بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label Resepi Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Resepi Noxxa. Show all posts

Monday, 16 November 2015

Bubur Asyura Pantai Timur Versi Noxxa

Assalamualaikum & salam sayang… 
Ni cerita Hari Asyura tahun ni. Kalau tahun lepas berangan je nak buat bubur Asyura pelbagai jenis kan.. Refer cerita tahun lepas. Alhamdulilah, tahun ni Allah bagi chance merasa makan bubur Asyura. Bukan setakat bubur Asyura negeri sendiri tapi variety dari negeri2 lain lagi. Heheh seronok betul layan anak tekak. Btw xde dpt apa2 ganjaran pun buat bubur Asyura sempena Hari Asyura ni melainkan pahala amalan puasa sunat tetapi atleast niatkan la aja sedekah bagi kawan2 & family makan. Dapat jugak extra pahala, inshaallah


So yang teringin tu jangan susah hati, guna je periuk ajaib NOXXA. Senang cerita, cepat & mudah (tapi berkecah jugak le dapur sebab gelegaknya melempah2 keluar). Pepepun mmg cepat. Dalam 1 jam dah siap bubur asyura versi pantai timur mommy. 


Jom layan gambar koleksi bubur Asyura kami tempohari. Versi mommy yg Ganu Kite, yang ada topping telur dadar tu. Cuma bila dah hidang kat org2 yg tak biasa makan mmg pelik la dorg dgn versi kami punya. Kata dorg xleh masuk sebab rasa berempah & manis. Alahai..xpela xleh nak paksa tastebud masing2. Bagi mommy versi pantai timur kami tetap yg terbaik. Oh satu lagi kami plak bila dah rasa bubur asyura dorg blh je masuk sbb kami pun biasa buat style camtu tapi kami panggil bubur lambuk. Kik3x……
Nak resepi tu ada kat bawah.
Rempah plak mommy buat sendiri sbb mana nak ada jual kat Brunei ni weh.


p/s: mommy letak topping sambal ikan & telur dadar

# Resepi rempah sugho

Bahan2:
50g biji ketumbar
20g jintan manis
10g jintan putih
10g lada hitam
5 btg kulit kayu manis

Caranya:
Sangai semua bahan2 & kisar halus semua bahan2. Siap.




Monday, 26 October 2015

Daging Hitam (noxxa style)

Assalamualaikum & salam sayang.
Lagi resepi Noxxa nak simpan hariniYang ni lagi special sbb dah lama cari resepi yg betul2 sama dgn daging hitam ustazah. Arfa & Ahdia sangat2 suka daging hitam kalau ustazah yg buat. Ada jugak dulu mommy tanya ustazah resepinya tapi xde details so cam malas nak bereksperimen.


Bila terjumpa resepi ni dalam grp resepi noxxa maka harusla mommy cuba. Alhamdulilah mmg sebiji rasa yang sama.
So, anak2 ini resepinya.


Bahan2:
1.
500g daging - potong nipis
1 sudu besar jintan kasar *
1/2 sudu besar jintan halus*
4 biji cengkih*
1/2 cawan kicap mee tamin
1/4 cawan gula merah/nise
(Sangai bahan2 bertanda * & tumbuk. Kemudian perap daging dengan semua bahan2 di atas sekurang-kurangnya sejam)

2.
20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2cm halia
(kisar semua bahan2 di atas)
2 batang serai
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Air asam jawa
Garam
Gula

Caranya:
1. Guna Mode SF: Tumis serai dulu sehingga wangi baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. Kacau sampai wangi semerbak (dlm 2-3 minit).
2. Masukkan bhn2 yang dikisar & tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan daging yang diperap & masak sehingga kecut.
4. Tukar Mode HP: Tekan HP 18 minit. Tunggu sehingga selesai.
5. Selepas release pressure, masukkan air asam jawa, garam & gula. 
6. Tukar Mode SF: kacau sekejap dalam 1-2 minit untuk keringkan kuah. Siap

(boleh tambah ubi kentang jika suka).

Saturday, 24 October 2015

Pizza Mudah Noxxa


Assalamualaikum & salam sayang.
Sekarang ni fenomena betul Periuk Ajaib Noxxa. Tak sangka tiba2 je tahun ni dia kebabom dikenali ramai. Ramai juga yang by hook & by crook memiliki Noxxa ni. 


