بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Monday, 26 October 2015

Daging Hitam (noxxa style)

Assalamualaikum & salam sayang.
Lagi resepi Noxxa nak simpan harini…Yang ni lagi special sbb dah lama cari resepi yg betul2 sama dgn daging hitam ustazah. Arfa & Ahdia sangat2 suka daging hitam kalau ustazah yg buat. Ada jugak dulu mommy tanya ustazah resepinya tapi xde details so cam malas nak bereksperimen.


Bila terjumpa resepi ni dalam grp resepi noxxa maka harusla mommy cuba. Alhamdulilah mmg sebiji rasa yang sama.
So, anak2 ini resepinya.


Bahan2:
1.
500g daging - potong nipis
1 sudu besar jintan kasar *
1/2 sudu besar jintan halus*
4 biji cengkih*
1/2 cawan kicap mee tamin
1/4 cawan gula merah/nise
(Sangai bahan2 bertanda * & tumbuk. Kemudian perap daging dengan semua bahan2 di atas sekurang-kurangnya sejam)

2.
20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2cm halia
(kisar semua bahan2 di atas)
2 batang serai
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Air asam jawa
Garam
Gula

Caranya:
1. Guna Mode SF: Tumis serai dulu sehingga wangi baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. Kacau sampai wangi semerbak (dlm 2-3 minit).
2. Masukkan bhn2 yang dikisar & tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan daging yang diperap & masak sehingga kecut.
4. Tukar Mode HP: Tekan HP 18 minit. Tunggu sehingga selesai.
5. Selepas release pressure, masukkan air asam jawa, garam & gula. 
6. Tukar Mode SF: kacau sekejap dalam 1-2 minit untuk keringkan kuah. Siap

(boleh tambah ubi kentang jika suka).

Thursday, 4 December 2014

Ikan Merah Stim Pemanggang AJaib

Assalamualaikum & salam sayang.
Panjang tajuk harini tapi hakikatnya kejadian resepi ni sangatla PENDEK.


Resepi yang simple, menyihatkan, lazat & sangat senang. Yang penting end result sangat gempak & menarik.
Kalau la ada tetamu yang adhoc datang & terpaksa menjamu selera this is the best solution rasanya. 
Yang mommy nak highlight ni sebab, biasa kita stim guna periuk kukus kan? Memang senang juga & lazat juga tapi leceh & lambat sebab nak tunggu air dalam periuk kukus tu mendidih, lamaaaaaa.
So, dengan adanya pemanggang ajaib (tak kira apa brand) kerja yang leceh & lambat jadi senang & cepat.
Okey, ni cara mommy buat.



Bahan2:
Seekor ikan merah (bersih & kelar badannya)
Halia (lagi banyak lagi sedap) - hiris nipis
1 labu bawang putih - hiris nipis
Serai - hiris nipis
Cili - hiris nipis
Daun bawang/Daun ketumbar
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula
1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)
1 cawan air panas (kalau nak lebih kuah boleh tambah)

Caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam pemanggang ajaib.
2. Masukkan ikan merah & tabur semua bahan2 dengan sekata ke atas ikan tadi.
3. Masak selama 1- 2 minit sahaja.
4. Siap dihidang ke dalam pinggan.


