بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Monday, 16 March 2015

PUDING RAJA

Assalamualaikum & salam sayang.
Ibarat org mengidam ada nyawa dlm perut, penangan Puding Raja.
Kes tertengok rancangan masakan @TV1 (lupa la nama rancangan tu sbb jarang2 bukak TV1). Segmen mencari resepi kuih muih tradisional negeri Pahang, maka salah satu kuih yg dipaparkan adalah Puding Raja. Dan2 tu mommy teringin benor nak makan. Sedapnye tgk pengacaranya try desert tersohor di kalangan kerabat Diraja Pahang tu.


Cuma masalah mommy malas noooor nak buat jala emas. Dalam kepala otak dah aim masa balik Malaysia htr Arfa sekolah aritu, mommy nak beli kat pasar. Sekali bila sampai Besut, dorg bgt xde jual jala emas ni kecuali kat Kota Bharu@ Kuala Terengganu je. Huhu!!!!sib baik jiran cik ngah ada kenalan yg boleh take order. So mommy order le 5 bekas (beria2 ni nak fly ke Brunei utk buat Puding Raja).


Bila sampai Brunei plak, kebetulan ada jamuan meraikan member yg nak balik for good. Of course le mommy try buat Puding Raja ni. 


Overall alhamdulilah menjadi (eceh!!!!!mmg aaar sbb guna jala emas readymade je). Cuma tang kuah kastard tu cam terlebih pekat (ni la memandai tiru org). Masa dalam rancangan TV tu mmg dia bgt takde letak tepung kastard pun tapi mommy terfollow resepi dlm internet yg letak tepung kastard. Bila makan dah tau mmg ada terderhaka sikit tang kuah. Pepepun, bila mommy ulang buat yang ke-3 kali (ni dalam tempoh seminggu ulang 3 kali buat.punya le gian), mommy alter jadi cair sikit, baru sedap 100%.


Jom tengok resepi..part paling leceh of course jala emas tu, tapi rasanya kalau nekad jadi je.

 A. Bahan2
4-5 sikat pisang lemak manis (buang kulit)
1 cawan biji gajus (goreng garing)
3-5 genggam jala emas (refer resepi di bawah)
1 cawan buah prun (guna yg jenis xde biji ye)
Buah ceri merah & hijau (potong kecik)
2 sudu besar minyak sapi 
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Caranya:
1. Panaskan minyak & minyak sapi untuk menggoreng.
2. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat & toskan minyak (lapik tisu).
3. Goreng biji gajus. Angkat & toskan minyak.


B. Bahan2 untuk kuah puding
2 tin susu cair/sejat
6 biji telur kuning 
Daun pandan (disimpul)
Air sebanyak 1 tin susu cair
2 cawan gula 
1 sudu besar esen vanila

Caranya:
1. Pukul kuning telur bersama susu cair & air. Tapis ke dalam periuk.
2. Masukkan gula & kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. 
3. Sentiasa kacau sehingga kuah sebati.


C. Bahan2 jala emas
20-30 biji telur kuning ayam kampung/itik
500g gula halus
3 helai daun pandan
8 cawan air
Daun pisang untuk corong (boleh guna acuan roti jala juga)

Caranya:
1. Tapis kuning telur & pukul sedikit.
2. Masak gula bersama air & daun pandan sehingga mendidih.
3. Apabila air gula telah mendidih, uraikan/pusing corong yang diisi kuning telur ke dalam larutan air gula.
4. Apabila kuning telur telah keras, sauk/toskan menggunakan chopstik/penapis.
5. Semasa proses mengangkat jala emas, lingkarkan ia menjadi ketulan jala emas.


* Untuk menyediakkan Puding Raja; susun pisang emas di dasar bekas & diikuti oleh jala emas. Kemudain tabur ceri, biji gajus & buah prun. Akhir sekali siram dengan kuah kastard di atasnya.
* Lebih sedap dinikmati dalam keadaan dingin (simpan susunan puding raja yg belum disiram kuah di dalam peti ais sekurang2nya sejam sebelum dihidang. Begitu juga dgn kuah kastardnya).

