بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 14 May 2012

Sambal Ikan Nasi Impit (Serunding ikan)


2 hari bercuti tanpa N3 baru. Bukan busy ke apa tapi tak sihat for the last few days. Siap cirit birit & pening kepala. Ya Allah!! lama tak sakit demam ni rasa lemah je badan. Semoga Allah menggugurkan segala dosa2 mommy bersama kesakitan yg ditanggung, Amin3x. So, harini baru rasa segar sikit, kepala pun dah ringan. Alhamdulilah kalau tak, tak tau le mcm nak handle duty yg pack sesangat bulan May ni. Jgn ingat surirumah xde keje ye, huhu byk sgt keje. Ditambah lagi dgn tugas supir ni mmg kdg2 tu rasa cptnya masa berlalu. Skrg ni plak, daddy mmg OT keje smp 730mlm sbb plant tgh shutdown for maintenance jobs. So, duty mommy pun OT le jugak.

Harini mommy jot down resepi sambal/serunding ikan nasi impit (dah lama teringin nak makan tapi sikap malas yg membantutnya).Kalau @Besut, mmg setiap pagi boleh beli kat gerai2 utk breakfast. Satu plastik tu siap dgn set nasi impit + kuah kacang + sambal ikan....Sedapnya!!!

Resipi sambal ikan nasi impit ni mommy dpt dr FB Lauk Pauk/Kuih Muih Kelate. Dah lama jugak peram resepi ni alhamdulilah semalam terhasil la jugak akhirnya. Dah tak sabar nak rasa so, dinner semalam mommy dah pulun makan.





Bahan2:

  • Kelapa parut 1 biji (digoreng sehingga garing)
  • 5 ekor ikan selayang (direbus & diambil isinya) *
  • 5 batang serai *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 keping gula nisan/ gula melaka 
  • Garam secukup rasa
Caranya:
  1. Kisar bahan bertanda * & kemudian gaulkan bersama2 kelapa parut yang telah digoreng.
  2. Gorengkan semua bahan di atas api perlahan sehingga kering.
  3. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
  4. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
  5. Sedia dimakan bersama nasi impit.
Alang2 rajin nak buat, mommy trus buat stok guna 2 biji kelapa. Semua bahan2 mommy gandakan kecuali serai maintain 5 batang aje.



                                                                                                                                              1. 11. Kisar semua bahan bertanda * 

Friday, 11 May 2012

AMBUYAT & BELUTAK

N3 mommy harini special edition because i'll talk about Brunei delicacy yg mmg terkenal & menjadi kebanggaan Bruneian. Nothing as special as Ambuyat for most Bruneian. Walaupun di Sabah & Sarawak juga ada hidangan Ambuyat ini tetapi asal usul yg sebenarnya mmg bermula di Brunei (mmg kena refer history kalau ada yg claim bukan hak mereka). Selain Ambuyat, banyak juga delicacies yg terdapat di Brunei ni but this one kalau u all dtg ke Brunei tetapi tidak merasainya mmg menjadi satu kerugian. For me, personally,1st time trial really didn't like it at all & i consider it as my bad experience but i managed to try it for the 2nd time & i changed my mentality towards it.
Ambuyat is unique to Brunei as well as to Bruneians. Ia sebenarnya sagu yg dimakan sebagai hidangan tengahari @ malam @ bila2 masa yg sesuai. Kelihatan seperti gam kanji (gam dulu2 yg seposen, hehe kami panggil gam hingus...eeeik). Ambuyat ni sebenarnya mmg tasteless, that's why kena dimakan bersama2 lauk pauk lain sepertimana kita makan nasi. Yang paling utama dalam hidangan Ambuyat of couse sambalnya yg lebih dikenali sebagai 'cacah' oleh org Brunei. Cacah @ sambal ini diperbuat daripada campuran cili & buah binjai @ cencaluk. Kebiasaannya cacah ini dibuat masam & pedas supaya lebih emmph!!!


