بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Wednesday, 21 October 2015

Baked Spaghetti

Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy jotdown resepi simple tapi sgt menarik especially utk kanak2. 



Baked Spaghetti ikut olahan mommy, based to citarasa 3A.
Buat dah few times tapi baru berkesempatan simpan kat sini.
Jom tengok resepi.


Bahan2:
Spaghetti (celur & toskan)
Bolognese sauce
Kimball creme soup (we prefer chicken mushroom)
Minced beef/sosej/chicken shredded/etc (ikut suka nak letak protein apa)
Bawang besar holland (dadukan)
Olive oil
Garam
Gula
Mozarella Cheese
Aluminium Foil cups

Caranya:
1. Panaskan olive oil & tumis bawang holland sehingga layu.
2. Masukkan protein & masak sehingga garing.
3. Tambahkan sos bolognese kepada protein & reneh sehingga pekat. Tambahkan perisa garam & gula.
4. Seterusnya masukkan spaghetti yang telah dicelur & gaul sebati. Ketepikan.
5. Susun aluminium foil cups di dalam dulang. Scoop spaghetti yg telah dimasak ke dalam cups sehingga penuh.
6. Sendukkan sup kimball ke dalam spaghetti sehingga menutupi permukaan.
7. Kemudian, tabur mozzarella cheese di seluruh permukaan atas.
8. Akhir sekali bakar selama 25-30 minit pada suhu 180'C.


Ni belanja kawan2 jahit mommy last Wednesday

Sunday, 23 August 2015

MAC & CHEESE



Assalamualaikum & salam sayang.
Macamana hujung minggu u all? Harini mommy nak share resepi la plak.. Lama bebenor tak share resepi. Sekarang ni masak simple dimple je sbb mood bereksperimen dah hanyut ke Laut Cina Selatan. 


Heheh!!!!resepi harini pun xde la gempak, biasa2 aje. Yang penting 3A sukerrrrrr & berbaloi mommy masak.


Mac & Cheese……makanan yang famous untuk western & byk versi menyediakannya. Cuma basic of course involve macaroni/pasta + lots lots of cheese. Nyum2……


Resepi ni mommy try dari allrecipes.com……Yang kelainan sikit sbb dia top with breadcrumbs, so ada tekstur sikit besides mac & cheese semata. Jom buat, senang & cepat.

Bahan2:
1 peket elbow macaroni
2 cawan shredded cheddar cheese
1/2 cawan parutan parmesan cheese
3 cawan susu (mommy ganti dgn cream)
1/4 cawan butter
2 1/2 sudu besar tepung
2 sudu besar butter
1/2 cup bread crumbs 
1 cubit paprika (mommy guna cayenne)

Caranya:
1. Rebus macaroni sehingga lembut. Toskan
2. Dalam kuali, cairkan butter kemudian masukkan tepung sambil kacau perlahan. Tambahkan susu/cream. Guna api sederhana.
3. Masukkan cheese & kacau sehingga sos pekat. Guna api perlahan.
4. Masukkan macaroni & gaul sebati.
5. Tuang macaroni ke dalam bekas caserole.
6. Cairkan butter & masukkan bread crumbs.
7. Taburkan breadcrumbs & paprika ke atas macaroni & cheese.
8. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minutes. Hidang

#Kami punya version tak bakar dalam oven, skipped no 8. Terus serve mcm tu je & walla. Abis!!!!


Tuesday, 8 July 2014

Macaroni Goreng Mamak

Jom kita mamakkan macaroni Italiano ni.


Bahan2:
1 peket Macaroni (mommy guna yg 250g)
Daging kisar (250g)
Telur (1-2 biji)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang merah besar (kisar)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari (mommy guna kari daging)
Sedikit sos cili + sos tomato
Kicap
Garam
Gula
Sayuran (mommy guna sayur campur)
Cili Merah (hiasan)
Daun ketumbar/daun sup (hiasan)



Caranya:
1. Celur macaroni sehingga lembut (masukkan sedikit minyak zaiton & garam). Toskan.
2. Tumis bawang & masukkan cili boh sehingga garing. 
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak.
3. Setelah kering sedikit air daging, masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan sayur campur & macaroni.
5. Tambahkan sos & kicap. Perisakan juga dgn garam & gula.
6. Akhir sekali curahkan telur yg telah dikocok. Gaul rata.
7. Semasa menghidang tabur hirisan cili merah & daun ketumbar/daun sup. 