Monday, 1 December 2014

PULUT MANGGA

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini nak bercerita tentang dessert 'mek siam'. Rasanya dalam badan ni ada gak kot sikit2 sel darah putih siam mari (kik3x..belah mok la ni).


Pulut Mangga ni kalau ikutkan walau ada sel darah putih siam mari tapi mommy bukanlah peminat setia sangat compare to daddy yg ada banyak sel darah putih mamak mari. Kalau diberi pilihan mommy akan pilih 1st priority pulut durian (tak kisahla versi apa pun janji pulut makan dengan durian).
Pepepun sebab daddy suka maka mommy buat gak la, yang penting make sure guna mangga yang betul2 masak ranum & manis. Baru terangkat. 



Walau dessert ni mmg dah sinonim sangat2 dengan kami & lebih kurang teman gaduh dengan pulut durian tapi baru harini mommy nak tayang kejadiannya dalam family kami. Hahaha!!!x dak modal dah nak tepek resepi apa sebab rasa cam nak retired jadi chef jap ni :P
Jom jamu mata & mulut (kalau u al dah buat sendiri la nanti ye).

Bahan2:
(untuk seorang makan)
1/2 biji mangga masak ranum (dipotong kecil)
100g beras pulut (rendam semalaman)
1 cawan santan pekat
Garam
Gula
Sedikit tepung beras

Caranya:
1. Mula2 tanak/kukus pulut sehingga masak.
2. Didihkan santan dengan sedikit gula & garam.
3. Arung/gaul pulut dengan sedikit santan yg dimasak tadi.
4. Lebihan santan tadi didihkan semula & masukkan sedikit tepung beras untuk memekatkan kuah santan. Sejukkan.
5. Semasa menghidang, scoop pulut ke dalam mangkuk & campurkan dengan hirisan mangga masak. Curahkan kuah santan ke atas pulut mangga. 
6. Enjoy the feeling!!!!


Thursday, 10 July 2014

Mango Casablanca

Assalamualaikum & salam ramadhan.
Alhamdulilah.ni menaip di malam hari plak. Kenyang makan nasi kerabu biru bunga telang & minum air kelapa muda dari pokok tepi rumah. SEDAWA GREKKKK!!!!!


Pepepun alhamdulilah rezeki kita cukup makan, aman damai dapat menunaikan ibadah puasa dengan selesa..jgn kita lupa selain menderma duit ringgit untuk mendermakan juga doa buat saudara kita di bumi GAZA. ALLAH!!!!!!sedih tgk gambar2 mangsa terutamanya anak2 kecil ahli syurga. Semoga kesengsaraan mereka di dunia ini berbalas dengan kesenangan di akhirat kelak. Kita ni yg selesa di dunia belum tentu beroleh kesenangan di akhirat.Nauzubillah!!!!Ya ALLAH!!!! golongkan la kami di kalangan org2 beriman. Amin


Ok ni mommy nak jot down resepi 'tangkap leleh' ketagih abis (hahaha!!!!itu yg taip waktu malam, kurang sikit telan air liur). Dah lama terliur bila tgk k.Amie buat, tapi dok peram jeeeeee sampai le minggu lepas buat. Beli mangga siam yg besor2 gedabak, manisnya Ya ALLAH!!!nikmat sungguh. Mula2 big boh mengidam nak makan pulut mangga, so buat la kat dia sehari sebelum puasa. Pastu balance mangga tu mmg mommy dah aim nak buat Mango Casablanca ni.


Dah la malas nak taip panjang2 karang menitik2 air liur atas keyboard ni (kik3x!!!!!exaggerate btui la mommy ni).
Tengok jela resepi yg mommy c&p dr blog k.Amie. Tqvm k.AMie & Fauziah Biran.

Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese 
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweetened Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
1 cawan susu cair 
Bekas persegi ukuran 8" X 8" 

Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweetened Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3 biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati. (Boleh hiaskan dengan potongan dadu mangga di bahagian atas)


p/s: Heheh!!!!mommy dok kalut & excited nak buat bila tgk gambar k.Amie terus semua mangga tu potong dadu. Itu yg nampak petak2 in between biskut (kalau k.Amie punya kemas je sebab dia slice mangga nipis2 utk layer). Btw kalau buat dalam bekas2 kecik pun ok sebab xyah comot2 nak potong, bila nak makan scoop aje.



