Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah since semalam, bumi Brunei dah dibasahi hujan & hingga ke petang ni mendung berarak awan hitam menunjukkan tanda2 hujan lebat bakal turun sekali lagi, InshaALLAH.
Rasa sejuk sikit berbanding hari2 sebelum.
Minggu lepas ada org kampung ni (mommy tak kenal pun), tiba2 datang rumah kami & offer nak beli udang & ikan tak (mmg kg kami ni tempat ramai org2 persendirian ada bot sendiri & ke laut menangkap hasil laut sendiri). Kalau petang2 pun kadang2 ada juga org berjual direct dari tepi pantai (mommy pun baru tahu). So, dgn harga $10 dapat le satu plastik (for sure lebih sekilo & murah la kan compare beli @market).
Mula2 tu mommy goreng tepung ranggup je (sbb mmg favourite rakyat dlm rumah ni, berkilo2 goreng meratah pun abis especially si Anis). 2nd batch udang tu mommy buat masak lemak cuma kelainan mommy just tambah daun kaduk mcm mommy buat Masak Lemak Ketam Daun Kaduk dulu. Al-maklum, daun kaduk tengah banyak (heheh!!!!pow @rumah k.noor aritu).
Hasilnya alhamdulilah, Ahdia yg payah nak makan nasi (memilih lauk budak keding tu) pun makan, Anis jangan cakap le sekali hadap 10 ekor udang dia sorang. Arfa & daddy biasa2 aje (terpaksa la makan gak kan, heheh).
6 comments:
gulai apa2 pun kalau letak daun kaduk memang sedap kak ros...itulah kegemaran ayah saya...saya kat sini kadang2 gulai ayam pun bubuh jugak
wah...bestlah tempat u ada orang datang jual hasil laut segar...
tok rajen buat lg ni...mesti sedakkk tu...tambah ude sega2 pulok...
Daun kaduk huhu jap nk google camna lah rupanya
Selalu MIL sebut daun kaduk, tapi tak perasan pula rupa mcm mana...
Kalau saya dgn lauk mcm ni, confirm makan bertambah
Sedapnya tengok gulai udang tu....tapi tak pernah pula makan daun kaduk ni
Post a Comment