بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

KUIH LOPES (cepat & senang dengan Periuk NOxxa)

Assalamualaikum & salam sayang.


Harini nak cerita pasal Jennifer Lopez Kuih Lopes. Sebelum ni xde minat sangat species bernama Lopes ni tetapi since mommy beli 'beras pulut susu' ituhari, saja2 try resepi yg guna beras pulut.Wallaweh!!!! semua sedap. Proven la beras pulut susu ni mmg sedap (tak sama mcm beras pulut biasa yg mommy beli sebelum ni)……… 
Al-kisah mmg pernah dengar pasal 'beras pulut susu' ni especially org2 Thai yg guna tapi mmg tak pernah take note & jumpa pun sehingga la mommy p Miri baru2 ni. Bila ternampak terus beli & bereksperimen sendiri. 


So, jom kita layan LOPES……

Bahan2:
500g beras pulut (rendam selama 1/2 jam)
500ml air pandan ( kisar 5-10 helai daun pandan)
100ml santan pekat
1/2 camca teh garam
Parutan kelapa muda (topping)
Air manisan (masak 2 kerek nise/gula melaka dalam 200ml air & tapis)

Caranya:
1. Mommy tanak pulut guna periuk noxxa : Basuh & tus beras pulut & tuang ke dalam periuk.
2. Tuang air & tutup. Tekan TEKANAN TINGGI & set 5 minit.
3. Bila dah siap, sentuh butang BUKA. Bebaskan tekanan, buka tudung & masukkan santan (tambah sedikit garam).
4. Kacau, tutup & sentuh MEMANAS SEMULA. 
5. Selepas 3 minit, matikan periuk & keluarkan pulut.
6. Masukkan pulut ke dalam dulang/bekas & tekan menggunakan plastik.
7. Apabila pulut telah padat, tekap dgn acuan bulat.
8. Gaul pulut tadi dengan parutan kelapa muda (tambah sedikit garam).
9. Semasa menghidang, tuang air manisan ke atas pulut. Sedia dimakan.



Wednesday, 11 February 2015

BINGKA SUSU KASTARD

Assalamualaikum & salam sayang.
Tadi terjumpa satu page @fb yg curik gambar & resepi dr blog Wind of Change. Tak sangka 'penyamun tarbus' singgah jugak kat sini. Ish2x!!!!! Nak senang je bagi laris page dia semua main cilok je, sedari chef blogger terkenal smp la ke chef ceruk dapur cam mommy dia c&p without any compliments…
What ever it is, terpulang la atas pemikiran sendiri, kalau guna resepi org pun atleast highlight la kot dpt dari mana ekkkk?



Pepepun jom la mommy nak share resepi kat sini, resepi utk 3A di masa depan. 


Lately ni mommy suker plak dok membakar kuih2 bingka/bengkang/kuih bakar etc… 2 minggu lepas buat bingka pandan/kuih bakar kemboja smp 2 kali, ni harini buat kuih bingka susu plak. Heheh!!!! kalau buat time ada kelas berbaloi la sbb separuh jemaah kelas dapat rasa & another half jemaah kat rumah habiskan (kalau bt satu adunan untuk jemaah rumah saja lambat abisnya). 



Tqvm utk dik wani dari kelate yg share resepi mudah ni. Mommy buat bingka ni at first sbb bahan2 utk bt bingka lain (cth roti ke, cheese etc) xde dlm stok…….so bila google bingka susu, mommy pilih resepi wani je sbb sukatan pun senang… Bila dah siap bakar, walla!!!!! sedap.


SOURCE:HANIMMDZAIN


Bahan2:
1 1/2 cwn tepung gandum
2 cawan santan pekat
2 cwn susu cair
4 sdb susu pekat manis
3 biji telur ( mommy pun letak 2 biji )
1 cwn gula perang/pasir
1sdk vanilla
2 sdb tepung kastard
secubit garam
1sdb mentega

Caranya:
1. Satukan semua bahan di atas hingga sebati (mommy blend & tapis). 
2. Masak sekejap atas api perlahan. Sedikit pekat tuang 
dalam acuan di sukai (maaf wani, mommy skip step 2 ni sbb xdak masa.. pepepun masak perfectly gak cuma tambah masa bakar jadi 45min).
3. Bakar selama 30minit 170' (mommy bakar 45min, 180'C).
4. Boleh juga di tabur sedikit bijan putih dan hitam.
5. Setelah masak sejukkan baru di potong.