Macaroni Murtabak

Assalamualaikum & salam ramadhan.
Alhamdulilah dah masuk hari ke-10 kita berpuasa bagi tahun 2014 ni. Maaf lama tak menjenguk Wind of Change almaklum sibuk bebenor. Lagipun tahun ni mommy mmg dah lemau sikit bab2 nak bereksperimen dgn menu2 baru. Dok ulang yg sama je, yg penting senang, cepat & laris. Yang jadi malas nak buat eksperimen kebabom tu bukan apa tak berbaloi sbb kurang laris. So, nawaitu mommy tahun ni xnak banyak sangat 'suap' cik tong. So far alhamdulilah 9 hari 3A pun tak tinggal lagi puasa, makanan semua  pun just nice kami 5 beranak. Nak tau menu 4A+R puasa ni?
Day 1 - Ada jemputan iftar, mommy just buat kuih lompat tikam sedulang.
Day 2 - Nasi Daging, murtabak macaroni, popiah ayam & popiah isi ketam.
Day 3 -  Ikan siakap stim, udang goreng tepung KFC, macaroni goreng mamak, serabe/serawa pisang
Day 4 - Sup tulang, telur bistik, roti gulung sardin
Day 5 - Kari ikan, ayam goreng, roti John
Day 6 - Ayam masak kicap, ikan pekasam goreng, Mango Casablanca
Day 7 - Kari ikan, telur masin, roti jala kuah kari ayam
Day 8 - Iftar @Radisson Hotel Brunei
Day 9 - Ikan singgang, ikan bakar cicah budu+ulam2, ayam kunyit bersama kacang panjang, cekodok bilis, kuih cik mek molek.


Hahaha!!!!itu je lauk simple kami disamping juadah diberi jiran. Mmg kalut memasak & ngam2 waktu berbuka (kat sini berbuka pukul 6:38pm). Mommy mmg xde masa ler nak snap gambar bagai. So far yg rasa juadah nak simpan resepi ni je Macaroni Murtabak, Macaroni Goreng Mamak & Mango Casablanca sebab 1st time buat. Yang lain2 tu kalau ada yg nak tgk resepi mommy dah ada link. Yang Mango Casablanca ni tgk le bila plak rajin nak mengupdate blog lagi.


1st kita buat macaroni murtabak dulu. Senang giler dgn adanya pemanggang ajaib 'Vantage' (hahaha!!!!promo sikit). Balik Malaysia bln Jun aritu mmg dah aim nak beli pemanggang vantage ni tapi dok kalut2 p sana p sini, pasrah je xdpt g outlet dia. Sekali masa nak gerak balik kampung tu kami singgah sat @ daiso Rawang, lalu kot MPH sekali terpampang @dinding kaca dia pemanggang ni. Mommy apalagi terus masuk & tanya budak MPH tu. Noneng2 dia explain + promo suruh beli buku resepi Kak Hanieliza……mommy pun beli. Sukerrrrrr yg amat sebab murah & dpt lagi buku resepi Kak Hanieliza. Rege promo dgn buku resepi tu cuma RM144 jeeeeeee (harga asal pemanggang tu RM199). Itu yg lagi malas jadinya mommy skrg ni sbb dah ramai membantu @dapur. Dulu2 peyuk magic Noxxa je, ni dah tambah satu lagi 'bibik'..Heheh!!!!senang kejoooo den.
Jom2 kita buat resepi guna pemanggang ajaib vantage.

Bahan2:
Macaroni (250g)
Daging kisar (250g)
Telur (4-5 biji bergantung size)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
1 cawan sayur campur
Garam 
Gula
Sedikit serbuk sedap rasa

Caranya:
1. Celur macaroni sehingga lembut (masukkan sedikit minyak zaiton & garam). Toskan.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan2.
3. Tuang semua bahan2 ke dalam pemanggang ajaib & tutup kedap.
4. Masak sehingga garing. Siap

Wallaweh xyah guna oven bagai dah nak bake macaroni. Yeay!!!

