بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 20 May 2013

Laksa Kuah Lemak


Ohw btw mommy pun buat juga yg versi kuah putih special for 3A & niat nak bg k.Maria rasa.


Resepi azali sejak dalam perut mok. Hehe!!!

Bahan2
Ikan selayang/kembung (500g)
Santan pekat (amik dr sebiji kelapa)
5-6ulas bawang merah
1 inch halia
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa.

Cara2nya
1. Rebus ikan bersama garam& asam gelugur sehingga masak. Sejukkan sebelum diambil isi.
2. Tumbuk isi ikan (mommy kisar guna food processor).
3. Setelah selesai tumbuk isi ikan, tumbuk pula tulang2 ikan sehingga lumat (pastikan buang mata ikan bagi mengelakkan kuah menjadi hitam). Masukkan sedikit air & perah tulang2 ikan tadi (tapis amik air ikan je ye).Tulang ikan tu menjadi penambah rasa kuah.
4. Tumbuk/kisar bawang merah+halia.
5. Dalam periuk, masukkan ikan+santan+bahan kisar+asam gelugur. 
6. Masak kuah sehingga mendidih. Tambah garam. 
7. Reneh kuah sehingga pekat. Angkat & ketepikan.



#Laksam/laksa kuah lemak ni biasanya dimakan dgn ulam-ulaman & sambal.

Ulam
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Daun serai kayu
Taugeh/kubis
Etc....

Sambal
Tumbuk cili & garam sehingga lumat (kalau nak tambah belacan pun orait)....


9 comments:

Nisah Idham said...

oo Laksa Kuah Lemah.. errr sama ke dengan Laksam?
sekat langkawi ni ramai jugak yg jual laksa kuah asam. tak pernah cuba lagi ni..

Umm AA said...

Inilah dia laksa yg dkhabarkan tuh yer..wah kemain lagi..laksa nie buat sendiri ker ros? tak pernah buat laksa kalau laksam senang sikit nak buat kan..

nurbijen said...

Oooo, siap dengan tulang sekali kena tumbuk rupanya.... saya yg tak berapa rajin ni, guna ikan dalam tin aje la bila terasa nak makan kuah laksa ni :)

dekdaa said...

Lama dah tak makan laksa.. tatau apsal saya tak berapa gemar.. dulu suka sgt.. hmmm.

yan's cottage said...

salam Rostina.....

aduh....sedapnya kenapa pula tayang laksa segala nie....kepingin tau...baru baik dari demam nie...teringin sangat nak makan laksa minta semangkuk boleh....

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Sedapnye..menyelerakan..setakat ni hanya pernah makan laksa sarawak jer...

ishamizu said...

Hmm teringat mkn laksam mak mertua masa dtg sini raya thn lepas..mmg sedap!! Nak buat tak rajin lg mcm byk sgt stepnya ;D

rostina76 said...

nisah: kuahnye sama dgn kuah laksam tu tapi yg ni mkn dgn laksa beras (laksa yg sama laksa penang…tapi yg beras ye bkn yg mcm getah jernih tu)

ummuaidan: laksa tu beli readymade je UA tapi ada rezeki jmp yg laksa beras segera punya. klu buat sendiri huhu lambat la siap tu kot.hehe

nurbijen: che kros la tu ajar, katanya jgn buang gitu je tulang ikan. blend dulu & tapis amik pati. lagi sedap kuahnya. biasale org tua2 ni masakan dorg power sbb dorg rajin.kik3x… kita hok muda2 ni la byk malas pun. nur xpela lg malas sbb busy study, kros ni dok tahu la alasan apa klu malas gak

dekdaa: bakpo tu? rugila xgemar laksa lemok gak

yan's cottage: salam yan……kesiannye yan demam. ambik aura la ye yan dr gambar.hehe

lily@mamaQistina: kros dah pernah juga try laksa sarawak….sedappp. nak try buat gak tu (entohnye bila)

ishamizu: izu, senang je wat laksam. susah lagi wat rendang rasanya. heheh cuma renyah kena potong ulam2 je la

jannah1811@gmail.com said...

Asslamualaikum puan. i would like to ask ur permission to use this photo for a poster. i dont know how to contact you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...