بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Friday, 30 May 2014

Pulut Kuning Berhias

Assalamualaikum & salam sayang.
Amboi syoknye org Malaysia dah cuti sekolah..Mesti ramai yg bawak anak2 cuti2 Malaysia @ cuti2 obersea. Kami kat Brunei belum start lagi. Inshaallah 13/6/2014 ni baru start cuti.


Kalau dah musim cuti sekolah, kenduri kahwin pun banyak le jugak ekk? Kat Brunei ni plak takyah tunggu cuti sekolah, tiap2 weekends pun ada org buat kenduri kahwin. Yelah..negara dorg kecik, anak beranak pun duk dekat2 je, buat apa nak tunggu cuti sekolah sebab jemputan seluruh negara pun blh datang balik hari je (siap 2,3 majlis lagi boleh pergi).


Ehem!!!!sebenarnya mommy nak citer ni pasal majlis jemputan pertunangan anak jiran kami (anak k.Maria a.k.a kakak kpd Areesya). Bakal pengantin ni dah lama berkenalan sebab ada pertalian saudara & duduk pun sekampung ni haaa (dari kecil dah kenal). Walau sekampung & sanak saudara yg sama tapi ramai juga jemputan. Biasanya dorg ni buat kenduri apa2 pun mmg tak kacau dalam rumah, mesti buka canapoy & cater je makanan. Suasana jemputan tu lebih kurang sama cam kenduri kahwin yg mommy pergi dulu. Walau rapat juga dgn keluarga beliau tapi mommy segan nak menempek dalam rumah (anak beranak terdekat dorg je yg berkeliaran dalam rumah) & join semua jiran2 lain kat luar (melepas le tgk live & snap upacara pertunangan tu kat dalam rumah).


Cumanya, lebih meaningful majlis Teekah ni sebab k.Maria requested mommy buatkan Pulut Kuning Berhias untuk majlis ni. Ya ALLAH!!!!! serius seriau bila k.Maria requested tu tapi sebab fikir ada periuk magic & mommy pun cam minat nak deco2 tu so sahut je cabaran k.Maria.

Heheh!!!!hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Mula2 tu, cam ni rupanya. Selapis je sebab nak kena layer lagi satu yg berlubang (utk letak rendang daging).


Selepas berhempas pulas memikir camna nak buat kolam tu (phewww!!!!seksa gak). Jadile camni rupanya.


Kedian, mulala mendeco, selit sana selit sini. susun sana susun sini. Jadile semak samun camni plak.


Lastly!!!!!!!!!!aku lupa snap gambar. Sepatutnya ada 2 ekor burung duk bertenggek tepi kolam rendang tu. 

Huhu!!!!!bila dah kalut nak g hantar tu, terlupa nak snap gambar pulut kuning berhias yg sempurna (mintak k.Maria snap kat rumah dia tapi dia cakap dok busy dia pun terlupa, tgk2 org dah tutup dgn net pulut kuning tu). Alahai!!!!!depa xsuka terdedah camtu kot sebab benda nak makan (mommy tgk pun kek & semua kuih muih etc dorg bubuh dalam kotak transparent). 
Takpela..kot2 ada org nak request lagi mommy tayang besor2 burung bertenggek tu (ahaks!!!!ada ke org nak request lagi mommy ooooi)

Wednesday, 16 April 2014

PULUT KUNING cepat dimasak sedap dimakan

Assalamualaikum & salam sayang semua….
Terima kasih kepada yg sudi wish & mendoakan sempena 14-4-14. Semoga kalian juga dalam lindungan ALLAH. Amin3x..


Nothing special cuma gedik2 dgn anak beranak 4A+R je. Kebetulan dah lama mommy berniat, kalau Arfa dah khatam Quran mommy nak buat pulut kuning. Sepatutnya last week buat & jamu kawan2 usrah tapi ada perubahan posponed mg ni. Bila dah jadi minggu ni kiranya pulut kuning ni untuk 2 niat la kot; 1st sempena Arfa khatam Quran & 2nd sempena 14-4-14…….


