum yang bergas. Kalau rasa badan seram sejuk nak demam pun minum air 100plus dulu. Tak okey gak baru telan pil.
Gitule citernya napa mommy tukar nama & bahan untuk buat apam ni.Pepepun, tujuan guna air bikarbonat ni nak bagi lagi gebu apam kita pun. Lebih kurang kita guna Eno le functionnya.
Ada 2 version, 1st & 2nd batch kukus dapat ala2 apam mekar tapi last batch kukus dah tak crack (mungkin mommy dah reduce api perlahan).
Resepi asal: Apam Coca Cola
Ceduk dari : Qaseh Honey (Apam Sprite Oreo) 

Bahan2
  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 25gm susu tepung (mommy tak letak, lupa)
  • 50gm serbuk oreo
  • 2 biji telur A
  • 2 sudu kecil ovalette
  • 150gm gula pasir (mommy rasa terlalu manis, so next time reduce to 100gm will do)
  • 50gm gula perang
  • 1/4 sudu teh garam
  • 225ml coca cola (mommy tukar 100Plus)

Caranya
  1. Pukul telur, gula pasir, gula perang, garam hingga rata. Masukkan 1 sudu besar tepung dan ovalette dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan pekat.
  2. Tukar pada kelajuan perlahan, masukkan tepung selebihnya yang di ayak bersama baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan air 100+ dan putar hingga bergaul rata.
  3. Masukkan serbuk oreo dan kaupbalik hingga sebati.
  4.   Alas acuan lompang dengan paper cup, tuang adunan hingga penuh.
  5.  Panaskan pengukus terlebih dahulu dan kukus selama 15 – 20 minit dengan api sederhana.
  6. Jika ingin apam mekar, guna double action baking powder, jarakkan acuan dan kukus dengan api yang besar.


Friday, 8 June 2012

Ayam Goreng Serai

Harini mommy jotdown resepi ayam goreng serai yang mommy masak semalam. Perlu jotdown sebab rasanya sedap walau nampak simple & senang.

Bahan2:
1/2 kg ayam (potong kecil)
5 batang serai (hiris nipis)
5-10 biji cili padi (hiris nipis)
3 helai daun limau purut (hiris nipis)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 biji bawang putih (tumbuk lumat)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
1 sudu besar cuka makan
Minyak masak

Caranya:
1. Mula2 gaul ayam bersama2 dengan serbuk kunyit, garam & cuka makan. Perap selama 5 minit.
2. Goreng ayam sehingga garing. Ketepikan.
3. Menggunakan sedikit minyak gorengan tadi, tumis bawang putih hingga garing & masukkan semua bahan hiris.
4. Apabila bahan2 hiris telah layu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
5. Hidangkan bersama semua bahan2 hiris.

Thursday, 7 June 2012

1st year blog anniversary

Alhamdulilah, June bulan yang penuh pengertian buat mommy. Officially blog Wind of Change mula published (walau 1st N3 bertarikh 1/1/2011, tetapi tarikh sebenar mommy mula bergelar blogger adalah pada 7/6/2011). Bermula dari 0 knowledge tentang dunia blogging & mmg tiada pendorong @ pembimbing dalam blogging namun mommy tekad untuk publish sebuah blog untuk dijadikan catatan & album keluarga khas buat 4A+R sendiri. Apatah lagi dikala kami mula mendapat kehidupan yang baru, jika segala pengalaman yang bakal ditempuh tidak dirakamkan sebaik mungkin maka alangkah ruginya setiap detik yang berlalu tanpa dapat kita mengundur walau sesaat. 