Wednesday, 4 June 2014

Homemade Orange Cream Icecream

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Tak dpt bersiaran dengan resepi & cerita ceriti bergambar due to mobile uploading tak setel2 dah masuk 2,3 hari….Tak reti apa benda yg problem tapi status uploading memanjang………………….
Menaip guna PC tapi gambar semua dr hp. Huhu!!! 
Meanwhile layan la resepi best kat bawah ni. Mommy belum try lagi tapi rasa cam terliur meleleh2 dah ni. kalau 3A tau resepi ni mau tiap2 hari suruh buat.


Tuesday, 6 May 2014

ROTI JALA & KUAH DURIAN

Assalamualaikum & salam sayang.
Cerita menebar jala di panas terik. Berhempas pulas menjala & hasilnya sangat laaaaa penuh suka duka. Hahaha!!!!suka nooo berdrama mommy ni. 


Takdela, sbb sedih tgk jala yg dah koyak rabak & hampir reput. Nasib baik ada peneman yg membahagiakan 'Si Kuah Doyan'.
 Mommy biasanya kalau menjala mesti buat versi kuning & matching dgn kuah kari (Arfa mmg peminat tegar ni), tetapi kali ni ada kelainan sikit sebab teringin nak makan kuah durian. 


So, bila misi membeli durian Siam 4 ketul dgn rege BND 16 selesai, mommy terus mulakan aktiviti menjala. Pilihan colors bagi menampakkan kelainan sbb nak ganding dgn kuah doyan maka kami 3 'dara' pinggiran ni memilih pink & biru.
Masa mula2 buat hari Rabu lepas (bwk sikit utk usrah), cam cantik sikit jalanya tapi kemarin buat lagi cam lagi buruk plak jalanya. Haha!!!!


Yang tak bestnya corak antara 2 colors tu pun xsama kes guna 2 bekas yg berlainan style. Botol 3 muncung tu mommy beli @Daiso masa balik Malaysia aritu. Sengaja pilih 2 yg berlainan sbb nak tau mana yg lagi best. Pepepun walau buruk & koyak rabak yg penting kuahnya awesome maka tutup mata jelah jala tu. Balik lain kali nak beli lagi sebotol each so next time buat mesti lawa skit kan (heheh!!!!kot2 terajin nak jamu org makan jala ni xkan nak bg yg koyak rabak lagi).


Okla.buruk ke lawa ke yg penting sodap. Ni resepi:

ROTI JALA

Bahan-bahan ( 20-25 biji )
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna pilihan
1 biji telur
3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara
1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati (guna whisk pun ok). Tapis barter bagi menggelakkan berketul2.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik, terus aje di angkat dan digulung.

KUAH DURIAN

Bahan-bahan
4-5 biji durian (nak banyak pun blh je)
500ml santan pekat
1/2 cawan gula (bergantung tahap kemanisan masing2)
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit air (jika perlu)

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk dan reneh sehingga mendidih.
2. Jika kuah terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
3. Sentiasa kacau kuah bagi menggelakkan santan berketul2.
4. Bila kuah telah pekat & isi durian telah terlerai, matikan api.
5. Sedia dihidang bersama roti jala (lagi enak jika dibiarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidang).

Saturday, 19 April 2014

Sira Ubi Kayu

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Selamat berhujung minggu & beristirehat. Jom layan resepi org kampung.
Beli sebab cam geram je ubi fresh baru gali tapi end up xtau nak buat apa. Semua resepi ubi kayu rasanya perlukan kelapa parut which i really malas nak p beli @amp; parut sendiri.
Peram punya peram, cukup seminggu baru le terpaksa juga masakkan & alhamdulilah, resepi simple yg menjilat sudu.
Sira ubi kayu, cepat dimasak sedap dimakan juga (hahaha!!!!periuk magic lagi leeeeee).
Caranya puan2, tuan2, adik kakak.
Rebus guna high pressure 5 minit je, pastu release pressure. Tukar mood stir fry & masukkan gula melaka & daun pandan. Didihkan sehingga gula melaka hancur & kuah pekat. SIAP.

