Assalamualaikum & salam sayang semua.
Entry harini just sharing something yg mommy rasa we Malaysian should know & thankful.
Rentetan kehilangan MH370 yg dah masuk day 7 tapi masih belum ada apa2 petunjuk. Semua resah & gelisah dgn keadaan teka teki ini. Bukan setakat Malaysia @negara2 yg melibatkan penumpang warganegara mereka tetapi seluruh dunia turut prihatin & mendoakan keselamatan semua penumpang & crew. Sebagai sebuah negara Islam, ya banyak usaha2 ke arah mengadakan solat hajat & tidak ketinggalan upacara keagamaan semua pihak diadakan di Malaysia.
Yang mengharukan mommy kemarin ialah apabila Arfa balik sekolah & bgt yg sekolah ugamanya mengadakan solat hajat untuk kehilangan MH370. Masa tu mommy tiba2 terasa sayu & hiba kerana negara jiran Brunei begitu mengambil berat & tidak memandang ringan masalah yg dihadapi Malaysia. Sampaikan semua sekolah ugama dikerah mengadakan solat hajat semoga ALLAH permudahkan penemuan MH370 (rasanya @Malaysia sendiri usaha tidak segiat ini mungkin).
No bomoh2 pliz......Jiran sebelah pun turut mendoakan. No wonder sek Arfa bt solat hajat, titah sultan dah dimaklumkan. Alhamdulilah......
Bila petang sikit baru mommy dapat berita rupa-rupanya arahan itu adalah dari titah Sultan Hassanal Bolkiah supaya seluruh masjid di Brunei mengadakan solat hajat selepas solat Maghrib semalam (13/3/2014). Ya ALLAH!!!!!sebak & terharu sgt dgn keprihatinan mereka. Pada awalnya mommy masih beranggapan perkara itu biasa sebagai tanda simpati jiran kepada jirannya & mungkin setakat jemaah masjid yg melaksanakannya. Tapi tanggapan mommy silap kerana upacara solat hajat itu dihadiri oleh kerabat Diraja & barisan kabinet menteri mereka di samping jemaah lain. Subhanaallah!!!!semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas Brunei & tidak ketinggalan memberi rahmatNYA juga yg tidak terhingga kepada Malaysia. Mudah-mudahan dengan doa banyak pihak MH370 dapat ditemui secepat mungkin.
4 comments:
Jm sgt suka cara pemerintahan sultan brunei dan skodeng klsu2 dpt bakal suami org brunei heeee
Alhamdulillah....
dalam keadaan begini bukan saja penyatuan ummah tetepi juga penyatuan jiwa telah diterapkan ..
Semuga pencarian MH370 menemui jalannya...
Semoga tragedi yang menimpa MH370 akan menyedarkan kita supaya kembali kepada Allah..Harapan dan doa kita agar MH370 akan ditemui walau dalam apa jua keadaan sekalipun..
semoga tragedi MH370 ini akan membuatkan kita semua sedar yang kita memerlukan satu sama lain ... hidup tidak boleh bersendirian... hubungan Malaysia Brunei memang istimewakan..
Post a Comment