Tuesday, 25 June 2013

Creamy Tuna Pasta

Assalamualaikum @ good day.
Ya Allah malasnya nak update blog skrg ni. Mood malas melanda since last week. Dengan cuaca sedikit berjerebu, mood pun dah jadi kelam jugak. Semoga simpton2 malas ni lenyap dengan segera begitu juga dgn cuaca berjerebu ni. 


Mommy panaskan dulu mood dengan sharing simple recipe ni. Buat utk breakfast last Sunday & Alhamdulilah walaupun guna ikan sardin tapi 3A suka. Mommy pun lagi suka version ni compare to sos spaghetti yg biasa tu.
Masih lagi xde mood nak citer berjela2, so kita terus saja copy resepi. 


Bahan2:
80g pasta -direbus
3 biji bawang Putih (kisar)
1/2 biji bawang besar (kisar)
1 helai daun bay (hiris)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tuna (dlm tin)
1 cawan sos pasta
1/2 cawan krim putar
Garam
Sedikit lada sulah
Herba kering/daun parsley utk hiasan

Cara Menyediakan:
1.Tumis bawang Putih, bawang besar & daun bay hingga wangi.
2.Setelah itu masukkan tuna, krim, lada sulah & garam secukupnya.
3.Masukkan sos pasta & masak hingga pekat.
4.Setelah masak, curahkan di atas pasta & tabur bahan hiasan.

Thursday, 30 May 2013

MEE UDANG SUNGAI DUA

Assalamualaikum & good day.
Resepi mee udang yang dicari2 akhirnya ku ketemu jua. Hahaha!!!kami especially daddy mmg pengemar mee udang tegar. Klu balik Kulim pun sibuk cari port mee udang & char kew tiaw power. Biasanya org belah Penang/Kulim etc mmg tau 'Mee Udang Sg Dua'………..Femes sehhhhh!!!! Kami ada la try dulu (tapi mommy suka yg mee udang Sepetang, Perak lagi). Pepepun tak kisah le yg penting sekarang mommy dah tau RAHSIA depa2 dok buat sedap sangat tu. No jampi2@pengasih bagai dikata cuma resepi dibuat dengan penuh kasih sayang ja, chewah!!!!


Mommy guna resepi dari blog K.Azlita yang femes tu. Di tambah dengan gambar2 yg bombastic ala2 photographer majalah gitu, lagi le membuatkan mommy telan air liur.
Alhamdulilah terlaksana misi eksperimen last Friday & dijamu selama hampir seminggu (hahaha!!!!banyak giler dapat kuahnya ikut resepi K.Ita tu). Mommy siap bagi semua anak beranak k.Maria & kakak2 dia yg berdekatan lagi (punya le banyak buat kuah follow resepi ni).

Tapi sangat2 berpuas hati dengan hasil resepi ni. Dulu pernah buat juga mee udang tapi finally this is the one that we looking for selama ini. Big bos pun puas hati, makan menambah2 U. Seronok I tengok tau.

Untuk yg belum pernah try/masak, boleh la cuba, mana tau memikat selera u all plak. Untuk rujukan mommy di masa hadapan, mommy jotdown & adjust sikit je amountnya. TQVM K.Ita & Pn Zaiton atas perkongsian.





Resepi asal : Puan Zaiton (Buku Planta Resepiku Warisanku)

Bahan2:
1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng


Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar 
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inci halia ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
200 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus (kena reduce to 1/2 kg je)
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus
2 biji telur ayam
Paste tomyam ~ 2 kiub tomyam
Perencah sup tulang ~ 1 sudu besar
Udang galah ~ dalam 10-12 ekor
Garam dan gula secukup selera
Air

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. 
2. Tumiskan bawang hingga naik bau.
3. Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing.
4. Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing.
5. Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit.
6. Kemudian masukkan keledek dan kentang lenyek tadi.
7. Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat (mommy guna dalam 1liter air).
8. Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati.
9. Masukkan garam dan gula mengikut selera.
10. Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang.
11. Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna.
12. Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

Monday, 20 May 2013

Laksa Kuah Lemak


Ohw btw mommy pun buat juga yg versi kuah putih special for 3A & niat nak bg k.Maria rasa.