Wednesday, 19 February 2014

My version of brownie in a mug


Tarra!!!! Ni dah 2nd round buat. Semalam bt xdak ice cream, harini br complete.



Mmg senang cuma next time buat mommy nak kurangkan gula (guna brown sugar mcm sue bee ckp pun lg ok).


Hehe!!!!Sorry ye, ice cream homemade inter frame gak ni (over acting dr brownie dah gayanya).


Ice cream Homemade guna resepi DULU juga.



So, aci dah ekk mommy dah buat. U al try le gak time malas2 tu ye. 


Sapa2 ada resepi senang & cepat mcm ni lagi bgt mommy gak ye, skrg ni musim semua nak 'instant'. 

Brownie in a mug

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Kalau mood tengah malas, tapi mulut tu nak je bergerak2 (makan ye bukan bersembang) boleh le try ni. Sesuai juga kalau2 ada tetamu yg main terjah je ke rumah kita & nak bersembang lama a.k.a menjamu mulut juga. 



Hehe!!!Proven. Mommy dah buat juga. Aiskrim pun buat sendiri tau. Tunggu versi mommy plok pasni.


Thursday, 5 December 2013

Kiwi Jelly

Assalamualaikum. 
(Maaf u al tak sempat BW dah 2,3 hari since my BIL passed away. N3 kat bawah ni pun bt auto publish seblm tu lagi)

Masih ingat mommy buat Chocolate Pavlova? Topping guna fresh kiwi kan? Hehe, beli 6 biji……..Guna utk pavlova 3 biji je sebab balance ingat nak makan fresh gitu je (mmg favourite kami ni). Alih2 simpan dalam peti ais sampai jadi ais (lebam). Hahaha!!!!kes semua terlupa & frost peti sejuk tu plak mcm winter season. Ngok ngek betul la. 


Tapi mujur juga sbb dgn  insiden tu maka tercipta la dessert yg nyaman & menggoda kalbu ni. Tak caya? Cuba buat sendiri. 

Bila dah siap buat tu mommy teringat plak dgn Panna Cotta Kiwi yg mommy pernah buat. Rupa paras & rasa lebih kurang sama tapi i tell u yg ni lagi jimat & berbaloi buat. Untuk yg diet pun rasanya sesuai lagi yg ni. Adusssss!!!!terasa lagi masam-masam manis ditambah lemak2 berkrim. Nyum!!!nyum!!!!


Bahan2:
1 paket agar2 serbuk
1.5 liter air (sukatan dlm paket tu 1L tapi mommy nak biar lembut)
200g gula kastor
3 biji buah kiwi (kisar)
Sedikit pewarna hijau (optional)
Susu cair

Caranya:
1. Mula2 didihkan 1 liter air bersama serbuk agar2 & gula. Kacau sehingga agar2 & gula larut.
2. Kisar buah kiwi dengan balance air tadi. 
3. Masukkan buah kiwi yg telah dikisar ke dalam sebatian agar2. Kacau rata.
4. Untuk mencantikkan warna boleh masukkan 2 titik pewarna hijau. Kacau & angkat dari api.
5. Tuangkan sebatian agar2 ke dalam acuan @ gelas dessert. 
6. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit.
7. Semasa menghidang, curahkan susu cair. Enak dinikmati ketika sejuk/dingin.



Saturday, 30 November 2013

Chocolate Pavlova

Assalamualaikum & happy weekend.
Masih dalam mood birthday daddy. Since birthday mommy dulu mommy buat PAVLOVA, so kena la seia sekata dengan daddy jugak (heheh!!!actually masa bt pavlova birthday mommy tu mmg dah plan utk bt yg versi coklat utk daddy).


Resepi ni mommy simpan dalam draf dah lama tapi mmg tunggu birthday daddy juga baru nak buat. Kalau dulu pavlova manis meleting, so this time mommy dah dpt counter problem tu. Mmg tak syak lagi yg versi daddy punya a.k.a CHOCOLATE PAVLOVA ni lagi sedap & berbaloi2 buat. Semua setuju yg ni lagi hebat dari yg dulu walaupun deco this time mommy sengaja buat simple je (nak kena le dgn tema lelaki tua matang, kik3x).