Jika dikenang setahun yang lepas, mommy bermula ibarat murid pra sekolah yang tidak mengenal huruf apatah lagi membaca tetapi alhamdulilah genap setahun seumpama Ahdia dapat mengenal huruf & fasih menyebut. Di usia setahun, masih banyak kekurangan & kesilapan yang mommy perlu perbetulkan. Justeru perlunya kita membina ukhwah sesama blogger untuk sama2 memperbaiki & mempelajari diantara satu sama lain. Kalau di peringkat permulaan, mommy mmg tidak pandai & segan untuk 'blogwalking' kerana mommy beranggapan itu ialah aktiviti blogger2 yang aktif & mmg menjadikan blog sebagai mata pencarian mereka (sedangkan mommy cuma menganggap blog mommy sebagai blog peribadi). Rupa2nya mommy silap kerana, once u are blogger u have to visit others blog seumpama kita sesama saudara/kenalan menziarah ke rumah yang lain untuk mendapat keberkatan. Memang betul, semanjak awal tahun 2012 mommy mula 'ziarah' & bertegur sapa dengan rakan2 blogger (walau ramai juga yang tidak membalas teguran, mommy anggap itu normal sikap manusia) Alhamdullilah keseronokan & kemeriahan lebih terasa. Banyak yang dapat dipelajari & dikongsi apabila kita 'ziarah menziarahi'. 

Dikesempatan ini, mommy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 blogger yang sudi intai, jenguk, singgah & seterusnya sudi berkawan dgn mommy yang serba kekurangan ini. Sudilah kiranya kita sama2 mengeratkan tali silaturahim antara kita walau hanya di alam maya. Semoga ukhwah antara kita sentiasa erat selagi usia dikandung badan. Mommy doakan semua rakan2 blogger semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH & dipermudahkan segala urusan baik di dunia mahupun akhirat, amin3x...

Last but not least untuk 4A (Arfa, Anis, Ahdia & daddy (Asfa)), tq juga sebab dah mula faham kenapa mommy perlu teruskan blog Wind of Change. Untuk Arfa, Anis & Ahdia yang dulu tertanya2 kenapa mommy ni suka sangat masak2 pastu ambil gambar, alhamdulilah sekarang dah makin faham sebab mommy selalu cakap "ala, ni mommy tulis untuk Arfa & adik2 baca la bila dah besar nanti apa yang kita buat, pastu bila Anis & adik dah besar dorg blh masak macam mommy masak kalau mommy dah tua". Untuk daddy tersayang, insyaallah mommy akan jaga nama baik family kita & sentiasa berwaspada setiap kali jot down N3 supaya tiada pihak yang tersinggung @ tersalah anggap. Lagipun daddy, blog mommy ni sempoi je pasal 4A+R & masak2 bukan blog politik. Hahahaha!!!!!!!

Adeh!!!!!!!penat le tulis ayat skema karangan budak darjah 6 ni. Nak tune mood santai semula ye....Lalalalala!

Oh, btw lawo tak background baru? hehe!!!Saje tukor bagi nampak semua muka 4A+R (dulu mommy sorang je tergedik2 kan). Untuk header tu dah lama tempah dengan si Jiya ni. Best betul design dia. Alhamdulilah, sekian lama menunggu, alih2 siap ngam2 bulan kelahiran blog Wind of Change. Kiranya, hadiah for 1st year blog anniversary la ye.

Wednesday, 6 June 2012

Asam Rebus oh Asam Rebus.......

Harini bukan N3 resepi masakan ye tapi mommy nak story citer kelakar ala2 Mr Bean (citer Mr Bean kan lawak bodo, lebih kurang le ni). Tag line dia pasal Asam Rebus Ikan Merah. Semalam mommy masak asam rebus ni untuk dinner, chewah dgn confidentnya sediakan semua bahan2 (ala2 expert le katakan). Pastu bila tengah dok didih2 kuah tu mommy ceduk sikit & try. Alamak!!!!apahal kureng bebenor rasa asam rebus mommy this time. Tak puah ati sebab rasanya cukup masin & masam je tapi xde rasa ala2 manis & senang citer xsedap le...... Mommy pun suke ati je add on gula dalam 1/2 sudu besar (weh, masak asam rebus mana letak gula - arrgh, xkisah le mommy kan org east coast, gula tu mcm senonim je). Lepas godek2 kuahnya, mommy ceduk lagi try. 
Huhu!!!nape xjadi lagi ni?????? Dah macam surrender ni, alang2 3 ketul besar isi ikan merah mommy korbankan rasanya kalau rasa macam ni mmg mommy sorang le makan jawabnya. Aduiiiii, apa yang silap ye? Dalam dok menggelabah asam rebus tak jadi tu mommy bukak tutup peti ais ambil barang, sekali terpandang olehku 2 tupperware 'keramat' berisi bawang putih kisar & bawang merah kisar. Huaaaaaaa!!!!!lupa taruk bawang rupenya aku. Apa daaaaaa!
Haru betul, so time2 tu gak ku campak sesenduk bawang kisar dalam kuah asam rebus yang dah siap mendidih pun. X kisah le, janji lengkap bahan2nya. Kuah yang dah hampir pekat, mommy top up dgn air lagi supaya masak & sebati rasa bawang tu. Isi ikan & bendi mommy keluarkan dulu takut hancur lebur plak.  Atlast, walau ada sedikit kecacatan akhirnya berjaya juga siapkan asam rebus ikan merah. Rasa? well, not bad at all. Nyaman!!!!