Alhamdulilah, happy sangat harini sebab dah setel niat nak jamu pulut kuning (walau tak buat kat rumah kami sendiri). Yang double happy sebab everything (pulut +matching) turn out very the sedap & yet penyediaannya tidak membebankan mommy yg takde pembantu ni.


Dengan kawan2 lain pun bawa potlucks, the table was full with varieties of foods (cam jamuan raya dah jadinya).

Ok about the Pulut Kuning..Percaya @ tidak it just took less than 10 minutes for me to prepare the 'Pulut Kuning'Same goes to rendang daging power & kari ayam meletup (abaikan nama glamer tu ye. ahaks!!)

Kalau dulu buat pulut kuning, jenuh semalaman kena prepare segala bahan2 tapi dgn cara terbaru ni……..rendam 1/2 jam beras pulut, then masak less than 10 minutes..SIAP !!!!!



Nak tahu rahsia camna boleh buat cepat sgt tu? Ni hah……Periuk Magic Noxxa (Amway product). Heheh!!!sejak ada periuk magic ni hidup mommy lebih terasa bahagia (kuang3x!!!!). Masak apa2 pun relax je leni, dah buat lamb stew, bubur jagung, daging goreng, kari ayam, rebus jagung etc……semua kejap je. Tiada lagi sungutan liatnya daging ni, kerasnya, bla3x dari bos besar (byk songeh bos tu). 


Ok la, mommy bukan nak promote periuk (bkn ahli amway pun tapi beli dgn kawan lama). Kalau ada yg teringin sila la cari ahli Amway ye.


Resepi xyah la share kot sbb senang nooo guna periuk ni. Just masukkan beras pulut yg dah rendam kunyit tu & masak guna high pressure dlm tempoh 5 minit, kedian release pressure & masukkan santan biar dlm mood heat dlm 3 minit. SIAP!!!! (alamak dah tershare juga resepi, heheh).


Yang kari & rendang pun follow steps yg sama tapi kena tumis dulu la mula2 tu. 









Monday, 3 March 2014

Nasi Goreng Ikan

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Dah sarapan? Mommy harini layan Nasi Goreng Ikan. Menggunakan bahan2 leftover & diolah menjadi satu hidangan yg BURPPP!!!!kenyangkan perut & cergaskan minda. Resepinya mudah saja anak2………


Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan isi ikan goreng (leraikan isi dr tulang & ramas2 supaya hancur). Masukkan nasi putih & masukkan kicap & sos cili. Setelah digaul rata, masukkan sayur & cili padi (potong kecik2). Sebatikan semuanya & siap.

Okey, ringkas je ye sebab mommy nak berangan kejap ni. Pasni kita citer apa yg mommy angankan. Btw yg kerja tu rajin2 ye kerja, mental  biar cerdas ;)

Tuesday, 25 February 2014

NASI KERABU ULAM & kenapa kita perlu kedekut.

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mood terkejut sebab semalam mommy dapat news pasal my X-student yg kena diabetes. Sebaya Arfa & dulu tinggal dalam kejiranan kami. Mommy kenal dgn ayah & ibunya. Huhu!!!!sedihnya sbb masih di usia muda & this year plak she's going to seat for the UPSR. Budaknya pandai (dulu pun 1st class), sulong 2 beradik je. Oh btw (bukan mommy nak mengata ke apa, sebab semua kejadian adalah atas kehendakNYA) tapi coincidence ibunya mmg berniaga masak2 online (jual kuih, cake, dessert & any tempahan makanan). Hari2 pun tgk ibunya post pasal makanan @FB. Selain yg dijual, of course memenuhi permintaan selera anak2. Ya ALLAH!!!!!takut jadinya mommy. 