Cara nak makan Ambuyat ialah chopstick dicucuk ke dalam sagu & dipusing2/putar sehingga sagu bergumpal di buluh chopstick. 
Cara bagaimana utk menikmati Ambuyat ini pun unik sbb perlukan kemahiran jari jemari yg cekap. Mommy kadang2 tu ralit tgk local makan Ambuyat ni especially ketika mereka menggulung/memusing chopstick. Kalau u al tgk dalam picture kami sedang nak makan ambuyat tu, chopsticknya berbeza dgn chopstick org cina yg perlukan 2 batang buluh untuk mengepit makanan. Untuk Ambuyat, chopsticknya berupa sebatang buluh yg dibelah hampir putus (tapi masih berupa sebatang buluh). So, bila nak makan masing2 pegang chopstick masing2 & cucuk dalam sagu Ambuyat tu. Seterusnya, chopstick tu dipusing2 sehingga sagu melekat kepadanya, baru di sentap untuk putuskan sagu. Seterusnya dicicah ke dalam sambal cacah. Setelah cacah telah berpalut ke seluruh sagu tadi, maka terus ditelan (tanpa mengunyah).

Antara lauk pauk yg disajikan bersama2 Ambuyat. Belutak daging goreng yg sebelah pinggan ikan goreng.
Lauk pauk yg lain dimakan kemudian sebagai penambah perisa.Lauk pauk yang biasa dimakan bersama2 Ambuyat ialah ikan goreng & daging belutak goreng. Belutak ni salah satu lagi makanan tradisi Brunei & i believe u only can find them here in Brunei. Kalau u al tgk rupanya yag raw mmg macam sosej tapi besor.Kandungannya  pulak terdiri daripada campuran daging & parts lembu serta digaul bersama2 rempah ratus.So, semasa menyediakan hanya perlu goreng @ mungkin dimasak menggunakan resepi yg berbeza.
Rupa belutak yg dijual frozen.
Ini pulak rupanya setelah ditarik keluar dari packaging. Sedap bila dah siap goreng. 











Thursday, 10 May 2012

Ketam merayap menjadi korban.

BERITA GEMPAK!!!!kami dikunjungi ibu ketam yg montel. 
Hehe, semalam tgh kami lepak2 tgk TV sekali si Saim (amah kami) bgt nak bagi ketam. Mulanya mommy ingat ketam kecik yg selalu dok merayap malam2 area compound kami ni, alih2 bila daddy g jenguk pastu mitak bekas nak isi. TU DIA, besar gedabak!!!!Masa daddy bawak masuk ke dapur ketam tu mmg hidup segar bugar lagi cuma kulitnya pecah dek dikerjakan si Saim tu. Nak tak nak, org dah bagi mommy pun tutup tupperware tu xnak bagi dia lepas merayap dalam rumah & dgn harapan dia menemui ajal dgn tenang. Arfa & Ahdia (Anis dah tido masa ni) punye le gerun tgk ketam tu sampaikan mommy dah tutup tuppwerware pun dia nak lagi tutup pintu dapur takut ketam tu berjalan dalam bekas tu ke ruang tamu, hehehe!!!
Pagi ni bila mommy balik htr dorg ke sekolah, mommy tgk dah tak bergerak ketam tu, Innalilah......Baru le berani nak pegang & godek2 dia. Pastu terpikir nak masuk dlm blog mommy buat kenang-kenangan sebelum dikorbankan jadi lauk.Hehe, seekor je pun. Takpela, kita bersihkan dia elok2 & biar dia 'Rest in Peace' sebelum dia join kawan2 baru dia (yg mommy akan tangkap @pasar) berenang2 dalam periuk bersama2. So, layan le gambar2 model ketam mommy ni. (sedih pun ada bila tutup bekas tu semalam, tapi tak pe niat utk sedekah balik kat si Saim tu bila dah jadi lauk nanti).
Shellnya pecah dikerjakan Saim

Ketam betina. Besor & gagah perkasa.

Tengok tu betapa besornya dia!!

Penuh telur!!!!!

Kalau yg beli xdenya dapat yg penuh telur cam gini. Ini dinamakan rezeki datang merayap.