Resepi azali sejak dalam perut mok. Hehe!!!

Bahan2
Ikan selayang/kembung (500g)
Santan pekat (amik dr sebiji kelapa)
5-6ulas bawang merah
1 inch halia
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa.

Cara2nya
1. Rebus ikan bersama garam& asam gelugur sehingga masak. Sejukkan sebelum diambil isi.
2. Tumbuk isi ikan (mommy kisar guna food processor).
3. Setelah selesai tumbuk isi ikan, tumbuk pula tulang2 ikan sehingga lumat (pastikan buang mata ikan bagi mengelakkan kuah menjadi hitam). Masukkan sedikit air & perah tulang2 ikan tadi (tapis amik air ikan je ye).Tulang ikan tu menjadi penambah rasa kuah.
4. Tumbuk/kisar bawang merah+halia.
5. Dalam periuk, masukkan ikan+santan+bahan kisar+asam gelugur. 
6. Masak kuah sehingga mendidih. Tambah garam. 
7. Reneh kuah sehingga pekat. Angkat & ketepikan.



#Laksam/laksa kuah lemak ni biasanya dimakan dgn ulam-ulaman & sambal.

Ulam
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Daun serai kayu
Taugeh/kubis
Etc....

Sambal
Tumbuk cili & garam sehingga lumat (kalau nak tambah belacan pun orait)....


Laksa Terengganu Kuah Merah

Assalamualaikum & good day.
Emmm..Kesian hari Isnin, ramai org tak sukakan ia sedangkan is begitu indah. Hehe!!!!indah untuk org yang tak kerja le kot sebab rumah sunyi tanpa hiruk pikuk kekanak ribena (mommy le tu)……
BUT today really tired. Sebabnya semalam kami ke Miri (lagi & lagi borong groceries disamping daddy ada meet up dgn old friends dia). Org2 Msia yg rasa harga barang mahal tapi kami yg kat Brunei ni mmg pantang ada luang, nak shopping kat Malaysia juga sebab dah le barang2 up to date pastu byk yg lebih murah compare to Brunei. Bukan sebab duit Brunei tinggi aje tapi kalau buat convertion tetap murah barangan yg dijual di Malaysia. Pepepun, terpulang la judgement masing2. Mcm mommy lately ni la rasa ruginya spend benda yg sama tapi dok bayar harga yg tinggi @Brunei, so dah alang2 kami selalu g Miri untuk urusan bank etc might as well beli @Miri je (byk blh save). Selain tu kami p melawat 'Bujang Senang' kat sana (tg next N3 citer pasal 'Bujang Senang').
Eh, panjang le plak melencong…….ok sambung citer. Jadi penat le sgt harini sebab tak cukup tidur & byk nak kemas kerja2 terbengkalai (laundry, house cleaning etc). Pastu tadi dah elok2 otw nak g htr daddy cikgu Anis plak telefon mitak hantar buku latihan yg dia tertinggal. Aduhai..dah le jauh jarak rumah ke sekolah (dlm 17km), jadinya dah siap hantar buku Anis melelong2 le mommy window shopping (nak shopping betul2, semalam dah perabih duit, hehe). Buang masa je 2 jam sambil2 nak tg 3A balik sekolah, kerja satu apa pun xleh settle.………..



Psstt!!!mommy nak jotdown resepi laksa le plak sebab versi ni tak pernah buat (malu jelah jadi org Ganu tapi laksa ganu x master tapi laksa negeri lain master plak). Frankly speaking mmg xde pendedahan langsung mommy & family dengan versi kuah merah ni. Selalu pun kami mmg dok layan laksa lemak kuah putih (both ganu + kelate punya hakmilik). Mcmana mommy blh rasa teringin nak bereksperimen dgn resepi kuah merah ni disebabkan asyik dok belek rempah gulai cap Bunga Rose yg tersohor among org Ganu tu. Kat belakang paket tu ada resepi mcmana nak buat versi kuah merah. 