Wednesday, 1 October 2014

Melipat bekas tepung pelita


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Been busy last week for the whole school holiday, now i'm back with quick update.



Jotting down step by step, how to lipat bekas tepung pelita. Heheh!!!!alah bisa tegar biasa, pepatah melayu yg mommy still harini cam tak berapa faham pecahan perkataan2 tu (cam bahasa into plak). 


Dah lama tak buat & malas nak buat tradisional tepung pelita ni tetapi disebabkan permintaan dari jiran yg nak order kuih tepung pelita utk dia sedekah kpd kawan2nya mommy tak sampai hati nak tolak. Mula tu mommy bagi cadangan buat talam pandan jelah sbb rasa lebih kurang (dia pun agree), tapi last2 mommy ikut juga permintaan dia sebab rasa xbest plak bila org minta tlg buat yg lain, kita pandai2 nak bt yg lain. Heheh!!!!yg sebenarnya mommy lemah bab melipat bekas ni la. Emmph!!!bila bukak link lama cara nak lipat ni boleh plak link tu xkeluar exactly post pasal melipat bekas ni. So, terpaksa la google. Huhu!!!bila try yg k.ita buat & few lagi blogger buat…….X JADI. 
Last2 mommy lipat2 sendiri & hasilnya alhamdulilah lagi senang & paling penting dia seragam size & shape. SUKERRRR!!!


So ni la cara mommy. Mommy tunjuk satu2 supaya next time nak buat senang. Mula2 je kena betul2 lipat cam gambar ni tapi bila dah lama2 tu kira expert dah.

No.1 Lipat dua daun pisang (yang dah dilayur la).


No.2 Lipat lagi sekali (kiranya bila bukak ada 4 bahagian)





No.3 Lipat hujung daun sehingga ke tengah garisan no 2. Ulang untuk hujung yg satu lagi.


No.4 Tekan bucu kanan hujung daun & lipat ke dalam, ulang bucu kiri & stapler. 


No.5 Ulang untuk hujung satu lagi. 


No. 6 Siap!
Resepi tepung pelita versi MOK.

Gambar selingan side order.


Ini plak side order my jiran (actually i je niat sedekah juga since dia hulur duit)……



Thursday, 29 May 2014

BINGKA LABU

Assalamualaikum & salam sayang.
Quick update sebab mommy tak sihat ni (nanti declare lain kenapa but not worry, Inshaallah ok). BW & reply komen pun later mommy usahakan. Tqvm kpd semua yg sudi lagi jenguk2 mommy. Semoga ukhwah kita tetap terjalin.


Mommy jot down dulu resepi bingka labu yg mommy buat last Saturday. Balance labu buat masak lemak udang, sebelah lagi buat bingka ni. Walau 1st time try tapi alhamdulilah menjadi. Resepi mommy amik dari Kak Am.


Bahan-bahan 
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus (mommy rebus) 

Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. 
2. Kacau menggunakan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
3. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
4. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah (mommy guna loyang kek chiffon) yg telah di sapu mentega. 
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. 
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Thursday, 22 May 2014

Cucur Badak 'mendakap' Udang

**************************************************************
Seorang suami balik dalam keadaan penat lelah dari bekerja dan si isteri melayan suami dengan cara membuat cucur udang. Nak serve untuk suami nyer la nie. Lepas tu, si suami nie pon makan, makan dan makan sampai habis licin, tak de lagi cucur udang. Maka si suami bertanya ".. eh, mana udangnya, awak kata cucur udang??..." kata si suami.. maka dengan itu, menjawab lah si isteri, ".. Kalau abang makan kat kantin tempat kerja abang cucur badak, ada ke BADAK dalam cucur tu??.." balas si isteri.



So, what the moral actually?




