بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 17 April 2014

kuih kasturi


Assalamualaikum & salam sayang semua.

Nothing much just want to jot down resepi Kuih Kasturi yg mommy buat last week. Lebihan inti kacang buat Kuih Peria, mommy transform jadi kuih kasturi plak. tq tu Hasue for the resepi. Tepungnya ranggup. 


Inti Kacang Hijau

Bahan2: 
1 cawan kacang hijau 
3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2) 
1 sudu kecil garam 
Air secukupnya untuk merebus kacang 



Cara2 membuatnya: 
1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk. 
2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus) 
3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana. 
4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa. 
untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe 
5. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..


Kuih Kasturi / Kuih rengas / Kuih Kacang Hijau


Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. 
Inti yang sudah dibentuk supaya senang untuk digoreng..inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung/batter: 
1/2 cawan tepung gandum 
1/3 sudu mkn marjerin 
1 sudu kecil garam 
secubit gula 
1/2 cawan air 
Sedikit pewarna kuning 
Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan 

Cara2: 
1. Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula. 
2. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning 
3. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

11 comments:

Unknown said...

Wah!My fav : )

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

name kuih ni memang kuih kasturi ke sis.. kt melaka pernah nmpak.. tp kitaorg xpnggil kuih kasturi kut.. hehe

Farah said...

ya Allah sedapnya mashaa Allah! hehe nak try this recipe. saved!

x, Farah

Tie HT said...

sedap kuih ni, my fav :)

Suzana Ibrahim said...

dulu-dulu semasa masih belajar kak su suka makan kuih ni,tapi sekarang ni susah nak jumpa..

Nasa Mulia said...

baru jer makan semalam...tp yg belilah tapi...hehehe

Cho Zila said...

minum ngan kopi o sedapni...

Unknown said...

sedapnya...

tun_telani said...

Sedapnyerr... zaman sekolah dulu selalu beli kat kantin.. lama dh xmakan..skrg ni, kalau beli kadang2 kacang dia ada yg keras2 lagi.

Unknown said...

Wohoooo..
Barulah ku tahu hari ini bahawasanya.. kuih kasturi & kuih kacang hijau tu.. sama jer.

Very derrrr.. "tepuk dahi sendiri"

Jari Manis said...

Jm pun suka mkn kuih kasturi ni tp x pandai nk buat sendiri bila dh ada resipi ni nk cubalah part kulit yg rangup tu jm paling suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...