Berbalik kpd kehidupan 4A+R (bukan mommy nak show off tetapi nak share kebaikan), family kami ni consider moderate je dalam segala segi. Compare to my other siblings (mommy's side la ni, daddy punya side mmg moderate je life dorg), dorg ni cukup mewah dalam berbelanja makan & minum. Kalau dulu mommy mmg terasa sedih juga la kalau bab2 makan minum & berbelanja sakan ni, daddy mmg byk songeh sikit (bukan tak cukup makan tapi xde nak berlebih2 & bermewah2). Tapi bila dah lama2 mommy hidup dgn daddy baru mommy faham banyak PRO dari CON nya kalau kita terlalu berlebih2 a.k.a membazir ni. 

Kehidupan daddy yg susah semasa kecil banyak mempengaruhi cara daddy membesar & membentuk family kami. Walau sesetengah orang blh judge 'kedekut' (mok pun dulu mmg pernah juga sound kami ni kedekut bila bab2 makan, 3A kalau makan lauk cubit sikit2 compare tu cucu2 dia yg lain……kalau makan ayam tu amekau 2,3 ketul masuk dlm pinggan). Hakikatnya cara kami tu taknak ajar anak2 membazir & boros & terlalu senang dgn kehidupan. Itu pun mommy rasa 3A ni dah alhamdulilah cukup serba serbi, taknak nanti dorg rasa bermegah diri & terlalu selesa dgn kesenangan. 

Bercakap ttg megah diri ni, Ya ALLAH!!!!ada juga la kes di mana family members yg salah anggap dgn kehidupan kami, kononnya mommy ni sombong & cakap tak fikir perasaan org lain. Adussssss!!!kadang2 bila kita dah senang sikit (bukan kaya raya pun), salah cakap bergurau pun org amik serius padahal zaman kita mula2 nak membina kehidupan @time sesak la kan, cakap bergurau mengata apa pun xde hal nak terasa (mommy ni plak style yg lurus bendul, aku dulu & aku sekarang xde beza. Cakap tu main straight forwards je xde nak selindung2). Ini la asam garam lumrah kehidupan………That's why skrg ni mommy ambil pendekatan apa2 hal susah senang pun kita anak beranak je yg simpan. Adik beradik ke, saudara mara ke even emak sendiri pun (yelah kdg2 kita citer kat mak kita, pastu mak kita plak dok compare2 dgn sedara yg lain. Org dengar lain plak citernya) xyah la nak berkongsi2 rasa (pengalaman yg mengajar jadi serik). Selain suami, ALLAH la tempat ultimate kita bergantung, no more seronok2 nak layan perasaan dgn org. 

Laaaaaaaa, n3 apa ni?????????? Mula2 citer budak kena diabetes, pastu kenapa kena kedekut, kedian terasa hati plak. Abislaaaaa pening org baca……sebenarnya nak show off NASI KERABU ULAM lagend mommy ni. Nostalgia sbb mok selalu prepared utk arwah tok ayah kami sebab dia dah xde selera & xde gigi nak makan lauk pauk. End upnya almost everyday mok buat nasi kerabu ulam @ lebih dikenali sebagai NASI KERABU DARAT especially time bulan puasa. 


Nasi ni basically sama cam nasi kerabu original (hahaha!!!nape mommy ckp original sbb byk sgt FAKE nasi kerabu kat pasaran skrg ni. Really surprise me sbb ada versi nasi kerabu guna tumis semata & tak letak budu which i think offend us org Pantai Timur. Geram je tgk makanan asli kami dicarca marbakan. Bab kata budok2 kelate, xdok power la weh mung tokboh budu gak). Nasi kerabu ulam ni lebih sempoi sbb guna nasi putih je, ikan bakar pulak ditumbuk sekaligus dengan bawang merah & halia muda. Matching plak dgn ulam2 yg available time tu. No lauk2 lain dah. Oh!!!!don't forget BUDU sebagai bahan utama. Hahaha!!!This is really healthy!!!!!tapi kalau yg dah biasa makan lauk pauk tu blh je matching gak dgn lauk lain.




Monday, 10 February 2014

MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA!!!!

Assalamualaikum & salam sayang.
Mommy percaya semua akan AGREE dengan mommy kalau mommy announce hidangan di bawah sebagai  makanan paling sedap di dunia.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nasi + telur mata lembu (kami panggil telo mato kuba), belum cukup tu. Di siram dengan kicap hitam. Emmmm..
Nikmat tak terhingga……kik3x!!!!


