بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label Cuti2 Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Cuti2 Sarawak. Show all posts

Tuesday, 10 September 2013

Teaser Lambir Hills National Park, Miri

Assalamualaikum & good day.
Mommy nak share sikit je keindahan Taman Negara Gunung Lambir. 
Masa otw balik dari Borneo Tropical Rainforest Resort, kami dropby ke sini berharap boleh overnite barang semalaman tapi hampa sebab kat sini pun full booked. 
Pepepun, sempat le jugak 3A beraksi kat air terjun. Best sangat air terjunnya sbb batunya landai & ala2 sliding plak.
Itupun kami tak meneroka jauh ke dalam memandangkan hari pun dah ke petang. 
 InshaALLAH!!!! ada peluang tidur kat resort sini plak.

Saturday, 7 September 2013

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri Sarawak

Assalamualaikum & good day. 
Aduhai, letihhhh mokcik bt entry banyak gambar lately ni. Slow mengalahkan Gary (Siput b#b! spongebob). 
Tapi mcm2 mana pun kena jugak bt utk kenangan kami sekeluarga & perkongsian info dgn kawan2. Selepas 2 hari baru siap entry ni.
Tibalah turn entry cuti2 kami ke Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri (BTRR). Kami ke sana last 1st June 2013 sempena cuti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Disebabkan last minute punya planning makanya kami dapat stayed sehari semalam aja due to full rooms. Kebetulan masa tu pun weekend, jadinya mmg sah2 le full kalau last minute booking. Itupun kira nasib baik dpt juga merasa semalaman tapi mmg tak puas le especially 3A ni sbb byk aktiviti2 yg kami tak dapat join. 
View bilik kami menginap (jenis Engkabang family suite). Besor biliknya dengan 2 katil queen & 2 katil single.
 Oh!!btw sebelum mommy lupa tempat ni actually blh je pergi balik hari (xperlu book bilik) tapi applicable utk org yg dekat2 la kot. 
Antara tarikan di BTRR ni adalah waterpark, lawatan ke ladang ternakan, lawatan ke kebun buah-buahan, aktiviti2 teambuilding, air terjun, tapak perkhemahan, menunggang kuda, jungle trekking & banyak lagi. Untuk keterangan lanjut ttg BTRR ni u al boleh refer kat SINI.
Hari pertama sampai dah agak petang so kami just spend di waterpark. Seronok tak terkata 3A sebab dah lama tak jumpa kolam besar cam gini. Heheh!!!nak condemn Brunei lg le ni (Shhhhhh!!!!)
Memandangkan entry ni banyak gambar xyah le mommy pot pet lelama sangat ekk. Kita layan aje gambar dgn brief explanation.

Di bahagian lobi.

Lepak2 waktu malam, ditemani bunyi cengkerik & makhluk alam. Mmg syok!!!! 
 Bangun pagi2 selepas subuh, terus kami jungle trekking (dah ada wooden path disediakan untuk masuk hutan, jgn risau budak2 pun selamat). 
Ahdia pun relax je jalan 2km sambil menikmati cuaca pagi yg segar bugar. Tapi mengeluh le jugak penat jalan. Bila mommy dok push sikit lagi dik, last2 abis juga suatu perjalanan.
Sepanjang laluan yg disediakan tu ada tempat utk naik bot, abseiling, memancing etc. Kami skipped je semua tu sbb xsempat.
Selesai morning walk sambil berkenalan dgn haiwan yg dipelihara termasuk rusa, monyet, burung etc, kami bergegas ke One Tree Hill Cafe untuk sarapan pagi. Makanan biasa2 aje cuma suasana tu mmg superb. Cosy sangat!!!
Selesai sarapan, kami menunggu traktor yg akan membawa kami mengelilingi resort. 
Sepanjang perjalanan tu kita akan dibawa melihat kebun buah-buahan, kolam ikan, ladang ternakan, air terjun etc. Pemandu pelancong a.k.a staff BTRR yg ascot kami pagi tu sungguh friendly (ada dia bg name card tp xyah le mentioned nama dia).
Dah abis pusing2 resort tu, sekali lagi 3A terjun pool sebelum kami check out. 
Walau berat hati nak balik sbb rasa mcm tak puas je spend sehari semalam kat sini tapi terpaksa juga packing keluar. 
InshaAllah semoga dapat lagi peluang ke sini ( mungkin next time kami nak bermalam ni Lambir National Park plak). Yang ni tunggu teaser dari mommy dlm masa terdekat sbb otw balik dari BTRR ni kami singgah sekejap di Lambir National Park tu.
Sesiapa sekitar Borneo ni kalau ada peluang tapi tak pergi mmg rugila sebab among the best spot kami rasa especially utk release tension. Daripada spend byk masa & duit ke Semenanjung @ keluar negara, rasanya Borneo cukup kaya dengan keindahan alam semulajadi yg memukau.
Kat atas ni mommy attach bagi u all clear picture betapa besar & banyak aktiviti yg boleh dilakukan di sini. Semoga entri ni memberi idea kepada sesiapa yg nak ke sana.

