بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 21 September 2013

Gunung Jerai, Kedah

Assalamualaikum & good day.

Mommy rasa nak menyanyi la sikit harini. Nak kata riang gembira xdaq laaaaa. Saja cheq nak liburkan hati sendiri.


"Mai, oh mai cheq maiMai ke negeri Kedah"
Wasalam. Heheh!!!



Itu ja cheq tau sbb cheq xjadi pure Kedahan lagik laaaaa. Tunggu cheq dok tang Kedah lama2 blh la cheq nyanyi bg perabih nooo. Harini cheq nak habaq mai kat hangpa semua betapa cantiknya negeri Kedah ni (aikkk, ayat coverline ni sbb N3 pasal PULAU PERHENTIAN aritu dah up habis2 pasal Terengganu. Ngeh3x). 

Masa cheq balik cuti raya baru2 ni, SUPERHERO cheq dok sibuk la nak p holiday lagi (mentang2 dia cuti lamoo, tu dia aih xcukup2 tempat nak p melawat). Cheq & 3A seronot bkn main lg la ada org nak bwk p jalan2 lagi. 


So, depa (SUPERHERO & sibling la) dok discuss la mana nak p kannnn. Cheq mula2 dengaq ja la xmau la sibuk2, cuma sekali sekala cheq tarah masuk gak la bg idea. Last2 depa decide nak p Langkawi. Agenda Langkawi ni rasanya dah 2 tahun posponed, tapi nakkkkk gak p sana. Kami 4 beranak okey aje. 

Pastu tiba2 cheq dok teringat la kat gambaq2 ada kawan cheq post @FB, so cheq utara la kat SUPERHERO kot2 dia nak p. Sib baik dia pun "oooooh yalah, cantik tempat tu". Last2 calling2 tanya ada kosong dak what ever. Maka terlajur le kami ke sana. P mana? Langkawi ka? Dak aihhh..kami p overnite atas Gunung Jerai, Gurun nung. Kira orait gak le sbb OTW gak pagi2 esok gerak ke Langkawi. 

Tak sangka syokkkkk oooo tempat ni. Mesti ramai xtau @ buat2 tak tau sbb kira mcm alaaaa kat Kedah je pun. Tapi kan, cheq nak habaq mai ni mmg kalau hangpa org2 Kedah tapi tak pernah p sini kankira mmg hangpa rugi sangat. Kalau yang baru kawin tu drp hangpa p Cameron Highland ka, Genting ka baik hangpa p kat sini. Sejukkkkk & romantis abis. Orang pun xramai. Kira privacy habis la. 

Resortnya tak le besar sangat tapi environment cantik & bersih. Ehhhhh!!!!dok gebang panjang lebar lupa nak habaq kami stay kat ni haa.
The Regency Jerai Hill Resort.

Kemudahan banyak juga disediakan untuk aktiviti pengunjung. Hangpa nak tau details hangpa tgk SINI la. 

Masa kami p ni mmg attention nak tido & hirup udara segar je, so mmg kami skip le jungle trekking ke, mendaki ke……cuma daddy je la amik peluang jalan2 kat luar sikit. 

Mula tu ingatkan mommy & daddy nak le p belai2 badan @Spa dia tapi xdan aih.pastu nak gerak p Langkawi plak. So, 3A jelah dgn paksu depa mandi kolam & main kat playground. Selalunya depa ni kalau masuk kolam mmg susah nak naik ke darat kan tapi masa kat sana sat je berendam. Sebabnya sejukkkkkk!!!! hahah!!

OTW turun dari The Regency Jerai ni kami ternampak plak Muzium Perhutanan Gunung Jerai . So, harus le menyinggah juga tengok apa yang menarik. 


As usual nama pun muzium kan so mostly barang2 pamerannya adalah hasil2 hutan yg terdapat di Gunung Jerai ni. Tak lama menyinggah terus sambung perjalanan untuk ke Jeti Kuah. 


Lupa nak habaq.masa dah masuk jalan besar Gurun tu kami pekena jagung bakaq special (sepanjang jalan ada org jual jagung bakar & buah2 disamping minuman juga makanan ringan). Apa yg specialnya? heheh jagung tu depa buh, butter, garam & susu pekat. Belengas2 kami nak makan. Secara jujuq cheq xsukoooo le sbb dah tak natural rasanya pastu kurang masak plak tu. Huhu!!!rindu cheq dengan jagung bakar Marudi, Sabah. 

Pepepun, cheq kena cintai jugak KEDAH DARULAMAN ni sebab bukan setakat negerinya aman tapi sebab cheq dah rasa aman damai dgn SUPERHERO KEDAH ni. Sekian noo citer cheq arini. Di lain hari cheq cerita lagi pasai Langkawi plak. 

10 comments:

Anonymous said...

stay kat dalam rumah kayu tu ke, rumah batu??

hehe. maafla bertanya...

Umm AA said...

awat hangpa takmo naik gunung tuh..takyah lah pi langkawi dok jerai tuh nampak kemain lagi tempat dia noo..cheq mung tringin jugak..tunggu cheq balik mesia dululah nooo

Unknown said...

Assalamualaikum dik,
Only one word.. BEST..

OKje said...

Mentiang mentiang cita pasai Kedah, hangpa tilih pun bahasa Kedah no....hehe...
ceq mmg tak pernah sampai G Jerai... ..Dengaq cita hangpa sambil telan ayaq liuq je la Ros hehe

Unaizah said...

Kagum jap!! Gunung Jerai memang ada dlm list places to visit bila balik Kedah cuma tak sampai-sampai lagi. Kena bertekad la pi naik pasai tengok gambaq-gambaq Ros ni menggamit jiwa betoi.

ps..the last time saya naik Gunung Jerai was masa sekolah menengah dulu

Mia Kassim said...

Cantiknya resort ni......bilik dia pun besar dan luas...:D

Tie HT said...

terinin jugak nak pi sini, tapi ntah bila nya :)

mala said...

tau lama dah pasai resort gunung jerai ni dari FB member. tapi tak kesampaian la sbb yg bongsu ni jenis pening & muntah naik bukit. tapi one day kena naik jugak la. asyik balik kedah tak pi mana2 pun.

wawa syaida said...

tengok gambar-gambar akak nampak memang menarik hotel dan permandangan kat sini...1st pergi gunung jerai masa habis form 5...pastu tak pernah gi sana dah sampai sekarang...insyaAllah nanti boleh gi sana lagi...menggamit kenangan ni :)

azaleania said...

Ros,

Cantiknya kat Gunung Jerai tu...saya orang kedah tapi tak penah pi naik sampai atas lagi macam Ros,hehe...kalo cmni kena pi jugak gamaknya..best kt kolam tu,bg ank2 main,kita pun dpt rehat.Rate dia mahai dak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...