بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Thursday, 5 June 2014

POKOK TIN/FIG

Assalamualaikum & salam sayang.
Heheh!!!!arini dah boleh bersiaran. Itu pun selepas delete blogger dr iphone & install semula.
Gamaknya pening dia sebab nak upload gambar banyak2. Pasni kena buat satu2; slow & steady.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mommy nak mulakan citer pasal pokok 'Tin' ni……….
Last weekend kami ke Tenom, Sabah sebab ada jemputan kenduri kahwin adik 'Pak Ngah'. Kebetulan Sabtu tu cuti juga sempena hari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kalau kebiasaan, Sabtu adalah hari persekolahan. Ikut plan awal nak pegi Labuan dulu, pastu amik ferry ke Menumbok, Sabah (so xyah drive jejauh). Tapi disebabkan agen kami ngok ngek lambat htr pasport (lps renew permit), maka terlepas la waktu ferry. End upnya kami gamble je bertolak petang Sabtu & plan nak overnite mana2 samada Lawas@Sipitang@Tenom.


Bila dah sampai Temburong, Brunei (wah dah senang sekarang sebab jambatan persahabatan antara Malaysia-Brunei dah siap. Dulu kena beratur naik ferry (refer entry ni), tiba2 je daddy melencong ke Taman Negara Temburong (atas desakan Arfa). Sib baik tak jauh sgt nak ke Batang Duri (tempat nak naik perahu ke Taman Negara Temburong). Ingatnya daddy cakap nak overnite kat situ sebab pepagi blh naik Canopy Walk dulu sebelum sambung perjalanan ke Tenom. Malangnya bilik semua penuh sebab ada budak2 sekolah buat perkhemahan.


Masa otw patah balik tu, kami singgah kat satu masjid kampung (alaaaaaa, serius lupa nama masjid ni. Ni lah mommy punya penyakit, LUPA. Ya ALLAH!!!!!ampunkan dosa2 ku). 
Dorg dok tengah solat tu, mommy buat lawatan kawasan (heheh!!!!tau kan cuti). Sekali terpandang pokok ni…….ye POKOK TIN aka FIG. Wah!!!!!serius jakun sebab dah lama sesangat mommy tak jumpa bukan setakat pokok, buah yg fresh pun. G mekah dapat tgk & makan yg dah kering je selalu kan. 


Masa mommy sekolah rendah dulu, ada sorang budak laki kelas mommy ni rumah dia ada pokok ni. Besar pokoknya depan rumah. Kami balik sekolah suka la jugak main2 bawah pokok tu & ada la jugak mengutip buah2 yg dah ranum. Memang pokok tin ni unik sebab buahnya melekat kat batang, bergugus2. 
Masa mommy jumpa pokok ni aritu, mommy bgt la daddy……Haaaaa!!!!!sekali dia lagi tak pernah tgk live pokok tin. Buah tin pun tak kenal. Bila mommy explain baru le dia berminat nak g tengok pokok tu. Kena kenal buah tin ye anak2 sebab ni buah syurga, ada dalam al-quran. 
Yang lagi syok, masa mommy google pasal buah tin ni jumpa FB yg cerita pasal pokok tin ni kat Malaysia. macam2 jenis rupanya buah tin ni. Yang dorg tanam tu serius menggiurkan. U al tgk kat SINI.

Wednesday, 21 May 2014

BLOOD TYPES

THIS TABLE IS USEFUL TO REMIND US DURING ANY EMERGENCY CASES.
Arfa asked me about our family blood types last weekend & i believe this table will guide him & the rest of us. Inshaallah












Tuesday, 20 May 2014

Inda ku merati kurapak Brunei

Hahaha, jgn panik semua. Aku pun tak faham maksudnya. Sib baik adik manis ni buat segmen guna topik ni. Ingat2 mommy awal2 terjebak dgn blog ni ada la jugak sikit2 jotdown bahasa Brunei vs bahasa Malaysia tapi dah ibarat ketam ngajor anak jalan lurus tapi dia sendiri terhenjut2 tersasar, so sudahnya baik xyah dari bagi ajaran sesat kat korang semua. Btw 3A skrg ni dah terer speaking Brunei, mommy mau kamih…..lakas2. Haaaaa, korang faham ke? Napa kasi tau mommy, lakas tah ka jamban. Karang basah sluarmu. 
Aku plak buat segmen, teka dialog mommy & a. Hahaha!!!! Takde la saja je suka2 belajar bahasa org, seronok juga. Tapi tule, kdg2 terasa gak nak berlakon jd local kan masa g pasar…….belum sempat dialog panjang terus org tanya "urg semenanjung?". Hahaha!!!!!kantoi.