Apalagi, terus jelah ON Jumaat lepas. Alahai, ruginya dari dulu tak pernah buat versi kuah merah ni sebab proven mmg lagi sedap compare to kuah putih. Daddy pun suka versi kuah merah juga, same goes to Arfa. Anis & Ahdia je layan kuah putih (taboo sebab katanya yg merah pedas). Kalau ikut persamaan, lebih kurang rasa laksa Johor plak versi kuah merah ni cuma adalah beza sikit2 especially Laksa Johor makan dgn spagetti & this laksa Ganu makan dgn laksa beras. Teringat juga kata2 ustaz sekolah lama mommy (asal Thailand dia ni), bila dia makan laksa Johor yg mommy buat masa open house dulu, dia bgt rasanya sama dengan Laksa Siam (cuma laksa Siam dorg makan dgn bihun). Hehehe!!!!pi mai, pi mai tang tu le campurannya. 



Okey, resepi mommy follow je dr peket rempah gulai cap 'Bunga Rose'.

Bahan2:
10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
Sedikit kunyit *
1 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Rose
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Rose 
3 sudu besar serbuk cili 
1 sudu besar kerisik
4 mangkuk santan cair
1 keping gula melaka/nise
Gula
2 keping asam gelugor
1 kilo ikan kembung (rebus & kisar isi)

Caranya:
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Gaulkan bahan2 yg telah dikisar bersama serbuk cili, rempah & kerisik.
3. Didihkan santan bersama asam gelugur, gula melaka, gula & garam secukup rasa.
4. Setelah santan mendidih, masukkan bahan2 no 2. 
5. Biarkan seketika kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar.
6. Masak sehingga kelihatan minyak dipermukaan kuah & padamkan api.




Friday, 10 May 2013

Bihun Sup Utara

Assalamualaikum & good day.
Adusss!!!hari2 yg tenang & mendamaikan sedikit tercalar harini gara2 sikap sesetengah manusia yg tak puas hati. Mommy sehabis boleh nak menggelak dari tempias GE13 yg penuh kontroversi alih2 terkena jugak percikannya. Ya ALLAH!!!!!
Emmph!!!malas nak layan la. Layan eksperimen & hidang makanan@ org2 tersayang lagi bagus. Besar lagi pahala aku dapat……Nak tahu juga ke nape mommy emo harini? (nanti la esok lusa mommy citer).


Semalam mommy puasa, kalau ikut nafsu & kebiasaan mesti nak makan mcm2 kan time berbuka tetapi disebabkan mommy dah set nak lose weight ni (haaaaa, jgn gelak ekk korang), maka mommy pun buat2 malas. Pagi lepas htr semua org mommy tidur (dari pukul 9am till 11am.amekaw!!!tak pernah2 sambung tidur tau). Bangun je hadap mr Mac jap pastu amik 3A dr sekolah. Ptg plak masih bermalas2 sampai le pukul 4pm baru merancang apa nak buat. End upnya, mommy panaskan sup tulang (mommy buat frozen since last week) then celur bihun utk buat Bihun Sup Utara. Ohw!!!!cheq mmg sukooooo na bihun sup utara ni maklum le hero cheq mai tang utara nun. Seronok betui cheq semalam sbb senang sgt prepared juadah berbuka. 


Heheh!!!!harini lunch pun masih layan bihun sup utara lagi nooo. 
Resepinya anak2 mommy (untuk sekali hadap 5 org).

Bahan2 bihun:
1 peket bihun
1sudu serbuk kunyit
Air untuk mencelur

Caranya:
1. Mula2 rendam bihun dalam air yang dicampur serbuk kunyit selama 1 jam (lebih kurang la janji nampak dah kuning tu blh la proceed).
2. Celur sekejap (dalam 5 minit bihun tadi dalam air panas). Bilas & tos.

Bahan2 sup:
500g tulang lembu (pastikan ada banyak daging le jugak ye)
1 bunjut sup tulang
3 biji bawang putih (ketuk/hiris)
2 cm halia (ketuk/hiris)
1 labu bawang besar (belah 4)
Batang daun ketumbar/daun sup
Garam
Perisa
Air secukupnya

Caranya:
1. Mula2 rebus tulang sehingga empuk ( pastikan daging betul2 empuk).
2. Dalam kuali asing, tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang). Juga masukkan bawang putih & halia. Tumis sehingga garing.
3. Curahkan tumisan tadi ke dalam kuah sup yang mendidih.
4. Masukkan bunjut sup, akar daun ketumbar & bawang besar.
5. Perisakan dengan garam & stok sedap rasa.

