بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 22 May 2014

Cucur Badak 'mendakap' Udang

**************************************************************
Seorang suami balik dalam keadaan penat lelah dari bekerja dan si isteri melayan suami dengan cara membuat cucur udang. Nak serve untuk suami nyer la nie. Lepas tu, si suami nie pon makan, makan dan makan sampai habis licin, tak de lagi cucur udang. Maka si suami bertanya ".. eh, mana udangnya, awak kata cucur udang??..." kata si suami.. maka dengan itu, menjawab lah si isteri, ".. Kalau abang makan kat kantin tempat kerja abang cucur badak, ada ke BADAK dalam cucur tu??.." balas si isteri.



So, what the moral actually?




Ustaz tu cakap, hidup nie tak perlu nak komplen sangat. Dah ada itu, terima sajalah. Untung2 si isteri tadi serve dengan makanan cucur udang walaupun namanya cumalah cekodok je pon.. cam tu lah lebih kurang kisahnya.
**************************************************************

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Sketsa di atas tidak ada kena mengena dengan yg hidup @ yg mati (pssst!!!!walau kadang2 ada gak soklan2 nak ketuk kepala sendiri tu cuma dialog je lain. Hahaha…..syyyyyyyhhhh!!!!slow2 cakap nanti org dengar).


Mommy terjumpa dailog tu org post @FB sekali kebetulan last week mommy buat cucur badak vs udang ni. Tak tau nak bagi nama apa haaaaaa amekaw nama ala2 18sx gitu (pastikan pembaca bawah umur mendapat penjelasan org2 tua ye). Hahaha!!!xtau la ekk klu cakap omputih cam sopan sikit, cucur rhino hugging prawns. Layan jelah janji sodap & takdak komplen mcm dialog kat atas (klu ada yg tanya, dah mana badaknya? mau mommy print edible image gambar badak lekat kat cucur tu. Hahaha adoiiii kelakar la dialog tu).



Mommy pernah buat cucur badak dulu. Kalau dulu xde dakap udang tapi kali ni mommy tepek udang atas cucur tu. Terbaek!!!!
Memang lagi meriah & mewah. Of course makan pun lagi banyak.



Rentetan dari sambal serunding udang kering tu yg berlebih2 mahunya list segala mak nenek kuih muih yg berkaitan juga mommy cuba kumpul ni. Alhamdulilah jom tgk resepi.

Bahan-bahan (dalam 20 biji) 

untuk kulit 
500g keledek 
1-2 cawan tepung gandum 
Garam 
20 ekor udang size kecil (bersihkan & buang kulit)


untuk inti
1 biji kelapa parut 
1 cawan udang kering 
2 biji bawang besar 
5 batang serai 
1 sudu kecil kunyit serbuk 
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
1 sudu besar minyak masak 
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu


    Caranya:
    1. Kulit
    1. Mula2 kupas keledek & rebus sehingga empuk. Taburkan
    sedikit garam semasa merebus. 
    2. Apabila dah empuk, angkat & toskan. 
    3. Lenyek ubi keledek sehingga lumat (ketika masih panas). 
    4. Campurkan tepung gandum & uli sehingga sebati. 
    5. Leperkan adunan & masukkan inti ke dalamnya. Tutup semula & bulatkan. Lekatkan udang di atas cucur badak dengan kemas.
    6. Ulang 1-5 sehingga adunan habis. 
    7. Panaskan minyak & goreng sehingga garing. 
    8. Toskan minyak & sedia dihidang.

    2. Inti
    1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
    2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
    3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
    4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
    5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
    6. Siap

    7 comments:

    Tie HT said...

    sedapnya udang sekoq2 lagi :)

    Juls Julie80 said...

    Yummyy!!!

    sedapnyerr... pekena lak ngan kopi o panas2 ptg camni..sambil duduk tepi pantai kene angin sepoi2 bahasa..perghh!!

    dasat sungguh imaginasi org demam nih..hahah

    Jari Manis said...

    nama cucur tu pun dah naik stim...eee..x sabar nk mkn..kalau kita berjiran leh tapau sikit

    Unknown said...

    Alahai.Lepas baca ni terus jeling kat dapur ada lagi ke tak tepungnya.Nmpk sedap tu Kak Ros : )

    nurbijen said...

    Pernah juga baca dialog tu kat FB... dua dua husband and wife loyar buruk... hihihi
    bukan main catchy lagi nama kueh ni yer kak ros?

    nurbijen said...

    Pernah juga baca dialog tu kat FB... dua dua husband and wife loyar buruk... hihihi
    bukan main catchy lagi nama kueh ni yer kak ros?

    OKje said...

    Malas pulak nak berkeledek Ros....hehe
    kemas jer cucur badak tu Ros.... rasa nak makan je hehe

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...