بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 28 February 2013

Mussel Rendang

 Assalamualaikum & good day.
Back to routine, hari2 memikior apa nak dimasak bagi santapan Maharaja & hulubalang serta puteri2 jelita. Bila dah mati kutu tu, belek2 la kitab mana yang ada. Belek punya belek terjumpa resepi ni. Wallaweh!!!mmg favourite permaisuri gitu.

Semenjak penangan Mussel Sambal Belacan makan masa berbuka puasa dulu2 terus jatuh cinta & melekat di hati sampai sekarang (kalau dulu mmg xsuka.....yelah 1st time kenal mussel dorg perah lemon makan mentah. Makcik ni tekak makan budu, mau nak termuntah). Tapi kini sentiasa rindu-rinduan @Si Mussel ni.


Okey, untuk pengemar kerang-kerangan di luar sana blh la mencuba resepi ni. Memang terangkat, licin jilat shellnya tau. Kalau xjumpa @mahal mussel ni boleh je guna sebarang kerang-kerangan.


Sumber: Majalah MIDI (15 Disember 2012)
Oleh : Mommy @Wind of Change
(mommy dah adjust sukatan sebab dlm majalah semua dalam gram)

Bahan2:
1kg mussel/kepah
500ml santan
2 batang serai (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar) @1 sudu kunyit serbuk
2 cm lengkuas (kisar)
2 cm halia (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar) @1 sudu besar cili boh
5-10 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
1 keping daun kunyit (dihiris halus)
Cili merah (hiris)
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Gula/gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan santan & kacau sebati.
3. Masukkan mussel/kepah & masak seketika.
4. Tambahkan garam, gula & perasa.
5. Masak sehingga pekat.
6. Akhir sekali masukkan daun kunyit & hirisan cili merah.

Wednesday 27 February 2013

Last day @HK.......KOWLOON MOSQUE & CITY GATE OUTLET

Our last day @HK, day-6.
Our flight to Penang schedule @7:50pm, so we still have a lots of time to cover where ever places that we miss out. At early morning after breakfast, we take the opportunity to dropby @ The Kowloon Mosque again just to snap few photos. Here, mommy share a few photos showing how ISLAM grow everywhere in this world (just we ourselves have to manage & maintain our IMAN where ever we walk on this globe, InShaALLAH).

Kowloon Mosque & Islamic Centre is one of the five principal mosques in Hong Kong. Located in Kowloon Tsim Sha Tsui at the corner of Nathan Road & Haiphong Road next to Kowloon Park. The mosque is currently the largest Islamic Centre in the city. The mosque holds prayers daily & is capable of accommodating up to approximately 3000 people. 






After finished photo session, we returned to hostel & check out. Daddy called for the chartered van/coach (because we still have time to have our last tour). The Indian guy (whose conquer the private transportation especially among the tourist here in HK), he drove us to the place that we want to go. 


Just 'pusing2' within Kowloon & straight away moved to Lantau Island. Otw to the airport, he did suggest us to go to 'City Gate Outlet' & Tung Chun Cable Car.


 We thought that place is just for the people who want to ride a cable car to the top of the mountain where Buddhist show their respect to their Big Buddha (mommy already skipped this spot in our planning because we are not interested to go there since we already ride a cable car @Ocean Park). 


But after that Indian explained, beside the cable car terminal.....There are also outlets selling various branded stuffs with cheaper price (wah!!!!both mommy & daddy mcm kena electric shock. Straight away asked that fellow went there). I tell U, this place definitely worth buying especially for those yg mmg GILER BRAND (how come i didn't realize about this place...many thanks to that Mr India, hehe).



Phewww!!!done with our window shopping, we proceed to the airport. 
Btw, last but not least about HKIA.
It is the world's 10th busiest airport handling over 50million passengers each year. Over 95 airlines operate flight to more than 160 locations worldwide including 45 destinations in mainland China. Opened in 1998, the airport has two terminals, 1 & 2. About 32km from the Central business district, the Airport Express Lina has rail service that links directly to the business center. Buses, taxis, ferries and couches are also readily available.

Okey guys, I have DONE with my Hong Kong Free & Easy episodes but as i agreed in earliest N3, i will summarize our costing in a single N3 (InShaALLAH, in a short period, hehe xtau le tu bila plak. Tunggu jelah ye). Just to give some ideas & preparation to those whose going in the future.

