Assalamualaikum & good day.
Alhamdulilah dah seminggu kita berada dalam tahun Hijrah. Harini dah 7 Muharam 1435H. Semoga ALLAH bagi peluang lagi untuk terus hidup & beramal ibadat. Amin3x…..
Mommy nak jotdown dulu resepi yang hampir pupus di bumi Malaya ni. Mungkin ada yg tahu & kenal, tapi mommy yakin mesti ramai yg tak kenal & tak cinta resepi ni. For sure 3A pun mmg tak tahu apa benda ni, sampaikan si Arfa boleh masa makan dia cakap " daging apa ni mommy?"…..Hahaha!!!punya le 'peraq' new generation leni.
So ini mommy nak kena introduce ni bagi yang tak tahu. Empunya benda diberi nama KULAT SISIR, ada juga yang panggil cendawan kukur. Pernah dengar @ makan? Kulat sisir ni mmg species cendawan yg tumbuh selepas hujan le biasanya di atas permukaan batang2 pokok yg dah mati. Kenangan mommy dengan kulat sisir ni pun indah juga. Heheh!!!!masa tu xingat dah le berapa umur tapi for sure sekolah rendah le. Nenek baru beli tanah untuk buat kebun & menetap jauh dari kebiasaan (family kami ni dulu tak biasa sgt dok dlm hutan ni, so kiranya mcm nenek nak settledown after retirement dia le, sebagai tokey kedai makan. Heheh)……
Masa cuti sekolah kami cucu2 dia pergi le nak pungut hasil sikit2 masa tu dah ada pokok langsat, duku & durian. Pastu antara aktiviti kami juga ni haaa kutip kulat sisir……Huhu!!!!ingat hari kejadian tu, dok tengah kutip kulat sisir ni, mommy terasa mcm basah2 kat kaki, sekali bila sapu……"MOKKKKKKKKKK, gapo nihhhhhhhh?", serentak jugak terus tercampak baldi kulat sisir & panjat naik atas belakang C.Dae (mama Syafiq a.k.a my sis yg @Jubail skrg ni). Eeeeeeeeei, mmg fobia betul dgn lintah/pacat & yg sewaktu dgnnya tu.
Kesimpulan cerita ni ialah mencabarnya nak kutip kulat sisir ni. Maka harusla appreciate kalau dapat makan. Susah nak dapat leni, ini pun mommy beli @tamu (2nd time pergi tamu & 2nd time juga beli kulat sisir ni). Tak sangka org Brunei makan gak but i wonder la mcmana cara dorg masak kan.
Pepepun harini mommy nak bgt resepi wajib klu dpt stok kulat sisir ni. Mungkin org lain masak style lain tapi mommy suka goreng garing pecah telur. Kalau xde nasi pun xpe, meratah je lagi sedap. Oh btw hari Khamis time beli tu mommy beli 2 tompok (BND1/tompok). Banyak gak dapat, rasanya kat Malaysia tak dpt dah kot rege tu. So separuh mommy goreng & another half nak buat gulai lemak.
Bahan2:
Kulat sisir (rendam & basuh bersih)
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
2 biji bawang putih (tumbuk)
2 biji cili (kalau suka pedas boleh guna cili api)
2 biji telur (kocak)
Garam
Minyak
Caranya:
1. Setelah dibasuh bersih kulat sisir, perah sikit airnya & toskan sekejap.
2. Tumis bawang putih sehingga garing, masukkan kulat sisir & goreng sehingga kering air.
3. Masukkan bawang & cili. Gaul rata.
4. Perisakan dengan garam & curahkan telur yg telah dikocak.
5. Gaul sebati supaya telur pecah sekata di antara kulat sisir.
6. Sedia dihidang sebagai lauk tambahan.