U al nak tau nape mommy boleh lupa? Biasanya kalau buat kuah asam macam ni, bahan2 kisar tu seperti cili, belacan, bawang merah, bawang putih, halia & lengkuas mommy blend sekaligus. Pastu terus masukkan dalam periuk & didihkan dengan air sehingga pekat sebelum masukkan ikan, bendi, asam keping & daun kesum. Bila dah mendidih baru rasa & tambah perisa garam. 
Cuma this time, nak kejar masa & memikirkan bawang2 untuk menumis mommy baru je kisar (masih fresh), so ingatnya nak guna yang dah kisar asing2 tu je. Itu yang terlupa sebab dah terlain dari tabiat kebiasaan yang mommy dok buat. 
Moral of the story, walau kita dah expert jangan le over confident. Tiba2 teringat kata2 mommy sendiri kpd Arfa (yang baru abis exam harini) "Affan ni selalu je bila org tanya mcm exam, pastu jawab senang je, blh jawab. Tapi bila tgk result ada je yang salah walau soalan tu senang kacang, careless betul!!!".......Hehe!!!so, skrg ni terkena atas batang hidung mommy sendiri. Ya ALLAH, jauhilah kami dari sikap takbur & sombong......amin3x.....

Tuesday, 5 June 2012

APPLE PIE GORENG ala McD

Atas desakan k.Anis yang nak makan karipap (dah lama gak dia merengek2, mommy je malas nak uli tepung buat karipap). Maka, Ahad lepas mommy pun gagah le menguli tepung untuk buat karipap. Sebelum menguli tepung tu mommy dah prepared dulu inti kentang Sabtu malam. Ni nak citer pasal kejadian Sabtu malam le. Tengah dok kupas2 kentang bagai, mata mommy ni dok terpandang 4,5 biji epal yang tak laku atas tabletop. Pelik gak bebudak ni, selalunya xpernah cukup kalau beli epal, alih2 this time x abis plak. Mungkin sebab this time mommy beli epal washington (yang mommy snap gambar dalam N3 'An apple a day keeps the doctor away'. Selalunya mommy beli epal gala. Emmph!!! banyak songeh btui bebudak ni. 
So, bila dok terpikir2 apa aku nak buat dengan apple2 ni sebelum rosak & lembik? Tiba2 je mommy dapat idea nak bereksperimen dengan apple pie. Sebenarnya dah lama sgt2 nak buat apple pie tapi apakan daya Oh Oven!!!!so, bila pikir2 lagi mcm nak bake apple pie, xdak oven. Alih2 bayang McD yang muncul. Mommy try google2 ada tak org pernah buat apple pie goreng ni & terjumpa le dalam khazanah fotopage resepi ni. Tapi dia xtunjuk gambar, so mommy gamble le try. So last nite (sunday nite, we had a try "wahhh nyaman jua" kata org Brunei). Walau paras rupanya mendapat komen dari Arfa "mommy, McD punya panjang & bulat la mommy", pastu jawapan mommy "ini apple pie mommy masak bukan McD masak.
Untuk habiskan intinya, mommy mmg buat banyak sikit & simpan frozen. Bila pagi semalam (Isnin) goreng lagi untuk bekal budak2 sekolah, wah!! makin garing rasanya. So next time kalau nak buat, better uli2 & siap masukkan intinya pastu bekukan sekejap bagi lebih ranggup. Best sangat dapat kumpul lagi resepi2 yang sedap & simple macam ni. Walaupun not 100% taste like McD especially the pastry but overall really satisfied. Yang paling penting bagi anak2 kenyang.
So, untuk resepi ni mommy ceduk basic dari fotopage tu but i alter mana2 yang patut. Btw pastry ni sesual juga for karipap (mmg basic ingredients buat karipap pun).