Tuesday, 8 May 2012

TAUHU SUMBAT BERGORENG

I have no idea kalau resepi ni org buat cara lain but this recipe i consider as 'hentam aje' based on the 4A's requirements . Hehe!!!masa @Malaysia mommy xpernah jumpa tauhu sumbat with deep fry version mcm ni tapi kat sini ada kedai runcit mamak yg menjual kuih muih made by local every morning. One of them ni hah 'Tauhu Sumbat Bergoreng'....Sedap plak bila makan, itu yg try buat sendiri. Alhamdulilah mmg sedap (walau rasa tak exactly sama mcm yg dorg jual)..... Kalau tanya Arfa yg ni lagi sedap sbb mommy just simplify the ingredients utk inti tu supaya mmg ikut kesukaan dia. Bagus2x!!!
Bahan2:
  • 5 keping tauhu 
  • 250g daging cincang
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji bawang putih (kisar)
  • 2 biji cili merah (cincang dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh lada hitam (kisar)
  • Garam 
  • Gula
  • Sayur-sayuran (carrot diparut, kubis, daun ketumbar, daun bawang @ sayur campur)
  • 2 biji telur
  • Minyak 
Caranya:
  1. Mula2 sekali goreng tauhu separuh masak (sekadar kulitnya bertukar warna). Toskan minyak.
  2. Potong kepada 2 bahagian tauhu tadi menjadi bentuk segitiga.
  3. Dengan menggunakan sudu, korek keluar isi tauhu yg masih lembut di bahagian dalamnya. 
  4. Cincang isi tauhu sehingga selesai kesemuanya. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih berserta bawang besar sehingga layu. Masukkan daging & isi tauhu tadi. Masak sehingga kering.
  6. Tambahkan perasa, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam & gula. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran pilihan & masak sehingga layu.
  8. Apabila inti telah siap, sumbatkan semula ke dalam kulit tauhu. Ulang sehingga selesai.
  9. Celupkan tauhu ke dalam bancuhan telur (letak sedikit garam di dalamnya) & terus goreng dalam minyak panas sehingga garing. Ulang sehingga selesai. Toskan minyak.
  10. Sedia dihidangkan.



Monday, 7 May 2012

Panna Cotta

Dah le cantik, sedap plak tu. Memang puashati.





Lama betul mommy peram resepi Panna Cotta ni. Heheh, dessert terkenal dr Italy (tak dpt g Italy, makan dessert Italy @Brunei pun jadilah). Sebenarnya, resepi ni terhasil berpunca dari kesilapan mommy terbeli cream Nestle (lama dah beli ni, tapi simpan sbb xde bahan nak buat). Mommy nak beli creamer/susu cair tapi tak perasan yg mommy capai rupanya cream. Bila sampai @rumah tgk2 eh silap beli. Nasib kat wrapping tin tu dia ada bagi resepi menggunakan cream tersebut. Bila study resepi tu mmg senang tapi mommy had no idea mcm rupa & taste Panna Cotta ni. Mmg tak pernah makan pun, tanya daddy pun (yg konon2 kerap ke Italy) pun lagi blur.....
So, time goes by sampai le mommy shopping groceries @Hua Ho, Tutong last 2 weeks. Benda yg mommy xde dlm simpanan & yg membantutkan mommy buat Panna Cotta ni iaitu gelatin. Mmg xbiasa beli & takut nak beli sbb takut tak halal. Cuma sebelum ni mommy pernah dpt tips mcm nak make sure gelatin tu benar2 halal & cara membezakan rupanya dalam FB@Jom Masak. Alhamdulilah gelatin yg mommy beli tu mmg dr sumber haiwan sembelihan yg halal. So, eksperimen utk membuat Panna Cotta pun 'ON'. As a result, mmg sukee sgt with the taste. Sedap sgt!!!!Kalau ikutkan mommy xsuka sgt dessert2 yg manis & muak but this Panna Cotta make me fall in love at a 1st sight dgnnya. Chewah!!!!
Panna Cotta yg mommy buat ni combination dr 2 resepi berbeza. WORTH IT!!!!

