بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 18 February 2015

Sambal Gesek Goreng

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini mommy & Arfa akan berlayar balik Malaysia untuk settle urusan persekolahan Arfa. Mohon mommy kalau kawan2 sudi doakan keselamatan perjalanan kami pergi & balik.
Jazakallahu khairan kathira.


Mommy tinggalkan u al beberapa harini dgn juadah sempoi tapi menyengat.
Sambal Gesek Goreng.


Bahan2 & caranya sama dengan sambal gesek biasa tapi selepas ditumbuk tu kita goreng dgn sedikit minyak.


Silakan……

Sunday 15 February 2015

Portuguese Egg Tart

Assalamualaikum & salam sayang.


Jotting down resepi Portuguese Egg Tart yg mommy buat last Friday (second round buat). Emmmph!!!! Sebelum ni mommy tak berapa minat sangat. Ingat kalau beli Portuguese Egg Tart @Bakery sure muak & cam payah nak habiskan. Mungkin sebab dorg buat size besar utk jual kan atau mungkin dorg buat kulitnya tebal sangat which i don't like the puff taste tu. Tapi yg sendiri buat ni pulun ngap, heheh mungkin sebab mommy buat size kecik & filling dia simple just nice xde sgt bahan2 muak.


Pepepun senang je buat Portuguese Egg Tart ni, pastri pun guna yg ready made pastry je. Cepat plak tu. Kalau u al ada party @ nak potluck ke orait gak buat je Portuguese Egg Tart ni.


Jom tengok resepi. Mommy olah je filling tu dari resepi TART TELUR dulu.

Bahan2:

A. Kulit
Readymade pastry 

B. Filling
1/2 cwn gula kastor 
1 cwn air
1/2 cwn susu segar (blh juga susu baby 2 scoop + air + susu cair = 1/2 cwn)
1 tbsp tepung kastard
2 biji telur Gred B 
1 tsp esen vanila
Sedikit pewarna kuning/oren



Caranya:
1.  Panaskan oven 180'C.
2. Tekap kulit puff dengan acuan tart/bulat.
3. Tekankan kulit puff tadi ke dalam cawan kertas (ketebalan kulit tart ikut suka nak tebal mana ye)
4. Buat sehingga adunan habis. Susun dalam dulang pembakar.
5. Untuk filing plak, masukkan semua bahan dlm mangkuk & kacau sebati (kacau guna senduk je). Bila semua dah sebati, tapiskan.
6. Kacau filling atas api sederhana besar sehingga sedikit pekat/kental. 
7. Tuang filling ke dalam acuan tart (penuhkan aje acuan dgn filling) .
8. Bakar 180'C selama 35 minit @ hingga tart masak (mommy masak 180'C selama 30minit je).

Wednesday 11 February 2015

BINGKA SUSU KASTARD

Assalamualaikum & salam sayang.
Tadi terjumpa satu page @fb yg curik gambar & resepi dr blog Wind of Change. Tak sangka 'penyamun tarbus' singgah jugak kat sini. Ish2x!!!!! Nak senang je bagi laris page dia semua main cilok je, sedari chef blogger terkenal smp la ke chef ceruk dapur cam mommy dia c&p without any compliments…
What ever it is, terpulang la atas pemikiran sendiri, kalau guna resepi org pun atleast highlight la kot dpt dari mana ekkkk?



Pepepun jom la mommy nak share resepi kat sini, resepi utk 3A di masa depan. 


Lately ni mommy suker plak dok membakar kuih2 bingka/bengkang/kuih bakar etc… 2 minggu lepas buat bingka pandan/kuih bakar kemboja smp 2 kali, ni harini buat kuih bingka susu plak. Heheh!!!! kalau buat time ada kelas berbaloi la sbb separuh jemaah kelas dapat rasa & another half jemaah kat rumah habiskan (kalau bt satu adunan untuk jemaah rumah saja lambat abisnya). 



Tqvm utk dik wani dari kelate yg share resepi mudah ni. Mommy buat bingka ni at first sbb bahan2 utk bt bingka lain (cth roti ke, cheese etc) xde dlm stok…….so bila google bingka susu, mommy pilih resepi wani je sbb sukatan pun senang… Bila dah siap bakar, walla!!!!! sedap.