HONG KONG TOUR

Assalamualaikum & good day.
Aduhai, internet line tersemput2 sejak kemarin. Byk plak rasanya Q untuk N3 mommy nak dipublish ni. Bila internet mcm siput b#@i ni berjam2 le nak upload gambar (banyak plak tu gambar jalan2). 

Tsim Sha Tsui Promenade

Antara hotel2 5stars @area Nathan Road ni, ada gak Sheraton sebelah kanan tu
Ni nak bg perabih cerita hari ke-5, kami spent dgn 'Hong Kong Tour' especially sekitar Tsim Sha Tsui Promenade je (dekat je dgn hostel, area yg sama dgn Avenue of Stars).

Pagi tu kami masuk Space Museum yang terletak di Tsim Sha Tsui Promenade tu jugak. 

Simulation cockpit 
Arfa try MoonWalk.

Bagus juga masuk Space Museum ni sebab byk simulation & so called game yg menguji minda budak2 disediakan. Captain Arfa le yg paling excited, ke sana ke sini dok try. Mommy cam boring skit (maklum le bab2 astronomy ni bukan tak minat tapi cepat give up nak imaging). Lama gak dok dalam ni, hampir 2jam kot. 

Pastu, dari Space Museum tu kami masuk plak Cultural Centre, masa tu ada pameran lukisan oleh pelukis tempatan. So, layan je tenung lukisan ala2 'org berseni' gitu (ahaks!!!). Mommy suka juga tgk tapi 3A ni dok sibuk la suruh mommy cepat2, aish!!!!kalau bab benda dorg xsuka cepat je nak blah.


Keluar dari building tu, ada juga sculptures kekal yg dorg bina, kami pun posing aje la sebelah org xde kepala, burung garuda etc (hentam ajela bgt bentuk apa sbb sah2 kami bkn org seni nak mendalami hasil seni depa ni).

Dari Cultural Centre tu kami jalan along the promenade & singgah snap gambar lagi @Clock Tower (masa 1st day smp, mlm tu kami dah amik gambar tapi ni amik lagi gambar siang). 

Kerusi untuk menunggu sebelum naik ferry.
Teruskan perjalanan kami menuju ke Central Star Ferry Terminal. Naik ferry la pulak....... 

Ferrynya sama mcm Ferry @Penang.
Bila dah cross ke HK Island tu kami terus menuju ke Hong Kong Convention & Exhibition Centre. Kat sini terdapatnya Golden Bauhinia Square (mercu tanda HK). 

Fyi, bangunan paling tinggi di Hong Kong dikenali SKY 100 (kami pegi ke sana masa hari last tapi tak naik).


Golden Bauhinia Square is an open area in North Wan Chai, Hong Kong. The square was named after the giant statue of a golden Bauhinia blakeana at the centre of the area, situated outside Hong Kong Convention & Exhibition Centre, where the ceremonies for the handover of Hong Kong & the establishment of The Hong Kong Special Administration Region was held in July 1997.

After had our lunch, kami sightseeing sekitar bandaraya HK sebelum bergerak balik ke Kowloon dgn menaiki MTR. 
Malamnya just keluar utk dinner @Halal Restaurant & tido (tak sabar nak balik Malaysia esok)........

Monday 25 February 2013

Tak kenal maka tak cinta, dah cinta tergila2......

Assalamualaikum & good day.
Mood malas mcm dah nak melanda diri ni. Rasa suam2 kuku je nak jotting down N3. Banyak gak nak citer ni, lagipun N3 HK pun blm abis (mesti ada yg dah lena follow N3 HK yg blm2 tamat ni, hehe.....mommy pun rasa mcm nak buat last episod cpt2 je). 
Okey, kita mula dulu dgn citer merapu last weekend ye. Jumaat kat sini cuti umum, tapi daddy keje. Biasanya Jumaat pagi mommy masih busy hantar bebudak mengaji @Masjid & fetch daddy utk blk lunch bla2.....Petang je selalu yg free & melangut dpn pakcik 'Mac'. 

Buah Kembayau. Dulu tak suka, tapi skrg dah tergila2. Beli last Friday gak. Nanti mommy citer lain pasal buah ni.
Cuma Jumaat lepas, our neighbor (mama Areesya) ajak kami p Pasar Sengkurong. Katanya nak bawak Ros kenal & beli barang murah. Serius syok shopping sayur mayur, buah-buah & sewaktu dgnnya @Pasar Sengkurong tu sbb mmg murah (contoh kalau biasa kami beli sayur seikat harga BND1 kan, tapi kat situ kami dapat beli 10 ikat dgn harga BND1). 