Ustaz tu cakap, hidup nie tak perlu nak komplen sangat. Dah ada itu, terima sajalah. Untung2 si isteri tadi serve dengan makanan cucur udang walaupun namanya cumalah cekodok je pon.. cam tu lah lebih kurang kisahnya.
**************************************************************

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Sketsa di atas tidak ada kena mengena dengan yg hidup @ yg mati (pssst!!!!walau kadang2 ada gak soklan2 nak ketuk kepala sendiri tu cuma dialog je lain. Hahaha…..syyyyyyyhhhh!!!!slow2 cakap nanti org dengar).


Mommy terjumpa dailog tu org post @FB sekali kebetulan last week mommy buat cucur badak vs udang ni. Tak tau nak bagi nama apa haaaaaa amekaw nama ala2 18sx gitu (pastikan pembaca bawah umur mendapat penjelasan org2 tua ye). Hahaha!!!xtau la ekk klu cakap omputih cam sopan sikit, cucur rhino hugging prawns. Layan jelah janji sodap & takdak komplen mcm dialog kat atas (klu ada yg tanya, dah mana badaknya? mau mommy print edible image gambar badak lekat kat cucur tu. Hahaha adoiiii kelakar la dialog tu).



Mommy pernah buat cucur badak dulu. Kalau dulu xde dakap udang tapi kali ni mommy tepek udang atas cucur tu. Terbaek!!!!
Memang lagi meriah & mewah. Of course makan pun lagi banyak.



Rentetan dari sambal serunding udang kering tu yg berlebih2 mahunya list segala mak nenek kuih muih yg berkaitan juga mommy cuba kumpul ni. Alhamdulilah jom tgk resepi.

Bahan-bahan (dalam 20 biji) 

untuk kulit 
500g keledek 
1-2 cawan tepung gandum 
Garam 
20 ekor udang size kecil (bersihkan & buang kulit)


untuk inti
1 biji kelapa parut 
1 cawan udang kering 
2 biji bawang besar 
5 batang serai 
1 sudu kecil kunyit serbuk 
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
1 sudu besar minyak masak 
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu


    Caranya:
    1. Kulit
    1. Mula2 kupas keledek & rebus sehingga empuk. Taburkan
    sedikit garam semasa merebus. 
    2. Apabila dah empuk, angkat & toskan. 
    3. Lenyek ubi keledek sehingga lumat (ketika masih panas). 
    4. Campurkan tepung gandum & uli sehingga sebati. 
    5. Leperkan adunan & masukkan inti ke dalamnya. Tutup semula & bulatkan. Lekatkan udang di atas cucur badak dengan kemas.
    6. Ulang 1-5 sehingga adunan habis. 
    7. Panaskan minyak & goreng sehingga garing. 
    8. Toskan minyak & sedia dihidang.

    2. Inti
    1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
    2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
    3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
    4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
    5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
    6. Siap

    Tuesday, 20 May 2014

    Pulut Serunding Kelapa

    Assalamualaikum & salam sayang.
    Minggu lepas Si Arfa pulun memanjat pokok kelapa (guna ladder sebenarnya). Kalau yg pernah baca ttg rumah kami kat sini mmg dah tau la keliling rumah kami ni banyak pokok2 kelapa. Dah la rendah, buah jangan cakap le berlambak2, cuma kami je jarang2 mengutip hasil sebab malas & takde masa nak mengopek buah kelapa. 
    Itu bila si Arfa terlebih rajin memetik & menggopek buah2 kelapa tu mommy dapat stok kelapa parut satu besen penuh. Apa yg strike my mind of course untuk buat serunding kelapa & inti kelapa manis (mmg boleh buat stok untuk kuih-muih masa ramadhan nanti gak ni). 


    So, sakan le mommy godek kelapa parut tu jadi serunding kelapa & inti manis. Pastu simpan dalam bekas siap2 & masuk freezer. Bila nak guna nanti just re-heat je.


    1st projek kuih muih selepas siap serunding kelapa tu, yg paling senang ialah tanak pulut ganding dengan serunding kelapa. 
    Hasilnya mabeles!!!!