Kredit to fb@sepahtu sebab ingatkan mommy kesedapan hidangan ni. Ada ke org tak pernah try hidangan sedap ni ekk? 
Oh btw, utk resepi sila hubungi pihak sepahtu ye. Hehehe!!!!

Thursday, 28 November 2013

NASI DAGING

Assalamualaikum & happy Thursday.
(Edisi khas sempena birthday daddy 25th November yg lepas).



Since makan nasi daging rumah member kat sini tahun lepas (parents dia mmg bt catering nasi daging guna rempah homemade). Daddy dok request mommy cuba buat nasi daging ni. Bila dok tanya member2 org utara semua ckp kena guna rempah khas. 


So, mmg xde harapan le mommy nak buat kan? Dalam pada dok pasrah xde rempah tu, mommy try le jugak google resepi nasi daging ni (yelah, sapa tak sayang laki kan. Dah dia mengidam kena le jugak usaha). Sekali terjumpa le jugak resepi nasi daging yg simple & tak yah guna rempah khas. Suka la cheq nak try pastu. 


Percubaan pertama (tak ingat dah date tapi dlm awal tahun ni la) xberapa menjadi sebab terlebih letak tomato puri (rupanya kena guna tomato sup bukan tomato puri). Hasilnya jadi mcm nasi tomato plak. Heheh!!!!!


In conjunction with daddy's birthday ni mommy kiranya dah plan nak buat Nasi Daging again sebab mmg tau daddy suka makan. Alhamdulilah!!!!! this time mmg PERFECTO!!!!
Rasanya resepi dari Cik Min ni mmg antara yg senang & bahan2 semuanya mommy boleh dapat kat sini. Tqvm CikMin, u merealisasikan harapan cheq.


Nasi Daging

Bahan2:
1/2 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis
1/2 kilo tulang - rebus sehingga empuk 
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan 2,3 s/b sos tomato
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
1 s/k rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak (mommy skip)
sedikit gula batu – (mommy guna gula biasa)
garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan (mommy skip)

Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi 
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar


Cara : 
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3. Masukkan bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging & tulang, tomato sup kimball dan air rebusan tulang yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam



Cara hidangan: Nasi Daging dimakan bersama Air Asam


Air Asam
Bahan2:
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis)
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan (hancurkan)
1 biji cili merah (ricik halus)
2 biji cili padi (ricik halus)
Garam 
Gula
Sedikit kerisik kelapa

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
2. Gaul rata dengan meramas2 bawang & tomato supaya keluar airnya.
3. Sedia dihidang dengan nasi daging.


Tuesday, 12 November 2013

Healthy Breakfast ; Local vs International ?


Assalamualaikum & good day.
Tajuk tak leh blah betul……Sebenarnya dilema ni (Monday morning kemarin), kononnya nak healthy breakfast so dok berkira2 nak makan simple international set @ go for grand local set?????

 Last2 amekaw, dua2 aku bedal sorang2. Hahaha!!!!
Local amik pukul 8:00am, 2 hours later I go internationally. Boleh gitu? Suke ati!!!!


So, let me introduce the yummeh nasi goreng tanpa minyak urap pegaga (lebihan urap pegaga bt last weekend).


Gaul je urap pegaga & nasi atas api perlahan. Makan panas2. Settle masuk perut.


Yang satu lagi so called International sgt tu lagi le senang & sedap.


Kembangkan oat segera dengan air panas secukupnya (blh guna susu panas). Bila dah kembang just tabur mix dry fruits……..Sedapnya sambil menghadap Mr Mac, mulut dok ngap, nyum2.ngap, nyum2……
Drink ?
Oh the most healthier drink worldwide = Plain sky juice.
Alhamdulilah……..nikmat ALLAH yg mana lagikah engkau nafikan?



