Before mommy proceed, sama2 kita ingat harini adalah HARI WUKUF @Arafah. Waktu dimana doa dimakbulkan ALLAH iaitu Jumaat, 3 Oktober 2014…..Bermula gelincir matahari (zohor) jam 12:10 tengahari sehingga 6:07 petang (waktu Saudi) BERSAMAAN jam 5:10 ptg sehingga 11:07 malam waktu Malaysia & sewaktunya. Janganlah kita lepaskan peluang & menjadi org2 yg rugi melepaskan peluang yang diberikan oleh ALLAH Yang Maha Pemurah untuk diterima doa2 pada waktu tersebut. Mintala sebanyak yang mungkin kerana ALLAH itu sangat2 sayang kepada makhlukNYA. Jangan lupa minta taubat dahulu kerana kita sebagai manusia tak lepas dari melakukan banyak dosa. Semoga ALLAH terima ampun & permintaan kita. Amin3x Ya Rabbalalamin
Ok sambung n3 masak2. Heheh!!!sempoi je nak habaq mai ni. Balik Malaysia aritu, adik ipar ajak p ronda2 pasar malam uptown pastu depa dok beli la sengkuang calit. Uish!!!masa tu mommy cam pelik sebab ingatkan dah pupus sengkuang calit ni (zaman dolu2 mmg pernah jumpa tapi berkurun dahla xnampak).
Pastu aritu mommy beli sengkuang ni (org Brunei panggil mengkuang….hahaha!!!!jgn silap dgn tikar mengkuang ye) utk buat popiah & wantan wrap goreng……..Dari sehari ke sehari, tak jadi2 jugak popiah sebab banyak ooo agenda lately ni. Last2 terbayang2 lak sengkuang calit ni, apatah lagi baru dok teringat kuah rojak mak bee yg beli masa balik Malaysia aritu tak buka2 lagi. So, secara rasminya si sengkuang ni la merasmikan kuah rojak mak bee. Apalagi calit lerrrrr sendiri. Sedap gak weh rupanya tapi mmg xleh lawan lerrrr dgn nenas calit mak bee (heheh!!!!lps pekena sengkuang calit ni mommy cari jugak nenas baru puas).
Kesimpulannya, kalau keadaan darurat 'malas' lapar2 xtau nak telan apa silalah calit, mmg sedap & mengenyangkan…….tapi kot nak kecur2 liur tu mmg kena cari nenas @ pelam muda gak la noo.
Sekian!!!!laporan org malas.
Sekian!!!!laporan org malas.
7 comments:
terliur acik..acik pernah dapat beli 2 kali..memang sedap..acik suka
Hmmm... memanglah kecur kakak melihatnya. Tak apa nak buat lodeh raya ni ada beli sengkuang bolehlah beli lebih sikit utk makan dgn rojak ni...
sedapnya.. saya pun dah lama tak jumpa senkuang calit ni
meh sini nekcik petik kedondong...kita wat rojak buah mak bee
Amboiii laporan dasat. Hehehe
Kat tempat keja saya, saya lah orangnya yg jadi tukang supply sos dan kacang tumbuk utk semgkuang calit nih.. memang sedappp!
Den tak pernah ghaso.Hehehe!Sodap eh?Hihihi
heheh!!!! mengikut laporan balas mmg den blh kato sodap eh sesangat ni. myosal tak cobo
Post a Comment