Tuesday, 21 October 2014

Kari Hijau Ayam - PHUKET THAILAND

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommy lupa nak highlight yg minggu lepas (13, 16, 18, 20 oktober) & minggu ni sedang berjalan minggu exam buat Arfa. Kalau kat Malaysia ada UPSR, di Brunei plak budak2 tahun 6 ada PSR (Penilaian Sekolah Rendah). Subjects & penilaiannya lebih kurang sama dengan Malaysia iaitu cover subject BI, MIB, BM, Math & Science. Up to date Arfa dah lepas 4 paper & 23/10 ni tinggal last paper science. Macamana keadaan Arfa sekarang ni? Emmmm…..xde stress langsung (mommy plak yg stress lebih2 especially masa paper BI & Math aritu). Dia siap main game, main bola dgn kawan2 & repair basikal tak abis2. Bila tanya camana exam, jawabnya biasa je….ok (adussss selamba sungguh).
Pepepun, kita tunggu & lihat sajalah mcmana resultnya. 
Ok berbalik citer masak2 mommy, cam suam2 kuku je memasak leni (dok ralit menjahit je kejenya mommy lately ni. haishh!!!).
Kalau tak memikirkan kewajipan & pahala yg bakal dikumpul, mau je beli kat kedai hari2. Huhu!!! blank dah la nak masak apa, bila masak menu baru yg lecehnya ada kebarangkalian org suka & ada juga org tak suka. 
Cam menu yang mommy buat ni, Kari Hijau……..daddy plak tak minat. Memang mommy dah alert dia xsuka masak lemak kuning/cili api ni (which mommy suka plak) tapi mommy fikir kari hijau ni cam lain skit tastenya. HAMPA!!!! bila dia xminat gak. Buat sekoq ayam, atlast mommy & kakak je layan. Sib baik ada gandingan ikan goreng & sambal belacan mangga, jadi penyelamat keadaan. 
Pepepun mommy jotdown gak resepi ni sebab serius sedap rasanya utk kita yg mmg layan masak lemak kuning ni. Ganding plak dengan sambal belacan. Pherghh!!! orang lain tak suka xdak hal. Perut mommy lapar je bila teringat Kari Hijau ni.
Resepi dari fb.

Bahan untuk di kisar / di tumbuk (utk buat pes kari hijau)
2-3 btg serai dihiris halus
4-5 ulas bawang putih
1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi)
5-6 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1/2 - 1 inci kunyit hidup
1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih


Bahan-Bahan Lain
1/2 ekor ayam (dipotong)
Daun limau purut
Santan kelapa
Air suam
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
1 sudu kecil gula perang / gula biasa
1/4 cawan santan kelapa
Terung (potong sederhana - jgn terlalu nipis)

Caranya:
1) Panaskan minyak dan masukan santan perahan pertama, kemudian tumis bahan bahan yang di tumbuk tadi .
2) Masukkan ayam , santan dan limau purut serta sedikit air , renehkan sehingga mendidih.
3) Masukkan gula, garam dan sos ikan untuk perasa.
4) Masukkan terung dan biarkan seketika. Sedia di hidang .


Selamat Mencuba

Sunday, 19 October 2014

STEW KAMBING


Assalamualaikum & salam sayang semua.

Semoga semua dalam keadaan sihat & bahagia bersama keluarga.
Harini mommy nak jotdown resepi stew kambing, sapa2 nak try boleh la. Sedap makan cicah dengan roti @ makan dengan nasi putih/ berperisa. Kami dah 2 hari berturut2 lauk ni je. Heheh!!!!
Paling senang sebab guna slow cooker periuk noxxa je buat.
Sebelum ni mommy dah buat tapi xsempat nak masuk blog so dah ingat2 lupa yg mommy main campak2 dlu tapi yg basic kena ada english herbs & bay leaf. The rest tu suka ati la nak tambah apa2. Cuma kali ni mommy cuba resepi K.Azie plak. Jom tgk resepinya.



Bahan bahan:
500 gm daging - potong kiub 
1 tsp olive oil
1 bawang besar - potong kiub
2 karot - potong 
2 kentang - potong kiub
3 batang celery- potong
1 tsp bawang putih - cincang 
1 tsp Kicap
1 cawan beef broth (use 1 tsp beef stock powder) 
1 fresh/1 tsp dried thyme 
1 tsp Oregano
2 bay leaves
2 tbsp tepung gandum/tepung jagung
2 tbsp air (membancuh tepung)
Garam 
Lada hitam

Cara cara
1. Lumur daging kambing dengan tepung gandum & biarkan seketika sebelum dibilas bersih. Ini cara untuk menghinlangkan hamis daging kambing.
2. Potong daging dan hiris sayuran sayuran.
3. Panaskan kuali, masukkan olive oil. Masukkan daging dan balikkan sehingga keperangan. Taburkan garam dan lada hitam. Angkat dan ketepikan. 
4. Menggunakan olive oil tado tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau kacau rata dan masukkan sayur sayuran yang dipotong; ubi kentang, karot dan celery. 
5. Masukkan daging dan sayur sayuran ke dalam slow cooker. Taburkan oregano, thyme, bay leaves dan lada hitam. 
6. Masukkan sedikit kicap dan beef stock. Renihkan beberapa jam.
7. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air ke dalam periuk. Kacau rata sehingga agak pekat. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Boleh tambah air jika terlalu pekat. 