Monday, 15 July 2013

Hotel Nur, Miri

Assalamualaikum & good day.
Lamanya rasa tak jenguk Wind of Change & BW ke blog kawan2 lain. Mesti banyak citer yg mommy miss.

Harini mommy nak buat sedikit hotel review. Harap info sharing ni dpt membantu sapa2 yg dtg ke Miri. Selama hampir 3 tahun kami menetap di Brunei & selalu ulang alik ke Miri especially during weekend tapi blm pernah kami overnight di Miri kecuali percutian 2 hari kami di Borneo Tropical Rainforest Resort awal bulan Jun lalu ( blm Ada N3 pasal ni since Internet prob sebab semua gambar daddy dah transfer dlm PC....InshaAllah bila Ada peluang later citer pasal cuti kami & resort tu). 
Ok, berbalik kepada citer Hotel Nur, 1st mommy mmg dah perasan kehadirannya masa kami round2 bandar Miri dari dulu but after my friend mentioned about their operation terdetik dlm hati orait gak hotel ni since ianya baru & operated by Muslim. Tapi again mmg kami jarang Ada plan overnight kat Miri ni (pasal dekat je nak patah balik ke Brunei). 
Macamana boleh tertido plak kat sini tak lain tak bukan sbb plan nak berbuka kat Miri dlm bulan Ramadhan ni. Mcm biasa kami ni klau daddy free mmg xpernah lekat kat rumah during weekend apatah lg dlm bulan Ramadhan. Penat & boring asyik mommy masak, kiranya weekend jelah blh 'gantung periuk'. 
So dlm berkira2 nak berbuka kat mana weekend lepas (Brunei Ada cuti 3 hari sempena birthday Sultan Brunei on the 15/7/2013) itu timbul plan nak g Miri & worried rushing patah balik itu yg daddy bg idea tido hotel. Bila daddy mentioned je tido hotel terus mommy suggest Hotel Nur (walau byk hotel lain yg best2 tapi sbb nak experience & judge Hotel Nur ni sendiri mommy hoping daddy terima suggestion mommy).
Alhamdulilah, mmg tak mengecewakan Hotel Nur ni walau nampak biasa2 je dari luar. Disebabkan baru beroperasi, definitely keadaannya sangat bersih & interior dalamannya walaupun simple (with English concept) sangat cantik. Mommy suka dgn wallpaper & curtainnya. Sejuk & mendamaikan minda.
Kami amik bilik Executive Suite dgn kadar RM218/night. Kalau bilik biasa kadarnya RM178/night. Yang paling best (sbb pengurusan oleh org Islam) maka Ada disediakan makanan buffet untuk sahur. Senang keje xyah nak redah p cari makanan waktu dinihari.
Sapa2 yg berminat menginap di Hotel Nur boleh tgk info dorg kat Facebook... Search for 'Hotel Nur'.