Bahan2:
  • 4-5 biji epal (terpulang la epal merah @ hijau)
  • 4 cawan tepung 
  • 1 cawan shortening @ mentega (guna yang beku/sejuk)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air sejuk (dari petiais)
  • 1/2 cawan gula (terpulang la ni kalau xnak manis sangat masuk sikit2 & rasa)
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis @ boleh guna 2 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung

Caranya:
  1. Untuk inti: Kupas kulit epal & potong dadu (kecil2).
  2. Campurkan gula & serbuk kayu manis.
  3. Di atas kuali, masak menggunakan api yang perlahan. Masukkan sedikit air (anggaran 1/2 cawan).
  4. Masak sehingga betul2 lembut.
  5. Lenyekkan 1/4 inti dengan garpu & biarkan selebihnya berketul. 
  6. Akhir sekali masukkan tepung jagung & kacau rata. Ketepikan.
  7. Untuk doh: Ayak tepung gandum & garam. 
  8. Masukkan shortening/margerin yang beku. Gaul dengan menggunakan hujung jari & ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  9. Masukkan air sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang licin.
  10. Ambil sedikit doh & canai. Kalau betul2 nak ikut yang McD, potong panjang 8 inci & lebar 5 inci.
  11. Letakkan inti epal di tengah2 & lipat pastry.
  12. Gamkan dengan sedikit air di kelilingnya & tekan menggunakan garfu.
  13. Panaskan minyak & goreng pie sehingga masak & garing. Toskan minyak.
  14. Sedia dihidangkan panas2 (hati2 dengan inti yang panas).

Monday, 4 June 2012

4A+R masuk TV

Pagi ni sebagai mukaddimah mg baru dalam bulan Jun, mommy nak story dulu pasal 4A+R masuk TV baru2 ni. Alaaa, glamer skit ja, jgn jeles ye. Hehe, org tak biasa kena interview masuk TV maunya jakun walau siaran RTB (boring sebenarnya siaran dorg ni, x happening mcm TV kita @Malaysia). Honestly kami mmg tak pernah tengok pun rancangan2 dalam RTB kecuali masa nak tgk perarakan Hari Kemerdekaan dorg last February (itu pun kejap je buka untuk pujuk Arfa). Tapi sebab muka nak kuar TV punya pasal sanggup layan seharian mengadap RTB(dah tak tau susunan rancangannya mcm kan, so kena le mengadap tunggu bila nak ada siaran Berita). Yang syahdunya (ini daddy le punya pasal -Arfa marah) sepatutnya berita perdana (pukul 8 malam) hari yang sama acara dijalankan tu yg tersiar muka kami dalam TV. Malangnya hari tu kami g merendek2 ke Miri (dari pagi ke midnite), so terlepas le nak tgk muka kami kuar TV.
Keesokan harinya, Isnin 28/5/2012 balik aja dari hantar daddy & budak2, mommy terus tukar channel dr Astro ke RTB1. Chewah siap mengadap nak tengok...........huhu!!!alih2 bila berita pendek(ala2 berita terkini kita tu kot) tengah on & kuar berita pasal acara Hari Keluarga Kebangsaan peringkat Mukim Telisai, mommy tak perasan (baru kuar toilet,hehe). Terdengar macam suara sendiri kat TV terus terkocoh2 ambik hp baru terkial2 nak rekod. Hahaha, hampeh!!!!!!Pepepun dapat le jugak rakam sikit nampak muka kami. Menurut ustazah yg mengajar mengaji tu biasanya ada rancangan khas 'Rampai Sari' akan keluar lagi fokus tentang keseluruhan acara (tapi tak tau le bilanya tu & ada ke tidak).
Mommy gelak apatah tu. Tengok org main kot.
Mommy just share gambar2 & jot down sikit sebagai kenangan anak cucu nanti especially Arfa yang excited je muka dia masuk TV (dia g sekolah hari Isnin tu glamer kawan2 ckp nampak muka dia, cuma dia frust sikit sebab ada interview yang dia sorang bercakap xde kuar).Fyi,acara Hari Keluarga Kebangsaan ni dorg baru je launch tahun ni & bakal menjadi acara tahunan di Brunei. Tujuannya untuk memupuk semangat kasih sayang & kemesraan di kalangan ahli keluarga. Acara yang di adakan di Telisai ni menggabungkan 3 kampung iaitu Kg Telisai, Kg Danau & Kg Bukit Beruang. Antara acara2 yang diadakan antaranya perasmiaan oleh Pegawai Daerah, senamrobik, gerai jualan, pameran, pertunjukan & permainan. Overall bagi kami biasa je pun acaranya ala2 sukaneka/hari keluarga tempat kita gak tapi kemeriahan tu ada la sebab melibatkan 3 kampung. Respect juga dgn AJK yang terlibat sebab melibatkan banyak kampung & untuk pengetahuan u all kebanyakkan AJK ni semua yg dah senior (umur lebih 40-an termasuk ustazah yang ajar kami mengaji).
Arfa main kerusi berirama. Dia nak main tarik tali tapi terlepas (kami terlambat sampai
Tak sempat abis, KALAH!!!
Ni suasana dalam gerai Kg Danau. Ada pelakon utama lagi.
Makcik2 ni tengah tunjuk cara2 org Brunei buat Kelupis.
Huyoo!!!Hero tgh kukur kelapa (huh!!!xpernah pun tolong heroin @dapur).
Nampak bebenor tak mahir, pakcik tu kena 2,3 kali tunjuk cara.
Itu jelah gambar2 yang sempat kami snap. Kami pun xde tunggu sampai acara habis sebab bergegas ke Seria untuk daftarkan Arfa ke 'Creepy Crawlies Camp' during school holiday ni.
Last but not least, jeng2 sedikit sedutan (yang tersedut2) semasa sesi temuramah tu. Sorry la kalau tak clear sbb record pakai iphone (xterpikir nak standby camera awal2).