Tuesday, 9 September 2014

Udang telur masin

(Entry termiss publish)
Assalamualaikum & salam sayang.
Kita selesaikan menyalin resepi menu2 masa bulan puasa ye. Actually bulan puasa lepas mommy tak berapa rajin sangat nak mencuba resepi2 baru & masak pun simple je. Yang penting menu yang 4A suka & xde pembaziran.


Cuma kali ni mommy cuba buat Udang Goreng Telur Masin. Selalu mommy guna ketam utk buat resepi goreng telur masin ni tapi ketam2 yang dijual cam kecik2 je. Itu yg lama dah tak beli ketam (dok ulang beli udang memanjang). Pepepun lagi ok guna udang sebenarnya sebab nak makan senang sikit (xyah nak ketuk, gigit, korek beria2).


Btw resepi sama dgn ketam goreng telur masin gak (rupanya n3 mommy pasal ketam goreng telur masin ni dah xleh buka linknya…..xpela next time salin & post semula gambar versi ketam plak).

Bahan2:
1/2 kg udang kertas  (mommy suka belah belakang & buang hitamnya)
1biji telur masin (yang telah direbus & lenyek)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (kalau suka pedas boleh guna cili padi)
1 sudu mentega/marjerin
2 sudu minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
Garam (kurangkan sukatan sebab telur dah masin)
Gula

Caranya:
1. Lumur udang dengan tepung jagung & goreng sehingga garing. Tos & ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan mentega dengan 2 sudu besar minyak.
3. Tumis bawang putih, daun kari & cili sehingga garing.
4. Masukkan telur masin yang telah dilenyek. Kacau seketika.
5. Kemudian, masukkan udang yang telah digoreng tadi & gaul sebati.
6. Perisakan dengan sedikit gula & garam. Siap


Monday, 18 August 2014

Tauhu Paprik

Assalamualaikum & salam syawal.
Walau hati sepi, pedih, hiba & terguris tapi gagah jugak la menatap Wind of Change yang semakin hari semakin sepi juga ni. Harapan semoga pasni sinar kegembiraan terus terpancar. 
Itula asam garam kehidupan masam, manis, tawar & pahit…….silih berganti memberi rasa.


Pepepun menu harini usah dikhuatiri tentang rasa sebabnya walau bercampur gaul dalam bekas yang sama tapi cukup harmoni memberikan rasa yang seimbang tanpa ada lebih @ kurang. Membuatkan orang yang kesedihan juga bisa tersenyum puas menikmatinya.
Chewah madah berhelah harini…….
Biasala cukup2 bulan nak kibar bendera Jepun mmg sensitip lebih skit. Kemahuan pun mmg sukar ditafsir orang lain. Orang yang tak faham mmg lengai le kan.



Jom tengok resepi Tauhu Paprik yang mommy buat masa bulan puasa lepas. Boring asyik goreng kunyit, masak sambal je dgn tauhu ni so mommy olah jadi tauhu Paprik yang tersangat HEBAT kejadiannya. Tak caya try sendiri.


Bahan2:
Tauhu (hiris sederhana nipis)
2 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 biji cili merah (hiris nipis)
1 biji tomato (potong 4)
2 tangkai daun limau purut (carik/hiris)
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Sayur (jagung muda, carrot & bunga kobis)
Minyak
Sedikit air

Caranya:
1. Goreng tauhu sehingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih & hirisan bawang besar sehingga layu. 
3. Masukkan cili boh & goreng sehingga betul2 garing.
4. Masukkan juga sos tomato & sos tiram (jika terlalu pekat, masukkan sedikit air).
5. Masukkan juga daun limau purut, buah tomato, cili merah & sayur-sayuran. Gaul sebati.
6. Setelah sayur-sayuran sedikit layu, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.
7. Akhir sekali, tambahkan perasa garam & gula. Siap dihidangkan.






Friday, 16 May 2014

Grill Salmon with Dried Smoke Fish Sauce


Assalamualaikum & salam sayang.

Jumaat tiba lagi. Alhamdulilah syukur. Kalau sempat harini baru nak BW. Tg mommy dtg ye, Inshaallah.
Oh!!!!btw Happy Teachers Day untuk semua guru2 di Malaysia. Di Brunei blm tiba lg teacher's day (they celebrate in september)




Sambil2 tu jom la layan grill salmon kami ni. Grill Salmon tu perap biasa2 je tapi menjadikannya superb sebab ada sos 'dried smoke fish' keluaran Brunei Halal. Kalau ikutkan dulu mommy tak suka rasa salmon ni tapi since makan b4 g umrah baru2 ni rasa ok plak di tambah lagi dgn kesedaran nak reduce kolestrol (salmon ni salah satu makanan yg membantu reduce cholesterol). 