Monday, 27 May 2013

Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo

 Assalamualaikum & good day.
As promised mommy nak bawa u all g tgk ' Bujang Senang' @Miri. Kami pergi last Sunday, 19/5/2013. Bertolak dari rumah dah around 10++am. It takes almost 2 hours driving from Kg, Danau, Brunei to this place, Miri Crocodile Farm & Mini Zoo. Terletak di Kuala Baram iaitu 24km dari bandaraya Miri, Sarawak. 


Fyi, dah lama we alert about this place tapi tak terasa nak pergi sangat sebab ingatkan ada Si Bujang Senang aja kat sini (eeei, geli & gerun la mommy nak tgk dia).  Sampai le mommy come across ada seorang blogger tu pergi melawat ke sini & she did mention about others animals. 


Oh!!!barule mommy mentioned kat daddy rupa-rupanya ada la jugak binatang lain mcm mini zoo gitu. Bila dengar my explanation, daddy pun agreed nak bawak kami semua ke sana. As usual, Arfa le yg paling excited kalau tempat2 mcm ni. We supposed to visit last month but due to time constraint, 19/5/2013 baru2 ni baru le sampai. Seronok le sangat 3A nak g melawat zoo.


Sampai2 aje terus nampak tempat horse riding, tapi kami terus aje proceed ke dalam zoo (tak sabar nak jumpa Bujang Senang). Sebelum lupa, utk yg nak pergi berikut bayaran tiket & masa operasi;
Waktu operasi: 9am -6pm (everyday)
Tiket: Adult (Malaysian) RM16
Child (Malaysian) RM8

1st sekali after the entrance ada galeri jualan barang2 dari kulit buaya & ada juga di pamerkan rangka & anggota badan buaya yang telah diawet. Oh!!!mcmana mommy nak tgk yg life ni, tgk yg dah mampuih pun seriau dah bulu roma. Serius, dalam hati mmg berdebar2 & seriau tapi tak cakap je sbb takut 3A pun takut & yg paling tak suka kena kutuk dek daddy. So, mommy ala2 selamba je jalan (jalan last sekali plak tu sbb apa2 info dpt dari 3A dulu, hehe). Bila dorg jalan ke depan, jap2 jerit "mommy, buaya"."mommy, crocodile"."mommy, tgk ni".."eeei, besar"..huhuhu!!!!mahu gugur jantung dengar.


Buaya pertama yang kami tengok (selain yg mampuih tule) was Albino Crocodile. Dia sekor2 dok dalam kandang (mcm tembok batu gitu). Ingatkan putih melepak kan dah Albino tapi xde le melepak cuma putih le compare dgn species biasa yg lain (gambar ke-3 dari atas yg ada gambar Arfa dgn tengkorak buaya putih tu. Yang Si Albino tu hujung atas belah kanan). 

Sepanjang 22 ekar kawasan taman ini mmg dipenuhi sangkar2 buaya yg pelbagai di samping mini zoo & kandang2 haiwan yang lain. Dianggarkan sebanyak 1000 ekor buaya terdapat di sini (mak aihhhh, banyak rupanya. Eeeiiii, ngeri lagi ni). Kalau u all tgk gambar ke-4 dari atas, tempat tu actually mcm menara tinjau untuk pegunjung melihat secara lebih dekat habitat buaya2 ni. Memang bagi mommy dekat le sesangat sampaikan boleh nampak giginya yg kemerahan oleh darah2 mangsa yg dingap. Masa ni Arfa & Anis mmg selamba je berlari ke sana sini atas menara tu sambil dok cari buaya mana yg bergerak & mengeluarkan bunyi tapi  Ahdia takut betul dia dengar buaya2 tu dok berdengus & melibaskan ekor mereka. Selalunya dia tak kisah berjalan atas titi @ jambatan kayu tapi this time dia pegang kuat kaki mommy. TAKUT!!!!!

U al tgk up close tau gambar2 buaya yg mommy upload ni walaupun collage images (byk sgt kalau nak post satu2), betapa besarnya mereka2 ini dibela & dijaga dengan penuh ekslusif.