Friday, 1 June 2012

Ketam Masak Lemak Daun Kaduk




Masihkah ingat cerita mangsa rayap tempohari? Hehe, kalau tak ingat boleh flash back kat SINI. Memandangkan ketam mmg favourite kami & rasanya banyak dah juga mommy try resepi2 menggunakan ketam so dah tak tau nak masak style apa this time. Yang mommy pasti kalau masak lemak mmg selalu sangat buat & budak2 pun mmg suka kuahnya. Plannya kalau boleh nak masak lemak letak nenas tapi daddy xsuka nenas. Last2 dapat idea nak come out dengan resepi ni. Masih masak lemak tapi bezanya mommy campur dengan daun kaduk ala2 masak lemak siput sedut. Mommy tak pasti tempat lain ada ke tidak tapi @my hometown, Besut, Terengganu mmg famous masak lemak campur daun kaduk ni. Kadang2 cik ngah (ma K.Uni) ada juga masak lemak daging style ni, SEDAPPP!!


So, with no doubt mommy bereksperimen semalam untuk served for dinner kami sekeluarga. Berdebar2 juga takut daddy xsuka & komen masak apa ni? biasale daddy tu kalau benda yg dia tak pernah jumpa, mesti query lebih sikit. Bila masak, baunya aja dah menyelerakan & mmg sebijik bau masak lemak siput sedut. Emmmpp!!!xsabar nak try. Hehe, time makan tu mommy tak tanya tak apa just perhati je feedback daddy makan. Alhamdulilah!!!PASS with flying colors. Lama tu dia dok godek2 ketam tu. Maknanya mmg berjaya le eskperimen mommy kali ni.