Bahan2 tabur/sampingan
Daun sup (hiris halus)
Daun bawang (hiris halus)
Bawang goreng
Tumis Cili 

Cara membuat Tumis Cili:
1. Tumiskan cili giling, bawang putih & bawang merah sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa & kacau sebati.
3. Perisakan dengan garam & gula. Sedia.



Semasa menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk, disertai dengan hirisan daging & bahan2 tabur. Tambah tumis cili & curahkan kuah. Phergghh!!!!

Friday, 8 March 2013

SOTO JAWA

Assalamualaikum & good day.

Masa N3 Bawang Goreng dulu mommy ada mentioned pasal Soto Jawa yang mantop. Hehe, harini baru dapat tayang. 1st of all, soto antara menu yang menjadi pujaan 4A+R juga & yet di Brunei ni mmg famous dgn soto. Pada peringkat permulaan, kami ingat soto tu sah2 yang macam kita punya di Malaysia la kan tapi kat sini semua yang berkuah sup tu dorg panggil soto. Bihun sup, mee sup, kue tiew sup semuanya tukar nama jadi soto. Pastu kalau tgk FB dorg mesti update 'menyoto' (maksudnya tengah layan soto le tu, tapi tak tau le bihun@mee@kue tiew sup. 

Okey berbalik kepada resepi mommy ni, kalau sebelum ni selalu mommy buat soto style simple xde masuk santan bagai tapi this time mommy follow resepi Jawa Johor yang ada santan. Resepi ni mommy dapat dari majalah Seri Dewi & Keluarga (edisi September 2012) disumbangkan oleh pelakon/pelawak Sharifah Shahora (dia Jawa Johor). Bila test mmg proven sedap & sama dgn rasa soto jawa yang mommy dok beli kat Pasar Malam dulu2. Suka sangat sebab dah dapat resepinya. Okey yang belum try versi Jawa Johor ni bolehla sama2 cuba. 


Bahan2:

BahanA:
6 bungkus ketupat segera (rebus & sejukkan)
2 ekor ayam (dibelah 4)
3-4 liter air
1 cawan santan pekat
3 batang serai (dititik)
3 cm lengkuas (hiris nipis & dititik)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
*4 sudu serbuk sup soto
*1/2 cawan serbuk ketumbar
*2 sudu teh jintan halus
*2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
(Bahan2 bertanda * mommy tak guna & digantikan dgn 2 bungkus sup bunjut soto 'Mak Siti')

Bahan B (kisar):
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan C (Sambal Kicap):
20 tangkai cili padi
Gula/garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan D (Hiasan):
Bergedil
Taugeh (dicelur)
Daun sup (dipotong halus)
Bawang goreng
Sambal kicap
Kacang goreng
Isi ayam (disiat2)

Caranya:
1. Mula2, panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih) bersama serai & lengkuas yang dititik.
2. Tumis rempah yang dikisar sehingga naik bau bersama sup soto. Gaul sebati.
3. Masukkan santan, gaul sebati & tuangkan air. kemuadian masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih & isi ayam empuk.
4. Keluarkan ayam & sejukkan sebelum disiat2 (mommy tak siat2 tapi potong kecik2)
5. Semasa menghidang, masukkan nasi impit/ketupat yang dipotong dadu & tuangkan kuah sup soto. Kemudian tabur dengan bahan2 hiasan.






Cara membuat Sambal Kicap:
1. Goreng sebentar cili & bawang putih. Toskan minyak.
2. Kisar semua bahan2 sehingga lumat.
(resepi Shahora dia tak goreng, tapi mommy ingat ada member Jawa dulu ajar kalau nak buat sambal kicap bagi tahan lama & tak sakit perut better goreng dulu cili & bawang)


Cara membuat bergedil daging:
Bahan2:
500g kentang (dikupas kulit)
300g daging cincang (tumis dgn bawang putih sehingga masak)
2 batang daun bawang (dipotong halus)
3 sudu besar bawang goreng
2 tangkai cili (dipotong halus) - mommy xletak
1 sudu besar lada sulah
3 sudu tepung serbaguna
2 biji telur
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan & dilenyek.
2. Campurkan kentang lenyek dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam & tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati & menjadi doh.
3. Bentukkan doh tadi menjadi bulat kecil.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celup doh ke dalam bancuhan telur & goreng sehingga garing.
5. Angkat & toskan minyak. Sedia dimakan dgn soto.