Alhamdulilah walau susah nak dapat yg fresh @ smoked tapi yg frozen pun jadila. Ganding dgn sos dari Brunei Halal tu kiranya dapat la gak rasa smoked.



Yang mommy lagi happy dgn salmon ni sbb Arfa yg susah nak terima/makan ikan pun suka plak dgn salmon ni (suke ikan mahal je budak ni, poyo). Cumenya ada org tu xleh blah la makan nasi dgn grill salmon…….heheh!!!!so mommy buat la western style jugak.



Resepi biasa2 je.
Untuk perap mommy guna crushed black pepper, salt, honey & dried herbs. Perap tu mommy biar je dlm peti ais 2,3 hari (tujuannya nak bagi betul2 serap & a bit dry).
Pastu masa grill letak sikit olive oil. DONE!!!







Saturday, 10 May 2014

Ayam Kaprau



Assalamualaikum & salam sayang.
Straight to the point, nak share resepi ringkas tapi sedap. 


Memandangkan skrg mommy dah ada kebun (kuang3x….gempak la sgt mommy oooi). Terasa nak cuba la memasak menggunakan hasil dr kebun sendiri kan. Kalau kemarin post pasal daun kaduk, arini berkait dengan daun selasih@basil plak. Heheh!!!kalau selalu guna dried basil ni utk western menu je tapi harini kita cuba asean taste plak. 


Tak banyak info pasal resepi ni tapi dimulakan oleh Kak Jee (tapi versi daging) & rasanya origin resepi ni dari Thai (ditambah dgn guna perencah tomyam sure thai cuisine kan?). Jom tengok resepi



Sumber Resepi : Ummi Akid
Resepi Asal : Dunia Dari Dapur Kak Jee

Bahan-bahannya :- 
250 gm ayam 
2 sudu besar paste tomyam 
12 tangkai cili padi - lagi pedas lagi sedap (mommy skip sbb ramai kekanak yg nak makan)
2 labu bawang besar - dibelah 8 dan cerai²kan 
1 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar sos cili 
Daun selasih - optional 

Caranya :- 
1. Perap ayam yang telah dipotong kecil bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. 
2. Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8. 
3. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar 
4. Setelah garing masukkan ayam yang telah diperap dan goreng hingga kecut. 
5. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
6. Masukkan daun selasih yang telah dipetik dan dicuci bersih 
7. Kemudian masukkan lagi 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu. 
8. Seimbangkan rasa dan boleh lah dihidangkan.

Friday, 9 May 2014

Masak Lemak Udang Daun Kaduk

Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah since semalam, bumi Brunei dah dibasahi hujan & hingga ke petang ni mendung berarak awan hitam menunjukkan tanda2 hujan lebat bakal turun sekali lagi, InshaALLAH. 
Rasa sejuk sikit berbanding hari2 sebelum.
Minggu lepas ada org kampung ni (mommy tak kenal pun), tiba2 datang rumah kami & offer nak beli udang & ikan tak (mmg kg kami ni tempat ramai org2 persendirian ada bot sendiri & ke laut menangkap hasil laut sendiri). Kalau petang2 pun kadang2 ada juga org berjual direct dari tepi pantai (mommy pun baru tahu). So, dgn harga $10 dapat le satu plastik (for sure lebih sekilo & murah la kan compare beli @market). 
Mula2 tu mommy goreng tepung ranggup je (sbb mmg favourite rakyat dlm rumah ni, berkilo2 goreng meratah pun abis especially si Anis). 2nd batch udang tu mommy buat masak lemak cuma kelainan mommy just tambah daun kaduk mcm mommy buat Masak Lemak Ketam Daun Kaduk dulu. Al-maklum, daun kaduk tengah banyak (heheh!!!!pow @rumah k.noor aritu). 
Hasilnya alhamdulilah, Ahdia yg payah nak makan nasi (memilih lauk budak keding tu) pun makan, Anis jangan cakap le sekali hadap 10 ekor udang dia sorang. Arfa & daddy biasa2 aje (terpaksa la makan gak kan, heheh).