Ini plak Panna Cotta Kiwi. I like it so much!
Sumber: Resepi by Nestle (Mommy translate to BM)
Olahan: Mommy@Wind of Change


Bahan2:
1) Panna Cotta
  • 1 sudu teh powdered gelatin
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 2 cawan Nestle Cream
  • 1/2 cawan gula (mommy kurangkan dr resepi asal 2/3)
  • 1 sudu teh vanilla extract
2) Puri buah/gelee:
  • 150g buah strawberries/kiwi (boleh guna buah2 lain juga)
  • 10g gula
  • 1 sudu teh powdered gelatin
  • Sedikit air


Caranya:


  1. Dalam mangkuk kecil, larutkan gelatin di dalam susu segar & biarkan selama 5 minit.
  2. Dalam periuk, campurkan Nestle Cream, gula & vanilla extract. Panaskan sehingga gula larut (jangan sampai mendidih).
  3. Tutup api & masukkan campuran susu bersama gelatin tadi. Kacau sebati & biarkan sejuk.
  4. Pada masa menunggu Panna Cotta kita sejuk, sediakan puri buah-buahan. Larutkan gelatin dengan sedikit air (anggaran 1-2 sudu besar air).
  5. Kisar 100g buah strawberries/kiwi sehingga hancur. Biarkan seketika.
  6. Dalam mangkuk tahan panas, masukkan lebihan 50g buah bersama 10g gula & panaskan di dalam microwave selama 5 minit @ sehingga buah & gula cair.
  7. Apabila buah telah cair, campurkan juga buah yg dikisar & larutan gelatin. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan puri buah-buahan ke dalam bekas2 kecil/mangkuk hidangan & sejukkan sekurang2nya 30 minit/sedikit keras sebelum dituangkan lapisan Panna Cotta di atasnya.
  9. Sejukkan Panna Cotta selama 8 jam/semalaman sebelum dihidangkan sejuk.
  10. Enak dinikmati bersama2 hirisan buah-buahan2 sebagai tambahan di atasnya. Selamat mencuba!
# P/S
  • Kalau u all suka puri buah berada di lapisan atas juga boleh. Kalau rajin nak selang seli pun boleh tapi makan masa nak layer sbb kena tg dia keras.

Yang paling best sbb puri (gelee) kiwi & strawberry tu mommy buat sendiri. FRESH!!

Saturday, 5 May 2012

KETAM STIM

Lama dah rasanya tak menikmati ketam yg rebus @ stim simple aje. Asyik dok masak lemak, masak cili etc. Seingat mommy, kalau dulu2 kami makan ketam xde menu lain yg mok buat selain rebus ketuk serai. Jarang2 makan kira orait le kan tapi kalau selalu je menu tu jemuih jugak. 
Menu mommy harini actually menu eksperimen nak test market laku ke tidak masak style mcm ni. Bila dah siap terhidang, 2 org je pulun (mommy & daddy le tu). Kalau kebiasaan mommy masak ketam, k.Anis mmg pulun dia makan. Baik masak pedas @ tak, tapi this time dia kurengg. So, postmortem mommy, kalau agak2 malas nak tlg kopek kulit ketam utk k.Anis tu, mommy buat menu ni lagi le(hehe!!!jahat btui mommy ni. Bukan setakat jahat, pemalas gak ni).
So,overall for me,sedap masak stim ni sebab isinya fresh & terasa kemanisan isinya. Pastu xmuak kuahnya, boleh digaul bersama nasi mcm kuah singgang. Resepi ni mommy main cuba2 je,cuma idea ni terhasil bila ada kawan @FB share dia stim ketam dgn minyak bijan. Kalau u all nak try gak, no harm, mmg berbaloi.


Bahan2:
  • Ketam (5 ekor, boleh belah dua jika suka)
  • 2 cm halia (mayang halus)
  • 2 biji bawang putih (mayang halus)
  • 5 biji cili api (terpulang citarasa) (potong nipis)
  • Garam
  • Minyak bijan (1 sudu besar)
  • Daun bawang (untuk hiasan) * mommy xletak sbb xde stok
  • Bijan (disangai) *mommy xletak gak sbb malas nak goreng.
Caranya:                                                       
  1. Basuh bersih ketam & potong 2. Toskan air.
  2. Susun ketam dalam bekas & tabur halia, bawang putih, cili & secubit garam.
  3. Renjiskan minyak bijan ke seluruh badan ketam.
  4. Kukus/stimkan ketam tadi selama 5-10 minit.
  5. Apabila menghidang boleh taburkan bijan & daun bawang di serata ketam kukus tadi.
  6. Sedia dihidang.