Mommy walau pun dah beli tahun 2013, tapi takde la byk sangat gunanya. Pada peringkat awal mommy beli pun sbb pressure cooker. Adalah juga a few resepi yang mommy buat especially pulut kuning, rendang, stew, sup tulang etc. 

Tahun ni mmg berlambak2 resepi di pasaran fb & cukup menyenangkan hati para suri semua untuk menyediakan juadah, bukan setakat juadah biasa2 tapi juadah2 luarbiasa bisa disediakan ibarat petik jari. Hehehe..seronot betul.


So, selepas beberapa tahun memiliki & beberapa juga resepi mommy dah buat, maka mommy rasakan dah tiba masanya mommy kumpulkan semua resepi2 Noxxa @Wind of Change ni. Lagi senang nak cari, kalau tak jenuh gak nak kena search @fb.
So, harini mommy simpan resepi terkenal Noxxa. Yang ni dikongsi oleh Anna Suhana.

Jom layan pizza……dah blh say bye2 dah kat pizza hut, domino bagai. Kalau sebelum ni bt juga guna BM & bakar dlm oven. Lama le prosesnya, tapi dgn Noxxa.Ya ALLAH sukernya, cepat & senang. Anis & Ahdia suker betul. Hari2 layan pizza pun mommy sanggup.

Wednesday, 16 April 2014

PULUT KUNING cepat dimasak sedap dimakan

Assalamualaikum & salam sayang semua….
Terima kasih kepada yg sudi wish & mendoakan sempena 14-4-14. Semoga kalian juga dalam lindungan ALLAH. Amin3x..


Nothing special cuma gedik2 dgn anak beranak 4A+R je. Kebetulan dah lama mommy berniat, kalau Arfa dah khatam Quran mommy nak buat pulut kuning. Sepatutnya last week buat & jamu kawan2 usrah tapi ada perubahan posponed mg ni. Bila dah jadi minggu ni kiranya pulut kuning ni untuk 2 niat la kot; 1st sempena Arfa khatam Quran & 2nd sempena 14-4-14…….


Alhamdulilah, happy sangat harini sebab dah setel niat nak jamu pulut kuning (walau tak buat kat rumah kami sendiri). Yang double happy sebab everything (pulut +matching) turn out very the sedap & yet penyediaannya tidak membebankan mommy yg takde pembantu ni.


Dengan kawan2 lain pun bawa potlucks, the table was full with varieties of foods (cam jamuan raya dah jadinya).

Ok about the Pulut Kuning..Percaya @ tidak it just took less than 10 minutes for me to prepare the 'Pulut Kuning'Same goes to rendang daging power & kari ayam meletup (abaikan nama glamer tu ye. ahaks!!)

Kalau dulu buat pulut kuning, jenuh semalaman kena prepare segala bahan2 tapi dgn cara terbaru ni……..rendam 1/2 jam beras pulut, then masak less than 10 minutes..SIAP !!!!!



Nak tahu rahsia camna boleh buat cepat sgt tu? Ni hah……Periuk Magic Noxxa (Amway product). Heheh!!!sejak ada periuk magic ni hidup mommy lebih terasa bahagia (kuang3x!!!!). Masak apa2 pun relax je leni, dah buat lamb stew, bubur jagung, daging goreng, kari ayam, rebus jagung etc……semua kejap je. Tiada lagi sungutan liatnya daging ni, kerasnya, bla3x dari bos besar (byk songeh bos tu). 


Ok la, mommy bukan nak promote periuk (bkn ahli amway pun tapi beli dgn kawan lama). Kalau ada yg teringin sila la cari ahli Amway ye.


Resepi xyah la share kot sbb senang nooo guna periuk ni. Just masukkan beras pulut yg dah rendam kunyit tu & masak guna high pressure dlm tempoh 5 minit, kedian release pressure & masukkan santan biar dlm mood heat dlm 3 minit. SIAP!!!! (alamak dah tershare juga resepi, heheh).


Yang kari & rendang pun follow steps yg sama tapi kena tumis dulu la mula2 tu. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...