Ok, mommy cuba ye listkan a few words yg mommy tau.

1. Jamban=jambe (bahasa kelate)/tandas ler
2. Kamih=kencing
3. Iski=teruja/seronok
4. Kita=awak
5. Kitani=kita semua
6. Ligan=lari
7. Batah=lama
8. Arah=kat (cth ayat: bagi surat ni kat/arah cikgu)
9. Tabir=langsir
10. Nyaman=sedap
11. Mata-mata=perhati
12. Bini-bini=perempuan
13. Karang=nanti
14. Ingau=risau/bimbang
15. Tapuk=sorok/sembunyi

(yg paling best panggilan 'alai' digunakan untuk menunjukkan org lebih muda. Cth: mau bali apa alai?)

(lagi satu kebanyakkan words BM kita guna 'e' tapi bahasa Brunei ganti 'a' cth: telur/talur…….kenyang/kanyang……perut/parut……membeli/membali…..etc).

Ok, cukup kelas bahasa arini ye. Kang lebih2 jadi ajaran sesat plak. Kpd urg2 Brunei atuh, aku mitak maaf tah mun ada inda lurus ajaran aku ani. Iatah, baru 4 tahun kami di sini. Inda byk yg dpt balajar.

Thursday, 8 May 2014

Musim Kemarau @ Panas Melampau di Brunei

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini nak share kejadian alam kat Brunei especially area kami ni di Tutong.


For your info, cuaca di Brunei sekarang ni tersangatlaaaaaa panasnya. MasyaALLAH!!!!!kalau u al perasan carta cuaca @Wind of Change tu lately ni mmg tak pernahnya turun dari suhu 30'C (di siang harinya). Kalau noon between 12 to 4:30pm tu cuaca climax panasnya. Kalau duduk dalam rumah yg fully aircond ni pun boleh terasa bahangnya bayangkan kalau terpacak kat tgh2 open space (kesian daddy kalau time dia kena turun site, mesti berasap kepala).


Disebabkan cuaca yg tersangat panas sekarang ni, percaya @tidak setiap hari sure ada kebakaran hutan/belukar. Di Kampung Danau itself setiap hari ada je kebakaran hutan/belukar yang berlaku (dah jadi pemandangan biasa semenjak dua menjak ni). Kekadang tu, bara api@asap mmg tak terpadam berhari2. Bomba biasanya akan datang padamkan api kalau dah hampir sangat dgn rumah penduduk (kalau ada org buat aduan dorg datangla). 


Tengahari tadi masa mommy otw nak amik 3A dari sekolah tgk kawasan baru plak yg terbakar (semalam 2 tempat lain yg berdekatan). Balik sekolah tu dah nampak ada truk bomba tgh pantau. Harap2 takde melarat ke rumah berdekatan. 


Ya ALLAH!!!!!kadang2 tu bila rasa bahang sangat sampaikan muka pun rasa tegang terbakar, dalam hati selalu berkata2 "dah hampir sgt ke kiamat ni Ya ALLAH"……..Betapa hebatnya ciptaanMU Ya ALLAH!!!!! Takuttttttttt.
Semoga aku, keluargaku, saudara maraku & semua kenalanku tergolong dalam golongan yg Engkau redhai. Selamatkan kami dari fitnah akhir zaman & fitnah dajjal. Amin……..




Saturday, 3 May 2014

Buku Masakan Tengah Hari Cik Noyah

Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah dpt kembali ke Wind of Change harini.