Bau mcm kuat benor asap apinya tapi bila makan sedap plak. Cicah sambal kicap. Pherggh!!
Pastu p beli ikan kat Pasar Jerudong plak (sini mommy dah biasa, still murah compare tu beli @tempat lain). Masa kat pasar ikan tu, K.Mariah ni bgt dia nak buat ikan salai sabut kelapa....Haa? mcmana, Ros tak biasa. Dia reply takpe nanti I masak, I kasi U (ohw....ok sesangat le tu). Kemudian, beli plak bubuk (udang geragau), 2hinggit penuh satu plastik kecik (banyak tuuuu). K.Mariah bgt lagi, yang ni nanti I buat bubuk goreng, I kasi U jugak (Alhamdulilah...rejeki). Dipendekkan citer dpt le rezeki seperti berikut. Bukan tu saja, dia beli sayur bayam 10 ikat , share2 jugak dgn mommy (katanya byk ni Ros, kita kongsi la). Hehe....alhamdulilah lagi, dpt bayam, cendawan, daun sup etc....Abis tu mommy tak beli ke? Beli gak mcm2. 

3A panggil udang baby. K.Mariah goreng dgn bawang je katanya.  Hehe gaul dgn nasi, boleh le gak layan. Mommy buat cucur gak. BEST...
Ohw, mommy nak citer gak ni pasal org peraqqq (aku le tu). Bila sembang2 pasal benda makan ni tercerita la pasal tapai nasi, mommy bgt tak pernah jumpa ragi @Brunei ni. K.Mariah cakap ada Ros cuma org sini tak panggil ragi tapi Lagu (ehh..... btl ke lagu ekk, ke lado....tah kena tanya blk ni. Pepepun dah beli gak last Friday. Hehe alang2 jmp trus rembat). Satu lagi mommy plan nak beli kelapa muda yg boleh buat parut utk kuih, nasib le K.Mariah cepat2 bgt org tu "Eh, piasau yg lembut ada? Kami mau satu".....mommy diam aje biar dia yg setelkan. Bila dah masuk dlm kereta mommy tanya la, eh tadi akak sebut apa ya masa beli kelapa. Hehe.....dia bgt org Brunei panggil kelapa either nyiur@piasau. OOOOOOOOoooooo begitu le panjangnya jawapan mommy. Seronok keluar dgn local ni sebab byk yg kita blh belajar tentang tempat & keistimewaan dorg. Syukur Alhamdulilah kami dpt semua jiran2 yg baik & sporting. Kira rezeki jugak tu kan dpt jiran yg baik.

Entrance masuk (free)...Kolam kat belakang tu byknye la ikan besor2 giler. Pancing sure dpt.

 23/2/2013 (Sabtu lepas) merupakan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 29 tahun (muda lagi kan usia Brunei ni). Tak de aktiviti sangat walau mula2 tu baik punya plan, alih2 spend masa, tenaga & duit @Miri je (huhu, xpela consider blk negara). 

Anak singa. Mommy le mak singa, hahah roarrr!!

Tempatnya bersih.



Ala2 naik yatch la ni.
Ahadnya plak kami lepak2 rumah cuma lunch mommy belanja makan @luar (hahaha!!!!gempak la sgt mommy belanja, padahal duit dr BIG BOS gak....). Abis makan kami p survey satu tempat ni so call Taman Rekreasi. Tempat menarik, environment nyaman & bersih cuma disebabkan mungkin kurang kunjungan mcm hambar je tempat tu. 

Kolam air terjun. Ada pool utk org besar/dalam & ada pool utk kanak2/cetek.
Ada air terjun tapi jauh ke dalam & mmg xde access, cuma dorg dah buat takungan/pool untuk pengunjung mandi manda. Ada ramai gak yg berendam tu, cuma biasale mentality mommy ni tgk mcm kotor (padahal sama la dgn air terjun semulajadi). Daddy cakap mmg kena buat kolam sebab air sikit but still air tu mengalir. Anis & Ahdia sibuk bgt nak dtg lagi bawak swimming suit, mandi manda dgn Areesya. Ye kan ajela.




Saturday 23 February 2013

Healthy Juice

 Assalamualaikum & good day. 
Lama dah mommy tak tayang koleksi jus penyejuk tekak. Harini turn Healthy Juice plak mommy nak share dgn semua. Really recommended this juice especially for those yg banyak angin dalam badan & undergo diet program.


