بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label Drink. Show all posts
Showing posts with label Drink. Show all posts

Tuesday, 21 May 2013

Sparkling Dragon Fruits Juice (Non-alcoholic)

Assalamualaikum & good day.
Apa khabar semua, apa cuaca di tempat anda harini? Kat Brunei area kami ni today Alhamdulilah mendung sejuk. Beberapa harini cuaca tak menentu juga, ada hari panas berdesing, ada hari mendung. Pepepun Alhamdulilah syukur atas rahmat ALLAH. 

Harini mommy nak share cara simple buat sparkling juice yg tempting. Idea ni mommy dapat dah lama (kalau tak salah few years back sebelum kami pindah Brunei pun). Masa tu tgk rancangan masak2 host by chef Anis Nabilah yg manja gedik2 (eh, bukan kutuk tau tapi heheh!!!mmg style dia camtu manjeeee). Tak ingat dah dia masak apa tapi konsep haritu jamu girlfriends dia makan2 sempoi. So, dia tunjuk cara prepared sparkling juice yang membuatkan mommy telan air liur & mengidam. Tapi dok peram lama le sangat sampai le last Saturday baru teringat nak buat.

Siapa2 yg nak buat party BBQ / jamu kawan2 santai kat rumah boleh la gempakkan dorg dgn juice ni. Rasanya lebih kurang sama le dgn air bikarbonat berperisa buah tapi yg ni kita guna pure fresh fruits. Btw bila kita guna dragon fruits ni bukan saja rasanya sedap tapi yg paling penting warnanya yang menggoda. Huishhh!!!kalau buat time puasa mmg jenuh le jugak nak melawan godaan. Yang paling penting bagi mommy senang je nak buat (cuma kena buat last2 minit masa nak serve la baru terasa lagi 'kick', kalau prepare awal2 nanti dah tawar & gasnya pun dah kurang). 

Ni la dia caranya…..

Bahan2:
Air bikarbonat 'Ice Cream Soda' 
Buah dragon fruits (yg isi merah ye)
Lemon 
Ketulan ais

Caranya:
1. Isikan jug dengan ketulan ais sehingga penuh.
2. Perahkan jus lemon (mommy guna 1 biji lemon utk satu jug).
3. Tuangkan Ice Cream Soda ke dalam jug sehingga hampir penuh.
4. Masukkan isi dragon fruits yang telah didadu halus.
5. Semasa menghidang, barula kacau & tuang ke dalam gelas.


p/s: kalau u al perasan gambar kat atas ada tambahan watermark @Asfa nb……..mommy tak curik gambar org ye tapi utk pengetahuan u al itule watermark daddy a.k.a photographer PRO mommy sekarang. Huhu!!!dia upgrade camera baru yg lagi canggih, so mommy belum le lagi dpt licence guna camera baru dia. Alih2 tgk gambar siap ada watermark daaaaa. Menyemak jekan!!!!geram juga tapi nak buat mcm hidup menumpang ni kena la redha (mood sedih). Nak tg dia bg green light katanya khatamkan dulu manual book sbb yg baru ni xde mood auto. Semua main manual utk org2 pro, alahaiiii. Itu yg kekadang mommy guna iphone je,

Saturday, 23 February 2013

Healthy Juice

 Assalamualaikum & good day. 
Lama dah mommy tak tayang koleksi jus penyejuk tekak. Harini turn Healthy Juice plak mommy nak share dgn semua. Really recommended this juice especially for those yg banyak angin dalam badan & undergo diet program.


Yang bestnye combination jus ni sebab ada halia. Mmg proven halia ni bagus nak buang angin dlm badan cuma yelah kadang2 org tak suka rasanya yg pahit & payau. For me, tak kisah dgn taste halia, kadang2 breakfast pun mmg minum teh tarik halia (kalau daddy everyday layan teh tarik halia). Lately ni kalau terminum teh especially early morning mmg terasa angin satu badan, so nak avoid jadi pedih ulu hati & sengkak tu better add on halia dlm minuman teh.



About this juice, yg tak suka rasa halia tu rasanya boleh je layan sebab bila dah combine semua buah+sayur tu rasanya jadi sedap. Yang penting fikirkan untuk kesihatan ;)


Bahan2:
1 biji epal hijau
1 biji lobak merah (sederhana besar)
1 inci halia
1 sudu besar madu (tak letak pun boleh)
1 gelas air
Beberapa ketulan ais

Caranya:
1. Kisar epal, lobak merah & halia sehingga sebati bersama air.
2. Tuang ke dalam gelas & masukkan ketulan ais (jika suka).
3. Hidangkan.



