بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 5 April 2014

Kuih peria

Assalamualaikum & salam sayang semua….
Mommy jenguk kejap la harini. Just nak bgt " I did this"……

 Heheh!!!! Apa ke benda ni? Buah Peria tiruan.
Tu je nak jotdown. See u later.



Jom kita lihat resepi Kuih Peria yang mommy buat petang Khamis lepas. Kuih Peria ni adik beradik dengan kuih Ang Koo dan kuih Koci. 



Bahan-bahannya:
250 gm tepung pulut.
200ml santan pekat.
25 gm minyak masak untuk sapu pada kuih dan daun pisang.
Pewarna merah dan hijau.

Intinya:
250 gm kacang hijau tanpa kulit.
200 gm gula pasir.
50 ml air
secubit garam.
1/2 tbsp tepung pulut.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:
Untuk Intinya:
1. Rendam kacang hijau semalaman. Kukus hingga masak. 
2. Kemudian lenyek hingga hancur ketika masih panas. 
3. Masukkan kedalam kuali bersama air , tepung pulut dan gula serta daun pandan.
4. Masak hingga sebati dan kering. 
5. Bulat-bulatkan. 
(heheh!!!!mommy masak inti ni guna pressure & slow cooker noxxa. Cepat & menjimatkan tenaga).

Untuk dohnya: 
1.Uli tepung pulut dan santan hingga lembut.
2. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi warnakan hijau. 
3. Ambil 15 gm doh dan isikan dengan inti. Bentukkan seperti buah peria.
4. Tekan-tekan dengan garfu agar dapat corak buah peria. 
5. Sapukan doh dengan sedikit minyak dan aturkan atas daun pisang (mommy guna minyak sayur sbb gerun tgk berminyak2 tu kan). 
6. Kukus hingga masak tapi jangan terlebih kukus kerana kuih akan kembang dan tak cantik (anggaran dlm 10 minit je).

10 comments:

Cheq Sue said...

kuih feveret saya...tak pernah buat sendiri, sekarang kat kedai pun tak ramai dah yang jual... siyesss terliur!

Nastyna said...

kalau saya nak buat bulat2, kena tukar nama jadi peria katak la yer kak. Saya tak reti la bab bentuk membentuk ni.

Tie HT said...

comelnya kuih dia, rajin :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
kuih dulu2,masih teringat dulu2 zaman sek rendah tgk mak2 sedara wat kuih peria ni
percaya x guna bunga pokok pinang utk btkkan ia jadi buah peria he hee
Dan intinya pula kelapa gula merah
skrg ada jumpa tp lain sb intinya kacang hijau

Unknown said...

Ni mesti cuba ni sbb I mmg suka kuih ang koo tu.

Thank u kak ros bg resepi.

yan's cottage said...

sedapnya....cantik pula warna warni gitu....suka tapi...tak pernah buat sendiri.....

NEKCIK said...

Acuan kuih angkoo ni dah bertahun dibeli tapi as new as ever!!
Nenek nekcik guna mayang pinang sebagai acuan..cantik jadinya!!

Nasa Mulia said...

salam kenal, pernah dengar tak pernah makan lagi kuih ini..

Unknown said...

Lama gler tak tengok kuih nie...

Cho Zila said...

saya sukani tapi tak pernah terfikir nak buatpun.. reti makanjer.. .ha.. ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...