Bubur Pulut Hitam

Haru betul N3 ni....Actually mommy dah siapkan semua gambar, writing & setting utk auto published N3 ni semalam pukul 10pm (sbb mlm selalunya daddy yg conquer iMac) so susah le mommy nak buat kerja2 editing. Alih2 mommy bangun pagi ni tengok xde pun N3 ni dan yg lagi dukacitanya sebab semua content utk N3 ni hilang/blank/ghaib.......Huhu!!!yg ada cuma tittle je. APA SUDAH JADI NI? Adusss, penat rasanya nak tulis semula. Hilang abis dah idea citer psl bubur pulut hitam ni. Tak ingat dah pun nak tulis pasal apa this time. KENAPA EK? Aduhai, apa yg silap? Mommy tersilap tekan delete ka? Budak2 ni main ka? Tak logik rasanya sebab semalam mmg dah settle dr petang, pastu mmg xde sapa2 guna iMac til daddy balik keje. Eh, pening memikirnya.. Takpela......




















Terus aje la pada resepi, dah spoil mood utk rewrite N3 ni. Btw, smlm mommy buat bubur pulut hitam ni sbb nak test mcm condition beras pulut yg mommy beli @Hua Ho Tutong ni. Setelah sekian lama mencari akhirnya last week baru ternampak beras pulut hitam ni @racking. After this, boleh la rasanya teruskan hajat nak buat kuih koci pulut hitam plak.

RESEPI


Bahan2:
  • 2 cawan beras pulut hitam (rendam atleast 2jam)
  • Santan pekat 
  • Air
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan gula 
  • Daun pandan (3 helai disimpul)
Caranya:
  1. Mula2 basuh beras pulut & toskan.
  2. Masukkan dalam periuk & isi air sehingga tenggelam beras pulutnya.
  3. Masak sehingga empuk. Semasa memasak beras pulut, masukkan daun pandan & gula.
  4. Dalam periuk yg berasingan, didihkan santan sehingga mendidih. Tambah secubit garam.
  5. Semasa menghidang, sendukkan pulut hitam & curahkan santan di atasnya.
  6. Enak dihidang panas @ sejuk.



Friday, 4 May 2012

Cucur Badak & Keria


Harini mommy tayang kuih muih tradisional yg cukup terkenal di kalangan bukan saja org2 melayu tapi satu Malaysia rasanya sebab mmg senang sangat2 jumpa kat gerai2 jual kuih ni. Semua tahukan kuih cucur badak? Actually beli ubi keledek ni niat asalnya nak buat kuih keria sebab masa mommy buat kuih donut aritu daddy terkenang kat kuih keria arwah mak tok. 
So, mommy nak buat le walau pada hakikatnya mommy xsuka kuih keria ni sebab belengas & manis melenting (kata org kelate). So, mula2 tu mommy buat la kuih keria pastu bila dah siap..... huhu, xlaku sangat sebab manis. Last2 mommy transform jadi cucur badak. Cucur badak ni plak mommy sorang je suka, daddy pun kurenggg. 3A apatah lagi sebab intinya pedas. Emmph!!! xpela, mommy jelah yg kenyang & gemuk nanti. Kik3x....mommy jot down jugakla resepinya untuk rujukan kot2 nak buat in the future.





Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil ) 

utk kulit 
2 biji keledek saiz besar 
1 cawan tepung gandum 
Garam 

utk inti 
1/2 biji kelapa parut 
1 cawan udang kering 
2 biji bawang besar 
5 batang serai 
1 sudu kecil kunyit serbuk 
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
1 sudu besar minyak masak 
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu



Caranya:
1. Kulit
1. Mula2 kupas keledek & rebus sehingga empuk. Taburkan sedikit garam semasa merebus. 
2. Apabila dah empuk, angkat & toskan. 
3. Lenyek ubi keledek sehingga lumat. 
4. Campurkan tepung gandum & uli sehingga sebati. 
5. Leperkan adunan & masukkan inti ke dalamnya. Tutup semula & bulatkan. 
6. Ulang 1-5 sehingga adunan habis. 
7. Panaskan minyak & goreng sehingga garing. 
8. Toskan minyak & sedia dihidang.