Mommy nak tlg announce aka promote ni haaa buku masakan oleh sorang blogger 'Brunei Celop' (heheh!!!!!jgn mare nooo knoor cayang….knoor Brunei celop cheq Kedah celop). Jumaat lepas singgah la rumah knoor nak dptkan Buku Masakan Tengahari beliau. Seronok le tumpang glamer member ni (siap dpt signature maktok ni lagi). Yang double seronok bukan aje dpt buku masakan tapi dijamu nasi dagang pastu siap round kebun knoor kutip ulam-ulaman. Hahaha!!!kalau menyinggah rumah knoor sure nak rembat je ulam-ulaman (harap2 mana2 benih & pokok yg amik nak tanam tu hidup subur le dgn tuan baru ni). Tq ye knoor.


Okla, untuk u all yg nak dapatkan buku ni sila dapatkan di expo buku @PWTC sementara masih ada waktu ni till 4/5/2014. Boleh juga dapatkan di kedai2 buku dengan harga Rm7 ja. Banyak resepi best2 ni.


Friday, 11 April 2014

Edible Garden

Jom verangan jadi petani moden (mood frust sbb pokok bawang tanam sendiri kena makan dek Veruk, huhu!!!!) 



Monday, 7 April 2014

PENGSAN!!!!


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Selamat kembali bekerja untuk mereka yg bekerja & yg surirumah pun selamat mengemas rumah & memasak untuk keluarga tercinta. Mommy harini walau dah rasa segar & sihat tapi masih berjaga2 & berwaspada. KENAPA? Huhu!!!!Sabtu malam yg lepas mommy pengsan. Haaaa, PENGSAN!!!!!

Imej xde kaitan dgn topik pun
Tak tahu apa sebab & seingat mommy lama dah tak pengsan. 1st time mommy pengsan masa zaman sekolah rendah. Time tu kami ada persembahan pancaragam sekolah. Mommy main recorder, tiba2 tengah dok tiup recorder, toing!!!!! pengsan. Benjol kepala.
2nd time mommy pengsan masa lepas delivered Arfa. Beranak subuh2 dgn tenaga yg nyawa2 ikan, pastu banyak darah keluar sebab byk koyak. Alih2 bila dah ke petang nak bangun g toilet, tiba2 mata terpejam & loglai. Masa tu daddy sedang papah, so xde la jatuh.
Yang last Saturday nite ni plak citernya, mommy period pain start petang tu lagi. Mmg dah lama juga tak period pain ni. Siap dengan sakit seluruh badan, rasa cam lemah sangat badan (pagi tu siap panjat tangga pasang langsir lg). So masuk tidur awal……..tengah malam tu terasa nak kencing & bangun p toilet cam biasa. Masa jalan tu dah rasa cam pening2. Bila keluar dari toilet rasa nak muntah (mungkin perut sebu sama kot sebab xmakan diner & minum kopi O kg je). Amik tong sampah kecik sebelah katil & muntah kuar air je, ada dalam 3 kali muntah kot. Masa muntah tu tangan mommy dah tepuk2 daddy kejutkan dia, tapi suara xbunyi sebab dok loya muntah (daddy xsedar). Pastu yg mommy ingat dah siap muntah tu mommy tunduk nak letak tong sampah & baring. Rupa2nya gedebuk melepek atas tong sampah dah (siap pecah tong sampah tu kena hempap dek beruang kutub). Sedar2 dengar suara daddy dok tanya "nape ni" (ulang2 kali). Siap daddy papah naik katil & tido (daddy ckp dia bunyi benda jatuh itu yg tersedar). Sib baik keesokkannya tu ALLAH bagi sedar lagi. Allahmdulilah!!!!masih lagi dpt jenguk blog harini. Bila ingat2 balik seriau gak, apa tak kena dgn aku ni. So kekawan & anak2 semua tido tu jgn sekali2 lupa ye baca al- fatihah, 3 kul & yg paling penting mengucap syahadah. Kot2 itu syahadah terakhir. Allahulam…..
Btw dpt la juga kenangan pengsan kali ni; watermark @muka ayu. 