Saturday, 8 June 2013

Nasi Berlauk weh for breakfast

Assalamualaikum & good day.
Mg ni bermula la rutin baru mommy. Klau kebiasaanya mommy & daddy breakfast @luar & almost everyday hadap masakan mamak. Adoiiii, muak jgn cakap tapi no choice. Cuma harini since daddy dah start OT during plant shutdown ni maka mommy terpaksa htr daddy awal sesangat. By 6am dah kena smp plant. Kedai mmg biasanya blm bukak so mmg Kena skip breakfast @ luar....Daddy breakfast @plant le jawabnya.
So,inilah masanya mommy nak layan either diet breakfast @ pulun breakfast.....hahaha. Hari pertama (harini la tu), kita layan pulun breakfast dulu. Menunya nasi berlauk + air kosong. Lama betul tak layan 'Nasi Berlauk'.......Kalau @pantai timur mmg confirm hari2 blh jmp Nasi Berlauk ni. Kalau kat kg kami Ada satu gerai ni famous dgn nasi berlauk 'Mok Som' dr zaman mommy kecil (Maknya) smp le skrg ni (anaknya yg take over). Uishhh, balik baru2 ni pun layan jugak.
Berbalik kpd Nasi Berlauk ni, walau nampak mcm masak lemak tapi yg versi Pantai Timur ni kuah kuningnya guna ramuan lengkuas+kunyit (xde serai ye)...kami panggil 'gulai kunyit kuah'........So gandingan gulai kunyit kuah ni + sambal lada = Nasi Berlauk.
Alhamdulilah, sepinggan hadap time breakfast, baru satni hadap lg sepinggan....Ngeh3x, malam ni no more ye mommy. Ingat muka buntal mu!!!!!!!

Friday, 26 April 2013

Bubur Oat dan Lobak Merah


Assalamualaikum & good day. 
Alhamdulilah, tiba lagi penghulu segala hari; JUMAAT yang indah. Di hari yg mulia ini mommy mulakan dgn ucapan terima kasih kepada semua rakan2 blogger yg prihatin & memberi kata2 perangsang untuk mommy berkaitan kes semalam. Secara jujur mommy rasa happy sangat dikelilingi oleh mereka2 yg baik tak kira di kehidupan nyata @ di kehidupan maya ini. Sesungguhnya ALLAH maha mendengar supaya kita sentiasa dikelilingi mereka yg baik & dijauhi mereka yg berniat jahat. InshaALLAH!!!!
Berbalik kepada kes semalam, tiada ISU besar terjadi cuma biasala kita manusia biasa yg ada perasaan & sentiasa dihasut syaitan maka terlahir la luahan sebegitu. Cuma sedikit ralat kerana disebabkan tindakan beliau sebegitu membuatkan rasa hormat mommy kepadanya telah sedikit terjejas. 

Okey, tak mau sedih2 sebab mommy nak bagitau disebalik rasa pilu mommy semalam, feeling mommy terubat bila berkunjung ke blog Tun_Telani yg comel  ni sebab dia hidangkan mommy sesuatu yg cukup sesuai bagi org yang tengah bermalas-malasan. Heheh!!!

Mari makan bubur nasi, nasi air @ moi................

Yang bestnye mmg sesuai benar utk org yang nak DIET (jgn panik ye, mommy idok le pulun diet cuma lately ni mcm malas nak masak grand sgt). Ohw!!!!lupa nak highlight bukan bubur nasi biasa tau tapi bubur nasi+oat lagi.

Kat rumah ni mmg bekalan oat kena sentiasa ada tapi mommy jarang2 je layan (daddy je minum every morning without fail demi menjaga kesihatan jantungnya yg sentiasa berperang dgn kekotoran asap rokok). Jadi bila tgk resepi tun tu terasa le jugak nak layan oats. Mommy c&p dari tun resepi ni cuma ada adjust sikit resepi ni (sikit je tun, jgn mare). Sayaaaaaang tun.