Resepi boleh refer Ketam Lemak Daun Kaduk juga cuma tukar ketam kepada udang. Mood malas…..

Thursday, 6 March 2014

Hidangan Bubuk

Assalamualaikum & salam sayang semua.

Masih lagi sesi perkenalan dengan si 'Bubuk'….
Fyi bubuk ni dalam bahasa Brunei, bila translate bahasa Malaysia = Udang geragau ye. Ramai yg tanya udang geragau yg buat belacan @ cencalok ke? Jawapannya ye betul.


Bila dah dpt bubuk ni banyak2 mommy dah blank tak tau nak masak apa. Bila tanya k.Maria, dia bagi suggestion goreng tumis camtu je (really not our favour yg tu sbb dah pernah try dia bagi tahun lepas yg dah siap masak camtu). 

So, mommy pun just try goreng kunyit cam goreng udang biasa tu. Bila served kat 4A, sambutan kurang (dorg dah biasa makan yg isi besar mesti xngam yg isi kecik2 camni). Tapi kalau yg suka makan gaul lauk serata dalam nasi tu cam jadi juga ni.

Satu lagi hidangan yg mommy terfikir ialah tumis bening a.k.a sayur pedas kulat/cendawan butang. Yang ni mmg legend sebab baik mommy mahupun daddy mmg suka sayur bening cendawan butang ni, cuma sebelum ni kami guna udang geragau kering. 

Oh!!!!sayur bening cendawan ni actually menu dari family mommy. Dulu kat Pahang mmg banyak org jual cendawan butang kampung yg batang panjang2 tepi2 jalan (biasanya lepas time hujan akan ada la yg jaja tepi jalan). Kami kalau ternampak je sure beli & masakan tak lain tak bukan buat style sayur bening ni je sbb  lebih terasa manisnya. Bahan2 pun senang…..Just campak2 bawang merah & lada hitam dalam periuk yg diisi cendawan & air. Perisakan dgn garam. Siap….

Ok, last but not least, olahan dr goreng kunyit bubuk tu mommy transform jadi cucur bubuk. Yang ni mmg sedap. Kalau kat Brunei pun mmg famous la cucur bubuk especially time musim bubuk tiba.
Dah 3 hidangan dapat hasil dr bubuk ni tapi ada lagi balance yg belum dieksperiman. Pasni nak try mee goreng mamak bubuk cam k.Ayu buat & ada kawan Malaysian yg dtg rumah satni bgt suruh buat pais bubuk. Wow!!!!menarik…..akan dicuba juga.


Monday, 24 February 2014

LAUK KAMPUNG

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Harini kami di Brunei cuti semperna Hari Kebangsaan Brunei yg ke-30 (actual date semalam 23/2/2014). 


Mommy isi n3 harini ni dengan masih lagi melayan menu sihat (kalau tak menambah nasi le). Sekali sekala back to nature mmg terasa beruntungnya jadi org kampung. Oh nak highlight ni, walau xde dapur arang tapi bakar atas api dapur gas pun jadile compare tu asyik guna pemanggang ajaib je. Biarle dapur kotor bersepah sebab pastu baru keluar peluh sihat lagi sebab kena sental dapur plak. Kik3x….(ayat xleh blah konon rajin sesangat). 


Malas nak cakap banyak sebab tuan badan sendiri tak tahan godaan tgk lauk kampung yg mabeles ni. Kalau dah layan lauk kampung ni, mat salleh pun blh lupa cheese :P


Sunday, 23 February 2014

SERUNDING IKAN BILIS

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Masa dok mencari2 menu sihat aritu mommy terjumpa resepi ni dlm kongsi resepi. Memang sedap juga layan dengan nasi panas kalau xlalu nak makan lauk pauk lain pun. Masa makan tu mommy dok terbayang sambal hitam Pahang…….haaaaa similar cuma takde masam2 belimbing buluh je.



The best rasanya untuk dipack kalau travel (but not to Aussie sbb kat sana kastam mmg alert je dgn ikan bilis ni). Terus ajelah kepada resepi.



