بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 13 November 2011

Apam Polkadot Versi Ladybird


(Fly- Away Ladybirds)

Ladybirds 2x....fly far away.
There are wonderful things to see today.
Fly over the flowers that smell so sweet.
Fly through the raindrops that fall from the sky.
Fly up to the treetops, oh so high.
Ladybirds 2x....you flew so fast, now you can rest.
Home at last!!!!
#Lamaze Infant Development System - story book.


Hehe!!!! setelah lama dok terliur tengok apam ladybirds org lain buat. Secara rasminya diumumkan bahawa apam ladybirds mommy home made telah berjaya dilahirkan petang ini dengan segala perit jerih. Fyi, eksperimen petang ini cukup mencabar tetapi penuh dengan keseronokan. Bancuhan pertama dengan trial lukisan pertama cukup mengelikan hati bukan sahaja to myself but to 3A jugak. Siap pakat gelak dorg ni tgk lukisan mommy yg comot. Pastu siap cakap, alaaaa xpandai la mommy buat. Yang tak tahannya soklan Anis "sapa nak makan yg tak jadi ni mommy?". Pandai sungguh dorg ni, bila sedap&cantik puji melambung, bila failed condemn habis-habisan. Huhu!!! nasib baik mommy tak give-up, bancuhan kedua utk color yellow mommy try sekali lagi dengan counter problem 1st trial tadi. Alhamdulilah menjadi dengan PERFECTO (utk amatur mcm mommy le). Btw lupa nak cakap, mommy copy & paste resepi apam ladybirds ni dah berkurun dari blog Nuri ( From bakery 2 embroidery) tapi terperam je sbb mcm biasa le, ambil masa study dulu. Hehe, maklum le amatur je. TQVM kpd Nuri sbb kebanyakan resepi dia mmg step by step siap bergambar (itu yg mommy suka try resepi fr Nuri).....Utk u al yg amatur mcm mommy & nak try buat apam ladybird ni blh la cuba sbb senang je kalau kita tahu steps/methods yg betul. Lagi satu jgn pandai2 nak ubah sendiri (lain la f kita dah profesional), bukan apa sbb mommy failed bancuhan pertama tu pun salah satu sbbnya terubah masa kukus.Haha!!habis jadi apam mekar.

Ladybird2 ni tgh posing ...Seronok sgt bila tgk hasilnya..

Bahan2

Bahan A

  • 3 biji telur Gred B - guna telur yg korang dh letak dlm fridge, maknanya telur tu sejuk
  • 200gm gula kastor/granulated sugar-sejukkan gak
  • 1 tsp ovalatte
Bahan B

  • 150gm susu sejuk - guna Susu kotak Nestle Rendah Lemak (mommy guna 3 scoop susu tepung + 3/4 cwn air sejuk)
  • 255gm tepung gandum*
  • 1 tsp baking Powder*
- ayak bahan2 bertanda *

Bahan2 Lain

  • Apa2 filling (mommy guna strawberry jam)
  • Kaler hitam, kuning, merah..

Nota:
Sebelum nak mulakan sediakan semua bahan2 dia awal2tau... Besi mixer tu pun sejukkan gak. Mommy follow Nuri, masukkan je kejap dalam fridge bahagian atas. Ni untuk mempercepatkan proses mengembang & menggebukan adunan... Yg xde stand mixer, mmg terasa lenguh tangan memukul adunan ni..


Cara2


1. Pukul Bahan2 A hingga putih & kembang. Dia akan jadi agak likat.
(Telur + Gula + Ovalatte - sume sejuk ye.. bru kuar dr fridge).
Adunan yg cukup kembang - bila angkat mixer tu, adunan meleleh & tinggalkn jejak, adunan yg berlingkar kt bawah tu la dinamakn jejak...

2. Masukkn susu sedikit demi sedikit. Pukul sebati setiap kali susu dimasukkan.
Pukul hingga betul2 sebati & gebu & masukkn susu lagi, buat hingga susu abis dimasukkan ke dalam adunan.