    Bahan2:
    utk pulut
    500g beras pulut
    500ml air
    100ml santan
    Garam
    Gula

    Caranya:
    1. Basuh beras pulut & rendam selama 30minit.
    2. Selepas 30minit, toskan beras pulut & masukkan ke dalam periuk ajaib, Noxxa.
    3. Masukkan air.
    4. Tekan function high pressure selama 5 minit & tunggu sehingga selesai.
    5. Release pressure & masukkan santan (yang dibancuh sedikit garam & gula). Gaul rata.
    6. Tutup periuk & tekan function heat selama 5 minit.
    7. Selepas selesai 5 minit, pulut sedia dihidang.

    utk inti 
    1/2 biji kelapa parut 
    1 cawan udang kering 
    2 biji bawang besar 
    5 batang serai 
    1 sudu kecil kunyit serbuk 
    5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
    1 sudu besar minyak masak 
    Garam dan gula
    Sedikit air jika perlu 

    Caranya:
    1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
    2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
    3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
    4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
    5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
    6. Siap.


    Thursday, 15 May 2014

    KUIH ROPA TERENGGANU

    Assalamualaikum & salam sayang.
    1st of all nak minta maaf kalau mommy dah lama tak melawat blog kawan2 & tak reply komen u al. Kenkangan masa & aktiviti2 yg diluar jadual kebiasaan. Harap u al tak majuk2 ye.
    Harini, mommy nak tayang kuih Ganu Kite lagi. Nanananana.Ganu Kite!!!!!!


    Adehhhh!!!!kontroversi sungguh Ganu ambe lately ni. Kejap org tu, kejap org ni..kejap kuor, kejap masuk...mana sea hok nelang dok tau. Yang pasti sema giler kuase belake (hahaha!!!!hok pahang, pahang la deh..hok dok pahang tu diang2 sudoh la).


    Fyi, dulo2 kala mommy pernah post pasal KUIH ROPA aka KUIH LIPAT & antara popular post juga la. Harini mommy nak post sekali lagi ttg KUIH ROPA sebab yang versi Ganu Kite ni dia kena goreng. Kalau yg betul2 original Ganu Kite tu intinya pun guna inti ikan (ada yang campur dgn keledek/kentang). Tapi disebabkan 4A ni kureng 'gen' Ganu Kite makanya dorg ni tak berapa suka inti ikan. Haruslah mommy follow taste dorg jugak guna inti kentang berkari (ala2 karipap). Nak lagi sedap campur dgn daging/ayam (ni skip sbb malaih nak cincang ayam).


    Resepi lebih kurang sama dgn yg dulu cuma ada sikit on off je.

    Bahan utk Inti
    500g daging cincang (optional)
    3 biji ubi kentang (dadu kecil)
    1 labu bawang holland (dadu kecil)
    2 s/b serbuk kari (kalau xnak letak serbuk kari pun ok) 
    2 s/b serbuk lada hitam (ikut kepedasan)
    Sedikit kicap
    Garam 
    Gula
    Air secukupnya

    Caranya
    1.Tumis bwg hingga naik layu.
    2. Masukkan daging cincang & ubi kentang. Gaul sebati.
    3. Masukkan bancuhan serbuk kari & masak sehingga daging & ubi kentang empuk (jika perlu tambahkan air). 
    4. Masukkan kicap dan lada hitam. Sebatikan rasa dengan garam & gula.
    5. Siap. Sejukkan.

    Bahan utk Kulit
    1/2 kg gandum
    1 biji telur
    Air secukupnya
    Secubit garam

    Caranya
    1. Masukkan telur, garam, gandum dan air ke dalam pengisar. Kisar semua sehingga sebati.
    2. Keluarkan dan kacau adunan. Pastikan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air sedikit demi sedikit.
    3. Sapu sedikit minyak pada kuali (kalau guna non stick pan xperlu).
    4. Panaskan kuali, tuang 1 senduk adunan dan ratakan, buat cam telur dadar.
    5. Bila permukaan mengelembung, angkat tak perlu masak kedua2 belah). 
    6. Isikan inti dan lipat.
    7. Ulang langkah 4-6 hingga adunan habis.
    8. Goreng menggunakan sedikit minyak sehingga garing (guna kuali yg leper lagi bagus & tak perlu tenggelam semuanya).
    9. Siap.

    Thursday, 17 April 2014

    kuih kasturi


    Assalamualaikum & salam sayang semua.