SOURCE:HANIMMDZAIN


Bahan2:
1 1/2 cwn tepung gandum
2 cawan santan pekat
2 cwn susu cair
4 sdb susu pekat manis
3 biji telur ( mommy pun letak 2 biji )
1 cwn gula perang/pasir
1sdk vanilla
2 sdb tepung kastard
secubit garam
1sdb mentega

Caranya:
1. Satukan semua bahan di atas hingga sebati (mommy blend & tapis). 
2. Masak sekejap atas api perlahan. Sedikit pekat tuang 
dalam acuan di sukai (maaf wani, mommy skip step 2 ni sbb xdak masa.. pepepun masak perfectly gak cuma tambah masa bakar jadi 45min).
3. Bakar selama 30minit 170' (mommy bakar 45min, 180'C).
4. Boleh juga di tabur sedikit bijan putih dan hitam.
5. Setelah masak sejukkan baru di potong.

Monday 9 February 2015

Popiah Special Ahdia (potato, egg + cheese )


Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy nak introduce chef cilik mommy yg org lain mmg xde :P
Chef Anis & Chef Ahdia.


Alhamdulilah perubahan besar since January 2015 (ala2 azam tahun baru la ni), semua dah basuh pinggan sendiri lepas makan (walau pastu mommy double check & basuh semula sbb yelah tak 100% bersih pun dorg basuh). Lately ni plak, 2 dara pingitan ni dah offer nak tolong mommy masak. 


Tugas utama dorg potong2 sayur, bawang & cili. Tugas tambahan Kak Anis, mengoreng kacau2 manakala Ahdia plak tukang buat air. Heheh!!!!
Kat bawah ni plak chef Ahdia sedang buat popiah special; popiah kentang & telur berkeju. Meleleh!!!!



Idea dapat @fb pastu kami try la. Sukatan bahan2 hentam sajalah puan2, yang ponting sodap!!!!



1. Mula2 mommy rebus kentang & telur. 
2. Bila dah sejuk, lenyekkan kedua2nya (mommy masukkan dlm food processor je semua). Blend hingga sebati (jgn lupa garam & lada sulah).
3. Seterusnya chef Ahdia mengambil alih tugas, menyumbat & melipat popiah.
4. Separuh jalan, mintak berhenti kerja & mintak upah kerja berupa keju parut. Huhu!!!
5. Mommy menyambung tugas sehingga selesai & kedua2 chef bersantai2 menonton tv. Aishhh!!!
6. Goreng popiah sehingga garing & tos.
7. Sambutan menggalakkan walau tidak selaris popiah isi ketam. Apa2 laaaaa.




Sunday 8 February 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - MELBOURNE ( Queen Victoria Market)

Assalamualaikum & salam sayang…..
Best tgk kat fb kawan2 bawak family gi libur2 hari minggu. Kami @bumi bertuah ni mmg melepak kat rumah jelah…. Makin hari makin jadi penunggu setia rumah. Weekend pun dah tak keluar.



So, marilah kita mengimbau kenangan manis libur2 kami plak.
Hari ke 5 kami di Melbourne. Hari tu kami akan terbang ke Brisbane dgn domestic flight Tiger Air. Flight kami pukul 12 tenghari, so kami still lagi ada masa 2-3 jam ronda2 bandaraya Melbourne. 


Hari sebelum tu kami xsempat nak pusing2 bandaraya Melbourne sebab di sesatkan oleh GPS, masa nak cari Melbourne Big4 Holiday Park. Dari hari siang smpkan ke gelap baru jumpa park tu.   Itu yg xsempat nak explore. Maka pepagi hari ke 5 tu kami check out awal & menuju Queen Victoria Market.

Fyi, mmg susah nak cari parking kat dalam bandaraya Melbourne ni tapi kalau u all drive campervan kami suggest u park je kat area parking QVM. Pastu menapak la dgn kaki ye putar2 sekitar Melbourne city tu.


Masa kami smp kat QVM tu peniaga baru nak siap2 bukak gerai. Hahaha!!!!punya la awal. 


Niat kami bukannya nak shopping sakan pun memadai beli souvenir utk kaum kerabat & jiran2 je. After all @Sydney nanti blh beli lagi. Yang penting nak tinjau2 apa yg best kat sini sbb selalu org yg dah smp Melbourne mesti rekomen dtg sini.



Emmmph!!!!! lepas tawaf sekali kami pun cepat2 cari apa yg nak (daddy dah sound suruh cepat2 sebab takut lambat nak htr campervan). 

Kami 4 beranak pun melilau2 le beli apa yg patut while daddy pergi menembak. Alih2 bila kami dah siap menyoping, tgk daddy mengopi plak (amboi sempat lg dia layan kopi, tadi suruh kami cepat2).


