بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 5 September 2015

CAMERON HIGHLAND - Day 1

Assalamualaikum & salam sayang…

Percutian gaya Eropah D' Malaysia kami belum selesai. Keluar dari kota Belanda (Melaka), kami hantar abg Affan balik hostel & kami   meneruskan agenda ke Tanah Tinggi Cameron. Perjalanan dari Klang Valley ke CH ambil masa lebih kurang 3jam. Kami sampai ke destinasi iaitu Copthone Hotel dah petang (bertolak pun dah lambat).

1st impression sebenarnya masa smp CH adalah ; huhu!!!kotornya & panas & berdebu..alaaaaa cam kat Kundasang dulu gak la lebih kurang. Mommy dah lama tak dtg CH (rasanya last pergi zaman anak dara kot). Pepepun masih berbaki suasana romantis & mendamaikan di CH cuma kena hadam jugak pemandangan kebun sayur yg tak di managed dgn baik je (pejam sebelah mata).


Usai check in & solat serta mandi manda, kami keluar semula untuk dinner……wewewe!!!sejuk juga malam rupanya. Tadi siang masa smp cam panas je.

Review ttg 1st hotel yg kami inap di CH; 
Copthone Hotel merupakan 4 stars hotel & hotel terbesar yg menarik di CH. Terletak di tempat paling tinggi, berdekatan Kea Farm, Brinchang. Sinonim dgn CH, Copthone Hotel juga menggunakan konsep hiasan Tudor (tapi tak secara total la kotada moden kontemporari juga). Banyak pilihan bilik & apartment yg disediakan. Kami haritu ambil apartment 2 bilik. Mmg spacious sesangat. Sesiapa berminat blh review kat SINI. Pengalaman & penilaian kami alhamdulilah puashati & bersih. Cuma pekakas dapur kalau u al dtg reramai dgn family kena bwk la. We give 6/10. 

Malam 1st tu kami layan steamboat kat Glory 78. Halal restoren & rasanya terkenal juga kat sana. Syok layan steamboat yg panas berasap time sejuk2 camtu. Daddy yg so-so dgn steamboat pun ckp the best sup steamboat dia rasa (which mommy kurang agree…sbb best lagi kat shabu2…heheh!!!pepepun we gegirls dari dulu suka steamboat).

The next morning bermulala jelajah eropah kami (buekk!!).

1st sudah semestinya kami petik strawberries. Ahdia dah tak sabar2 nak experience petik sendiri. Dia mmg peminat tegar strawberry sampaikan masa g umrah dulu, ayah teh beli sekotak strawberries makan cicah nutella, dia terus ajak kami pindah dok Mekah jugak. Heheh!!!!



Oh btw lupa nak highlight; disebabkan dah kemaruk sgt dgn strawberry fresh dr CH, otw blk dinner semalam tu kami singgah beli strawberry. Org dah nak tutup kedai so dpt murah2 le. Breakfast kami pagi tu adalah strawberry cicah nutella & roti slice. Huyooo!!! very the European (buekk!!!)


Terlalu banyak pilihan strawberry farm kat CH ni, mula2 tu cam blurr gak mana satu nak pilih… Last2 mommy ckp jom kita g tempat 1st mommy petik strawberry jugak dulu masa kecik2 di CH. Kenangan petik strawberry kat Healthy Strawberry Farm masa umur lebih kurang 2 org ni jugak. Masih ingat tempat tu sbb dia betul2 sebelah Strawberry Park Resort. Mommy ingat kami park bas sekolah tepi hotel tu.


Masa @healthy strawberry farm ni kami pilih self-picking utk 2 kontena (cam dlm gambar dorg petik tu). Pastu sebelum keluar layan 2 gegirls ni makan aiskrim + strawberry jem. 

Dah tu, round lagi sekitar Tanah Rata & terjumpa perkampungan melayu yg bersih & mendamaikan je suasananya….Kampung Taman Sedia namanya. Ada juga org tanam sayur tapi still terjaga kebersihannya. We loike!!!

Mcmana kami masuk kampung ni adalah disebabkan iklan sepanjang jalan @CH ni pasal ' Abang Sambal Strawberry Ikan Masin'…..Bagus betul tarikannya, sehingga kami mmg end up lunch & borong sambal ikan masin strawberry 'Abang' ni.

Actually tempatnya kecil saja (kira family business buat kat rumah). Depan dia buka kedai makan & kedai cenderamata. Manakala bahagian belakangnya kebun strawberry & tempat masak sambal strawberry. 



Ikutkan Ahdia & Anis nak lagi kutip strawberry kat sini sbb terpengaruh dgn kata2 mommy yg wah!!! best sini, bersih. Tapi memandangkan stok strawberry dah banyak so permintaan ditolak. Nak kata sedap melampau tu xde la kot tapi sedapla jugak layan nasi ayam goreng berempah dgn kari & sambal ikan masin. Huhu!!!lapor plak perut.

Dah kenyang perut, mau kena exercise la plok kan…
Seterusnya misi mencari Rose Centre (ni ingat2 zaman sekolah dulu gak ni), waze tolong cari jalan… Pusing2 rupanya Rose Centre ni dekat dgn Corpthone Hotel rupanya (kira patah balik plak dah)……kat sini apalagi kerjanya, selain exercise lutut (turun naik tangga ke puncak) mestila exercise mata. Subhanaallah!!!!! mmg cantik2 sungguh bunga2 kat sini. Kalau kami dok Malaysia rasanya nak gak beli sepohon dua tapi apakan daya….jauh bebenor le nak hangkut ke Brunei.

junior photographer 


Kami dapat makan buah mulberry & buah cinta free. pakcik bangla kasi :P

antara bunga rare yg ada kat Rose Centre
lady's shoe ke namanya?
sekali pandang cam kami sedang menikmati pemandangan kan? rupenya duduk menghilangkan semput :P

nun di puncak Corpthone Hotel, kelilingnya kerakusan manusia menodai bukit2 hijau. Huhu!!!

Selesai exercise kami bergerak turun ke Ringlet. Sebenarnya dah tak sabar juga nak check in kat The Lake House.
Otw ke Ringlet tu kami singgah di Bharat Tea Plantation & shooting filem kat ladang teh. Terbentang luas pemandangan hijau ladang teh dengan jenama 'Cameron Valley' ni.



Kami turun ke bawah ladang teh tu & golek2 (eh xde la). Cantik sungguh viewnya, Subhanaallah. 


Selesai posing kami seterusya meneruskan perjalanan turun ke Lake House. Bersambung……..


6 comments:

lia ummiirfan said...

saya pun dah lama tak gi CH, last pegi masa darjah 6 kott.. ngeeee...

Tips ibu hamil kekal bertenaga

suka suka said...

Nostalgia buat keluarga kami CH ni..

Puan Wawa said...

Ya Allah, cantiknya pemandangan.. Wawa blm pernah sampai lagi sane.. Entah ble nk pergi..seronok ch jalan2..")

idzwa kamaruddin said...

cantik nyer la haiii walaupun sedih seb bnyk dah gondol..lagi sedih dah tak sejuk!

lama nyer tak kesana..ada la dekat 8 thn!

Elya Roza said...

best info ni sis. tq.
bleh plan cuti2 dgn family

Cikna said...

Sis tulisla regenye skli....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...