Bila disimpan dalam peti ais & makan sejuk2, MasyaALLAH!!!!lagi nikmat. Apa yg mommy boleh rumuskan; Love @the 2nd sight (sbb yg 1st sight dulu xberapa nak berkenan). No regret, pasni mmg nak buat lagi & lagi.


TQVM to fzmenu atas perkongsian resepi cuma mcm yg mommy bgt mmg mommy ubah sukatan utk gula.

Bahan2:
6 biji (180 grams)putih telur (saiz besar)
1/4 sudu kecil cream of tartar
1 1/4 cawan (250 grams) gula (mommy guna 150grams)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko

Cara buat Pavlova Coklat: 
1. Pukul putih telur sampai kembang dan jadi kental.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit.. jangan sekali gus, pukul lagi. 
3. Masukkan tepung jagung, serbuk koko dan vanilla, time ni kacau dengan senduk kayu je. 
4. Last sekali masukkan cuka, kacau2 biar serata. 
5. Goreskan bulatan atas kertas minyak. Saya ambik ukuran pinggan kueh je, tak besar tak kecik. 
6. Sendukkan adunan memenuhi bulatan yang ditandakan. 
7. Bakar pada suhu 140' C selama sejam. 
8. Lepas masak, biarkan ia di dalam oven selama 5 minit dengan pintu oven terbuka.. baru dikeluarkan. 
9. Bila dah agak2 sejuk sikit boleh lah hias pavlova dengan whipping cream, parutan coklat masakan dan buah-buahan segar yang masam. Rasa masam buah akan cover rasa manis pavlova. Selamat mencuba...:))

Topping:
1 cawan (240 ml) heavy whipping cream
1 sudu besar (14 grams) granulated white sugar (mommy guna
icing sugar)
Fresh Fruit - raspberries, blackberries, strawberries, and kiwi fruit
are some good choices
55 gram semi-sweet or bittersweet chocolate, chopped (mommy
sagat)

Cara buat topping:
1. Pukul whipping cream sehingga kembang & masukkan icing sugar.
2. Pukul lagi sehingga kental.
3. Sedia dihias di atas pavlova.

Thursday, 7 November 2013

♥Aiskrim Coklat (Homemade)♥

Assalamualaikum & good day.
2 hari tak merapu @Wind of Change rasa jiwa ini 0-0-0000000 (lagu Najwa Latif tu). Hari Selasa lepas masa cuti Awal Muharam tu, mommy & 3A je cuti. Daddy sebab dia buruh makanya kena le keje (heheh!!!!). So, nak memenuhi masa yg terluang tu mommy buat le aktiviti merajinkan diri sikit (tu pun buat aktiviti2 simple & paling cepat je). 


 1st mommy buat eksperimen Aiskrim Coklat Homemade yg tersenang. Walau dah lama sesangat simpan draf ni & ada lg a few resepi homemade icecream yg lain especially dr blog oversea tapi mommy tergerak nak guna yg ni jugak. Ada antaranya yg senang juga tapi guna creamer coffemate, yg ni mommy rasa lagi okey kot sebab guna ovallete. Pepepun terpulang la ye.


Masa tengah buat tu mommy tak bgt kat 3A nak buat aiskrim ni sebabnya 1. karang buat 10 minit tanya dah siap ke, dah blh makan ke mommy? Haaaaaa, yg ni la paling rimas……2. Mommy takut tak menjadi & buat 3A frust plak, so kiranya mommy try dlu & ala2 buat surprise kat dorg. Heheh!!! Yang bestnye mmg dorg terkezut le tgk aiskrim ni & tak percaya mommy buat sendiri. Arfa siap cakap "Huyoooo!!!! sedap sangat mommy. Boleh jual ni". Adoiiii kelakar (banggo pun ado eh sebenarnyo). 


Copy & Paste from Buku Resepi 
Resepi Ais krim chocolate enak disukai ramai, siapa yang nak buat bisnes aiskrim sangat sesuai cuba resepi nie. SIMPLE TAPI SEDAP hehehe..