2. Inti
1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
6. Siap



Untuk kuih keria pula


Guna bahan & adunan yang sama. 
1. Uli memanjang adunan & cantumkan kedua2 hujung menjadi bentuk gelung. Rapikan. 
2. Setelah selesai membentuk gelung, goreng dalam minyak panas sehingga garing. 
3. Toskan minyak. 
4. Dalam kuali yg lain, masukkan 3 sudu besar gula & 1 sudu besar air. Panaskan atas api perlahan. 
5. Kacau campuran gula tadi sehingga mendidih. 
6. Masukkan kuih keria dalam campuran gula yg sedang mendidih. 
7. Gaul rata & angkat kuih keria yang telah disalut gula. 
8. Sedia dihidang. 









Wednesday, 2 May 2012

NASI KERABU BUNGA TELANG

Nasi Kerabu is in my top 3 favorite foods. Hehe, mmg xleh dipisahkan ibarat irama & lagu. Hahaha!!!biasale ore Pantai Timur weh, kalu dok make nasi kerabu tu kira pendatang asing la kot, kik3x....Tapi sebab kita kan 1 Malaysia, mana2 negeri & mana2 asal usul pun dah famous Nasi Kerabu ni cuma versi je lain2. Kalau sesetengah org buat letak daun limau purut le, lengkuas le, huhu!!!kalau ikut mok ambe mmg maroh le tu ubah2 history. Btw, itu typical mok nenek la. Org zaman sekarang ni suka ati le dorg nak olah mcm kan yg penting anak2 tekak family dorg happy. For me, personally kalau bab2 makanan tradisional ni i wouldn't against my 'che' because she is the master chef for me. Hehe, up skit 'mek kantin' ambe ni (fyi, mok masa muda2 dulu mmg tokey kantin sampai le umur pencen baru retired). So, for nasi kerabu, definitely kami adik beradik mmg dah tabik spring dkt resepi nasi kerabu hitam (using daun mengkudu) sbb aromanya lagi semerbak & of cause the taste pun emmmph!!! xleh nak cakap. Cuma satu kelemahan nasi kerabu hitam ni, warnanya mmg buruk (xmenarik langsung). Untuk org yg tak biasa jmp, mmg mcm ala2 terkejut & geli kot nak makan. U all blh tgk nasi kerabu hitam ni & nilaikan (tapi masa ni mommy snap guna hp & tgh2 subuh buta, so mmg x clear gambarnya). Insyaallah next time mommy buat lagi (for sure setiap kali bulan puasa xpernah miss menu ni). Tapi again, rupe je buruk tapi sedap.
N3 kali ni mommy try buat nasi kerabu biru (guna bunga telang). Bunga telang ni masa kami @Subang Jaya bibik Suliyah ada tanam (haii, teringat plak kat bibik aku ni - the best bibik ever) pastu lps dr tarikh dia balik mommy pun booo layan kat pokok ni. Skrg ni, mmg dah xde pun pokoknya dibuang oleh org cleaner. Nak jadi rezeki, masa pergi rumah k.Noor mg lps, ternampak bunga ni. Niat pergi nak cilok ulam-ulaman je, sekali terpandang Si Telang ni. After k.Noor offer trus rembat le. Siap amik biji benih lagi (dah tumbuh dah pun benihnya). Hehe!!!tq so much k.Noor, nanti bunga Telang Ros dah berbunga (harap2 sempat makan jasa bunga ni kat sini) nanti kita buat N3 special mcm k.Noor gak. Harini Ros pinjam gambar cik google je dulu pasal bunga Telang.
U al tengok le tu betapa birunya mata hitam ku melihat nasi yg putih 'ting' bertukar menjadi biru. Mmg menarik sekali warnanya compare tu nasi guna daun mengkudu yg hitam berbelak2. Hehe!!!ni kalau mok tgk mesti frust sbb mommy dah langgar taste dia. Tapi no worry, sbb warna je lain tapi rasa mommy cuba kekalkan walau sedikit berbeza sbb bahan2 utk nasi yg lain masih dikekalkan. Lagipun, nasi kerabu ni yang paling special ialah budu & tumisnya. Lepas ni, boleh le mommy variasikan koleksi nasi kerabu mommy. Ada satu lagi type nasi kerabu yg family kami selalu buat especially masa arwah ayah tiri kami masih hidup. Mok panggil 'Nasi Kerabu Darat', yang ni mommy belum buat lagi. Lagi senang yg ni sebab guna nasi putih biasa je cuma gaul dgn ulam-ulaman & sambal mcm nasi kerabu biasa. Yang tu later mommy jot down, harini kita study dulu resepi yg 'Nasi Kerabu Bunga Telang' ni.