Yang bestnye combination jus ni sebab ada halia. Mmg proven halia ni bagus nak buang angin dlm badan cuma yelah kadang2 org tak suka rasanya yg pahit & payau. For me, tak kisah dgn taste halia, kadang2 breakfast pun mmg minum teh tarik halia (kalau daddy everyday layan teh tarik halia). Lately ni kalau terminum teh especially early morning mmg terasa angin satu badan, so nak avoid jadi pedih ulu hati & sengkak tu better add on halia dlm minuman teh.



About this juice, yg tak suka rasa halia tu rasanya boleh je layan sebab bila dah combine semua buah+sayur tu rasanya jadi sedap. Yang penting fikirkan untuk kesihatan ;)


Bahan2:
1 biji epal hijau
1 biji lobak merah (sederhana besar)
1 inci halia
1 sudu besar madu (tak letak pun boleh)
1 gelas air
Beberapa ketulan ais

Caranya:
1. Kisar epal, lobak merah & halia sehingga sebati bersama air.
2. Tuang ke dalam gelas & masukkan ketulan ais (jika suka).
3. Hidangkan.



Gambar selingan jap, hehe gelas ni beli masa blk Malaysia aritu @Bubba Gump Shrimp. Yang special membuatkan 3A berkenan beli sorang satu sebab ada lampu lip lap kat dasar gelas tu. Berpinar2 mata bila minum air dlm gelas ni. Itu je nak bgt ;)


Friday 22 February 2013

OCEAN PARK HONG KONG

Assalamualaikum & good day.
Selepas selingan 1, 2 N3 masak2 kita sambung le citer Hong Kong kami yang dah bersisa sikit lagi ni. Aduhai.....Malasnye le nak upload gambar bebanyak ni tapi demi Wind of Change & kenangan untuk kami sendiri juga panduan berkongsi dgn kawan2 mommy gagah le jugak upload sikit2. Ingat nak tayang je slideshows dlm FB kat sini tapi x boleh le plak (kalau dlm slideshow tu mmg berlambak gambar). Mommy ni dah hampir 'hilang ingatan' dengan itinerary kami di Hong Kong 2 bulan lepas. Kira ingat2 lupa la ni ye.

Okey, hari ke-4 kami di Hong Kong kami spend the whole day @Ocean Park. Personally if u ask me, mommy memang suka Ocean Park compare to other spots yang kami dah pergi. SEBAB? Ibarat mcm One Stop Centre; Zoo & educational park + Family adventure theme park + Historical place + Natural environmental visit etc......Overall it's all about getting closer to the animals.

Memandangkan di Ocean Park ni tiada lagi perkhidmatan Subway/MTR (under construction), so kami terpaksa menaiki bus ke sini. Nak dijadikan citer, masa tempat nak stop tu kami mcm blur sbb dok sibuk tgk pemandangan kiri kanan & xdengar announcement jadinya terlajak ke jalan lain. Huhu!!!bila ikut GPS mcm dah dekat je tempatnya tapi pusing punya pusing xjumpa2. Last2 terpaksa jugak naik cab (dekat je rupanya & nasib tambang pun xmahal). 




Kami sampai sedikit terlewat (dlm 11am lebih, dorg buka 10am). Pepepun bila sampai, terus je blh masuk bila tunjuk bukti kami beli tiket online (sbb online system dorg ada problem so xleh nak print out ticket). Yang paling syok, masuk2 aje terus dapat tgk 'Sky Fair Celebration' (A team of Ballloonatics & Aviators show the exclusive skills of acrobatic performance). 

Abis aje acrobatic show tu kami menapak ke Amazing Asian Animals Camp. 



Kat sini kita dapat tengok banyak haiwan2 istimewa yg terdapat di kawasan Asia terutama di negara China seperti Beruang Panda Gergasi, Beruang Panda Merah, Musang, Chinese Salamander & Chinese Alligator etc.

 Keluar dari Amazing animals camps, kami terus catch up persembahan theater @Amazing Bird Theatre. 


Mereka membawakan persembahan "Emperor of the Sky" dgn melibatkan pelbagai jenis burung. Cukup memberi pengetahuan & kesedaran kepada budak2 yang menonton (walau tak faham pelakonnya bercakap Cina, hehe).

Kemudian, round2 sekitar Old Hong Kong (dorg set up bandar lama HK). Pastu kami semua naik sea life carousel termasuk daddy. Syok gak sekali sekala jadi bdk2 ni.