Dikongsikan oleh kak Noor Azlinda Ibrahim

Bahan-bahan:
1 tin susu cair*
¼ tin susu pekat* 
2 sudu besar milo *
2 sudu besar ovalette*
Coklat rice

Cara Buat:
1. Blender semua bahan bertanda * hingga gebu (mommy guna mixer, lagi gebu kot).
2. Usai blender, tuangkan ke dalam bekas.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Selepas sejam, taburkan coklat rice atas aiskrim. Kemudian, biarkan beku seharian (kami tabur coklat rice masa nak makan).
4. Siap. Sangat simple

Friday, 13 September 2013

Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum & good day.


Apa pengisian harini? Kami kat sini cuti Jumaat, 3A seharian bermain dgn Areesya di rumah kami since balik mengaji pagi tadi. Heheh!!!kurangle sikit acara bergaduh 3 beradiknya kalau dah ada kawan ni. Kadang2 geram je bebudak ni kan, kalau sesama sibling tu suka bergaduh; ada je yg menyakat (si Arfa le tu). Tapi kalau dengan kawan elok je blh main (behave sesangat). 

Pepepun, mommy buat kerja mcm biasa walau blm lagi ada mood nak bereksperimen. Pagi tadi breakfast bt cucur sayur, lunch heat up kerutub ayam yg dah masak awal2 semalam. Malam ni pun rasanya continue menu yg sama la. Ya ALLAH!!!!angin malas belum reda la.

In order boast up mood bereksperimen ni kita tgk jelah desert sempoi yg mommy buat masa bln puasa lepas. Kira yang paling senang le ni sesuai utk mood malas.


Resepi senang je, basuh bersih sagu & masak sampai jernih. 
Scoop dalam bekas & tuang santan serta gula melaka (yg dah dicairkan) masa nak makan. Lagi sedap kalau sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.




Thursday, 23 May 2013

PAVLOVA

Assalamualaikum & good day.
Wah!!!!N3 yang ditunggu2 oleh mommy sendiri sebab resepi ni mommy peram dah lama. Kalau u all perasan, mommy dah lama tak buat cake (sbb takut gumuk. hahaha!!!boleh terima tak alasan gedik tu?). Actually mommy masih lagi berhutang cake birthday Ahdia & diri sendiri disebabkan alasan tersebut, di samping alasan yg paling kukuh = MALAS. 



Terjadinya pavlova hari Sabtu lepas tak lain & tak bukan sebab Ahdia keeps tanya 'bila mommy nak buat cake birthday mommy, adik nak bagi birthday card mommy ni"………alahai, rimas & kesian juga dengar berulang2. Itu yg last2 mommy fikir buat pavlova la ganti cake utk potong (ala2 potong kek birthday la sebab dorg nak bg kad, kalau tak smp sudah tak nak bagi). 



So, dgn syok sendirinya maka mommy bereksperimen la dgn resepi pavlova dari Chef Azli. Masih lagi ada perasaan berdebar2 especially dealing dgn meringue sebab telur yg mommy guna kecik (nasib baik chef Azli bagi dlm unit gram juga sebagai panduan). 

Bila siap, seronok tak terkata sebab jadi dgn moleknya terus suruh photographer Pro mommy snap gambar. Acara potong2 sendiri & ngap sendiri tu after dinner. Ahdia suke la sebab banyak fresh fruits. Daddy & mommy plak suka tekstur tu tapi Ya ALLAH!!!!manisnyeeee. Ada ke resepi pavlova yg guna gula sikit ? Kalau tak manis sangat mmg perfecto la utk mommy layan hari2 pun tak pe. Jom tengok resepi.Pepepun tqvm Chef Azli.



 Bahan2:
4 biji (120 grams) telur putih 
1 cawan (200 grams) gula kaster 
1/2 sudu kecil vanilla esen 
1 sudu kecil cuka makanan 
1/2 sudu makan tepung jagung 

Topping:
1 cup (240 ml) whipping cream 
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing 
1/2 sudu kecil vanilla esen 

Bahan lain:
Buah segar - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda 

Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. 
2. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur. 
3. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan. 
4. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter. 
5. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk. 
6. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar. 

Cara membuat krim: 
1. Pukul krim dengan gula dan vanilla sehingga kembang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...