BACA PETIKAN DI BAWAH SUPAYA KITA LEBIH ALERT!!
Sumber: USM

Pengsan atau syncope , adalah keadaan dimana seseorang itu hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak. Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang perlahan. Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan biasanya cepat dan sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden penghadan oksigen yang membawa kepada pengsaan boleh menyebabkan kerosakan otak kumulatif.
          Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya,   sehingga boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap bahagian badan dan dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit menjadi lembap. Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makanan. Ia juga boleh berlaku selapas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan yang panas dan atau  dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih mudah terkumpul di bahagian bawah badan. Apabila seseorang pengsan, mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam keadaan vertikal menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak.
          Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakan dari berlakunya pengsan seperti :
* Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan
* Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan
* Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa yang lama.
* Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh semasa pengsan.
Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan berasa pening, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti hendak pengsan. Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan mengalihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan membawa seseorang itu supaya duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin dengan menundukan kepala diantara kedua lutut.Bertenang, diam dan ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan mungkin terkejut.
Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak. Mereka mungkin sedar dengan cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam beberapa minit awal. Biarkan mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri. Biarkan juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih. Jika mereka tidak sedar untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan segara. Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan pernafasan jika anda tahu. Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih tidak sedar, sakit dan sekejap sedar sekejap tidak, terutamanya jika drug diberikan.  


Wednesday, 2 April 2014

APRIL'S FOOL !!!!!

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Lama tak menyapa angin perubahan di sini. Maaf mood M melanda diri untuk mencoret sesuatu. InshaALLAH will be back with fresh momentum. 

REMINDER: April is my month so pliz don't make it fool.



Tuesday, 18 March 2014

APPLE CIDER VINEGAR

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Hajat di hati nak habiskan entries Korea tapi mood blm dtg nak mengimbau kenangan di sana. So, tunggu la turn Korea tu bila2 free.


Harini mommy update sikit la perubahan rutin mommy lately ni (semoga memberi ilmu kepada yg lain juga, Inshaallah). Since mommy dok sakit tumit baru2 ni, mommy jadi lebih health conscious & mula mencari supplement yg relevant. Mula2 (dah lama ni since early last year kot), mommy ada juga consume product shaklee (terpaksa beli bila didesak oleh member, heheh). 


As many say, pepepun yg lebih utama adalah senaman: indeed!!!!!sejak practice Circuit Training (almost everday juga buat)yg Kevin suggest tu mmg terasa badan lebih ringan & body mcm sedikit fit. Sakit tumit mmg alhamdulilah dah kurang. At the same time, mommy mula consume ACV (apple cider vinegar). Dah lama dok dengar org sembang & suggest ACV ni tapi mcm masuk telinga kanan, keluar telinga kiri hingga la last month barula mommy cuba. Mommy gandingkan ACV ni dgn madu. Mula2 tu beli madu yg biasa dok jual @supermarket tapi baru2 ni mommy terjumpa madu SUMBAWA ni. Memang sedap & rasanya pun lain sikit compare yg mommy dok beli yg biasa tu. 


Tujuan utama mommy consume ACV ni tak lain tak bukan sbb nak reduce cholesterol (plain oats tetap consume juga every morning). Yang bestnye secara tak langsung, my weight juga dah sedikit drop (dikit2 dulu ye). Sebelum ni mmg liat sangat nak kurangkan 'kg' walau dah cuba mkn mcm2 yg org suggest tapi sejak consume ACV + oats + shaklee products + circuit training = -2kg…….Yeay!!!!!


Btw banyak lagi tau kelebihan ACV ni, u all boleh refer blog ni. Nak beli pun senang je, takyah melalui agent2 bagai. Hahaha!!!!g je giant sure ada & harganya pun murah je. Yang botol besar tu mommy beli dlm rm20 lebih je. Alhamdulilah!!!!benda murah tapi yg penting banyak manfaat.

Friday, 14 March 2014

SOLAT HAJAT untuk MH370

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Entry harini just sharing something yg mommy rasa we Malaysian should know & thankful.