    Nothing much just want to jot down resepi Kuih Kasturi yg mommy buat last week. Lebihan inti kacang buat Kuih Peria, mommy transform jadi kuih kasturi plak. tq tu Hasue for the resepi. Tepungnya ranggup. 


    Inti Kacang Hijau

    Bahan2: 
    1 cawan kacang hijau 
    3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2) 
    1 sudu kecil garam 
    Air secukupnya untuk merebus kacang 



    Cara2 membuatnya: 
    1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk. 
    2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus) 
    3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana. 
    4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa. 
    untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe 
    5. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..


    Kuih Kasturi / Kuih rengas / Kuih Kacang Hijau


    Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. 
    Inti yang sudah dibentuk supaya senang untuk digoreng..inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

    Bahan2 membuat adunan tepung/batter: 
    1/2 cawan tepung gandum 
    1/3 sudu mkn marjerin 
    1 sudu kecil garam 
    secubit gula 
    1/2 cawan air 
    Sedikit pewarna kuning 
    Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan 

    Cara2: 
    1. Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula. 
    2. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning 
    3. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

    Saturday, 5 April 2014

    Kuih peria

    Assalamualaikum & salam sayang semua….
    Mommy jenguk kejap la harini. Just nak bgt " I did this"……

     Heheh!!!! Apa ke benda ni? Buah Peria tiruan.
    Tu je nak jotdown. See u later.



    Jom kita lihat resepi Kuih Peria yang mommy buat petang Khamis lepas. Kuih Peria ni adik beradik dengan kuih Ang Koo dan kuih Koci. 



    Bahan-bahannya:
    250 gm tepung pulut.
    200ml santan pekat.
    25 gm minyak masak untuk sapu pada kuih dan daun pisang.
    Pewarna merah dan hijau.

    Intinya:
    250 gm kacang hijau tanpa kulit.
    200 gm gula pasir.
    50 ml air
    secubit garam.
    1/2 tbsp tepung pulut.
    1 helai daun pandan.

    Cara-caranya:
    Untuk Intinya:
    1. Rendam kacang hijau semalaman. Kukus hingga masak. 
    2. Kemudian lenyek hingga hancur ketika masih panas. 
    3. Masukkan kedalam kuali bersama air , tepung pulut dan gula serta daun pandan.
    4. Masak hingga sebati dan kering. 
    5. Bulat-bulatkan. 
    (heheh!!!!mommy masak inti ni guna pressure & slow cooker noxxa. Cepat & menjimatkan tenaga).

    Untuk dohnya: 
    1.Uli tepung pulut dan santan hingga lembut.
    2. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi warnakan hijau. 
    3. Ambil 15 gm doh dan isikan dengan inti. Bentukkan seperti buah peria.
    4. Tekan-tekan dengan garfu agar dapat corak buah peria. 
    5. Sapukan doh dengan sedikit minyak dan aturkan atas daun pisang (mommy guna minyak sayur sbb gerun tgk berminyak2 tu kan). 
    6. Kukus hingga masak tapi jangan terlebih kukus kerana kuih akan kembang dan tak cantik (anggaran dlm 10 minit je).

    Saturday, 15 March 2014

    Kuih Talam Gula Merah

    Assalamualaikum & salam sayang semua.
    Ya ALLAH!!!!semakin hari semakin resah & pelik dgn kehilangan MH370. It's already day 8 and yet more clues assuming of something 'fishy'. Semoga segalanya terjawab dengan segera.


    I prepared this Kuih Talam (mmg jarang2 mommy buat kuih talam sbb permintaan agak kurang terhadapnya). Terliur & terbayang tiba2 dgn kuih talam gula merah, so mommy google for the recipe. 


    Mommy just followed recipe from Azie Kitchen  but instead of using brown sugar/gula merah I used 'gula melaka/nise'. Alhamdulilah, it turns up perfectly cuma color je tak sehitam yg k.Azie buat. Rasa? I love it. Tq k.Azie for sharing the recipe.


    Lapisan bawah:
    1 cawan gula merah
    1 1/2 cawan gula 
    Sedikit air
    1 1/2 cawan tepung beras
    4 1/2 cawan air (termasuk air gula tadi)
    Sedikit air kapur

    Caranya:
    1. Masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.
    2. Bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau
    sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.
    3. Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. 
    4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
    5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan
    dengan garfu.