Thursday, 29 November 2012

Lontong yang buat mommy 'Lantang'

Assalamualaikum & good day.
Semalam baru mommy realized yg 'Wind of Change' kena attacked malware danger. Ada 2,3 org kawan2 yang bgt dorg xleh nak view blog ni. Haru betul & sedih sgt. Patut le mommy perasan mcm sunyi je kat sini (bknnya ramai sangat visitor pun tapi atleast mommy ada close friends/regular visitors yang selalu jenguk). Sekarang ni pun masih blm settle masalah (tak tau lagi the best solution mcm, tg daddy advise mommy dulu mcm sbb ada website tu blh settle tapi berbayar, huhu). Dah le kami ada 4,5 hari lagi sebelum long vacation (mommy ingat banyak nak auto publish N3 sepanjang kami bercuti).


Takpela, sementara mommy cari solution nak settle malware ni mommy kena jotdown juga beberapa resepi untuk rujukan masa depan. This time, resepi simple je & selalu sangat buat cuma mommy rasa perlu juga jotdown mungkin untuk reference Anis & Ahdia di masa depan. 

Btw, masa mommy snapped photos Lontong mommy ni ada sedikit ketidakpuasan di hati seseorang yang membuatkan mommy tiba-tiba jadi LANTANG. Huish!!!penangan LONTONG terus transformed jadi LANTANG. Ya ALLAH!!!mmg tak semena-mena rasa kepala tumbuh tanduk setan, geram sangat2 dengan benda yang tak sepatutnya dilakukan (apa peristiwanya biarle menjadi pedoman & pengajaran untuk kami di masa hadapan). Pepepun, walau bara api amik masa juga nak sejuk tapi last2 mommy dah cooldown, Alhamdulilah dah tua2 ni xleh marah lama2 takut kena darah tinggi plak, hehe. 

Okey, berbalik resepi LONTONG LANTANG kita, hehe.

Bahan2:
5-10 biji bawang merah (kisar)
1 inci kunyit hidup (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
2 batang serai dititik (optional)
200ml santan pekat (anggaran sebiji kelapa/1 tin)
250 air (agak2 ikut kepekatan yang disukai)
Tempe (hiris nipis & goreng)
Tauhu (hiris nipis & goreng)
Suun (celur & tos airnya)
Fucuk (celur & tos airnya)
Sayur-sayuran;
(carrot, jagung muda, kacang panjang, terung, kubis etc)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 kisar ke dalam periuk. Tambahkan santan pekat & air.
2. Masak sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan sayur-sayuran, serai, tempe, tauhu, suun & fucuk.
3. Tambahkan garam & reneh sehingga kuah pekat.

Untuk sambal tumis (terpulang le sambal ikan bilis, sotong @ udang)

Bahan2:
5-10 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
5 tangkai cili kering ( rebus & kisar lumat) *boleh guna cili boh dlm 2 sudu besar
1 sudu besar sos tomato/1 sudu kecil pes asam jawa
1 keping gula melaka/nise 
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis
1 mangkuk ikan bilis/sotong/udang
#Kalau suka boleh tambah 1 inci belacan (kisar & tumis bersama bahan2 kisar yang lain)

Caranya:
1. Tumis bawang sehingga layu & masukkan cili boh. Masak sehingga cili garing.
2. Masukkan sos tomato/pes asam jawa & tambahkan sedikit air. Kacau sebati.
3. Tambahkan gula melaka & garam. Jika terlalu pekat masukkan air.
4. Masukkan ikan bilis/sotong/udang & kacau sebati.
5. Didihkan sehingga masak.

Bila nak nak sediakan lontong, potong nasi impit menjadi kiub. Masukkan ke dalam mangkuk & tuang kuah sehingga menutupi nasi impit. Letakkan sambal tumis. Layannnnn!!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...