Rentetan kehilangan MH370 yg dah masuk day 7 tapi masih belum ada apa2 petunjuk. Semua resah & gelisah dgn keadaan teka teki ini. Bukan setakat Malaysia @negara2 yg melibatkan penumpang warganegara mereka tetapi seluruh dunia turut prihatin & mendoakan keselamatan semua penumpang & crew. Sebagai sebuah negara Islam, ya banyak usaha2 ke arah mengadakan solat hajat & tidak ketinggalan upacara keagamaan semua pihak diadakan di Malaysia. 

Yang mengharukan mommy kemarin ialah apabila Arfa balik sekolah & bgt yg sekolah ugamanya mengadakan solat hajat untuk kehilangan MH370. Masa tu mommy tiba2 terasa sayu & hiba kerana negara jiran Brunei begitu mengambil berat & tidak memandang ringan masalah yg dihadapi Malaysia. Sampaikan semua sekolah ugama dikerah mengadakan solat hajat semoga ALLAH permudahkan penemuan MH370 (rasanya @Malaysia sendiri usaha tidak segiat ini mungkin). 

No bomoh2 pliz......Jiran sebelah pun turut mendoakan. No wonder sek Arfa bt solat hajat, titah sultan dah dimaklumkan. Alhamdulilah......

MAKLUMAN:
Pada menjunjung Titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya akan dapat datang ke masjid-masjid di seluruh negara dengan penumpuan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, untuk sama-sama menunaikan sembahyang sunat hajat beramai-ramai sebagai tanda simpati kita di atas kejadian pesawat MH370, Penerbangan Malaysia, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Manakala selesai sembahyang sunat hajat, akan diikuti pula dengan membaca do'a khusus, memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan kapal yang hilang itu akan dapat ditemui semula dengan izin Allah.
Sembahyang sunat hajat tersebut akan diadakan pada hari ini, Khamis 12 Jamadilawal 1435, bersamaan 13 Mac 2014 selepas menunaikan Sembahyang fardhu Maghrib.
Dikeluarkan oleh:
Kementerian Hal-Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam.


Bila petang sikit baru mommy dapat berita rupa-rupanya arahan itu adalah dari titah Sultan Hassanal Bolkiah supaya seluruh masjid di Brunei mengadakan solat hajat selepas solat Maghrib semalam (13/3/2014). Ya ALLAH!!!!!sebak & terharu sgt dgn keprihatinan mereka. Pada awalnya mommy masih beranggapan perkara itu biasa sebagai tanda simpati jiran kepada jirannya & mungkin setakat jemaah masjid yg melaksanakannya. Tapi tanggapan mommy silap kerana upacara solat hajat itu dihadiri oleh kerabat Diraja & barisan kabinet menteri mereka di samping jemaah lain. Subhanaallah!!!!semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas Brunei & tidak ketinggalan memberi rahmatNYA juga yg tidak terhingga kepada Malaysia. Mudah-mudahan dengan doa banyak pihak MH370 dapat ditemui secepat mungkin. 

Sunday, 9 March 2014

Kehilangan MAS MH370

Assalamualaikum. 
Negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 pagi kemarin. Since semalam mood mommy bercambur baur rentetan dari kes kehilangan pesawat MAS MH370 ni (n3 semalam dah terauto publish maka baru harini dpt buat n3 khas).

Memang moody kalau nak ulas semua segi kes ini apatah lagi dengan tohmahan & kata2 keji manusia yg bercakap tanpa menggunakan akal & budi pekerti.
Apapun kita sebagai manusia yg dikurniaan akal fikiran yg waras tak kira bangsa, agama, keturunan, datang dari negeri @negara mana & apa jua latar belakang kemahiran  sama2 la berdoa & memohon dari yg MAHA BERKUASA agar semua penumpang & anak2 kapal terselamat. Jika sekiranya ditakdirkan sebaliknya kita doakan juga semoga kita semua diberi petunjuk & kemudahan untuk menemui bukti. Selitkan juga doa semoga semua ahli keluarga mangsa tabah & menerima apa jua ketentuan ini dengan hati yg redha.


Sebagai seorang muslim ayuh sama-sama kita doakan agar Allah memberikan kemudahan kepada kita semua dan keluarga mereka yang terlibat.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakeel!
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...