Bahan2 nasi:
  • Beras (5cawan)
  • Bunga Telang (kisar & ambil airnya sahaja) - mommy guna dalam 15-20 kuntum.
  • Daun pandan (3 helai disimpul)
  • Serai (2 batang diketuk)
  • Air
Cara memasak nasi kerabu:
  1. Basuh beras sehingga bersih & toskan.
  2. Masukkan beras + air bunga Telang + daun pandan + serai ke dalam rice cooker.
  3. Tambah air jika perlu & gaul rata beras.Masak sehingga kering.

Bahan2 sampingan:
  • 1/2 biji kelapa diparut & digoreng tanpa minyak sehingga garing.Tumbuk sedikit utk meranggupkan lagi kelapa tersebut.
  • Rebus ikan tawar & ambil isinya.Tumbuk isi ikan & di goreng tanpa minyak.
  • Budu dimasak bersama2 1 btg serai + 1 buku lengkuas + 1 ikat batang kesum + 1 biji bawang putih tumbuk + 3 ulas bawang merah tumbuk + gula melaka + garam. Tambah sedikit air utk mencairkan budu.
  • Hiris ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun serai wangi, daun kesum, daun gajus, kacang panjang, timun batang & taugeh.Pilihan ulam bergantung kpd citarasa masing2 ye.
* Semasa menghidang, campurkan kesemua kelapa goreng + isi ikan rebus + ulam-ulaman + budu.

Lauk tambahan:

1) SOLOK LADA

Bahan2:
  • Cili hijau (cari yg gemuk2 ye)
  • Kelapa parut (yg muda mcm nak buat kuih onde2 tu)
  • Santan pekat (kepala santan)
  • Bawang merah 6-7 biji
  • 1/2 inci halia
  • Isi ikan kembung/selayang/etc..
  • Asam jawa
  • Garam

Cara2 membuat solok lada:
  1. Ambil isi ikan yg telah dibasuh bersih (Isi ikan mentah ye). 
  2. Tumbuk bawang merah & isi ikan sehingga lumat (jgn blender, tak sedap).
  3. Masukkan kelapa parut, asam jawa & garam ke dalam isi ikan & bawang tadi.
  4. Gaul rata & ramas2 sikit bagi kental.
  5. Belah cili hijau & buang bijinya.
  6. Sumbat bahan gaul tadi ke dalam badan cili sehingga ketat.
  7. Setelah selesai menyumbat isi ikan ,susun cili tadi ke dalam periuk.
  8. Curahkan santan pekat ke atas cili2 tadi.(sikit je ye santan pekat tu, agak2 separuh tenggelam je).
  9. Masak di atas api yg perlahan & tutup periuk.Biarkan sehingga 5-10 minit @ sehingga isi ikan masak.
  10. Sedia dihidang bersama nasi kerabu mahupun nasi putih.
* Elakkan guna isi ikan yg telah direbus kerana solok kita jadi kering/overcooked & tiada lagi rasa manis/fresh ikan....Semasa kita meramas isi ikan mentah bersama bawang & asam jawa, isi ikan sebenarnya telah separuh masak, bila kita didihkan dengan santan pun cuma sekejap supaya kesegaran isi ikan tidak hilang.

2) DAGING BAKAR

Bahan2:
  • 500g daging (hiris nipis spt daging stek)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula melaka (hiris hancur)
Caranya:
  1. Perapkan daging bersama serbuk kunyit, garam & gula melaka (mommy guna brown sugar).
  2. Bakar/grill/goreng sehingga daging masak sepenuhnya.
  3. Hiris nipis2. Sedia dihidang.
3) TUMIS NASI KERABU

Bahan:
  • 10 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • Santan pekat (2-3 cawan)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • Gula Melaka
Caranya:
  1. Kisar cili kering, bawang merah & halia sehingga lumat.
  2. Panaskan santan & masukkan semua bahan kisar.
  3. Apabila dah pecah minyak, masukkan kerisik, gula melaka, garam & kacau.
  4. Biarkan mendidih & pekat. Angkat.
Okey, semua dah complete ni set utk Nasi Kerabu kita. Boleh le try ye berani ke tidak makan nasi biru ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...