Hidangan menu petang yang mmg berbaloi2 buat. Dah le senang, pastu semua org suka. Mommy buat hari Jumaat & Sabtu petang (2 hari berturut2 sebab permintaan tinggi dari 3A). Dah lama tak buat Roti John ni tapi bila terpandang roti panjang masa shopping groceries terus teringat & teringin. 3A pun bukan main seronok bila tgk last Friday (sbb mommy peram hampir seminggu roti tu dlm drawer).
Kalau kat Malaysia mmg senang le nak beli, setiap kali pasar malam sure ada. Kalau kat sini kena tunggu bulan puasa baru blh bersua muka. Itu yang bila teringin kena buat sendiri. Lagipun rasanya lebih berbaloi buat sendiri, banyak lagi dapat. Siap blh sedekah kat jiran2.
Bahan2:
4 buku roti panjang (roti untuk roti john)
4-5 biji telur (bergantung size telur)
300g daging cincang
1 buku bawang besar holland (potong dadu kecil)
2 biji bawang putih (kisar)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit stok ayam/pasti sedap
Sayur hiasan (mommy guna kobis & carrot)
Sos cili/tomato
Mayonis
Keju parut (cheddar cheese)
Marjerin
Caranya:
1. Mula2 sediakan inti: Tumis bawang putih & bawang besar sehingga layu. Masukkan daging cincang & masak sehingga garing. Perisakan dengan garam & stok ayam/pasti sedap. Ketepikan inti.
2. Bancuh telur bersama serbuk lada hitam & garam.
3. Panaskan kuali non-stick & masukkan sedikit marjerin.
4. Letakkan inti daging secara memanjang di atas non-stick pan, kemudian curahkan telur ke atas daging cincang.
5. Belah roti panjang & telungkupkan ke atas daging cincang tadi. Biarkan seketika.
6. Balikkan roti panjang tadi dengan berhati2 (supaya inti tidak tertanggal dari roti).
7. Tabur cheese di atas roti panjang berinti daging tadi.
8. Tutup roti panjang & angkat berlahan2 dari non-stick pan.
9. Untuk hiasan; buka roti panjang & tabur sayur-sayuran pilihan. Jika suka tambahkan sos pilihan & mayonis.
10. Semasa menghidang, potong roti panjang menjadi 4-5 bahagian (supaya senang masuk mulut).
Gambar selingan model sedang menikmati roti john mommy yang lazat sekali ;)
9 comments:
Sedaappnya ros! Dah lama tak mkn roti jonh. Pas ni boleh try :)
Rajinnya buat roti john... memang betul tu kalau di Malaysia banyak jual di pasar malam.... anak-anak memang cukup suka, beli tak cukup satu batang!
Sedap nya roti john...
lama tak makan, sllu nya beli je..:)
Salam kenal..singgah follow sni #157:)
sedapnya..akak dok beli kat pasar malam je...(jenis pemalas hehe)
alahai sedap gak tgk ni..
Aslmkum Ros
comeiii model roti john itu...sedapkan mommy buat. mmg jimat buat roti john sendiri....boleh isi inti byk2.
tkasih kongsi costing Hkong itu....teringin nak tanya juga Ros, mana tahu ada rezki dpt cuti ke Hkong bila2 masa akn dtg, tp segan takut Ros tak nak kongsi.ni Ros dah letak dlm blog bolehlah sbg rujukan . tp murah kos tambang flight MAS ke Hk utk 5 org itu...pandai Ros dpt flight murah.
yummmm yummehh..
Ya Allah comel nyer model roti john, sopan jer makan.
LL: itule miza, bila sekali sekala layan uish!!!nikmatnya.
Amie: mmg kena rajin le bila dok @negara org. klau @Msia mmg transform jadi malas.hehe, bkn sbb apa tapi berlambak2 org jual. meriah btul Msia kita kan
Atie: salam kenal atie. tq jd kwn kros
kamsiah: bukan pemalas k.kam tapi pemurah tu....kasi rezeki kat org lain. hehe
izan: blh suruh hubby bt izan (hehe, hubby izan kan rajin & pandai masak..untung izan)
mamasya: Alhamdulilah, ada juga ye org nak tahu. ros risau kot org ckp show off plak. hehe
mulan: meh, meh
nastyna: hehe, itu time sopan (bab posing mmg blh join group dgn JJ)....time bt perangai gerammmm jugak nak cubit peha
Post a Comment