 Okey, after posing sana sini & main a few attraction, kami rehat jap sambil layan lunch (bekal lagi roti cicah kari ayam brand
 yeos plak, kurenggg sedap tapi abis juge). Oh ye, kot le ada yg wondering kenyang ke makan roti je (eh, kenyang giler sebenarnya). Fyi, kalau travel@jalan2 dgn kids ni mmg kena ready bekal kudap2 yg mengenyangkan byk2 especially biscuits & chocolate. Air mineral & juices juga mmg tak putus2 kena teguk. Air tu xyah le susah payah bekal sbb everywhere u go around the globe mmg halal kan. Beli jelah.

Sambung citer........after kenyang layan roti cicah kari tu kami start menyeberang dari The Waterfront ke The Summit dengan cable car. 

The experience was SUPERB especially to 3A (mommy & daddy pernah naik cable car @New Zealand dulu but at that time kami naik waktu malam utk dinner so mmg gelap xnampak apa). 

Dari atas cable car kita boleh nampak clearly HK Island as well as Kowloon (I guess sbb gayat gak nak pandang lama2, hehe).

Di bahagian The Summit ni lagi happening & banyak sangat attractions permainan. Ia dibahagikan kepada Rainforest Zone, Polar Adventure, Thrill Mountain, Marine World & Adventure Land. Attractions yg ada di sini dibuat mengikut tema zone masing2.

Disebabkan banyak sangat tempat mainnya, byk yg kami skipped (kami tak main semua sbb ada a few yg kira bahaya jugak utk bdk2 & kesuntukan masa). 








Yang penting jgn lepaskan peluang masuk @North Pole Encounter & South Pole Spectacular utk melihat secara real dgn penguin, sea lion & walrus. 


Oh lupa nak mentioned, we did watched Ocean Theater featuring talented mammals ; dolphins & sea lions. Best show tu, ada lucu, serius, sedih & gembira. 

Dapat lihat dolphins & sealions live (dekat plak tu kami kira duduk seat yg betul2 tengah belakang kandang sea lions buat performance ni) suatu pengalaman yg berharga especially tu the kids (Ahdia sampai melopong tengok mammals tu).

Selain pertunjukan air oleh dolphin, sea lions & trainer mereka, persembahan tersebut dimulakan dulu oleh live band ni. Mat Salleh ni nyanyi lagu Christmas. Layannn jelah.






Bila dah selesai round The Summit & beli sedikit souvenir, kami pun bergegas beratur naik Ocean Express untuk cross semula ke The Waterfront. Masa tu dah pukul 6pm++. That the last train available. Ocean Express ni train yg membawa pelawat samada dari The Waterfront ke The Summit @ vice versa. So, kita blh pilih samada nak naik cable car @Ocean Express. 

Bila kami dah sampai @The waterfront, pertunjukan akhir (Aqua City Lagoon Symbio) masih belum bermula. So, kami ambil peluang masuk ke The Grand Aquarium. Best sangat dalam ni sebab ibarat kita berada di dasar laut (ala2 Aquaria KL la ni). 



Macam2 species hidupan laut yang kita tahu & tak tahu ada di sini. Jerung, pari gergasi, sotong kurita, ikan pelbagai jenis etc mmg banyak sangat dlm big aquarium ni tetapi yang paling menarik perhatian mommy makhluk ni ; Leafy Sea Dragon.....SUBHANALLAH mmg cantik & mengkagumkan. Mmg mcm dragon bentuknya.





Last but not least, persembahan penutup yang sangat hebat. Kalau @Disneyland kita ada light & fireworks show, di sini juga ada. Yang berbeza cerita yang disampaikan & yang paling best di sini bukan sahaja light, fireworks tetapi ada water & fire effect lagi. 


Ceritanya mengisahkan 2 ekor naga yang bergaduh & menunjukkan kekuasaan masing2 tetapi di akhir cerita mereka terpaksa akur dengan kuasa persahabatan. HEBAT!!!!!suka sangat.



Okey, sebelum mommy tutup citer Ocean Park ni, mommy bagi links untuk yang berminat nak pergi. Yang tak nak pergi pun tapi tak berapa faham citer mommy ni blh je tengok details pasal Ocean Park kat SINI.
---------------------------------------------------------------------------
p/s: untuk kawan2 yg sudi singgah, maaf ye mommy blm sempat nak dropby blog u all. No worry, I will cuma masa je kena curik2 sikit. Sooner @ later sure sampai. Jgn mare & have a blast weekend ye everybody.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...