 Resepi: tun telani


Bahan2: 
1 mangkuk nasi 
3 mangkuk air 
½ cawan oat 
1 btg lobak merah- sagat halus (mommy dadu kecil)
½ kiub ayam 
1 inch halia- hiris halus 
Garam secukup rasa 
Mommy tambah 1 cawan susu cair (blh juga ganti santan/freshmilk)

Bahan tabur: 
Ikan bilis goreng 
Cili merah- hiris 
Lada hitam 
Bawang goreng 
Daun parsley/sup
Daun bawang
Kacang Goreng

Cara2: 
1. Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur. 
2. Masukkan oat dan kacau sebentar. 
3. Tambahkan susu & perasakan garam. 
4. Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Thursday, 6 December 2012

NASI KATOK

Assalamualaikum & good day.
N3 special today talking about another Brunei famous food, NASI KATOK. At 1st me saw the word everywhere here in Brunei (label di gerai2 tepi jalan), make me so shocked & wondering did Bruneian makan 'KATAK' because the sound similar to me (org east cost mcm mommy ni pronounce katak = katok). Hahaha!!!jgn marah bah, aku inda faham actually cemana nasi katok ani. Hehe!!!skrg ani aku suka banar bah, NYAMAN BERABIS!!!!!

Gambar ehsan google, Nasi Katok yang famous @BSB.
According to ustazah story, nasi katok actually datang dari perkataan 'KATOK' means ketuk (dlm bahasa Malaysia kita). Masa awal2 org menjual nasi katok ni, operasinya dari rumah sahaja & dibuat pada malam hari. So, everytime org nak beli maka org akan 'katok' pintu rumah org tu & bungkusan nasi yang siap dibungkus dihulur keluar saja dari tingkap/jendela.

Gambar ehsan google, kiosknya kecik je @the corner but tiap kali lalu mesti ada org beratur.
 Sampai le ke harini walaupun tak perlu pergi ketuk pintu rumah org lagi tetapi Bruneian as well as tourist could enjoy this Nasi Katok almost everywhere in Brunei especially night time. Yang paling GEMPAK, it just cost u BND1.00 aje....... 


Nasi Katok juga telah di comercial dengan kiosk2, restoren2 & gerai2 menjual Nasi Katok dengan olahan masing2. Tetapi yang basic sebenarnya Nasi Katok ni terdiri dari 3 bahan2 utama sahaja iaitu nasi putih (biasanya guna beras wangi), ayam goreng crispy & sambal (yang sambal ni le specialty nya sebab ada sambal pusu/ikan bilis, sambal biasa/tak pedas, sambal pedas extra & sambal tahai/sejenis ikan). Basically, boleh dikatakan similar to Nasi Lemak tetapi yang berbeza nasinya tiada santan/lemak, just plain rice.

Kalau u all datang ke Brunei tetapi tidak mencuba Nasi katok ni di samping Ambuyat rasanya tak lengkap percutian u all di sini. Hehe!!!So, yang plan nak datang Brunei tu cari tau gerai Nasi Katok. Ralat juga bagi mommy sebab masa rombongan Che Esah kami datang dulu mmg miss banyak benda especially Ambuyat & Nasi Katok ni (yelah dulu dorg dtg awal sgt kami baru je beberapa bulan sampai jadi blm terer lagi selok belok @Brunei). Takpela, ada rezeki dorg nanti dapat le datang lagi. 

Okey, untuk yang terliur je tengok Nasi Katok ni, xde susahnya......Meh, mommy share resepi nak buat nasi Katok, u all makan le puas2.

Bahan2:
Nasi putih (tanak nasi dengan beras wangi)
Ayam goreng (ayam digoreng dengan tepung gorengan, mommy selalu guna brand 'Bestari')
Sambal 

Cara membuat sambal (either ikan bilis@plain@tahai):
1. Tumis bawang merah & putih yang telah dikisar sehingga layu.
2. Masukkan cili giling/boh bersama sedikit belacan & goreng sehingga garing. 
3. Tambahkan sos cili, sos tomato & jus asam jawa. Kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan pusu/ikan bilis @ tahai & perisakan dengan garam, gula. Jika sambal terlalu pekat, masukkan sedikit air & kacau rata.
5. Sedia dihidang bersama Nasi Katok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...