    Lapisan atas
    1 cawan tepung beras
    3 cawan santan
    Sedikit garam

    Caranya:
    1. Satukan semua bahan dan tapis. Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.
    2. Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah. 
    3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

    Tuesday, 11 March 2014

    Cekodok/Jemput-jemput Pisang Gebu

    Assalamualaikum & salam sayang semua.
    Day 4 - Missing of MH370.

    The best ucapan ever since kehilangan MH370 ialah oleh Kapten Norudin And Majid. Maybe because he is the person closely related with Boeing 777 & yet the wise 'professional beriman'. Setiap butir perkataan yg diutarakan beliau sememangnya tepat dengan keadaan kita sekarang yg buntu dengan kehilangan MH370. Segala-galanya milik ALLAH & hanya ALLAH yg mampu mengembalikannya. Jika kita berharap maka hendaklah kita benar2 berharap kepadaNYA. Inshaallah!!!!!!

    Okey menyambung duty mommy sebagai tukang masak upahan ni, ni mommy nak tepek resepi legend gak. Huhu!!!!!frankly speaking malu weh nak bgt tau baru pandai buat cekodok pisang (bukan xpernah buat cekodok pisang tetapi mommy punya version lain……bukan gebus tetapi lembik & padat dengan isi pisang). Mommy suka yg versi dulu sebab bila makan mmg masih terasa isi pisang yg lembik2 tu, cuma kelemahan yg tu ialah dia serap minyak sangat. Kalau u tos atas tisu pun still boleh nampak minyak. Semenjak dok risau high cholesterol aritu, mommy dah tak berani nak buat style tu, so teringat la kwn2 dok bercerita cekodok pisang gebu. Ada member yg dok nun di padang pasir yg expert pasal cekodk pisang ni. Bila mommy google resepi, yeay mmg betul la resepi dia yg paling top dlm google search. Tq Huda for the sharing. Mmg proven cekodok pisang gebu u gebu & sedap. I dah fall in love plak dgn cekodok versi ni. Alhamdulilah takde berminyak2 dah.

    Bhg 1: Ibu Jemput-jemput

    Bahan2:
    Beberapa biji pisang masak ranum
    3/4 cwn brown sugar
    1 sdt ground cinnamon (optional)
    1 cubit garam
    **Sukatan ini adalah untuk 2 cwn Ibu Jemput-jemput

    Caranya:
    1. Lecek pisang bersama-sama kesemua bahan-bahan lain.
    2. Simpan untuk minima beberapa jam supaya gula benar-benar cair.

    #Kita suka simpan sekurang-kurangnya semalaman dalam peti sejuk supaya warna dan rasanya lebih sebati.
    #Kalau kebetulan ada pisang yang ranum, terus aje buat Ibu jemput-jemput ni. Boleh tahan sampai seminggu dalam peti sejuk.
    #Penting untuk simpan dulu Ibu Jemput-jemput. Kalau terus digunakan, gula akan mencair sementara kita menggoreng. Adunan pun akan mencair dan kita takkan dapat tekstur jemput-jemput yang gebu serupa kek tu!


    Bhg 2: Adunan Jemput-jemput

    Bahan2:
    2 cwn Ibu Jemput-jemput
    1 1/2 cwn tepung gandum
    1 sudu besar bicarbonate of soda

    Caranya:
    1. Ayakkan bicarbonate of soda ke dalam tepung dan gaul rata (Penting untuk mengayak bicarbonate of soda supaya tak berketul-ketul dalam adunan).
    2. Tuangkan Ibu Jemput-jemput dan gaul rata.
    3. Goreng jemput-jemput dengan minyak yang sederhana panas.
    4. Sentiasa balik-balikkan supaya masak rata.
    5. Apabila jemput-jemput sudah bertukar warna, angkat toskan dan sedia untuk dihidang.

    #Jangan panik. Adunan memang pekat dan kental.
    #Kalau nak dapatkan bentuk yang bulat tu, tak boleh tidak, kena guna jari untuk menjemput adunan ke dalam minyak ya...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...