Okey, selain buaya ada juga haiwan2 eksotik spt Southern Cassowary, Phython, Binturong, Sun Bears, Gibbon, Porcupines, a band of cheerful Monkeys, Anak Buaya and the like. Pengunjung boleh bermesra & memberi makan haiwan2 tersebut dgn pisang @ makanan khas (kena beli RM1/sebungkus). Untuk memberi makan buaya pula kena beli makanannya RM10 (rasanya dorg bg makan ayam @ daging kot sebab kami tak beri makan pun bujang senang ni walau Arfa dok memujuk). Mommy bukan apa, seriau sebab kena bagi dgn kayu mcm btg pancing tu (takut disentap dgn kita2 sekali dia ngap, nauzubillah).


Secara keseluruhan, mommy rasa ok la tempat ni especially utk penduduk sekitar & pelancong dari luar. Tempatnya diselenggara dengan elok & bersih (cuma banyak nyamuk, mungkin sebab byk lopak2 air utk Bujang Senang berendam & juga kolam2 ikan). Bayarannya bagi kami agak mahal tapi untuk pendidikan & pendedahan anak2 kiranya boleh la since tiada tempat lain yg berdekatan boleh memberikan pengalaman secara 'life' sebegini.


Sapa2 yg disekitar Brunei, Sarawak & Sabah should go to this place. Have Fun !!!


Saturday, 9 March 2013

DINO TREK 2

Assalamualaikum & good day.
Ramai yg cuti harini kan? Kami di Brunei harini last day school & starting tomorrow 10/3/2013 til 22/3/2013 the kids will enjoy their 1st term school holiday. Huhu!!!tapi mcm biasa le, yg cuti the kids & mommy je, daddy still working 24hr/day. Infact harini yang sepatutnya off pun kerja (time machine problem mcm ni le). Malas nak berangan p jalan2 walau pun dekat sebab end upnya kita jugak  yg frust. Pepepun, kesian jugak kat daddy sebab selalu kena torture  dek mesin2 turbine tu. Jadi kita dok diam2 ajela kat rumah. Sambil2 tu kita layan je kenangan percutian yang lalu.


Kat bawah ni gambar2 masa kami pergi melawat Dino @Muzeum Petroleum Miri. Mommy pernah citer kat SINI, kami pernah pergi tapi masa tu under maintenance so 27/1/2013 lepas baru le hajat kesampaian. Arfa of course yang paling seronok, Anis masa pergi ni tengah demam so moody je & Ahdia plak ketakutan tgk dinosaurs tu semua sebab mmg macam real siap boleh bergerak (limited movement of course) & mengeluarkan bunyi (hehe, mommy pun seriau tgk muka2 huduh dorg ni).

Entrance ke Muzeum Petroleum Miri, Sarawak Malaysia.

Kakak monyok & adik ketakutan.
Abg yang seronok, eh nape ada taik gigi plak.
Ekkk!!! gambar yg guna skitch ni mmg blurr & ada gangguan sikit ye.
The Dino machine.

How they make the Dino move.
There are many types of Dino
The babies
The mommy
The daddy ?????? hahaha memandai je
Yang ganazzz
Yang hipokrit.....ala2 ahli politik. Muka baik tapi dalam jahat :P :P

Akhirnya......semua pupus!!!
Antara aktiviti yang disediakan; Mewarna clay mold bentuk dinosaurs 
Tembak dinosaurs jahat

Menggali fossil....

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang disediakan seperti kuiz (menjawab soalan melalui computer), membina badan dinosaur (secara grafik & real), menjawab soalan2 berkaitan dinosaurs dlm bentuk permainan 'ting'ting', mewarna, melukis, jigsaw puzzle etc.... Sesiapa yang kat sekitar Miri & Brunei boleh le pergi sana (tak rugi sebab seronok untuk budak2 disamping menguji minda dorg). Masa kami pergi tu pun ada pelajar2 MRSM (eh dr cawangan mana ekk, lupa tapi MRSM kalau tak Sabah di Sarawak la kot rasanya).
Oh, btw ada souvenir shop lagi. Magnetic fridge, t-shirt, mug, toys, science experiments set, calendar, badge etc semua ada dijual. Kami beli magnetic fridge & volcano experiments set for Arfa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...