BAHAN-BAHAN: 
250gm ikan bilis | dibasuh dan ditumbuk 
10 biji bawang kecil | dibuat goreng 
200gm kacang tanah | digoreng 
125gm cili kisar 
1 sudu makan bawang merah | dikisar 
1/2 sudu makan bawang putih | dikisar 
125ml air asam jawa 
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Apabila pecah minyaknya, tuangkan perahan air asam jawa dan kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis dan kacau hingga kering seperti serunding.
4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit bahan perasa. Gaul rata.
5. Apabila masak, angkat dan sejukkan.
6. Gaul bersama kacang dan bawang goreng.

Friday, 21 February 2014

DAGING REBUS CICAH AIR ASAM


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Mommies kat rumah2 tu harini masak apa? Mommy kat Kg Danau ni skrg dah start stress tak tahu nak masak apa (byk kena restrict leni). 


In order to focus on my military force, mommy kena selalu fikir & buat menu2 yg so call healthy (kononnya laaaa). Last Monday ingat nak buat KERABU DAGING tapi mcm malas le plak nak sediakan lauk pauk byk2 yg lain utk 3A (dorg confirm tak makan yg bersalut sayur mayur gitu). Last2 dapat idea buat daging rebus cicah air asam je. Daging rebus tu 3A boleh makan dengan berseleranya & tambahan untuk daddy & mommy ada plak air asam. Complete vege & yg paling penting favourite all time kami ni.
Hasilnya………u don't need any other except for nasi panas. Oh!!!btw nasi ponni for mommy please (pasni kena try yg brown rice plak…….ALLAH!!!!bila sakit semua dah tak sedap kena hadap). Tq

Ni rujukan untuk 3A sebab dorg suka sangat sampaikan Ahdia makan nasi & kuah pun dah cukup.

Bahan2 untuk daging rebus:
500g daging (hiris nipis)
3 batang serai (titik)
5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
2 liter air (terpulang la pada banyak mana kuah u al nak)
Garam

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk & reneh sehingga daging lembut (guna pressure cooker pun boleh).
2. Boleh dihidangkan sebagai lauk berkuah @ disaring & dagingnya dicicah dengan air asam.

Bahan2 untuk air asam:
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
2 biji tomato (hiris nipis)
1 cawan air asam jawa
1 inci belacan (hancurkan)
1 biji cili merah (ricik halus)
2 biji cili padi (ricik halus)
Garam 
Gula
Sedikit kerisik kelapa (optional)

Cara:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk.
2. Gaul rata dengan meramas2 bawang & tomato supaya keluar airnya.
3. Sedia dihidang dengan daging rebus.

Tuesday, 18 February 2014

AYAM SOS LEMON

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Just for ur info: mommy baru dapat  reply semua komen kawan2 since N3 Khasiat Buah Durian onwards. Maafla terlambat reply, disebabkan masalah dalaman mommy sendiri (last week rushing & mood down sikit, so takut nanti komen jadi hambar. Mommy nak semua org happy je…....hehe)


Harini nak share resepi Chinese Style yg semua org dah tahu kot. 'Ayam Sos Lemon' yg simple but really  mouth watering (masam2 manis, mana tak berair mulut).


Dulu2 pernah buat tapi this time mommy buat dgn follow resepi Perniagaan Katering ni (untuk sos aje). Resultnya ok, sedap. Mommy jotdown untuk rujukan 3A.

Bahan2:
2 keping dada ayam-potong kiub

Bahan2 perap:-
3 sudu besar tepung jagung 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh minyak bijan 
sedikit pepper 
1 biji telur 

Bahan2 salut:-
(campurkan)
5 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung


Bahan2 sos lemon:- 

1 cawan (250 ml) stok ayam. (Kalau tak ada stok ayam gunakan
dalam 2 kiub pati ayam)
3 sudu besar jus lemon 
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula 
1 1/2 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar minyak 
Sedikit pewarna kuning (optional) 

Caranya:
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. 2. Salut ayam dengan bahan salut & goreng hingga garing. Toskan minyak.
3. Cara Penyediaan sos lemon:
3.1. Adunkan gula, 1 cawan stok ayam, tepung jagung, jus lemon, garam dan sedikit pewarna.
3.2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan masukkan adunan tadi. Panaskan kuali dengan api kecil dan kacau adunan itu sehingga sos anda menjadi jernih. 
4. Hidangkan ayam goreng dan tuang sos ke atas ketulan ayam tadi. 

Makan panas-panas. Masakan Cina perlu makan panas-panas dengan nasi yang panas juga..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...