بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label Jahit2. Show all posts
Showing posts with label Jahit2. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

Aku tanya apa khabar ?

Assalamualaikum & salam sayang.
Uhuk2x…..mak aii banyaknya debu nan suci. Hahaha moga2 tiupan angin wind of change dpt bersihkan debu2 suci ni. Mommy nak bertapa kat sini plak pasni…
Walau takde org kisah pun ko nak timbul @ tenggelam mommy weh tapi xpela nak ambik semangat ni.
Sebulan solid April 2015 mommy takde n3. Reasonnya started dgn kami balik Cuti2 Malaysia, pastu bila dah smp Brunei line internet plak slow & mmg tenggelam terus (dorg buat style pre paid jugak)…….end upnya mommy terus bertapa depan mesin jahit, merempit. Hari2 naik gian nak merempit dgn 'Si Abang Pinky'. Nasib baik tak berasap Si Abang Pinky yg tak sado tu. Huhu !!!!adalah hikmahnya tu ekk. Lepas satu demi satu tayang hasil rempitan dgn Si Abang, ramai plak kawan2 yg order. Atlast fikir punya fikir mommy nekad nak fokus dgn handmade ni sebagai hobi yang mendatangkan pitih/fulus/usin/wang/ringgit. Takde la nak untung kaya raya tapi sambil2 memenuhi minat yg mendalam sekarang ni atleast berbaloi la jugak. Kalau setakat nak guna pakai sendiri berapa biji la sangat kan. 
Pepepun, mommy mmg dah lemau sgt2 dah nak start semula Wind of Change ni tapi fikir punya fikir jugak, adusssss sayang plak nak stop halfway. Cuma mommy pun tak tahu lagi mcmana entries mommy lepas2 ni. Kalau nak citer pasal 4a+R sangat pun dah jadi takut sbb byk sgt org2 gile/sewel/mental yg berkeliaran di luar sana. Bila kes Nur Fitri baru2 ni pun dah rasa cam pandang semua jantan especially yg nude pun jadi berprasangka….Ya ALLAH!!!!!Nauzubillah…..jauhkanlah mereka2 yg gile ni dari mendekati keluarga kita semua, AMIN.
Okla.rasanya mommy nak fokus siap2kan n3 jalan2 kami dulu. Citer AUssie blm abis, Krabi lagi, Pastu Cuti2 Malaysia jugak. Org nak baca @ tidak xkisah yg penting kepuasan diri mommy sendiri & keluarga kami. 
Chow…… Mommy belanja gambar2 dari Ala Rosas ye.Nak tgk lain2 gambar skodeng la ig mommy. ig:Ala Rosas


Thursday, 9 October 2014

Kelas Menjahit Mommy

Assalamualaikum & salam sayang.
Cuti sekolah yang lepas, ini le keje mommy tiap2 pagi. Seawal 8 pagi lepas hantar Arfa tuition & daddy keje terus pecut berdesup ke Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Seria.


Phew!!!!walau penat & stress tapi resultnya sangat melegakan. Happy sesangat sebab walau di usia menghampiri ambang 40an baru nak belajar menjahit tapi not bad la kan. Heheh!!! better late than never


Hasilnya walau ada cikgu Syida (kwn Malaysian kami juga yg berkhidmat sebagai guru @Sekolah Vokasional tu) alter tang leher (bahagian yg paling susah buat baju, mommy rasa le), tapi alhamdulilah menjadi juga dengan jayanya. 1st class, kami belajar buat princess cut dress. Sekarang ni mommy dlm 2nd class untuk buat blouse. Inshaallah akhir bln oktober ni harap2nya dapat la melaram dgn baju blouse buatan sendiri plak (jgn jelesssssss).



Wednesday, 10 September 2014

Si Pinky Mommy

Assalamualaikum & salam sayang semua.. 
Harini ada sedikit ruang nak menjengah Wind of Change tapi masih lagi tak dpt nak BW sepenuhnya. Harap kawan2 tak kecik hati. Penyebab kenapa mommy xdak masa sangat lately ni adalah kerana Si Pinky ni laaaaa. Dok mengulit dia je lately ni. Huhu!!!


Al-kisah, hajat nak memiliki species Si Pinky ni dah lama (masa tahun pertama pindah Brunei lg) tapi hold2 sampai le this year baru berjaya memiliki. Walau dapat Si Pinky yg biasa2 ni pun alhamdulilah bersyukur sangat dah mommy sbb dapat test skill merempit atas kerusi ni (menjahit le tu). 


Mula2 tu dok melilau gak la mencari cikgu ajar menjahit tapi semua xdak info (Brunei ni ramai India2 yg bt tailoring di samping sebilangan kecil Philippines & Indo), maka hasrat nak menjahit tu terbantut. Pada masa yg sama semangat nak berperang di dapur masih kental (sebab tu xberjaya memiliki Si Pinky sbb dok perabih kat gadjet2 perang d'dapur). 


Sampai la akhir tahun lepas, putik2 cinta kembali berkembang…….mommy dgn semangatnya beli la buku panduan menjahit sbb nak sgt try jahit baju sendiri (sblm ni mmg xpernah buat pun cuma setakat jahit langsir tu pernah le). Tapi betul la kata pepatah "Kalau mencari ilmu biarla berguru baru tidak sesat"…… 


Try punya try mmg failed sesaja. Kain potong rosak camtu je. 
Dalam dok mencari info menjahit tu mommy banyak la come across org2 yg menjahit bag plak, disebabkan minat (nafsu gak ni) mmg suka dgn handbag2 ni, dan2 tu jugak la berpinar2 mata mommy nak buat bag sendiri. 


Bila try buat bag, alamak senang la buat bag compare to buat baju..So, sebagai catatan 2 tote bag yg Ahdia pegang tu la mula2 sekali bag yg mommy buat sendiri (chewah). At the same time sbb kena paksa dek Ahdia, mommy terpaksa gak la buatkan baju kenit utk teddy Ahdia (yg ni kira hentam cromok trace baju lama teddysib baik jadi). 


Di pendekkan cerita officially mommy sekarang dah blh la buat2 bag pakai sendiri & tempahan kawan2 serta saudara mara terdekat. Bag kat atas tu bag pertama selepas dapat ilmu. 
Pasni jgn muak la ye kalau2 asyik dok baca citer pasai handbag plak :P






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...