Mommy jot down resepi ni supaya mommy boleh repeat next time & untuk sesiapa yg nak cuba.
Adaptasi: Resepi gulai lemak kunyit kuah/lengkuas mok & gulai lemak siput sedut daun kaduk


Bahan2:

5 ekor ketam (basuh bersih) 
500ml santan 
1 inci kunyit hidup (boleh je pakai kunyit serbuk) 
2 inci lengkuas 
8 biji bawang merah 
2 biji cili merah 
5-6 helai daun kaduk 
Garam 
Air


Caranya:

1. Kisar bawang merah, lengkuas & kunyit sehingga lumat. 
2. Masukkan santan ke dalam periuk & campurkan bahan2 kisar. 
3. Didihkan kuah sebentar & sentiasa kacau agar tidak berketul. 
4. Masukkan ketam & masak sehingga bertukar warna. 
5. Tambahkan bahan perisa & garam. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. 
6. Akhir sekali, masukkan daun kaduk & cili merah. 
7. Renehkan kuah sebentar. 
8. Sedia dihidangkan. 

p/s: kalau yang suka pedas macam ala2 masak lemak cili api nogori tu boleh je blendkan sekali dalam 10 biji cili padi bersama bahan2 kisar yang lain ;)

Wednesday, 30 May 2012

NEW KITCHEN SET

Stove purple siap dgn kelengkapan memasak termasuk glove. Yang bestnya, semuanya macam peralatan memasak yg real. Tutup periuk tu mmg dari kaca betul & senduk/sudip tu semua stainless steel.
Harini mommy nak bwk melawat ke dapur baru mommy anak dara mommy. Hai bertuah betul la rasanya diri mommy ni dapat 2 anak dara yg bukan saja comel tapi rajin la sesangat. Kalau sebelum ni dorg suka le sangat kacau mommy @dapur mommy, tapi pasni kurang le kot since mommy dah tolong belikan kelengkapan memasak mereka. For info, 2 anak dara mommy ni mmg hobi bukak youtube cari video pasal budak2 masak (dorg search sendiri, heran pun ada gak mommy mcm dorg blh jmp). Mungkin abg Arfa yg tolong kot. Bila dorg tengok tu, sibuk le suruh mommy tgk sama & siap suruh beli set2 masak mcm dlm video tu. Huhuhu!!!nak pengsan tgk kelengkapan set masak2 mainan anak2 org putih tu. Adoiii, yg tak laratnya Ahdia. Bila dia suruh beli tu iakan aja kalau tak mmg cair le memujuk. Bila kita cakap A, dia jawab B. Bila kita cakap B, dia jawab C. Last2 kena cakap mcm ni "Ok, kalau mommy dah banyak duit & mommy jumpa kat mana dia jual mommy beli". Baru dia release kita.
Idea kreatif sapa le ni siap masukkan stove tu dalam kabinet. Hehe!!ni mesti sebab tgk kat dapur mommy semua dalam kabinet kot.

Sebenarnya stove purple ni mommy beli @Parkson, Miri last Sunday. Takde plan nak beli mainan pun tapi masa dok mencari barang2 baby utk hadiah kawan yg baru bersalin, alih2 ternampak set stove ni. Huhu!!2 org tu xnampak pun, mommy je excited nak beli. Bukan apa tapi sebab susah nak dapat yg jenis material kayu & stainless steel mcm ni (tahan lasak sikit blh pakai lama) lagipun harganya pun reasonable (RM70, kalau convert duit Brunei dalam BND29). Kat Brunei barang2 mainan yang kira elok sikit harganya mahal sangat. Baik terus beli @Toys 'R' Us. So, mommy invest le kat situ dgn harapan pasni xde le nak kacau mommy @dapur mommy lagi. Tapi serious, mommy pun seronot tgk stove tu rasa mcm nak dapur color purple le gak. Hahaha!!!
Ni yang dapur induction tu. Cantik gak tapi plastik le. Yang bestnya sensor tgh2 circle tu blh berbunyi & menyala.
Sebelum mommy beli stove purple tu, mommy dah beli dapur utk 2 org ni tapi dapur plastik. Yang tu pun best sebab dapur induction (huh!!!mommy pun xdak). Bila dorg letak periuk/something atas surface tu, nanti kuar bunyi macam org tgh masak & at the same time kuar lampu (ala2 haba le tu). Yang tu mommy beli sini je, tak ingat dah berapa rege.
Mixer & blender yg boleh spin. Dalam blender tu ada kertas gambar buah-buahan & dalam bowl mixer tu ada gambar telur. Hehe, so cute!!
Yang ni plak the latest items mommy beli last Monday (sehari lps beli stove). Aduhai, masa dok window shopping tu terpandang plak 2 benda alah ni. Ya ALLAH!!!terbang lagi cash mommy. 2 benda ni le Ahdia sungguh2 mitak mommy beli lps dia tgk anak mat salleh tu tgh buat kek guna mixer yg boleh spin betul2. Haru btul, nasib baik jmp yg ni. 2 benda tu mmg boleh spin macam yg real cuma xleh le letak tepung btul (yg dlm video mainan tu mmg yg jenis blh letak tepung btul. Cuma sizenya kecik utk bdk2 main). Set ni mommy beli murah je BND 11.50 (convert RM28) pastu siap ada pinggan mangkuk plastik bagai.
Bahan2 untuk masak. Uish, ada ketam!!!favourite mommy ni dik.

