Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah usai solat asar & doa akhir tahun. Semoga ALLAH ampunkan dosa2 kita sepanjang 1435 & menerima kebaikan kita sepanjang tahun. Amin…..Jap lagi kita baca doa awal tahun plak ye.
Harini mommy tak g kelas menjahit & buat house cleaning je. Kami di Brunei cuti cuma 3 hari (Jumaat, Sabtu & Ahad)……yg sedihnya 3A cuti camtu tapi daddy plak cuti Sabtu, Ahad & Isnin (ikut working hours mat salleh). Hampeh tul. Itu yg xleh nak plan g mana2. Jeles je tgk u al @Malaysia boleh balik kampung, JJCM, cuti2 Malaysia malah ada yg sempat cuti2 obersea lg. Kami selalu dok sembang, yg best duduk Malaysia compare to Brunei selain makanan yg best2 adalah cuti yg banyak. Tapi apakan daya suratan takdir rezeki kami masih di sini.
Petang ni mommy nak share resepi meleleh air liur "Kerabu Udang"…….Cukup bahan, proceed. Cepat & makan nasi bertambah tadi.
Resepi sama cam mommy selalu buat KERABU SEAFOOD, cuma taruk udang je.
Bahan-bahan
1 biji tomato potong dadu (lebih sedap yg muda)
1 btg serai hiris nipis
1/2 biji bawang besar hiris nipis
1 helai daun limau purut hiris nipis
2 btg cili padi hiris nipis (ikut kepedasan)
7 ekor udang medium size (bersihkan belakang & direbus)
1/2 biji limau nipis (besar) diambil jus
Sedikit suhun yang telah direndam air panas (tak letak)
sos ikan
Cara-cara
1. Rebus udang (jangan terlalu lama, nanti udang jadi liat).
2. Campurkan semua bahan di atas dan tambah sedikit air rebusan udang. Tidak perlu garam kerana sos ikan sudah masin.
4 comments:
SAya dah tambah nasi ni, kerabu nyer tak cukup, cepat la kak. :p
Ya Allah, namapk menyelerakan..hihi
makan dengan nasi hangat...mantap!
Ai ai ai.Pagi2 ni bikin air liur meleleh dah ni.Orang atas mintak tambah nasik tu takleh jd ni.Mintak nasik dua pingga sekaligus kak Ros.Hihihi!
Sedapnya udang... ratah saje pun dah cukup :-)
Post a Comment