Sepatutnya plan mommy next destination lps QVM tu nak naik free tram putar2 Melbourne city tapi daddy cakap dah tak sempat ni sbb takut sangkut lama kat office campervan. End upnya dari QVM tu kami lalu sekali harung je melalui Flinder Station, tak nampak pun free tram…… Frust jugak la tang situ tapi xpela, xleh tamak haloba kan. Kalau ada rezeki mana tahu target putar2 city, Inshaallah. Tapi mmg jauh di sudut hati mmg xpuas jalan2 Melbourne. 

Dari office campervan tu kami amik cab (dorg yg tlg call), driver org Somalia, dok sembang2 dgn daddy & dia mentioned pernah study kat UIA. 



Smp airport (domestic), tak lambat/tak cepat sempat menunggu dalam 1/2 jam pastu depart ke Brisbane.



Perjalanan lebih kurang 2 jam menuju Brisbane. Bye2 Victoria - Place To Be (ni plat no dorg)………..welcome Queensland - Sun shine state (ni plat no kat Brisbane & Gold Coast plak).



Tunggula next episode kami di Queensland plak. Wasalam



Saturday 7 February 2015

Mommy salah ke?

Assalamualaikum & salam sayang.
Apa khabar semua?
Mommy dalam mood blues sikit lately ni. Bersederhana dalam melakukan pekerjaan a.k.a kureng rajin.
Perjalanan cerita self drive Aussie kami pun masih berbaki banyak episodes. Phewwww!!!!! tak tahu la bila nak abis. 
Sebenarnya mommy mcm tersentok angin sikit nak proceed cerita Aussie kami ni sbb 'bicara kendiri' dok bgt perlu ke aku proceed? salah ke apa yg aku buat? apa niat aku sebenarnya? Alahaiiiii….cam masalah remeh kan tapi ada something wrong somwhere la kot (kalau tidak dgn mommy mungkin dgn org2 lain). 
Tak faham ? Mcm ni…..mommy baru perasan yg 'sahabat' yang mommy bersyukur dpt kenal dgn dia tiba2 unfriend mommy kat fb which mommy sebenarnya tak kisah sangat kalau kawan2 yg lain buat benda yg sama. Tapi dia ni mommy anggap special sbb dia banyak bg ilmu kat mommy (dari segi ilmu agama la kan). Mommy tahu mommy jahil & banyak perlu ceduk ilmu2 yg berguna dari org2 yg lebih layak. Kadang2 byk post2 dia kat fb yg mommy suka & ambil iktibar untuk memperbaiki diri mommy. Secara ringkas, mommy hormat & anggap dia mcm sahabat yg memberi pedoman la…….
Itu yg pelik & sedih kenapa dia unfriend mommy sedangkan seingat mommy xde plak mommy buat apa2 yg menyakitkan hati dia @ post sesuatu yg pelik2…Lately ni pun post mommy kat fb mmg berkisar dgn hal2 handmade bag yg mommy buat & gambar2 kami jalan2 Australia……. Eemmmmph!!!! itu yg mommy dok fikir sebab gambar2 tu ke dia unfriend? Yelah kita ni kadang2 xfaham isi hati manusia mulia ni. Mungkin dia anggap mommy show off @ mommy ni lebih2 kan duniawi, allahulam. Yang pasti tak de niat langsung nak show off kita lebih dr org cuma mommy post gambar2 tu sbb yelah gambar2 daddy amik mmg lawa2 & lagi nak share kot2 org lain dapat idea dr percutian kami (sebab mommy pun selalu dapat idea buat apa2 lps tgk gambar kawan2 baik @fb atau @blog). Lagipun mommy mmg dah xde ramai kawan kat Brunei ni, cara bersosial kat fb ni jelah yg rasa ada life sikit. Bila kita share benda yg happy mesti ada feedback drp kawan2 kat Malaysia. Adusssss!!!!! itu yg mommy sunyi sikit lately ni. 
Pepepun mommy dah muhasabah diri, yg penting niat kita ALLAH yang tahu. Kalau org xsuka & xnak berkawan dgn kita xpelah. Kita pun kena sedar diri jugak kita ni mcmana & nak berkawan dgn org mcmana. 
Lepas ni, insyaallah mommy nak share jugak apa2 yg mommy rasa perlu especially utk anak2 mommy; 3A yang tersayang. Kot2 bila mommy dah xde dorg tetap dpt rasa bebelan & pok pek mommy dok bercerita ni. Kalau kawan2 yg lain rasa apa yg mommy paparkan @Wind Of Change ni membuatkan u al happy & blh amik manfaat, alhamdulilah mommy sangat2 mengalu2kan u al tapi kalau ada yg melintas & tak suka maka mommy minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Takde niat nak sakitkan hati @ buat u al marah. 
After all, blog ni pun mmg mommy niat utk 3A di kemudian hari. Insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...