3. Masukkn tepung sedikit demi sedikit. Pukul dgn kelajuan perlahan. Pukul hingga likat bg setiap kali dah masukkn tepung.
Pukul perlahan & betul2 sebati baru masukkn tepung lg.

4. Amik lebih kurang 1 senduk adunan & letak kaler hitam. (mommy xde kaler hitam, so.. mommy campurkn kaler merah + purple + coklat).
Dpt la kaler cokelat kehitaman. Boleh la. Kaler hitam mmg susah nk dapat. Pastu harganya mmg mahal dlm RM6 - RM7 sebotol(Nuri punya info).. Amik 1 tbsp lg adunan & masukkan terus ke dalam piping bag. Yg balance tu bahagi 2 - 1 letak kaler merah & 1 lg kaler kuning

5. Proses memasukkn adunan dlm acuan
Guna sudu untuk masukkan adunan kaler merah ke dalam acuan lompang saiz kecik & dilapik dengan cup kertas. Isi hingga hampir penuh.

6. Pipe kan strawberryy filling (mommy sudukan 1 sudu kecil). Masa ni boleh la panaskan kukusan.
Tutup filling dengn adunan kaler merah gak. Isi hingga separas dengan cup kertas.. Bila dah masak nanti baru nampak montel2.

7. Proses nak lukis Ladybird....Amik piping bag berisi adunan kaler hitam.
Buat garis melintang cam pic kt atas

Gunakan kaler yg sama & pipe kan higga memenuhi semua ruang kat bahagian atas tu. Buat plak garis menegak cam pic kat atas.

Then, buat dot2 la... ikut la banyak mana dot2 nak.
Pastu, amik piping bag berisi kaler ori.. pipe kan 2 dot kat atas untuk buat mata dia.
Amik piping bag kaler hitam plak. Pipe kan kat tengah2 dot yg kaler ori/putih tu.
Haaaa... jadi dah mata dia.. Lengkap la Ladybird kita.

Yg atas tu lukisan, nampak cantik la, yg ni real, comot!! hehehe..

8. Kukus selama 15min dengan api sederhana.. Jgn guna api perlahan plak.. nanti x kembang plak..& jadi x berapa nak comel.

Ladybird yg dah siap. Tgh tunggu untuk dimasukkan dalam periuk kukusan.


Nota..
* Penutup kukusan kena lapik/balut dengan kain supaya air x menitik atas permukaan apam..
* Kaler hitam = Royal Blue + Merah + Oren + Kuning Lemon
* Jangan kukus dengan api terlalu besar & terlalu lama dari tempoh 15minit sbb apam akan bust (mekar).

Ini rupa ladybirds cacat yg kena tembak. Haha!!muke dah le corak celoreng pastu meletup plak kena tembak. Pepepun, muke je huduh tapi rasa sedap. Gebus tetap maintain!!!

7 comments:

fsyakirah =b said...

gulpp..mesti sedap hingga menjilat jari ehh menjilat cup tu kan..hehe.=>

EmbunRosaliza said...

assalam rostina, menjadi dgn jayanya apam ladybird tu

rostina76 said...

kkirah: mmg sedap hingga tertelan cup pun xperasan.hehe ;)

rostina76 said...

k.rosa: atlast menjadi walau xle selawa org profesional buat. hehe!!!1st trial mmg failed tapi seronok dok kutuk mengutuk dgn anak2.

Kak Sal said...

wahhh...xcelent..kak sal pun dah lama teringin nak try..coz anak2 suke beli yg org jual..tapi mcm x de keyakinan jer...huhuhu

Nuri said...

Assalamualaikum tuan rumah...
dtg jenjalan kt cni..
Tahniah.. dh berjaya buat apam yg comel.
Comel & montel2 Ladybird tu....

Yg comot pn sedap gak... hehehe

rostina76 said...

Nuri : tqvm. U inspired me to try.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...