Gambar selingan jap, hehe gelas ni beli masa blk Malaysia aritu @Bubba Gump Shrimp. Yang special membuatkan 3A berkenan beli sorang satu sebab ada lampu lip lap kat dasar gelas tu. Berpinar2 mata bila minum air dlm gelas ni. Itu je nak bgt ;)


Wednesday, 31 October 2012

ROSELLE


Assalamualaikum & good day.
Mommy dah lupa nak jotdown pasal kisah Roselle pemberian ustazah ni, hari ni baru teringat kisahnya selepas bagi ustazah try rasa hasilnya pagi tadi. Dia bagi kami buah roselle ni (walau kami petik sendiri) last week & dah siap pun mommy usahakan hasilnya. Hehe!!!juice roselle macam selalu2 buat sebelum ni (masa pokok @rumah kami masih bernyawa) & penemuan terbaru 'Dried Roselle' ala2 asam kering yang dok jual tu. CAYAle..... 

Sebelum ni mommy dok masak buah roselle ni, selalunya lepas airnya luntur maka yg tinggal hanyala hampas kulit yg dah hampir putih. Tetapi yang buah roselle pemberian ustazah ni, bila mommy didihkan air untuk saring ambil jusnya, kulit yang tinggal masih lagi merah kehitaman. Itu yang membuatkan mommy dapat ideal nak buat 'Dried Roselle' (rasa sayang nak throw out mcm tu je).

Kiranya eksperimen mommy kali ni betul2 try & error la kan. Lagipun kalau xsedap pun xpe sebab mulut yg nak ngap mulut mommy gak (selain 4A le kalau dorg suka). 

Rasanya pasni selain buat jus & jem, mmg confirm mommy nak ulang buat banyak2 lagi roselle kering ni. Ralit je makan sambil nonton ke, berFB ke etc. Lagipun lagi sihat compare dgn asam kering yg dok jual (banyak gula & bhn pewarna tiruan). Dalam gambar @bawah ni kan ada kawan si roselle kering tu ; Chili Guava (Jambu kering pedas). Yang tu mommy beli @kedai. Sedap juga gigit2 tapi Ya ALLAH, banyaknya gula (rasanya balance gula dari guava tu blh buat secawan kopi lagi, hehe).


 Okey, after DONE eksperimen roselle kering mommy ni kan & ustazah pun dah approved sedap tadi maka elok lah kiranya mommy share dgn u al caranya. 


Bahan2:
Buah Roselle (ambil kulit isinya)
Gula
Air

Caranya:
1. Kupas kulit roselle dari bijinya (jangan rebus sekali dengan bijinya sebab nanti rasanya lain - xsedap).
2. Setelah dibersihkan, masukkan ke dalam periuk & tambahkan air (terpulang la sukatan airnya, bergantung bilangan isi roselle tu jugak).
3. Apabila mendidih, masukkan gula (terpulang jugak citarasa, kalau xsuka manis bubuh le sikit). Anggaran mommy, 3 cawan isi roselle :2 cawan air : 1 cawan gula.
4. Apabila gula telah hancur & jus juga sedikit pekat, matikan api.
5. Saring/tapis jus dari isi roselle.
6. Jus roselle boleh la disimpan di dalam peti sejuk/ dilarutkan dengan air + ais = hidang. 
7. Untuk roselle kering: setelah air ditapis keluar, jemur di bawah pancaran matahari sehingga benar2 kering (mungkin ambil masa 2, 3 hari).
8. Apabila telah kering, simpan dalam bekas kedap udara.

Thursday, 5 July 2012

Green Juice

Assalamualaikum.
Memandangkan cuaca yang teramat panas nowadays, tekak ni mmg bagai terpanggil2 teguk air bergelas2. Mommy ni dah le selsema & tekak terasa kering perit. Memang setiap 1/2 jam paling lama mesti kena refill. Itu yang asyik blend fresh fruits je kejenya. Last week kot, mommy tengok rancangan 'Siapa di Rumah' yg host dia Chef Ismail tu. Masa slot chef pergi ke rumah Atilia & Salamiah Hassan, dia ada ajar buat 'Jus Gelombang'.....Wow!!!nama mmg gempak, tapi mommy teringin nak try sebab nampak very healthy. Cuma bila chef buat tu jadi hijau keputihan, mommy buat plak jadi hijau lumut. Hehe!!ingat2 lupa bahan2nya tapi simple je bahan2nya tu. Mungkin chef add on yogurt kot. Pepepun cuba u all tgk hasilnya, terliur tak tengok meleleh2 tu? Kalau bulan puasa ni sure telan air liur je kalau tergoda.
Sejuk tekak bila teguk ni.
Yang kiri tu apple juice utk kanak2 3A. Mommy punya belah kanan. Daddy? Nescafe.
Sorry ye, abis dah mommy teguk.
Haa!!Itu jelah bahan2nya. 1 cawan timun Jepun, 1 cawan daun pudina & 3 sudu madu. Blend dengan 1 cawan ketulan ais. SIAP!

Lupa nak bgt, chef Ismail cakap bagus untuk suara (hahaha!!!diakan g umah Atilia, nak up dorg nyanyi le tu). Btw utk kita xyah le dok nyanyi2 cam dorg (sah2 suara xbest gak walau minum bergelen2). 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...