Bila mommy dah beli semua ni kan, harapan mommy pasni xde la kacau2 mommy lagi kan TAPI dari dulu sampai le saat ini mommy le jadi pelakon utama nak2 arahan si Ahdia. Huhu!!!nak tau mommy jadi apa? PELANGGAN RESTORAN. Bila dia dok mengadap barang2 mainan dia tu, japgi datang le bawak kononnya pen & buku catit nak ambil order. Pastu "awak nak makan apa?"..........huhu!!!layan jelah.
Kotak poslaju mommy gak dorg angkut buat kitchen kabinet.
Okay, abis dah lawatan ke dapur Anis & Ahdia. Next time mommy bawak jalan2 ke kedai runcit & restoran Ahdia plak ye. Sedia la duit banyak2 ye untuk shopping @ kedai Ahdia nanti ;)






Tuesday, 29 May 2012

Sate Goreng (Fry Satay)


Ini le menú yg mommy sepatutnya buat last sunday tapi cancel sbb merendek (berjalan2) dari pagi til midnite. So, hari Isnin (semalam) terpaksa juga buat sebab bahan2 dah ready (infact nasi impit pun dah siap masak). Tak tahu le @Malaysia famous ke tak sate goreng ni tapi personally mommy baru je tahu & try last year time raya. Masa tu makan kat open house kawan Malaysian, bila rasa "emmph, ok not bad especially utk menjimatkan masa nak bakar2 sate tu". Dari segi rasa, sama je bagi mommy sebab kalau bakar pun kita renjis2 minyak juga kan? Yang bezanya cuma xde lidi sate jelah kot (lagi jimatkan, xyah guna lidi sate....pastu budak2 nak makan pun selamat).
Kawan2 matching ia pun sama gak mesti ada kuah kacang + nasi impit + timun + bawang. Rasanya sate goreng ni boleh jadi juadah istimewa gak la this coming raya. 

Bahan2:
  • 1 sdb biji ketumbar (kisar)
  • 1/2 sdb jintan manis (kisar
  • 1/3 sdb jintan putih (kisar)
  • 4 btg serai (kisar)
  • 2 ulas bwg putih (kisar)
  • 3 inci halia (kisar)
  • 1 inci kunyit hidup (kisar) *(boleh guna serbuk kunyit kalau xde)
  • 1/2 sdb garam 
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 - 1 1/2 kg daging kambing/lembu/ayam 
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  1. Gaulkan semua bahan bersama2 daging sekurang2nya 1jam.
  2. Goreng sehingga garing. Toskan minyak.
  3. Sedia dihidang bersama2 nasi impit & kuah kacang.

# Untuk resepi kuah kacang, boleh refer SINI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selingan ye gambar kat bawah ni. Hanya cadangan untuk u al yg dah siat isi ayam dari tulangnya, maka tulang2 ayam tu jangan la dibuang sebab masih ada isi2 ayam yg melekat pd tulangnya. Boleh la dibuat sup/stok ayam @ tiru macam mommy. Resepi ni sebenarnya dah lama sgt2 tak buat, semenjak mommy umur belasan tahun. Idea ni sebenarnya daripada mok yg pada masa tu masih jadi tokey restoren. Biasanya restoren kan banyak guna isi ayam untuk masak bersama mee, bihun etc, so mmg banyak le tulang2 ayam yg terbuang. Jadi untuk menggelakkan pembaziran salah satunya mok masak tulang2 ayam tu dengan menggunakan perencah segera maggi & tambah sedikit bawang. Serius sedap (emmph! mana tak sedapnya dah semata2 perencah maggi).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...